Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH BOLA JARING SEJARAH BOLA JARING Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah

mencipta permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej Springfield di YMCA Amerika
sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga telah mencipta satu lagi permainan yang hamper sama
dengan bola keranjang iaitu Bola Jaring.Pada 1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England
yang pada asalnya dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat popular di eropah terutamanya di
Australia dan juga di New Zealand.Bahkan dalam masa yang singkat sahaja permainan ini telah berkembang ke
Afrika,United Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari permainan Bola
Keranjang.Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej Latihan Fizikal Madame Ostenberg di Hampstead
England.Permainan Bola Jaring dulunya dikenali sebagai Bola Keranjang perempuan.Pada awalnya permainan
ini tidak mempunyai undang-undang dan tiada garisan di gelanggang.Golnya pun hanya diperbuat dari tong
sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan tong sampah,jika bola dimasukkan maka
pemain terpaksa memanjat untuk mengambilnya dan ini amat menyusahkan pemain.     Selepas 2 tahun
permainan tidak lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar dewan.Kelangkapan permainan juga telah
ditukar.Gelung telah digunakan bagi menggantikan tong sampah bahkan gelanggang telah dibuat
garisan.Gelanggang telah dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar.Bola yang lebih besar juga telah
digunakan.Pada awalnya Bola Jaring hanya dimainkan oleh perempuan.Oleh itu,baju bagi sukan ini juga telah
diperkenalkan dimana pemain dikehendaki memakai skirt yang panjang dan baju yang berlengan besar.Undang-
undang permainan pertama sekali dicipta pada 1901 iaitu tidak lama selepas penciptaannya.Disebabkan
permainan ini diasaskan lewat abad ke 19,maka ia berkembang sekitar awal abad ke 20.Permainan ini telah
disebarkan oleh pederi dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British seperti Australia dan New
Zealand.Walaupun permainan ia diasaskan di Britain namun New Zealand mendahului dalam menubuhkan
persatuan Bola Jaring pada 1924 kemudian diikuti oleh Britain 1926 dan Australia 1927.Australia dan New
Zealand telah bertindak membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun 1938.Pertandingan
pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana menyaksikan Australia memenangi pertandingan
tersebut dengan mengatasi New Zealand dengan satu mata.Ini menyaksikan Australia merupakan Negara
pertama yang memenangi pertandingan ini. Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola
keranjang yang amat popular pada awal 1900-an. Ia berasal dari Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola
keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan
Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women’s
Netball Association). Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar.Sehingga hari ini,
sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Di negara kita bola jaring diminati oleh
semua golongan wanita. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa. Majlis Sukan
Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan bola jaring yang dianggap paling menarik dan
mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke
peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut
mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia
popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain
bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil
bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.   Email
This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest No comments: Post a Comment

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai