Individu

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 10

GGGC6012 – PENULISAN AKADEMIK

TUGASAN 2 INDIVIDU

NAMA PENUH MALVINA A/P JOSEPH

NO. MATRIK

EMEL

PENGKHUSUSAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH DR. MOHD IZWAN BIN MAHMUD


PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TERHADAP MINAT MEMBACA MURID
MELALUI PROGRAM NILAM

MALVINA A/P JOSEPH


Fakuliti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (UKM)

ABSTRAK
Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkesan dapat menjadi satu perkhidmatan yang penting
dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan murid untuk menghadapi zaman
maklumat, membina budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat dan
memperkembangkan potensi para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Program NILAM adalah program anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1998
ini bertujuan menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca dikalangan murid. Tujuan kertas konsep adalah memahami peranan Pusat Sumber
sekolah terhadap minat membaca murid melalui program NILAM. Implikasi dan
cadangannya, PSS memainkan peranan penting dalam menerapkan minat membaca terhadap
murid melalui program NILAM dan menyediakan tempat yang kondusif dan selesa. PSS juga
menjalankan pelbagai aktiviti untuk memupukan minat membaca. Guru kelas perlu
menanamkan minat membaca melalaui mewujudakan sudut bacaan serta memberi ganjaran
kepada murid yang membaca bahan bacaan yang banyak. Guru Bahasa haruslah memainkan
peranan penting dengan memupuk minat pelajar membaca dan melaksanakan usaha untuk
mencatat setiap rekod bahan bacaan pelajar di dalam buku NILAM. Ibu bapa memainkan
peranan yang signifikan untuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Akhirnya,
kajian akan datang hendaklah dijalankan perbandinagn antara di sekolah bandar dan luar
bandar bandar bagi mendapatkan sampel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agar
dapatan yang lebih tepat dan menyeluruh dapat diperolehi.

Kata Kunci : Pusat Sumber Sekolah, Minat membaca, Program NILAM


1.0 PENGENALAN
Budaya membaca merupakan salah satu budaya yang sangat penting dan perlu disemai
dan diamalkan dalam kelompok masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Budaya ini
dapat mewujudkan generasi baru ke arah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.
Dalam bidang pendidikan, budaya membaca seharusnya dipandang serius agar menjadi
sebahagian daripada persekitaran budaya sekolah supaya pelajar dapat meningkatkan diri
menjadi individu yang berpengetahuan dan berinovasi tinggi. Sekolah yang dianggap sebagai
gedung ilmu perlu mengutamakan budaya membaca, dalam diri setiap pelajar secara
optimum.
Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranannya menarik minat murid
membaca buku. PSS adalah merupakan antara aspek penting dalam sesebuah institusi
pendidikan (Siti Hajar, 1998). Ia bukan saja berfungsi sebagai gedung ilmu atau pusat
pengumpulan dan penyebaran pelbagai sumber ilmu pengetahuan serta maklumat. Di
samping itu, PSS juga berperanan untuk membina dan mengukuhkan kemahiran mencari
maklumat dan seterusnya melahirkan warga sekolah yang kreatif dan inovatif.

PSS yang berkesan dapat menjadi satu perkhidmatan yang penting dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan pelajar untuk menghadapi zaman maklumat,
membina budaya ilmu, menanam asas pendidikan sepanjang hayat dan memperkembangkan
potensi para pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini disokong oleh
Hamidah (1999), yang mengatakan bahawa PSS adalah sebahagian daripada rangkaian
maklumat dunia (global information network) yang dapat memperluas maklumat yang boleh
diakses serta memungkin pertukaran data maklumat secara lebih tepat dan pantas. Selain itu,
beliau turut berpendapat bahawa jika sekolah diiktiraf sebagai organisasi pembelajaran dan
pengajaran (organisation of learning), PSS pula perlu dijadikan pusat kecemerlangan (centre
of excellence), pusat maklumat (centre of knowledge) dan pusat tindakan (centre of action).
Sebagai tumpuan atau pusat menjalankan pelbagai aktiviti, PSS seharusnya mampu menarik
perhatian dan membangkitkan minat pengguna terhadap perkhidmatan dan sumber maklumat
yang disediakan. Hal ini ada kaitannya dengan kreativiti dalam pengurusan PSS. Satu
daripadanya ialah menanam minat membaca buku di kalangan murid.

Usaha menyemai budaya atau tabiat minat membaca khususnya di kalangan generasi
muda perlu dimulakan dari peringkat awal lagi. Menurut laporan Pusat Sumber Pendidikan
Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2002), menyedari hal inilah, pihak Kementerian
Pendidikan berpendapat satu pendekatan perlu diambil bagi menanamkan suatu tahap amalan
dan minat membaca yang sejati. Sejajar dengan isu ini, pendekatan berupa “paksaan yang
berterusan” dipilih atas kesedaran untuk menghidupkan masyarakat yang berketerampilan
dari segi personaliti dan rohani serta maju dan matang dari segi mental dan fizikal.

Selaras dengan ini juga, menjelang 1998 pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
telah melancarkan satu program bacaan yang dikenali sebagai Program NILAM (Nadi Ilmu
Amalan Membaca). Menurut Program NILAM, konsep dan pelaksanaan di sekolah (1998),
program ini merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ia adalah
suatu pendekatan penggalakan penyuburan tabiat membaca yang berterusan memandangkan
generasi pada masa kini lebih tertarik pada upah dan ganjaran sekiranya melakukan sesuatu.
Matlamat utama program ini ialah supaya terbinanya (wujud) tabiat membaca yang
berterusan di kalangan murid dan pelajar sekolah melalui pelbagai aktiviti yang menjadikan
murid banyak membaca; dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Menurut Siti Hasmah (2015), statistik masyarakat Malaysia pembacaan belum lagi
boleh kita banggakan. Masih ramai yang belum gemar menjadikan bacaan sesuatu yang sihat
dan penting dalam kehidupan mereka. Budaya membaca buku dan ilmu masih berkurangan
termasuk di kalangan ahli akademik dan murid-murid. Kita perlu rajin membaca.
Mengukuhkan hujah Siti Hasmah (2015), menurut Inderjit (2016) juga menyatakan, tahap
minat membaca para pelajar di Malaysia masih kurang memuaskan walaupun setelah sebelas
tahun menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah.
Berdasarkan kajian Haslinda Husaini.et.al. (2014), menyatakan kebanyakan murid-
murid sekolah masih berada pada tahap sederhana dalam tabiat membacanya. Pembentukan
budaya membaca di sekolah masih masih lagi ketinggalan jauh kerana aktiviti membaca oleh
murid sekolah tidak berlaku lebih-lebih lagi ketika masa rehat ataupun masa terluang ketika
ketiadaan guru.
Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan
diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah
72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca,
diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca.
Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat
membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih
gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca.
Persoalannya, membaca menjadi perkara yang susah untuk diamalkan. Ramai orang
boleh membaca tetapi tidak ramai yang dapat mengekalkan budaya membaca. Oleh itu,
persepsi para murid terhadap pembacaan harus diubah supaya mampu menjadikan minat
membaca ini satu aktiviti yang berterusan dan sepanjang hayat. Kesedaran terhadap aktiviti
membaca harus bermula di rumah dan sekolah. Dalam hal ini PSS perlu memainkan peranan
yang penting.
Menurut Aidah (2002), sungguh menarik apabila melihat PSS sebagai pusat
pengembangan potensi murid menjadi insan seimbang. Berdasarkan kenyataan ini, PSS yang
berjaya bukan sahaja menumpukan perhatiannya kepada aspek pengeluaran, pengumpulan
dan pengelasan sumber-sumber maklumat dalam bidang pendidikan. PSS harus mempunyai
pandangan yang ‘terkehadapan’ dengan cara merancang dan melaksanakan program atau
aktiviti yang mampu melatih pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar. Melalui
kemudahan, aktiviti dan program yang terancang, PSS boleh menanamkan rasa cinta yang
mendalam terhadap ilmu pengetahuan di kalangan para pelajar.
Berdasarkan buku panduan Program NILAM (2002), walaupun pelbagai program dan
aktiviti bacaan telah dilancar dan dilaksanakan di pelbagai peringkat, khususnya di peringkat
sekolah, namun hasil kejayaan atau keberkesanannya masih lagi mengecewakan. Selaras
dengan hal ini, satu pendekatan baru diambil untuk mewujudkan satu program secara
bersepadu iaitu Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Namun menurut laporan
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002), terdapat beberapa cabaran yang dapat dikategorikan
kepada 4 aspek penting yang dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam usaha
menarik minat membaca di bawah Program NILAM ini iaitu murid, bahan, masa dan
sokongan ibu bapa. Bukan 4 aspek ini sahaja penting, manakala guru juga memainkan
peranan penting untuk meningkatkan tahap menarik minat membaca dikalangan murid.
Selain itu, dalam melaksanakan menarik minat membaca di bawah Program NILAM
ini juga, beberapa perkara perlu diambilkira. Walau secanggih dan sebaik manapun program
yang dicadangkan, sekiranya tiada kesungguhan dan kerjasama padu daripada pelbagai pihak,
usaha murni ini pasti gagal mencapai matlamat. Sehubungan itu, sebarang sebaran maklumat
daripada pihak-pihak tertentu harus jelas sebagai penentu kefahaman dalam memastikan
perjalanan program tersebut di sekolah-sekolah agar ianya mampu dikendalikan dengan
lancar dan selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan.

3.0 KAJIAN LITERATUR


Berdasarkan kajian-kajian lepas, menurut Dechant (1977) dalam kajian Adam
Zulkarnain Saleng & Amir Hasan Dawi (2020), merumuskan beberapa faktor yang
menentukan minat membaca iaitu faktor kebudayaan, sosial, sosioekonomi,kecerdasan,
perbezaan jantina, umur dan jenis bahan bacaan. Dalam kajian Zulkarnain Saleng & Amir
Hasan Dawi (2020) turut menyatakan dari kajian Schonnel (1974), pembentukan minat
membaca pelajar bergantung kepada lima faktor iaitu persekitaran rumah, tahap kecerdasan,
kebolehan membaca, jenis aktiviti yang menarik serta panduan dan bimbingan pada pelbagai
peringkat umur.
Rumusan yang hampir sama juga dibuat oleh Robiah yaakob, & Noraffandy Yahaya
(2008) yang mengatakan, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membolehkan
budaya membaca direalisasikan. Menurut beliau, hal ini melibatkan tiga perkara utama, iaitu
persekitaran, pusat sumber dan pengajaran. Jadi, jelaslah PSS adalah antara tempat utama di
sekolah yang memainkan peranan yang utama dalam meningkatkan minat membaca ini.
Menurut Fatimah (2002), berdasarkan maklum balas awal mengenai Program NILAM
yang dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
sehingga bulan Disember 2001, didapati bahawa amalan membaca di kalangan pelajar masih
di tahap yang rendah.
Menurut Fatimah (2002) juga mengatakan bahawa faktor motivasi adalah amat
penting dan boleh menerapkan dalam bacaan melalui beberapa cara. Antaranya ialah
penglibatan, perasaan ingin tahu, perhatian, peneguhan, pengalaman dan pencapaian, taraf
aspirasi, dan strategi pengajaran.
Dalam perkara ini Aizam (2001) menyatakan, bagi mempertingkatkan kemahiran
membaca, memupuk budaya membaca dan melahirkan generasi yang meminati buku, tidak
ada faktor lain yang lebih penting daripada faktor minat. Seseorang yang mempunyai minat
membaca akan melahirkan sikap yang positif terhadap bacaan. Seterusnya ia akan
membentuk budaya membaca yang baik. Jika murid sudah ada minat terhadap buku, objektif
pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai. Minat membaca secara umumnya melahirkan
motivasi, iaitu kemahuan untuk melakukan sesuatu. Hal ini termasuklah motivasi untuk
belajar. Oleh itu, tidak boleh pisahkan bahawa minat, pencapaian, sikap dan tabiat membaca
adalah perkara sangat penting dalam bidang pendidikan.
Selain menggalakan dan motivasi daripada pelbagai pihak, faktor bahan bacaan turut
mempengaruhi minat dikalangan murid untuk membaca. Bahan bacaan merupakan bahan
cetakan yang diterbitkan untuk bacaan umum seperti buku, majalah, akhbar dan lain-lain.
Setiap bahan bacaan mempunyai pelbagai laras bahasa dan berbeza dari segi kosa kata,
rangkai kata, ayat dan gaya penulisan (Ahmad Zaini, 2003). Murid seharusnya digalakkan
membaca pelbagai jenis bahan supaya mereka berupaya membuat tafsiran, penilaian, dan
rumusan dengan wajar.

Selain daripada faktor motivasi faktor seperti persekitaran membaca di rumah turut
menyumbang kepada sikap positif membaca. Kajian yang dijalankan oleh Nickoli et al,
(2004) dalam kalangan pelajar daripada dua universiti di Midwestern mendapati responden
yang mempunyai sikap membaca yang positif telah didedahkan dengan aktiviti membaca
sejak dari rumah lagi seperti bercerita, membaca dengan kuat dan bercerita tentang buku yang
telah dibaca. Kenyataan ini juga disokong oleh Najeemah Mohd Yusof (2010) yang
mendapati kanak-kanak yang mempunyai peluang dan kemudahan yang baik dalam
aktiviti membaca akan mempunyai keupayaan dan minat yang tinggi kepada aktiviti
membaca. Galakan keluarga merupakan faktor penting dalam memupuk sikap positif
membaca dalam diri anak-anak.

4.0 TEORI
Teori mengaitkan dengan sikap dan tabiat membaca menurut Ghafami (2000), pakar
psikologi kaunseling telah membuat pelbagai teori bagi menerangkan pembentukan tabiat dan
sikap manusia. Antaranya, Teori Analisis Transaksi (Instructional Transaction Theory) dan
Teori Behaviorisme (Behaviorisme Theory). Berdasarkan Teori Analisis Transaksi, tabiat dan
sikap manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa
kecil anak-anak akan merakam apa sahaja perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada
mereka. Oleh demikian, ibu bapa merupakan seorang yang mempunyai tabiat membaca atau
menjadikan budaya membaca sebagai sebahagian daripada cara hidup keluarga mereka,
sudah tentu anak-anak mereka mengikuti mengamalkan amalan baik tersebut.
Ghafami juga menekankan bahawa Teori Behaviorisme juga patut diberi perhatian
kerana mampu dikaitkan dengan amalan manusia terhadap tabiat membaca. Menurut teori ini,
tingkah laku manusia berbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran.
Tabiat manusia menjadi kerumitan apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran
yang salah. Walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk
persekitaran. Menurut teori ini, jika kita ingin melakukan sesuatu, itu dilakukan lagi atau
diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberikan ganjaran. Hal ini
diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan Program NILAM, di mana setiap aktiviti
pembacaan yang dilakukan dan berjaya mencapai sesuatu tahap yang ditentukan akan
diberikan ganjaran. Ganjaran ini memain peranan untuk menarik minat dan menambahkan
semangat para murid agar terus membaca.
Sementelahan itu, menurut Ahmad (2003) pula, sikap adalah sebahagian daripada
motivasi yang mempengaruhi kejayaan proses pembelajaran. Sikap menerangkan apa yang
dirasakan oleh seseorang terhadap sesuatu dan merangkumi penilaian terhadap sesuatu. Ia
mencerminkan perasaan positif dan negatif terhadap sesuatu perkara. Sikap positif boleh
mendorong seseorang murid untuk belajar atau membaca. Ia menjadi motivasi yang
mendorong kepada pencapaian sesuatu matlamat.
Manakala motivasi adalah faktor dalaman seperti emosi dan keinginan yang
menggerakkan seseorang melakukan sesuatu perkara. Ia dipengaruhi oleh keinginan individu
dan juga faktor persekitaran. Dalam hal ini, kejayaan dalam pembacaan adalah dipengaruhi
oleh sikap pelajar terhadap bahan-bahan cetakan yang dibaca. Mereka akan terus membaca
sekiranya bahan bacaan tersebut dapat memberikan keseronokan, kenikmatan dan memberi
peluang kepada mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran.

Hal ini turut dipersetujui oleh Teori psikologi dan perkembangan oleh Vygotsky yang
dinyatakan oleh Zamilah (2002) iaitu seseorang yang berdepan dengan masalah atau
komunikasi tentang subjek secara logik, maka bila mereka berbincang, berkongsi maklumat
dan persefahaman maka wujudlah kesefahaman. Interaksi sosial dan bekerjasama adalah dua
perkara utama dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Dalam hal ini melalui
pelbagai aktiviti bacaan yang dijalankan, maklumat dapat dipindahkan sebagai ilmu
pengetahuan dan dapat diaplikasikan apabila perlu.

5.0 PERBINCANGAN
Menurut kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan murid-murid sekolah
masih berada pada tahap sederhana dalam minat membaca. Menurut pemerhatian di sekolah
saya, walaupun terdapat murid yang datang ke Pusat Sumber Sekolah, tetapi aktiviti
membaca berlaku pada skala yang kecil. Murid-murid hanya bermain dan membelek-belek
buku tetapi tidak dibaca. Situasi ini tidak menunjukkan budaya membaca telah wujud dalam
kelompok murid sekolah rendah. Antara sebab ialah buku bukan menjadi keutamaan dalam
membuat pilihan, sesetengah murid merasakan mereka malu untuk membaca di khalayak
ramai kerana tidak mahu diejek oleh rakan-rakan dan tiadanya motivasi dalam diri sendiri.
Berdasarkan pemerhatian saya, program membaca perlu diperbanyakan dan sekerap
mungkin diadakan. Keperluan aktiviti atau program membaca adalah perlu kerana terdapat
hubung kait yang kuat antara dorongan daripada orang dewasa terhadap perlakuan murid-
murid. Jika sesuatu perkara dilakukan secara berterusan dan menyeronokkan, murid-murid
merasa selesa dan turut menyertai program yang dijalankan.
Kajian Mahpudzah (2001), iaitu mengkaji peranan pusat sumber yang merupakan
elemen terpenting dalam mempengaruhi tabiat membaca murid mendapati beberapa faktor
dalam pusat sumber sekolah itu dapat mempengaruhi minat murid seperti jenis bahan bacaan,
sistem pengurusan, sikap pengawas dan guru pusat sumber dan juga aktiviti yang dijalanka.
Justeru, PSS perlu memainkan peranannya bagi mempertingkatkan minat murid secara
optimum. Guru PSS perlulah beridea kreatif dan berinovasi dalam menggunakan kemudahan
sedia ada untuk mempengaruhi budaya membaca murid sekolah.
Menurut WanZah WanAH.et.al. (2005) dalam kajian beliau, murid dan guru sekolah
rendah dan menengah berpandangan positif tentang keupayaan program NILAM dalam
memupuk tabiat membaca. Beliau juga turut menjelaskan Program NILAM berjaya bukan
sahaja mendorong pelajar membaca tetapi membaca lebih banyak, serta mengisi masa lapang
dengan membaca terutam di sekolah luar bandar.

6.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN


Para murid merupakan pewaris generasi akan datang. Merekalah yang bakal menentukan hala
tuju negara. Untuk mencapai matlamat negara maju, para murid ini mestilah menguasai pelbagai
bidang ilmu sebagai persediaan untuk mencapai matlamat ini. Aktiviti membaca merupakan salah
satu cara yang terbaik dapat menyumbang kepada pengisian ilmu pengetahuan. Jadi usaha
bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat negara ini membaca untuk
melahirkan orang yang berilmu.
Dalam usaha menyemai dan menanamkan minat membaca di kalangan murid sekolah,
terdapat beberapa cadangan boleh menyusulkan untuk menarik minat membaca melalui
program NILAM. Pihak berkaitan memainkan peranan untuk meningkatkan minat membaca
di kalangan murid.
6.1 PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah adalah memainkan peranan penting dalam menerapkan minat
membaca terhadap murid melalui program NILAM. Tiga perkara utama yang perlu diberi
perhatian oleh PSS bagi melaksanakan peranan dan strateginya. Perkara utama adalah PSS
perlu menyediakan suasana persekitaran kondusif dan bersesuaian bagi membangkitkan
minat para murid terhadap aktiviti membaca. Perkara kedua, PSS bertanggungjawab
merancang, melaksana dan memantau pelbagai program menarik minat membaca agar
berjalan lancar dan mampu meninggalkan impak yang berterusan pada diri para murid.
Contoh aktiviti boleh mengadakan melalui program NILAM adalah pertandingan membaca
dan memberi hadiah atau wang tunai. Pada mulanya, mungkin murid menyertai pertandingan
untuk mendapatkan hadiah tetapi lama-kelamaan mereka akan menimbulkan minat amalan
membaca. Seterusnya perkara ketiga, PSS perlu bekerjasama serta mendapat sokongan padu
dan berterusan daripada pelbagai peringkat warga sekolah.
Selain itu juga, murid berminat menggunakan buku elektronik selain dari bahan
bacaan berbentuk buku. Menurut kajian Winnie Khoo Jen Nie (2021) tahap minat membaca
buku elektronik dalam kalangan murid sekolah rendah adalah pada tahap yang sangat tinggi.
Hasil kajian Lauren (2010), jelas bahawa buku elektronik memotivasikan pelajar. Sepanjang
pemerhatian Lauren, adalah jelas bahawa para pelajar memandang bekerja dikomputer
sebagai satu keistimewaan dan selalu teruja apabila diberikan peluang untuk membaca buku
elektronik. Oleh itu, PSS boleh menyediakan buku elektronik atau rak maya sebagai bahan
bacaan untuk menarik minat membaca dikalangan murid dalam program NILAM.
6.2 GURU KELAS
Guru kelas boleh meningkatkan minat membaca melalui mengadakan satu sudut
bacaan dalam kelas di mana buku-buku cerita, majalah murid dan kad-kad bergambar . Tiap-
tiap pelajar mesti membaca kad-kad gambar dan murid hendaklah mencatat di dalam buku
NILAM. Guru kelas juga boleh memberi ganjaran kepada murid membaca buku yang
terbanyak. Tidak sengaja guru kelas memberi dorongan dan motivasi kepada murid untuk
lebih banyak buku pada masa akan datang.
6.2 GURU BAHASA
Guru Bahasa haruslah memainkan peranan penting dengan memupuk minat pelajar
membaca dan melaksanakan usaha untuk mencatat setiap rekod bahan bacaan murid dalam
buku NILAM. Tabiat ini akan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam minat membaca
dan menggalakkan amalan membaca di kalangan murid. Guru bahasa juga boleh
memperuntukkan sedikit masa antara 5-10 minit masa sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan aktiviti membaca. Jika setiap guru bahasa memainkan
peranan seperti ini, kemungkinan aktiviti ini dapat menjadikan rutin murid adalah tinggi.
Murid akan terbiasa dan menjadikan amalan ini sebagai amalan dalam kehidupan seharian
mereka. Sekali gus dapat memupuk minat membaca dalam diri pelajar itu sendiri.
6.3 IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk amalan membaca dalam kalangan
masyarakat. Menurut Confucious, "keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat".
Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada
anak seperti membaca buku bersama dengan anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan
bacaan untuk anak supaya dapat meningkatkan minat anak tentang pembacaan. Tegasnya, ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk amalan membaca.
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca
dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan. Amalan ke
perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau
semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari.
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini
dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-
anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-
buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai contoh,
majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan
selesa. Sementelahan itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam
mendidik anak-anak mereka agar gemar membaca buku ketika berada di rumah. Seterusnya
ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak kerana mereka pasti akan
meneliti isi buku tersebut dan lama kelamaan akan mula memberi perhatian kepada bacaan.
Ibu bapa juga memastikan anak-anak mencatat dalam buku NILAM selepas membaca buku
di rumah.

6.4 CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN


Terdapat dua cadangan dikemukakan agar dapat dilaksanakan dalam penyelidikan
lanjutan pada masa akan datang. Cadangan pertama Membuat kajian mengenai minat
membaca di sekolah pedalaman melalui program NILAM. Cadangan kedua pula, boleh
dijalankan dengan membuat perbandingan minat membaca terhadap murid melalui program
NILAM antara sekolah di bandar dan di luar bandar bagi mendapatkan sampel yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang agar dapatan yang lebih tepat dan menyeluruh dapat
diperolehi.
7.0 KESIMPULAN
Program NILAM sebenarnya adalah merupakan kesinambungan terhadap program-
program menanam minat membaca yang memang sudah lama dijalankan. Cuma, melalui
program ini pelaksanaannya adalah lebih terancang dan tersusun. Sememangnya menjadi
hasrat dan cita-cita seluruh masyarakat khususnya yang mementingkan ilmu pengetahuan
agar budaya membaca ini dijadikan satu cara atau gaya hidup. Namun, penerimaan ini belum
sampai ke tahap yang tertinggi kerana masih wujud masalah dalam aspek pelaksanaannya,
terutamanya dari segi keperluan latihan dan kemudahan. Masalah ini boleh diperbaiki dengan
memahami keperluan murid dan guru. Disamping itu, sikap guru terhadap Program NILAM
juga perlu diubah supaya mereka melihat program itu sebagai sesuatu yang berfaedah dan
memberi kepuasaan. Andainya perkara ini dapat dilaksanakan sebaiknya, tidak mustahil
rakyat Malaysia akan memiliki satu budaya yang akan membangunkan negara ini ke arah
kemakmuran, iaitu budaya membaca.
8.0 RUJUKAN

Adam Zulkarnain Saleng., & Amir Hasan Dawi. (2020). Peranan Guru dalam Menerapkan
Budaya Membaca Murid Sekolah Rendah. International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 5 (35), 178-187.
Ahmad Zaini. (2003). Motivasi dalam pembelajaran. Kota Bahru : Gemilang Enterprise Sdn.
Bhd.
Aizam Ahmad. (2001). Meninjau jenis bahan bacaan tambahan paling digemari
Pelajar-pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Seri Perhentian, Pontian, Johor.
Projek Khas Institut Bahasa Melayu Malaysia.
Fatimah Jusoh. (2002). Program NILAM : Pelaksanaan, cabaran dan cadangan pemantapan.
Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri
pada 25-28 Februari, 2002, di Kedah.
Hamidah Baba. (1999). Teks ucapan alu-aluan Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan
PSS
1999, di Pulau Pinang pada 19-23 April 1999, Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Haslinda Husaini, R. A. A., & Shahrom T.M Sulaiman. (2011). Reading habits and attitudes
among students in secondary school (Research Reports). Research Management
Institute, Universiti Teknologi MARA.). Shah Alam. Retrieved from
http://eprints.uitm.edu.my/6445/.
Inderjit, S. (2014). Reading trends and improving skills among students in Malaysia.
International Journal of Research in Social Sciences. Jan. 2014. Vol.3, No.5.
Pusat Sumber Pendidikan Negeri. (2002) Konsep dan panduan pelaksanaan Program NILAM
di sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
Robiah Yaakob, Noraffandy Yahaya (2008). Penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan
Perpustakaan (PSS): faktor, kesan serta masalah. Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz.. (1998). Pusat Sumber Sekolah untuk sekolah rendah dan menengah.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Winnie Khoo Jen Nie, Saemah Rahman,& Shahlan Surat. (2021) Minat Membaca Buku
Elektronik dalam Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Dunia
Pendidikan: 3(2), 119-129
Zamilah Shakri. (2002). Lev Vygotsky. Retrieved : February 2, 2004 from
http://www.tadikamalaysia.com/malay/detail_forum.php?forfnbr=194

Anda mungkin juga menyukai