Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT

SEKOLAH

Salam sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Dihormati Tetamu Kita

Dari Saura Industries

Dari Asian Institute of Chartered Banking (AICB)

Yang Berusaha En. Abdul Rahman bin Yaakob


GPK HEM selaku Pengerusi Sambutan Hari Kanak-Kanak SK(2)
Jalan Meru,

En. Ahmad Azizulaziz bin Mahmud


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En. Subari bin Sayuti


GPK Ko Kurikulum,

Program “Clean and Green Saura” ini adalah salah satu cara untuk
memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program
yang dilaksanakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran
semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan
tumbuhan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk
menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita khususnya di
sekolah ini. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan
alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok bunga di
sekitar kawasan sekolah ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saura Industries dan Asian


Institute of Chartered Bankers (AICB) yang telah menyokong dan
memberi sumbangan pokok bunga dan lukisan mural. Ini
membuktikan keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan serta
menunjukkan komitmen kalian untuk berusaha mengekalkan
kehijauan tanahair kita dengan flora dan fauna khususnya kepada
SK(2) Jalan Meru. Saya berharap kolobrasi ini akan berpanjangan
dan rendah hatinya , jadikan lah kami sekolah angkat. Saya
mengakhiri ucapan ini dengan ;

Daun pegaga, buah bidara,


Ulam-ulaman enak dimakan,
Bumi hijau harus dipelihara,
Anugerah terindah ciptaan tuhan.

Indah malam tanpa pelita,


Terbang beramai si rama-ram,
Janganlah lupa peranan kita,
Persekitaran indah tanggunjawab bersama.

 
Sekian.  Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai