Anda di halaman 1dari 1

FAQ - PANDUAN PENGGUNA & INFO SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

1. Apakah tujuan /matlamat kajian ini?


Institusi pengajian anda ingin mendapatkan pandangan anda terhadap program, kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki
dan menghadapi alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan
yang membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi
meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda
untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan terima kasih.

2. Siapa yang terlibat dalam kajian ini?


Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan bergraduan pada tahun 2011.

3. Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian?


Melalui maklum balas sebelum ini, ia akan mengambil masa selama 20-30 minit, satu masa yang
singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda.

4. Apakah yang patut saya lakukan sekiranya soalan itu tidak begitu releven dengan saya?
Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan releven dengan semua
kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba mengintepretasikan setiap soalan sehampir
mungkin dengan situasi anda.

5. Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini?


Ya, kami bercadang untuk menerbitkan penemuan-penemuan penting hasil kajian ini. Anda akan
mendapat tahu mengenai ringkasan penilaian terhadap kurikulum, kemudahan prasarana dan kerja
yang diceburi graduat.

6. Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi?


Kami juga dalam peringkat untuk membantu menyalurkan anda dengan maklumat mengenai
peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan
pelajaran dan sebagainya. Seperti yang dimaklumkan, kami ingin tahu sekiranya perkhidmatan ini
memberi manfaat atau tidak kepada anda. Oleh itu, sila bantu kami untuk membantu anda dengan
mengisi bahagian yang disediakan selepas kajian ini.

7. Adakah maklum balas saya sulit?


Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai sulit. Respon anda akan digunakan sebagai rumusan
dalam laporan kajian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di:

Unit Kajian Pengesanan Graduan


Aras 1, Blok E3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajya.
No.tel: 03-88835414/5487
faks : 03-88835547
E-mail: tracer_ipts@mohe.gov.my
tracerstudy@mohe.gov.my
tracer.ipts@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai