Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Akhlak merupakan salah satu daripada asas

kehidupan dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Falsafah akhlak meletakkan

manusia yang berperanan betul dengan fitrahnya sebagai seorang khalifah di muka bumi.

Mencontohi sifat sifat terpuji para nabi dan rasul adalah perkara yang terbaik untuk di ikuti.

Kita dapat melihat bahawa khalifah yang hebat di muka bumi Allah ini adalah khalifah yang

mempunyai sifat dan nilai murni yang tidak menyalahi fitrah sebagai mahkluk Allah SWT.

Akhlak Rasulullah SAW sangat patut dicontohi dan dijadikan sebagai teladan. Ia nya

kerana ia mampu membentuk menjadi sebagai seorang khalifah hebat dan juga dalam

pembangunan modal insan. Sebagai contoh empat sifat Nabi Muhammad yang patut

diteladani ialah sifat Siddiq yang bermaksud jujur dan benar, Amanah yang membawa erti

sifat Amanah yang dipercayai masyarakat sekeliling, Tabligh dan Fathonah. Dengan itu,

masalah yang berkaitan dengan prilaku masyarakat yang negatif dapat di elakkan.

Selain itu, akhlak meninggalkan banyak kesan kepada membentuk masyarakat yang

bersatu hati. Dalam mencapai keharmonian di kalangan masyarakat di Malaysia yang

berbilang kaum dan agama, sifat saling hormat-menghormati antara satu sama lain haruslah

dititik beratkan. Kerana ia dapat memberikan kesan-kesan yang baik kepada masyarakat

sekeliling seperti tiada timbul perasaan buruk terhadap masyarakat sekeliling dan juga

masalah pergaduhan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat. Kemudian,

keharmonian dapat di pupuk dalam kalangan masyarakat sekiranya lahir sikap keterbukaan di

dalam diri masyakarat Malaysia. Dengan ini, masyarakat di Malaysia akan hidup dalam

keadaan aman dan sentosa.


Namun, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam memupuk sifat akhlak dalam

diri pada harini. Sebagai contoh yang dapat dikenal pasti adalah sikap ibu bapa yang kurang

mementingkan pembentukan akhlak anak anak mereka. Mereka yang terlalu sibuk dengan

kerja dan kerjaya mereka sehingga lupa untuk memupuk akhlak yang baik kepada anak anak.

Anak anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Jika kita lihat pada

hari ini, banyak kes yang berlaku di kalangan remaja di sekolah yang sering membuli rakan

dan juga budaya vandalisme di sekitar sekolah. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam

mendidik anak anak menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Akhir sekali, untuk membentuk masyarakat yang hidup dalam keharmonian, sifat

berakhlak dan nilai nilai murni haruslah dikecapi dahulu. Hal ini kerana ia akan membentuk

masyarakat yang baik baik dimana tidak akan ada menimbulkan masalah yang tidak diingini

akan berlaku.

Anda mungkin juga menyukai