Anda di halaman 1dari 1

Sebab dan kesan penceraian

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dicintai dan ingin mendirikan rumah tangga. Ada
sesetengah hubungan percintaan diakhiri dengan pernikahan yang bahagia dan juga mempunyai
anak-anak yang ramai. Namun ada juga mereka yang bernikah tetapi tidak mempunyai cahaya mata.
Hal ini adalah rezeki masing-masing dan kita tiada kuasa untuk mengawal perkara tersebut.
Seterusnya, terdapat juga pernikahan yang terhenti separuh jalan di mana penceraian berlaku dan
meruntuhkan rumah tangga masing-masing. Hal ini kita akan kupas sehingga ke akar umbi.

Penceraian sesebuah rumah tangga berlaku akibat dari tiada persefahaman antara suami isteri. Hal
ini disebabkan oleh kedua-dua pasangan tersebut tidak cuba ingin memahami perasaan pasangan
masing masing. Sebagai contoh seorang isteri tidak memahami tugas suami yang perlu mencari
nafkah untuk keluarga dan juga sorang suami tidak memahami kehendak isterinya. Mereka
melakukan hal masing-masing seperti bekerja dan hanya melayan penat mereka seharian.
Akibatnya, pencaraian berlaku akibat pasangan suami isteri tersebut mempunyai perselisihan faham
dan mereka akan terus bermasam muka kerana tiada persefaham antara mereka.

Selain itu, penceraian berlaku akibat sifat tidak bertanggungjawab. Hal ini juga boleh dikaitrapatkan
dengan tiada persefaham antara suami isteri. Sifat tidak bertanggungjawab ini muncul akibat dari
perasan pasangan tersebut yang memudar akibat tiada persefaham dan mereka tidak melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Sebagai contoh tiada sifat tolong menolong dalam rumah
tangga seperti membiarkan isteri mengangkat barangan yang berat sorang diri, membiarkan suami
sendirian dirumah namun isteri sering melepaskan tanggungjawab demi keluar bersama rakan-
rakan. Akibatnya, akan berlaku jurang antara suami isteri dalam pembahagian urusan rumah tangga
dan pasangan tersebut akan merasa beban yang amat berat serta menjadikan pasangan tersebut
tertekan.

Seterusnya, suami isteri yang berlaku curang. Kebanyakan kes penceraian adalah akibat pasangan
yang curang. Hal ini disebabkan perasaan tamak yang ingin memiliki segalanya dan terlalu mengikut
hawa nafsu mereka. Perkara ini telah menjadi barah dalam masyarakat kita. Mereka seolah-olah
tidak bersalah melakukan hubungan sulit dengan orang lain walhal telah memiliki pasangan sendiri.
Sebagai contoh seorang isteri yang berlaku curang bermain kayu tiga dengan lelaki lain walhal dia
telah mempunyai suami juga sebaliknya seorang suami yang berlaku curang terhadap isterinya.
Akibat dari perbuatan tersebut, perasaan percaya terhadap seseorang akan hilang dan lebih lagi
meraka akan menjadi tawar hati kerana kepercayaan mereka diremukkan begitu sahaja.

Sebagai kesimpulan, pasangan suami isteri hendaklah mempunyai sifat nilai murni dalam diri agar
tiada berlaku penceraian dalam rumah tangga akibat dari kesilapan individu. Pasangan suami isteri
hendaklah bekerjasama dalam membentuk rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Pasangan
suami isteri juga perlulah belajar mengenal pasangan mereka agar rumah tangga tidak suram serta
perlulah mempunyai ilmu rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan untuk membentuk
rumah tangga yang harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Dan pasangan tersebut
harus mencintai pasangan mereka sepenuh hati agar rumah tangga kekal abadi selamanya.

Anda mungkin juga menyukai