Anda di halaman 1dari 154

KONSEP ‘GATED COMMUNITY’ SEBAGAI PILIHAN PERUMAHAN

GAYA HIDUP.
KAJIAN KES: DESA ANDAMAN,
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

NORIDA BT ABDULLAH

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH


FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MEI 2006

COPYRIGHT © UiTM
COPYRIGHT © UiTM
KONSEP ‘GATED COMMUNITY’ SEBAGAI PILIHAN PERUMAHAN
GAYA HIDUP.
KAJIAN KES: DESA ANDAMAN,
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR.

Oleh

NORIDA BT ABDULLAH

Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah


Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Shah Alam

Mei 2006

COPYRIGHT © UiTM
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
dapatlah disempurnakan kajian penyelidikan ini dengan jayanya. Dengan
terlaksananya kajian penyelidikan ini juga menandakan sempurnalah juga pengajian
selama dua tahun dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan
Wilayah (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Dengan kata lain,
kajian penyelidikan ini umpama penentu kejayaan dalam memburu ilmu
pengetahuan yang mana sangat berguna untuk masa hadapan.

Ucapan ribuan terima kasih didahulukan kepada Prof. Madya Dr. Wan Salleh Bin
Wan Ibrahim selaku penyelia kajian yang banyak membantu dari awal hingga kajian
ini disiapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada Prof. Madya Hj. Zakaria Bin
Ahmad selaku Koordinator Program Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan
Wilayah (Kepujian). Tidak dilupai Tuan Syed Mohd. Hassan Bin Syed Subli selaku
koordinator kajian penyelidikan ini yang banyak memberi informasi terkini tentang
kajian yang dijalankan. Terima kasih juga di atas segala usaha dan bimbingan serta
kesudiannya untuk menyemak kajian penyelidikan ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada Pegawai di Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur serta kepada kedua ibubapa yang dikasihi dalam memberi
dorongan tanpa jemu selama berada di Universiti Teknologi Mara ini dan juga rakan-
rakan seperjuangan sekalian. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada penduduk-
penduduk yang terlibat di dalam kajian yang dijalankan. Akhir kata, jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak, jasa baik dan
budi kalian tidak akan dilupakan buat selamanya. InsyaAllah.

i
COPYRIGHT © UiTM
ABSTRAK

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang mengalami proses pembangunan yang
pesat. Peredaran zaman yang semakin berkembang ini juga telah membuka mata
semua bahawa di dalam kepesatan pembangunan ini juga, manusia boleh memilih
konsep kediaman mengikut citarasa dan keselesaan masing-masing. Oleh itu,
kepelbagaian konsep kediaman adalah digalakkan bagi memenuhi citarasa setiap
masyarakat bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kajian ini adalah
berteraskan konsep ‘gated community’ sebagai pilihan perumahan gaya hidup yang
berteraskan kepada persepsi dan pemahaman masyarakat tentang perumahan
konsep ‘gated community’. Kajian ini cuba memecahkan persoalan yang timbul
tentang setakat mana penerimaan masyarakat terhadap konsep perumahan ‘gated
community’ dan perbezaan sebenar pengalaman pemilik dan bukan pemilik ‘gated
community’. Beberapa pendekatan kajian seperti kaedah pengamatan dan
soalselidik telah dijalankan untuk menjawab persoalan yang timbul. Seramai 104
orang responden terlibat dengan kajian yang dijalankan di mana responden terdiri
daripada pemilik perumahan konsep ‘gated community’ dan juga bukan pemilik
perumahan konsep ‘gated community’ dan potensi kawasan kajian dikupas bagi
mengenalpasti potensi perumahan ‘gated community’ agar dapat dibangunkan
dengan lebih pesat dan mendapat permintaan daripada masyarakat. Antara isu dan
masalah yang wujud adalah seperti pemahaman masyarakat yang masih kurang
tentang perumahan konsep ‘gated community’, isu dan kadar jenayah yang semakin
meningkat menyebabkan permintaan terhadap perumahan konsep ‘gated
community’ dan harga rumah yang mahal dimonopoli oleh golongan kaya serta
perumahan ini mewujudkan sifat keindividuan dan keterasingan apabila tinggal di
perumahan konsep ‘gated community’ walaupun sememangnya diketahui bahawa
sifat ini semakin bercambah dan berkembang pada kehidupan di bandar. Walaupun
begitu, analisa yang dijalankan mendapati perumahan konsep ‘gated community’ ini
mempunyai keistimewaannya dan potensi yang tersendiri antaranya seperti
menawarkan persekitaran yang selamat, selesa dan juga privasi. Kawalan
keselamatan di sekitar perumahan dapat menjamin keselamatan penghuni dan harta
benda mereka. Daripada kaedah kajian yang dijalankan iaitu temubual dan
pengamatan di kawasan kajian, beberapa penemuan telah diperolehi untuk
memudahkan cadangan yang lebih baik dapat dikemukakan untuk menangani setiap
permasalahan yang wujud. Antara penemuan yang diperolehi hasil daripada
kajiselidik adalah tentang persepsi masyarakat tentang perumahan ini, peranan
promosi dan media massa, gaya hidup yang ekslusif, rasa takut dan tidak selamat
dan wujudnya sifat keindividuan. Cadangan yang dibuat juga adalah berdasarkan
daripada analisa yang dijalankan. Oleh yang demikian, kajian yang dibuat ini diharap
dapat membantu mempertingkatkan pemahaman tentang perumahan konsep ‘gated
community’ sebagai pilihan perumahan gaya hidup yang berkualiti dan selamat agar
kehidupan masyarakat lebih terjamin dan sempurna.

ii
COPYRIGHT © UiTM
ISI KANDUNGAN

Muka Surat
Penghargaan i
Abstrak ii
Isi Kandungan iii
Senarai Jadual vii
Senarai Rajah ix
Senarai Foto x
Senarai Singkat Kata xiii
Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Kenyataan Masalah 3

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian 5

1.4 Skop Kajian 6

1.5 Pendekatan Kajian 7

1.6 Kajian Kes 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

BAB 2 KONSEP ‘GATED COMMUNITY’

2.1 Pengenalan 13

2.2 Urbanisasi 14
2.2.1 ‘Urbanism As A Way of Life’ 16
2.2.2 Status Keluarga dan Gaya hidup 18
2.2.3 Pilihan Tempat Kediaman 19

2.3 Definisi ‘Gated Community’ 21

2.4 Sejarah ‘Gated Community’ 22

2.5 Pengalaman Negara Lain Tentang ‘Gated Community’ 26


2.5.1 ‘Gated Community’ di Amerika Syarikat 26
2.5.2 ‘Gated Community’ di Australia 28

iii
COPYRIGHT © UiTM
2.5.3 ‘Gated Community’ di England 30
2.5.4 ‘Gated Community’ di Afrika Selatan 31

2.6 ‘Gated Community’ di Malaysia 33

2.7 Ciri-ciri dan Keistimewaan ‘Gated Community’ 36


2.7.1 Keistimewaan ‘Gated Community’ 39

2.8 Sistem Perlaksanaan ‘Gated Community’ di


Kuala Lumpur 40

2.9 Faedah ‘Gated Community’ kepada Pemilik dan


Pihak Berkuasa Tempatan 42
2.9.1 Faedah ‘Gated Community’ kepada Pemilik 42
2.9.2 Faedah ‘Gated Community’ kepada
Pihak Berkuasa Tempatan 42

2.10 Undang-Undang Tanah yang berkaitan ‘Gated


Community’ di Malaysia 43
2.10.1 Kanun Tanah Negara, 1965 43
2.10.2 Akta Hakmilik Strata, 1985 45

2.11 Ciri Psikologi Pembeli 46


2.11.1 Peringkat di dalam Proses Membuat
Keputusan 46
2.11.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sifat
Pengguna/Pembeli 48

2.12 Rumusan 50

BAB 3 KAJIAN KES

3.1 Pengenalan 51

3.2 Mukim Setapak, Wangsa Maju 52


3.2.1 Ringkasan Pembangunan Perumahan di
Wangsa Maju 54

3.3 Kawasan Kajian 56


3.3.1 Butir-butir Asas tentang Pembangunan
Desa Andaman 59

3.4 Pembangunan Sekitar Kawasan Kajian 62


3.4.1 Pembangunan Perumahan Berjiran 62
3.4.2 Kemudahsampaian dan Pengangkutan Awam 63
3.4.3 Pusat Membeli-Belah 64

iv
COPYRIGHT © UiTM
3.5 Rumusan 66

BAB 4 ANALISA KAJISELIDIK DAN PENEMUAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Kaedah Kajian 68

4.3 Analisa Potensi Perumahan Konsep ‘Gated Community’ 69


4.3.1 Reka bentuk Rumah dan Landskap 69
4.3.2 Ruang di dalam Rumah 73
4.3.3 aksesibiliti di dalam ‘Gated Community’ 74
4.3.4 Kemudahan Rekreasi 74
4.3.5 Kawalan Keselamatan 75

4.4 Analisa Persepsi Pemilik ‘Gated Community’ 76


4.4.1 Bangsa dan Umur Pemilik ‘Gated Community’ 76
4.4.2 Status Perkahwinan Pemilik ‘Gated Community’ 77
4.4.3 Taraf Pendidikan Pemilik ‘Gated Community’ 77
4.4.4 Pekerjaan dan Pendapatan Pemilik ‘Gated
Community’ 78
4.4.5 Bilangan Anak 80
4.4.6 Pemilikan Kenderaan 81
4.4.7 Kediaman yang diduduki sebelum ‘Gated
Community’ 82
4.4.8 Sumber Maklumat Diperolehi Tentang ‘Gated
Community’ 84
4.4.9 Kepuasan Hati Responden 85
4.4.10 Faktor-faktor Pemilihan perumahan ‘Gated
Community’ 87
4.4.11 Cadangan Pemilik ‘Gated Community 91

4.5 Analisa Persepsi Bukan Pemilik ‘Gated Community’ 93
4.5.1 Bangsa dan Umur 93
4.5.2 Taraf Pendidikan 95
4.5.3 Jenis Pekerjaan 95
4.5.4 Jenis Kediaman 96
4.5.5 Pengetahuan Responden tentang Perumahan
‘Gated Community’ 97
4.5.6 Pendapat tentang ‘Gated Community’ 98
4.5.7 Sumber Maklumat Diperolehi Tentang
‘Gated Community’ 100
4.5.8 Cadangan Responden Bukan Pemilik ‘Gated
Community’ 101

4.6 Perbezaan dan Perbandingan Respons Responden


Terhadap Perumahan Konsep ‘Gated Community’ 102
4.6.1 Perbandingan Latarbelakang Responden 102

v
COPYRIGHT © UiTM
4.6.2 Perbandingan Pendapat Responden Tentang
Perumahan Konsep ‘Gated Community’ 105

4.7 Penemuan Kajiselidik 108


4.7.1 Pemahaman Tentang ‘Gated Community’ 108
4.7.2 Promosi dan Peranan Media 108
4.7.3 Gaya Hidup yang ekslusif di ‘Gated Community’ 119
4.7.4 Rasa Takut dan Tidak selamat 119
4.7.5 Wujudnya Sifat Keindividuan 110
4.7.6 Aspek Landskap dan Rekabentuk 110

4.8 Rumusan 111

BAB 5 CADANGAN

5.1 Pengenalan 112

5.2 Rumusan Kajian 113

5.3 Asas Dalam Membentuk Cadangan 114

5.4 Cadangan Dari Aspek Meningkatkan Pemahaman


Masyarakat 115
5.4.1 Meningkatkan Promosi Hartanah Berkenaan
dengan ‘Gated Community’ 118

5.5 Cadangan Dari Aspek Fizikal Konsep


‘Gated Community’ 118
5.5.1 Menyediakan Ruang Tempat Letak Kenderaan
yang Khas untuk Pelawat 118
5.5.2 Menyediakan ‘Club house’ di Kawasan Kajian 119

5.6 Cadangan Dari Aspek Penyelenggaraan dan Kawalan


Keselamatan 120
5.6.1 Penggunaan Kad Keluar-Masuk dan Pelekat
Kenderaan 120
5.6.2 Pemilihan Pengawal Keselamatan 121
5.6.3 Penyelenggaraan Terhadap Kawasan Landskap
dan Kebersihan 121

5.7 Rumusan 122

BAB 6 PENUTUP 123

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

vi
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI JADUAL

Muka Surat
Jadual 3.1 : Penawaran Perumahan Mengikut Status di
Kuala Lumpur, 2000 54
Jadual 3.2 : Komponen Pembangunan Perumahan Desa Andaman 60
Jadual 3.3 : Jenis Rumah di Desa Andaman 60
Jadual 4.1 : Umur dan Etnik bagi Pemilik ‘Gated Community’ 76
Jadual 4.2 : Status Perkahwinan bagi Pemilik ‘Gated Community’ 77
Jadual 4.3 : Taraf Pendidikan bagi Pemilik ‘Gated Community’ 78
Jadual 4.4 : Jenis Pekerjaan bagi Pemilik ‘Gated Community’ 78
Jadual 4.5 : Peratus Penghuni Bekerja bagi Pemilik ‘Gated Community’ 79
Jadual 4.6 : Jumlah Pendapatan bagi Pemilik ‘Gated Community’ 80
Jadual 4.7 : Pemilikan Kenderaan bagi Pemilik ‘Gated Community’ 81
Jadual 4.8 : Jenis Kediaman yang Didiami (Sebelum) bagi Pemilik
‘Gated Community’ 82
Jadual 4.9 : Sebab Responden Berpindah ke ‘Gated Community’ 83
Jadual 4.10 : Sumber Maklumat Tentang Perumahan Berkonsep
‘Gated Community’ 84
Jadual 4.11 : Kepuasan Hati Tinggal di ‘Gated Community’ 86
Jadual 4.12 : Faktor-faktor Memilih Konsep ‘Gated Community’ 88
Jadual 4.13 : Cadangan Pemilik ‘Gated Community’ Tentang Perumahan
Berkonsep ‘Gated Community’ 92
Jadual 4.14 : Umur dan Etnik bagi Responden Bukan Pemilik
‘Gated Community’ 94
Jadual 4.15 : Status Perkahwinan bagi Responden Bukan Pemilik
‘Gated Community’ 94
Jadual 4.16 : Taraf Pendidikan bagi Responden Bukan Pemilik
‘Gated Community’ 95
Jadual 4.17 : Jenis Pekerjaan bagi Responden Bukan Pemilik
‘Gated Community’ 96
Jadual 4.18 : Jenis Kediaman yang Didiami bagi Responden Bukan
Pemilik ‘Gated Community’ 97
Jadual 4.19 : Pengetahuan Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’
Tentang Jenis Perumahan yang Sedia Ada 97
Jadual 4.20 : Pendapat Responden tentang ‘Gated Community’ 99
Jadual 4.21 : Sumber Maklumat Tentang Perumahan Berkonsep
‘Gated Community’ 100

vii
COPYRIGHT © UiTM
Jadual 4.22 : Cadangan Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’
Tentang Perumahan Berkonsep ‘Gated Community’ 101
Jadual 4.23 : Perbandingan Latarbelakang Responden 102
Jadual 4.24 : Perbandingan Pendapat Responden Tentang Perumahan
Konsep ‘Gated Community’ 105

viii
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI RAJAH

Muka Surat
Rajah 1.1 : Carta Alir Pendekatan Kajian yang Akan Dijalankan 9
Rajah 2.1 : Diagram Bandar Taman oleh Ebenezer Howard 15
Rajah 2.2 : Model Zon Sepusat seperti yang telah Dibuat di Bandar Chicago 16
Rajah 2.3 : Rekabentuk Kubu atau Tembok pada Bandar-Bandar Lama 24
Rajah 2.4 : Illustrasi Penggunaan Tembok pada Kawasan Kubu di
Novgorad, Russia 25
Rajah 2.5 : Taburan perumahan berkonsepkan ‘Gated Community’ di Australia 29
Rajah 2.6 : Konsep ‘Gated Community’ Menyediakan Satu
Persekitaran yang Selamat
Rajah 2.7 : Asas Pertimbangan Perancangan untuk ‘Gated Community’ 41
Rajah 2.8 : Proses Membuat Keputusan oleh Pengguna 47
Rajah 2.9 : Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sifat Pengguna 48
Rajah 3.1 : Pelan Kunci 53
Rajah 3.2 : Pelan Lokasi 55
Rajah 3.3 : Pelan Tapak 57
Rajah 3.4 : Tembok dan Pagar di Kawasan Kajian 58
Rajah 3.5 : Pelan Gunatanah Semasa 61
Rajah 3.6 : Pelan Gunatanah sekitar 65
Rajah 4.1 : Keratan dan Jenis Rumah 70
Rajah 4.2 : Bahagian Hadapan dan Belakang Rumah 71
Rajah 4.3 : Bilangan Anak bagi Pemilik ‘Gated Community’ 81

ix
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI FOTO

Muka Surat
Foto 2.1 : Gaya Hidup di Bandar Lebih Bersifat Anonimiti
dan Keterasingan 17
Foto 2.2 : Kehidupan Bandar yang Digerakkan oleh Kepesatan
Ekonomi 17
Foto 2.3 : Bandar Babylon 22
Foto 2.4 : Tembok Besar China 23
Foto 2.5 : Tembok Besar China Dibina bagi Menghalang
Kemasukkan Musuh 23
Foto 2.6 : Tembok Dua Lapisan di Perancis 24
Foto 2.7 : ‘Gated Community’ di Beverly Park 26
Foto 2.8 : ‘Gated Community’ di Brentwood Country Estates. 27
Foto 2.9 : ‘Gated Community’ di Birnam Wood 28
Foto 2.10 : ‘Gated Community’ di Australia iaitu Macquarie Links Estates 28
Foto 2.11 : ‘Gated Community’ di Australia iaitu The Manor 29
Foto 2.12 : ‘Gated Community’ di Sheffield, South Yorkshire 30
Foto 2.13 : ‘Gated Community’ di Cromer Street 31
Foto 2.14 : ‘Gated Community’ di Pretoria, Afrika Selatan 32
Foto 2.15 : ‘Gated Community’ di Seputeh Height, Kuala Lumpur 33
Foto 2.16 : ‘Gated Community’ di PJU 3/26 in Petaling Jaya. 34
Foto 2.17 : Risalah Promosi Perumahan Berkonsepkan ‘Gated Gommunity’ 35
Foto 2.18 : Konsep ‘Gated Community’ Dihiasi dengan Landskap
yang Menarik 36
Foto 2.19 : Setiap Kawasan Perumahan Disediakan Landskap yang Seragam 37
Foto 2.20 : Pengurusan dan penyelenggaraan yang lebih baik di dalam
Perumahan Berkonsepkan ‘Gated Community’. 38
Foto 2.21 : Setiap Kelas Sosial yang Berbeza Mempunyai Gaya Hidup yang
Berbeza 49
Foto 3.1 : Foto Udara Wangsa Maju Pada Masa Kini 52
Foto 3.2 : Foto Udara Perumahan Desa Andaman 60
Foto 3.3 : Perumahan Seksyen Satu 62
Foto 3.4 : Perumahan Teres Seksyen Dua 62
Foto 3.5 : Laluan ke Perumahan Desa Andaman 63
Foto 3.6 : Persimpangan ke Perumahan Desa Andaman 63

x
COPYRIGHT © UiTM
Foto 3.7 : Kemudahan Pengangkutan Rel juga Dapat Digunakan Oleh
Pemilik ‘Gated Community’ untuk Bekerja bagi Mengelakkan
Kesesakkan Lalulintas di Bandar 64
Foto 3.8 : Berhampiran dengan Desa Andaman adalah Pusat Membeli-
Belah Jaya Jusco 64
Foto 4.1 : Rekabentuk Rumah Teres ‘Gated Community’ Rumah di
Desa Andaman 69
Foto 4.2 : Landskap yang Menghiasi di dalam Perumahan ‘Gated
Community’ Desa Andaman 72
Foto 4.3 : Laluan Pejalan Kaki Sedia Ada di ‘Gated Community’
Desa Andaman 72
Foto 4.4 : Ruang Tamu 73
Foto 4.5 : Ruang Makan 73
Foto 4.6 : Bilik Mandi 73
Foto 4.7 : Dapur 73
Foto 4.8 : Jalan Raya di ‘Gated Community’ Desa Andaman Adalah
Lebih Selamat 74
Foto 4.9 : Kemudahan Rekreasi yang Terdapat di Kawasan Kajian 75
Foto 4.10 : Pondok Keselamatan yang Terdapat di Desa Andaman 75
Foto 4.11 : Kenderaan yang Dimiliki Pemilik ‘Gated Community’ 82
Foto 4.12 : Jenis Perumahan Teres dan Kondominium yang Pernah
Didiami oleh Responden. 83
Foto 4.13 : Maklumat Tentang ‘Gated Community’ Disebarkan Melalui
Risalah dan Iklan. 84
Foto 4.14 : Persekitaran Privasi dan Kemudahan Rekreasi di Kawasan Kajian 86
Foto 4.15 : Persekitaran yang Lebih Aman dan Baik Sekitar ‘Gated Community’ 87
Foto 4.16 : Reka Bentuk Rumah dan Landskap Mempengaruhi Pemilihan
Perumahan ‘Gated Community di Desa Andaman 90
Foto 4.17 : Kawalan Keselamatan dan Pengubahsuaian Rumah di
Kawasan Kajian 92
Foto 4.18 : Antara Kondominium yang Didiami oleh Responden 98
Foto 5.1 : Cadangan Iklan Tentang Perumahan Konsep ‘Gated Community’
Dipertingkatkan melalui Promosi dan Media Massa 116
Foto 5.2 : Cadangan Pameran ‘Gated Community’ Boleh Dibuat di
Pusat-Pusat Membeli-belah 117
Foto 5.3 : Kereta Diletakkan di Tepi Jalan di Kawasan Kajian 118
Foto 5.4 : Cadangan Ruang Letak Kenderaan untuk Pelawat 118
Foto 5.5 : Penyediaan ‘Club House’ bagi Tujuan Aktiviti Kejiranan 119
Foto 5.6 : Penggunaan Kad Bercip untuk Keluar Masuk ke Perumahan 120

xi
COPYRIGHT © UiTM
Foto 5.7 : Memudahkan Urusan Keluar Masuk Kepada Penghuni
‘Gated Community’ 120
Foto 5.8 : Penyelenggaraan dari Aspek Kebersihan Juga Penting Di Dalam
Menjamin Persekitaran yang Bersih 121

xii
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI SINGKAT KATA

DBKL : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


JPBD : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
JUPEM : Jabatan Ukur dan Pemetaan
MARA : Majlis Amanah Rakyat
UiTM : Universiti Teknologi MARA

xiii
COPYRIGHT © UiTM
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A : Soal Selidik bagi Pemilik Perumahan Konsep ‘Gated Community’

Lampiran B : Soal Selidik bagi Bukan Pemilik Perumahan Konsep ‘Gated


Community’

xiv
COPYRIGHT © UiTM
BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Selaras dengan pembangunan yang pesat, pembinaan kawasan kediaman


meningkat mengikut permintaan rakyat Malaysia. Pelbagai jenis skim perumahan
ditawarkan malahan konsep kediaman terkini juga telah dibina. Antara konsep
kediaman pada masa kini yang diminati termasuklah kediaman berkonsepkan ‘gated
community’ di mana ianya dikatakan dapat memenuhi citarasa masyarakat yang
mahukan privasi, keselesaan dan menjamin keselamatan.

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia banyak dipengaruhi oleh
konsep perancangan dan pembangunan perumahan yang diadaptasikan daripada
pelbagai negara lain. Walaupun ‘gated community’ telah lama popular di tempat lain
di dunia ini seperti di Florida, Arizona, Johannesburg, Pretoria, Lisbon, Madrid dan
sebagainya, konsep ini secara relatifnya adalah baru di Malaysia. Ianya semakin
diterima oleh masyarakat Malaysia dan menggalakkan profesional dalam pelbagai
bidang seperti pereka, jururancang, ahli sosiologi, peguam dan sebagainya yang
secara tidak langsung terlibat dengan perlaksanaan kepada pemajuan ‘gated
community’ di negara ini terutamanya di pusat-pusat bandar.

Walaupun konsep perumahan ini bukanlah merupakan sebuah isu yang serius di
negara lain, ‘gated community’ secara amnya memberi fokus kepada keselamatan
komuniti dan kawasan berkawalan ketat. Pengamalan konsep ‘Gated community’ di
Malaysia adalah seperti di Kajang Country Heights, Sierramas dan Tropicana
merupakan contoh perumahan yang menggunakan konsep ini yang antara lain
menawarkan pelbagai kemudahan seperti padang golf, rumah kelab (‘club house’),
kolam renang, gimnasium, padang tennis dan kawasan rekreasi. Maka, ‘gated
community’ merupakan kombinasi bagi kawalan keselamatan, privasi dan gaya hidup
residen itu sendiri.

1
COPYRIGHT © UiTM
Konsep ‘gated community’ yang semakin diminati ini merupakan pembangunan
kediaman yang berpagar atau bertembok di mana ianya menyekat laluan awam,
merupakan satu pilihan cara hidup, identiti dan status serta lebih penting, ianya
adalah bagi memberi tindak balas terhadap kadar jenayah di kawasan perbandaran
yang semakin meningkat.

Melalui permohonan perancangan yang diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala


Lumpur (DBKL) adalah didapati ‘gated community’ mempunyai konsep seperti skim
perumahan yang menyediakan kawalan keselamatan, kemudahan awam, rekreasi
dan infrastruktur untuk digunakan secara bersama oleh semua penduduk yang
menghuni dalam skim perumahan berkenaan. Kos bagi kawalan keselamatan dan
pengurusan serta penyelenggaraan kawasan kediaman berkenaan dari segi
jalanraya, perparitan, lampu jalan, kawasan siarkaki dan perabot jalan dibiayai oleh
pemilik kediaman sendiri.

Walau bagaimanapun, kajian yang akan dijalankan adalah bagi menilai gaya hidup
masyarakat yang tinggal di dalam kelompok ‘gated community’ ini memandangkan
ianya tidak mampu dimiliki oleh kebanyakkan masyarakat kerana harganya yang
mahal dan bayaran penyelenggaraan termasuklah kawalan keselamatan dan
sebagainya. Kajian yang akan dijalankan di Desa Andaman, Wangsa Maju akan
dijadikan sebagai kajian kes yang melibatkan konsep ‘gated community’ sebagai
pilihan perumahan gaya hidup. Pelbagai aspek akan disentuh seperti sejarah ‘gated
community’, pengalaman negara-negara luar, malahan aspek kepenggunaan atau
ciri-ciri psikologi juga diambil kira memandangkan ciri-ciri pembeli dikaji secara
terperinci bagi menilai perspektif pembeli dan pengetahuan mereka tentang konsep
ini yang menjadikannya sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

2
COPYRIGHT © UiTM
1.2 Pernyataan Masalah

Beberapa isu dan masalah yang boleh dikaitkan dengan konsep perumahan ‘gated
community’ yang dijadikan sebagai pilihan perumahan gaya hidup. Antaranya
adalah seperti berikut;

(i) Pemahaman Masyarakat tentang ‘Gated Community’ Masih Kurang

Pembangunan perumahan yang semakin pesat menyebabkan pelbagai


konsep perumahan wujud terutamanya di bandar-bandar utama yang menjadi
tumpuan masyarakat. Penggunaan istilah ‘gated community’ masih lagi
jarang didengari oleh sesetengah masyarakat dan menyebabkan
pemahaman mereka tentang perumahan ini masih kurang. Pemahaman
masyarakat haruslah dipertingkatkan bagi mempertingkatkan pembangunan
perumahan ‘gated community’. Masyarakat yang sedar akan pembangunan
perumahan ‘gated community’ mudah tertarik dengan konsep yang
ditawarkan terutamanya ianya mengetengahkan aspek keselamatan dan
gaya hidup yang privasi serta eksklusif. Pelbagai usaha boleh dibuat bagi
meningkatkan pemahaman masyarakat tentang perumahan konsep ‘gated
community’ dan ianya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

(ii) Isu dan Kadar Jenayah yang Semakin Meningkat

Kadar jenayah pada masa kini semakin hari semakin membimbangkan. Di


dada-dada akhbar seringkali mendedahkan isu-isu jenayah yang semakin
meningkat. Secara tidak langsung, rasa takut di kalangan masyarakat
terhadap keselamatan diri dan harta benda mulai meningkat. Ini
menyebabkan pemaju-pemaju perumahan telah membentuk satu konsep
perumahan yang menawarkan ciri-ciri kawalan keselamatan dan persekitaran
yang selesa iaitu perumahan konsep ‘gated community’. Berbeza dengan
perumahan berbentuk horizontal yang lain, ianya mempunyai pagar atau
tembok berperimeter mengelilingi sekitar kawasan perumahan ini.
Permintaan terhadap perumahan ini secara tidak langsung disebabkan oleh
peningkatan kadar jenayah di bandar-bandar.

3
COPYRIGHT © UiTM
(iii) Harga rumah yang Mahal dan Dimonopoli oleh Golongan Kaya

Perumahan konsep ‘gated community’ menawarkan beberapa pakej


keistimewaan berbanding perumahan yang lain. Antaranya seperti
kawasalan keselamatan, landskap yang seragam di persekitaran kawasan
perumahan, penyediaan kemudahan-kemudahan lain untuk kegunaan
residen dan pelbagai lagi keistimewaannya. Gaya hidup yang eklslusif di
dalam perumahan ‘gated community’ juga telah membentuk kepada harga
perumahan yang lebih mahal berbanding perumahan lain tetapi harganya
juga bergantung kepada jenis rumah yang ditawarkan seperti rumah banglo,
rumah berkembar dan juga rumah teres. Harga rumah yang mahal
menyebabkan hanya golongan kelas atasan dan golongan pertengahan
mampu memiliki perumahan ini. Ini juga bergantung kepada latar belakang
pembeli yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan berpendapatan dan
berpendidikan tinggi. Maka, perumahan ‘gated community’ dimonopoli oleh
golongan kaya menyebabkan ianya tidak mampu dimiliki oleh semua orang.

(iv) Perumahan Konsep ‘Gated Community’ Mewujudkan Satu Komuniti yang


Bersifat Keindividuan dan Keterasingan

Hubungan sosial di kalangan komuniti di bandar dicorakkan oleh anonimiti


dan keterasingan. Manakala jalinan emosi dan sentimen yang mengikat
solidariti masyarakat semakin rapuh dan digantikan oleh hubungan
berasaskan kepentingan diri. Pembangunan perumahan konsep ‘gated
community’ juga secara tidak langsung telah mewujudkan satu komuniti yang
bersifat keindividuan dan keterasingan antara satu sama lain. Ini adalah
kerana mereka lebih gemar gaya hidup yang lebih privasi dan tidak
mengenali jiran masing-masing akibat daripada gaya hidup ‘careerism’.
Selain itu, masyarakat yang tinggal di perumahan ini hanya akan
mengambilkira kehidupannya di dalam kawasan perumahannya dan
menyebabkan berlaku jurang kejiranan di antara kawasan-kawasan kejiranan
bersebelahan dengan perumahan konsep ‘gated community’ ini. Oleh itu,
pembangunan perumahan konsep ‘gated community’ juga membentuk ke
arah menanam sifat keindividuan dan keterasingan di bandar.

4
COPYRIGHT © UiTM
1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji konsep ‘gated community’
sebagai pilihan perumahan gaya hidup yang berkualiti dan selamat agar kehidupan
masyarakat lebih terjamin dan sempurna.

1.3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian konsep ‘gated community’ sebagai pilihan gaya hidup adalah seperti
berikut;

(i) Meninjau setakat mana penerimaan masyarakat terhadap konsep perumahan


‘gated community’.

(ii) Meninjau perbezaan sebenar pengalaman pemilik dan bukan pemilik ‘gated
community’.

(iii) Mencungkil persepsi dan pemahaman masyarakat (sampel) tentang konsep


‘gated community’.

(iv) Membuat cadangan dan penambahbaikan bagi meningkatkan pembangunan


dan penerimaan perumahan konsep ‘gated community’ pada masa hadapan.

5
COPYRIGHT © UiTM
1.4 Skop Kajian

Kajian konsep ‘gated community’ yang akan dijalankan adalah meliputi;

(i) Gunatanah berkaitan dengan perumahan konsep ‘gated community’ dan


maklumat tentang latarbelakang kawasan kajian yang dibincangkan bagi
mengetahui tentang gunatanah semasa dan sekitar kawasan kajian.

(ii) Latar belakang golongan pembeli konsep ‘gated community’ dari aspek etnik,
pendapatan dan taraf pendidikan yang mampu memiliki perumahan ‘gated
community’ ini dikaji dengan terperinci bagi mengenalpasti ciri psikologi
pembeli dan ‘consumer decision making’.

(iii) Pemahaman masyarakat terhadap perumahan sedia ada dan perumahan


‘gated community’ bagi mendapatkan respons atau pendapat dan persepsi
tentang perumahan konsep ‘gated community’ ini.

(iv) Pengalaman, pengamalan dan perlaksanaan ‘gated community’ daripada


negara-negara lain dan sekitar Malaysia sebagai pilihan perumahan gaya
hidup.

(v) Keistimewaan konsep skim perumahan ini yang dapat menarik pembeli
rumah agar memilih konsep ini sebagai pilihan perumahan gaya hidup dari
aspek fizikal konsep ‘gated community’ iaitu seperti kemudahan, taman dan
landskap serta rekabentuk rumah.

6
COPYRIGHT © UiTM
1.5 Pendekatan Kajian

Kajian yang dijalankan ini akan melibatkan beberapa pendekatan yang sesuai. Ini
adalah bagi memastikan kajian dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Antara
pendekatan kajian adalah:

(i) Peringkat Pertama : Laporan Awalan

Pada peringkat ini, ia adalah bagi memastikan pemahaman yang sepenuhnya


ke atas bentuk kajian yang akan dijalankan. Pada peringkat ini juga, pengkaji
perlu memahami isu dan masalah yang terdapat di tapak kajian.
Pembentukkan matlamat, objektif dan skop kajian juga boleh dilakukan
berdasarkan isu dan masalah. Ia juga adalah pemahaman awal tentang
kajian yang akan dijalankan. Pada peringkat pertama ini memainkan peranan
yang penting di mana hala tuju kajian akan dijalankan perlu ditentukan. Maka
pada peringkat ini perlu diperjelaskan dengan tepat tentang kajian yang akan
dijalankan.

(ii) Peringkat Kedua : Kajian Literatur dan Pengumpulan Maklumat

Pada peringkat ini, pengumpulan data dan maklumat akan dilakukan.


Peringkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengumpulan maklumat
data primer dan data sekunder. Pengumpulan data primer dilakukan dengan
cara temubual dan pengamatan. Rekabentuk soalselidik akan dibuat bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan serta kaedah temubual akan
dijalankan. Responden dipilih secara rawak dan akan dibahagikan kepada
dua kategori iaitu bagi responden pemilik dan bukan pemilik ‘gated
community’. Manakala data sekunder diperolehi melalui pembacaan buku
seperti buku-buku rujukan, kertas seminar, maklumat dari agensi-agensi
kerajaan dan swasta yang terlibat dalam kawasan kajian serta artikel dan
jurnal yang berkaitan dengan kajian.

7
COPYRIGHT © UiTM
(iii) Peringkat Ketiga : Analisa dan Penemuan

Pada peringkat ini, penilaian dan analisa data akan dijalankan. Segala
maklumat dan data yang diperolehi akan dianalisis. Analisa data boleh di
lakukan di peringkat awal pengumpulan data sehinggalah penganalisaan
terperinci dilakukan seterusnya. Ini adalah bertujuan untuk memberikan
pemahaman yang lebih jelas tentang permasalahan dan isu-isu dalam
keadaan yang cepat dan berterusan. Penganalisaan boleh menggunakan
program komputer seperti SPSS yang dapat memudah dan menjimatkan
masa bagi penganalisaan kajian yang dijalankan. Analisa data dan maklumat
yang diperoleh daripada dua pihak responden akan dikaji dan dinilai bagi
mendapatkan respons mereka terhadap pembangunan perumahan konsep
‘gated community’ ini. Satu perbandingan akan dibuat bagi memperjelaskan
lagi penemuan daripada kajiselidik yang dijalankan.

(iv) Peringkat Keempat : cadangan

Pada peringkat ini, iaitu selepas penemuan kepada kajiselidik yang


dijalankan, cadangan akan dibentuk bagi mencapai matlamat dan objektif
kajian. Strategi yang dibentuk mengambil kira segala pertimbangan yang
perlu dan alternatif-alternatif penyelesaian akan dicadangkan. Peringkat
cadangan ini juga perlu menjawab dan menjurus kepada objektif kajian yang
dijalankan serta hasil penemuan yang diperoleh. Pada peringkat cadangan
ini juga ianya diharap dapat membantu kepada penyelesaian terhadap isu
dan masalah yang diperoleh hasil daripada kajiselidik dan penganalisaan
yang telah pun dijalankan.

8
COPYRIGHT © UiTM
Rajah 1.1: Carta Alir Pendekatan Kajian yang akan Dijalankan

Peringkat 1
PEMBENTUKKAN TUJUAN,
OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN

Peringkat 2
KAJIAN LITERATUR

Peringkat 3 PENGUMPULAN MAKLUMAT

DATA PRIMER DATA SEKUNDER

• Kaedah Pengamatan • Buku Rujukan dan Akta

• Soal Selidik Pemilik • Kertas Seminar, Pelan,


‘Gated Community’ dan Majalah, Jurnal dan
Bukan Pemilik ‘Gated bahan-bahan bacaan
Community’ yang lain

• Laporan Cadangan
Pembangunan

Peringkat 4
ANALISA MAKLUMAT DAN
PENEMUAN KAJIAN

Peringkat 5
PEMBENTUKKAN CADANGAN
DAN RUMUSAN

9
COPYRIGHT © UiTM
1.6 Kajian Kes

Kajian kes melibatkan sebuah kawasan perumahan berkonsepkan ‘gated community’


bersesuaian dengan kehendak dan keperluan kajian yang bertajuk Konsep ‘Gated
Community’ sebagai Pilihan Perumahan Gaya Hidup. Kawasan kajian terletak di
Desa Andaman, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Bandar Satelit Wangsa Maju
merupakan bandar baru yang mula berkembang sejak 20 tahun yang lalu. Terletak
dalam Mukim Setapak, kawasan kajian bersesuaian dengan kajian yang dijalankan
kerana menepati keperluan seperti Desa Andaman merupakan kawasan perumahan
berkonsepkan ‘gated community’ dengan pelbagai kemudahan seperti kawalan
keselamatan dan juga kawasan rekreasi.

Di Desa Andaman ini terdapat 132 unit rumah teres dengan empat jenis senibina
rumah yang berbeza yang dikategorikan sebagai Jenis A, Jenis B, Jenis C dan Jenis
D. Terdapat dua kawasan lapang yang boleh dijadikan sebagai kawasan rekreasi.
Kawalan keselamatan juga dikenakan sebelum memasuki kawasan kajian. Kawasan
kajian hanya seluas 11 ekar dan terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kawasan kajian juga berdekatan
dengan pusat membeli-belah Alpha Angle dan Stesyen Putra LRT Wangsa Maju. Ini
menyebabkan kawasan kajian menjadi rebutan ketika mula-mula diperkenalkan
sehingga menjadi rebutan ramai pihak walaupun harga rumahnya mahal.

Perumahan ‘gated community’ mempunyai harga yang berbeza-beza bagi setiap


perumahannya bergantung kepada jenis rumah tersebut. Antaranya rumah
sesebuah, berkembar dan teres. Dalam kajian kes ini, Desa Andaman merupakan
rumah teres 2½ tingkat berharga di antara RM 350 ribu hingga RM 450 ribu.
Perumahan ‘gated community’ yang lain boleh mencecah hingga jutaan ringgit.
Kajian kes ini dipilih memandangkan ianya dihuni oleh golongan kelas pertengahan
yang masih boleh memberi kerjasama terhadap kajian yang akan dijalankan
berbanding perumahan ‘gated community’ lain yang lebih mahal dan eklsklusif.
Berdasarkan daripada beberapa huraian berkaitan dengan kawasan kajian dan ciri-
ciri fizikalnya, maka jelaslah Desa Andaman, Wangsa Maju menepati keperluan
kajian untuk dijadikan sebagai kajian kes bagi kajian konsep ‘gated community’
sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

10
COPYRIGHT © UiTM
1.7 Kepentingan Kajian

Pada masa kini, pembangunan perumahan yang berkonsepkan ‘gated community’ ini
semakin diminati. Konsep ini memperlihatkan penggunaan pagar dan tembok
mengelilingi kawasan perumahan dan menggunakan kawalan keselamatan yang
dapat menjamin keselesaan penghuninya daripada jenayah.

Konsep ini mempunyai ciri-ciri yang istimewa di mana rumah-rumahnya tidak


berpagar dengan seni bina rumah yang beridentiti, kemudahan, taman-taman dan
landskap yang menarik. Konsep ini perlu diperjelaskan agar dapat diketahui umum
dan seterusnya dapat menambah pilihan kepada pembeli-pembeli rumah yang
mengutamakan konsep kediaman yang lebih selesa, privasi dan selamat.

Gaya hidup mewah yang ditonjolkan oleh kelompok pemilik dan penghuni ‘gated
community’ telah jelas menunjukkan kesedaran mereka terhadap keselesaan,
eksklusif, privasi dan keselamatan yang menjadi keutamaan dalam memilih gaya
hidup dan kediaman. Ini menunjukkan minda masyarakat Malaysia semakin
berkembang dan terbuka di dalam memilih kediaman yang bersesuaian dengan gaya
hidup dan kehendak masing-masing.

Kajian ini dijalankan bagi meninjau perspektif dan penerimaan masyarakat terhadap
pembangunan perumahan konsep ‘gated community’ yang menawarkan gaya hidup
yang berbeza dengan perumahan sedia ada. Kajian ini juga dapat melihat
perbezaan sebenar tentang cara hidup di dalam perumahan konsep ‘gated
community’ berbanding dengan bukan pemiliknya. Maka satu rumusan tentang
persepsi dan pemahaman tentang perumahan konsep ‘gated community’ dapat
dibuat bagi menggalakkan permintaan terhadap perumahan jenis ini di masa akan
datang.

11
COPYRIGHT © UiTM
1.8 Batasan Kajian

Di dalam menjalankan kajian, pastinya terdapat beberapa batasan yang perlu


dihadapi memandangkan kajian ini melibatkan orang awam. Antara batasan kajian
yang dihadapi adalah seperti berikut:

(i) Sukar Mendapat Kerjasama Penghuni ‘Gated Community’

Seperti kajian lain, kerjasama daripada responden amat diperlukan kerana


kajian memerlukan latarbelakang dan maklumat lain untuk di analisa sebelum
satu cadangan dapat dibuat. Kajian melibatkan soal selidik bersemuka
dengan penghuni ‘gated community’ di Desa Andaman, Wangsa Maju. Sukar
bagi pengkaji mendapat kerjasama penghuni memandangkan penghuni
mempunyai agenda masing-masing. Kerjasama yang diperlukan adalah bagi
mengkaji latar belakang dan pengetahuan pemilik tentang ‘gated community’
serta alasan memilih untuk tinggal di ‘gated community’.

(ii) Maklumat Berkaitan ‘Gated community’ Masih Kurang

Buku-buku dan maklumat berkaitan ‘gated community’ masih kurang


menyebabkan hanya kertas seminar dijadikan rujukan bagi kajian yang akan
dijalankan. Kebanyakkan rujukan berkaitan ‘gated community’ merupakan
kajian yang dijalankan di luar negara. Oleh itu, penggunaan internet sangat
diperlukan malah dapat memudahkan kajian yang akan dijalankan. Walau
bagaimanapun, buku-buku dan maklumat lain berkaitan ‘gated community’ di
Malaysia perlulah diperluaskan pasarannya.

12
COPYRIGHT © UiTM
BAB DUA

KONSEP ‘GATED COMMUNITY’ DAN GAYA HIDUP

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, akan dibicangkan tiga bahagian yang utama yang berkaitan dengan
konsep ‘gated community’ iaitu;

a) Fenomena urbanisasi biasa dikaitkan dengan perbandaran yang


mengambilkira aspek perkembangan bandar secara amnya serta gaya hidup di
bandar yang bersifat keindividuan dan anonimiti. Ianya juga menyentuh secara am
tentang konsep-konsep bandar yang wujud akibat daripada menangani
permasalahan di bandar yang secara tidak langsung menjadi pembentukkan ke arah
pembangunan ‘gated community’.

b) Bahagian yang kedua adalah membincangkan tentang pembangunan ‘gated


community’ yang mengambilkira definisi, sejarah ‘gated community’ yang terdahulu,
pengalaman negara-negara lain tentang ‘gated community’. Selain itu,
pembangunan ‘gated community’ di Malaysia juga dibincangkan dengan ciri-ciri dan
keistimewaan ‘gated community’ serta faedah-faedah yang diperolehi daripada
pembangunan ‘gated community ini kepada pemilik dan pihak berkuasa tempatan.
Aspek sistem perlaksanaan ‘gated community’ dan sistem perundangan juga akan
dibincangkan.

c) Manakala di bahagian akhir bab ini akan membincangkan tentang ciri


psikologi pembeli ‘gated community’ serta faktor-faktor yang mempengaruhi sifat-
sifat pembeli ‘gated community’ ini.

13
COPYRIGHT © UiTM
2.2 Urbanisasi

Proses perbandaran yang pesat akibat penghijrahan penduduk desa ke bandar dan
perkembangan infrastruktur dan fizikal bandar yang berganda telah melahirkan suatu
bentuk penghidupan baru yang mempelbagaikan gaya kehidupan bandar-bandar
besar. Kalau diteliti tulisan-tulisan awal Barat seperti Wirth (1938) dan Gans (1962)
jelas menunjukkan terdapat bukan sahaja kepelbagaian kehidupan tetapi terdapat
juga sub-budaya kehidupan yang mencerminkan keunikan dan pelbagai ragam ciri-
ciri sub-budaya etnik yang terus dikekalkan, dianjurkan dan dipertahankan daripada
unsur-unsur luaran. Jati diri etnik juga semakin menonjol dalam situasi yang tertentu
sesuai dengan persekitaran sosial, politik dan ekonomi sesebuah kawasan
petempatan manusia bandar. Kemercuan dan ketamadunan tinggi kehidupan
bandar ini juga pernah mendapat perhatian Sarjana Islam yang terulung iaitu Ibnu
Khaldun yang menggambarkan kehidupan penduduk bandar yang begitu mewah,
mempunyai segala kelengkapan dan kemudahan perumahan yang merupakan
rujukan kepada taraf kehidupan golongan elit yang menguasai ekonomi, politik dan
ketenteraan.

Proses perbandaran di negara-negara Barat bukan sahaja berlaku akibat daripada


kemajuan teknologi yang mencetuskan Revolusi Perindustrian tetapi juga kerana
perubahan masyarakatnya. Akibat daripada kesedaran terhadap perancangan
bandar, maka lahirlah pelbagai konsep perancangan bandar yang lebih efisyen.
Konsep perancangan bandar moden telah diperkenalkan pada awal abad ke-19 yang
telah melahirkan idea-idea bandar yang lebih tersusun. Konsep bandar ini
mengambilkira perletakan kemududahan awam, aktiviti gunatanah, termasuk juga
keselamatan dan keselesaan penduduk. Ini adalah bagi mengatasi masalah
penghijrahan ke bandar yang menyebabkan bandar menjadi sesak, tempat
kediaman tidak teratur, kawasan menjadi kotor, jangkitan penyakit, ‘slum’ dan rumah-
rumah disusun terlalu rapat dan tidak seragam. Keadaan sedemikian mendorong
kepada perancangan bandar yang lebih tersusun dan terancang.

14
COPYRIGHT © UiTM
Salah satu konsep petempatan tersusun diasaskan oleh Ebenezer Howard. Pada
tahun 1902, buku beliau disemak kembali dan diberi tajuk baru iaitu ‘Garden Cities of
Tomorrow’. Cadangan-cadangan beliau disertai dengan gambarajah serta
rekabentuk fizikal Bandar Taman. Konsep Bandar Taman mempunyai satu bandar
pusat dan 6 Bandar Taman disekelilingnya.

Rajah 2.1: Diagram Bandar Taman oleh Ebenezer Howard

Sumber: http://www.rickmansworthherts.freeserve.co.uk/howard1.htm

Selain konsep bandar taman, satu model klasik tentang gunatanah yang terawal
telah dimajukan oleh Ernest W. Burgess (1925) dengan kerjasama R.E Park. Sewa
ekonomi dinilai berasaskan letakan tanah dari pusat pasaran yang menjadi tempat
tumpuan pemasaran keluaran pertanian. Berdasarkan fahaman yang sama,
Burgess mendakwa bahawa gunatanah sesebuah bandar berkembang dari pusat ke
arah pinggir di dalam suatu siri zon sepusat.

Pendekatan yang digunakan bagi mengenal zon-zon gunatanah dalam bandar


adalah bersifat sosiologi-ekologi. Perubahan kualiti perumahan dari pusat bandar ke
kawasan pinggirannya boleh dijangkakan, daripada perumahan harga rendah di
pusat bandar ke perumahan yang lebih mewah di pinggir bandar. Hubungan
songsang di antara nilai tanah dengan gunatanah perumahan telah dapat dibuktikan
di bandar Chicago.

15
COPYRIGHT © UiTM
Rajah 2.2: Model Zon Sepusat seperti yang telah dibuat di Bandar Chicago

PERUMAHAN JENIS HOTEL


PERUMAHAN SEKELUARGA

KAWASAN
PETEMPATAN KAUM

DAIF
II
RUMAH PANGSAPURI

MENDATANG

ZON PERALIHAN
I
BELANDA PUSAT
III
ZON PERUMAHAN
PEKAN PEKERJA PANTAI TASIK
KEDIAMAN NEGRO

CINA MICHIGAN
IV
RUMAH ZON KAWASAN
PANGSA PERUMAHAN SEDERHANA
KEMBAR DAN MEWAH

V
KEDIAMAN ORANG KULIT PUTIH ZON PERUMAHAN MEWAH

PERUMAHAN MEWAH

BANGLO

Sumber: E. Burgess, Growth of the City, (1925.)

Selain gunatanah perumahan, Burgess juga mengambilkira jenis gunatanah yang


termasuk termasuklah kawasan perniagaan, perindustrian dan sebagainya. Tetapi,
asas pembahagian zon-zon bulatan lebih dipengaruhi oleh kriteria status sosial
kawasan tempat kediaman.

2.2.1 ‘Urbanism As A Way Of Life’

Wirth (1938), dalam artikelnya yang bertajuk ‘Urbanism as a Way of Life’


menegaskan bahawa perbandaran telah membentuk cara hidup masyarakat menjadi
lebih ‘impersonal’, ‘superficial’ dan ‘segmental’. Menurutnya, salah satu daripada

16
COPYRIGHT © UiTM
konsekuensi proses perbandaran ke atas jaringan sosial komuniti adalah bentuk
kejiranan yang semakin longgar. Hubungan sosial di kalangan komuniti di bandar
dicorakkan oleh anonimiti dan keterasingan. Manakala jalinan emosi dan sentimen
yang mengikat solidariti masyarakat semakin rapuh dan digantikan oleh hubungan
berasaskan kepentingan diri. Kehidupan bandar yang digerakkan oleh kepesatan
ekonomi industri telah mendesak pengubahsuaian nilai, bentuk dan peranan institusi
tidak formal dalam jaringan sosial seseorang.

Pekerjaan dan kehidupan di bandar sentiasa mempunyai ciri psikologi yang


tersendiri. Bermulanya sebuah perbandaran adalah disebabkan oleh kemasukan
pekerja pertanian dan tanaman. Sesetengah bandar mempunyai pelbagai fungsinya.
Walau bagaimanapun, setiap bandar akan mempunyai keistimewaannya yang
tersendiri iaitu dari aspek hasil pekerjaannya dengan adanya pembuat barangan
daripada kulit, tembikar, kaca dan sebagainya.

Oleh itu, terdapat beberapa ciri yang membentuk ke arah cara hidup di bandar
(Anderson, 1970) antaranya peningkatan sikap keindividuan dan tidak bergantung
kepada orang lain telah meluputkan kawalan sikap tradisional yang lebih bersifat
kerjasama. Mobiliti yang tinggi di dalam kehidupan seseorang individu, sama ada
perubahan kediaman, tempat kerja dan pekerjaan, menyebabkan perubahan yang
berlaku ke atas status sosial.

Foto 2.1: Gaya Hidup di Bandar Lebih Foto 2.2: Kehidupan Bandar yang
Bersifat Anonimiti dan Digerakkan oleh Kepesatan
Keterasingan. Ekonomi.

Sumber: Sumber:
http://images.search.yahoo.com/search/images http://images.search.yahoo.com/search/images

17
COPYRIGHT © UiTM
Selain itu, perubahan yang berterusan ke atas elemen alam bina buatan manusia
terhadap persekitaran terutamanya struktur pembaharuan dan kepesatan teknologi
telah menyebabkan bermulanya cara hidup yang berbeza dengan cara hidup
kedesaan yang lebih mesra dan saling mengenali. Lebih melengkapkan cara hidup
di bandar, seseorang individu atau kelompok masyarakat dikawal oleh masa.
Hubungan yang dibuat bukan secara mendalam dan mengambilkira anonimiti dan
keterasingan di kalangan orang sekelilingnya. Sikap yang terbuka terhadap segala
bentuk perubahan dan peningkatan kapasiti terhadap penyesuaian dengan
pembangunan yang semakin berubah.

Kebanyakan elemen ini wujud dalam kehidupan diperbandaran dalam pelbagai


negara industri. Walau bagaimanapun, di dalam kepesatan pembangunan elemen
seperti ini sedikit sebanyak akan mula bercambah di kalangan masyarakat. Adalah
mengejutkan sekiranya sesebuah negara membangun dapat mengelak elemen ini
daripada wujud. Apa yang berbeza adalah tahap sesuatu cara hidup itulah yang
akan membezakan sesebuah negara dengan kesan perbandarannya.

2.2.2 Status Keluarga dan Gaya hidup

Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam gaya hidup seseorang. Walau
bagaimanapun, akibat daripada pembangunan yang semakin pesat, Bell (1958),
telah mencadangkan bahawa setiap individu boleh memilih antara tiga gaya hidup
dalam sesebuah negara yang pesat membangun.

Gaya hidup yang pertama adalah ‘familism’ iaitu anak-anak dan keluarga merupakan
perkara dominan dan seluruh kehidupan adalah tertumpu kepada anak-anak. Gaya
hidup ini sangat bersesuaian dengan cara tradisional dan selalunya tidak melibatkan
hubungan kekeluargaan lain. Sepasang suami isteri boleh menentukan saiz
keluarganya, dan secara tidak langsung terbabit dengan dua gaya hidup yang lain.

Gaya hidup yang kedua adalah ‘careerism’ di mana tujuan gaya hidupnya adalah
berteraskan kepada mencapai kepada mobiliti sosial dan memberikan segala tenaga
dan masanya hanyalah untuk kerjaya. Kebanyakan yang memilih gaya hidup ini
tidak berkahwin tetapi, sekiranya berkahwin, seseorang itu akan berkahwin pada
usia yang lebih lewat dan kebanyakannya tidak mempunyai anak.

18
COPYRIGHT © UiTM
‘Consumerism’ atau gaya hidup yang bersifat kepenggunaan di mana seseorang
yang memilih gaya hidup ini adalah untuk menghayati hidup. Mereka lebih gemar
membelanjakan duit, masa dan tenaga dengan membeli belah, makan dan minum
serta berhibur.

2.2.3 Pilihan Tempat Kediaman

Menurut R.J. Johnston (1971), proses di dalam menentukan pilihan tempat kediaman
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut;

(i) Adanya Kawasan Yang Berhampiran Dengan Penawaran Peluang Pekerjaan

Penduduk bandar cenderung untuk tinggal di kawasan yang berhampiran


dengan tempat kerja. Kemudahan pengangkutan dari tempat kediaman ke
tempat kerja dan pulang, terutamanya bagi penduduk yang berpendapatan
rendah, adalah sebahagian daripada perkara yang turut dipertimbangkan
dalam memilih tempat kediaman yang berhampiran dengan tempat kerja.

(ii) Kitaran Hidup Ketua Keluarga

Pada umumnya, penduduk bandar adalah dianggap paling kerap berpindah


di dalam hidupnya. Salah satu sebab yang mendorong mereka berpindah
adalah desakan keperluan ruang tempat kediaman akibat saiz keluarga yang
bertambah besar. Sebagai pembuat keputusan, ketua keluarga boleh
menerima desakan akibat pelbagai keperluan ahli keluarga terhadap ruang.
Anak-anak boleh mendorong ketua keluarga memilih rumah yang luas untuk
bermain. Apabila anak-anak itu membesar, mereka mula berkuasa
menentukan tempat kediaman sendiri melalui pilihan tempat belajar dan
seterusnya pilihan pekerjaan.

19
COPYRIGHT © UiTM
(iii) Kelas Sosial

Status pekerjaan, pelajaran, pendapatan dan kedudukan seseorang di dalam


masyarakat secara bergabung lazimnya boleh menggambarkan kelas sosial.
Kedudukkan seseorang dalam masyarakat daripada segi kelas sosial, boleh
mempengaruhi pilihan tempat kediamannya. Kerana kemampuan, keperluan
kepada golongan penduduk yang setaraf untuk tujuan pergaulan, keinginan
untuk berkelompok dengan ahli-ahli masyarakat yang tinggi taraf pencapaian
akademiknya, serta keinginan untuk tinggal di kawasan yang dihormati
kerana status sosialnya, menyebabkan sesetengah golongan penduduk
berpindah ke kawasan-kawasan tempat kediaman mewah dan dan dihormati.

(iv) Gaya atau Fesyen Kehidupan

Walaupun fesyen dianggap remeh di dalam kehidupan, kadangkala terdapat


ahli-ahli masyarakat yang mementingkannya dalam menentukan keputusan
memilih tempat kediaman. Perlakuan dan sikap manusia yang berbagai-
bagai melahirka minat dan kecenderungan yang berbeza-beza. Keadaan ini
amat dipengaruhi oleh didikan dan lingkungan kehidupan seseorang individu,
daripada segi persekitaran, teman dan carahidup setempat. Kelainan-
kelainan budaya dan persekitaran akan menyebabkan perbezaan minat dan
kecenderungan di dalam kehidupan.

(v) Bekalan Rumah

Penawaran rumah amat penting di dalam menentukan pilihan akhir tempat


kediaman seseorang individu. Jika rumah yang diingini tidak ditawarkan,
seseorang individu akan memilih rumah-rumah kediaman yang terbaik
mengikut keupayaan dan ciri-ciri lain yang diinginkannya.

Keputusan tentang pilhan tempat kediaman lazimnya dibatasi oleh penawaran rumah
kediaman di pasaran dan keupayaan daripada segi ekonomi. Selebihnya adalah
desakan atau dorongan daripada keinginan dan tanggapan individu terhadap
sesuatu kawasan.

20
COPYRIGHT © UiTM
2.3 Definisi ‘Gated Community’

Pelbagai idea yang menarik tentang ‘gated community’ antaranya, menurut Edmund
Kong (2006) di dalam Seminar ‘The Malaysian Annual Real Estate Convention 2006’
yang bertajuk ‘The Feasibility of the Gated Community in Malaysia’ menyatakan
bahawa ‘gated community’ merupakan satu bentuk kediaman komuniti yang boleh
disifatkan melalui kawasan kediaman yang berpagar secara berperimeter atau pun
bertembok di mana akses di dalam kawasan tersebut adalah terkawal. ‘Gated
community’ juga dikenali sebagai ‘guarded community’ atau pun kawasan komuniti
yang dikawal oleh pengawal. Ianya diliputi dengan kawalan keselamatan dan juga
pelbagai kemudahan dan landskap. Selain itu, terdapat juga pelbagai pendapat
yang sama tentang ‘gated community’ antaranya;

“Gated communities are residential areas or a development that is


fenced or walled of from its surroundings, either prohibiting or
controlling access to these areas by gates or booms. The consept
can refer to a residential area with restricted access so that use is
restricted (other terms that may also mean gated communities
include- security villages, fortress neighbourhoods, exclusive
leisure developments.”
(Blakely and Snyder, 1997)

“A gated community is a ‘sub-division’ or a ‘neighbourhood’ that is


surrounded by a manned barrier to which entry is restricted to
residents and their guests. In the moder form, it is a closed
community where urban space is privatised and characterised by
security guards controlling an entrace (or exit) to provide access
to one or more smaller residential streets with the entire
development surrounded by a perimeter wall or fence. It is a
closed community lifestyle with one or more types of residential
units. Common areas and amenities within provide residents with
day-to-day activity requirements.”
(Gurjit Singh, 2005)

‘Gated community’ diaplikasikan dengan pelbagai aspek seperti rumah bagi


golongan pesara (‘retirement home’), rumah orang-orang tua malah ia juga dikaitkan
dengan kawasan peranginan dan kawasan perumahan lengkap dengan padang golf
dan sebagainya.

21
COPYRIGHT © UiTM
2.4 Sejarah ‘Gated Community’

Penggunaan istilah ‘gated community’ mungkin baru tetapi ianya telah lama
diaplikasikan sejak lama dahulu. Ini dapat dilihat melalui sejarah bandar atau kubu
lama yang di pagar atau bertembok di mana ianya mempunyai konsep yang hampir
atau sama dengan konsep ‘gated community’ pada masa kini (Azlinor Sufian, 2005).
Oleh itu, beberapa contoh kota atau bandar dapat dijadikan antara tinggalan sejarah
yang menjadi tren pada masa kini.

Menurut John (1913) di dalam bukunya ‘Ancient Town Planning’, Kerajaan Babylon
diperintah di bawah pemerintahan Raja Hammurabi (1792-1750 Sebelum Masihi).
Anak baginda, Nebuchadnezzar II merupakan perintis kepada ciptaan Taman
Tergantung Babylon. Ianya diciptakan untuk dihadiahkan kepada isterinya.
Gambaran mengenai Babylon diceritakan oleh Herodotus, seorang ahli sejarah pada
tahun 450 Sebelum Masihi. Herodotus menggambarkan terdapatnya tembok luar
sepanjang 55 batu dengan ketebalan tembok tersebut 90 kaki dan setinggi 340 kaki.
Di dalamnya terdapat kota dan tempat ibadat yang mengandungi replika patung
bersalut emas. Terdapat 100 buah pagar bagi memasuki kota ini dengan setiap
bahagiannya mempunyai 25 buah pagar. Walau bagaimanapun, gambaran
Herodotus tidak begitu tepat kerana Babylon sebenarnya hanya seluas 200 batu
persegi dengan tembok seluas 50 batu panjang dan 30 kaki tebal serta hanya
setinggi 120 kaki.

Foto 2.3: Bandar Babylon


Sumber: http//architecture.about.com/library/bl-babylon0.4.htm

22
COPYRIGHT © UiTM
Foto 2.4: Tembok Besar China
Sumber: http://www.great-wall.org/pictures.htm

Berdasarkan maklumat yang dilayari melalui laman web http://www.great-


wall.org/pictures.htm, Tembok Besar China dibina pada zaman peperangan ketika
musim bunga dan musim luruh sebagai kubu pertahanan yang melalui tiga buah
negeri iaitu Yan, Zhao dan Qin. Tembok Besar China dibina sepanjang 6,700 km
atau 4,163 batu dari timur hingga ke barat negeri China yang merentasi gurun,
padang dan gunung-ganang. Ianya dibina pada mulanya sebagai tembok
kemerdekaan bagi setiap negeri yang berlainan dan menjadi kebanggaan pada
zaman Dinasti Qin. Maharaja Qin Shihuang telah berjaya di dalam usahanya
menyambung tembok besar bagi menghalang pencerobohan Puak Hun di utara
selepas penyatuan China.

Foto 2.5: Tembok Besar China Dibina bagi


Menghalang Kemasukkan Musuh
Sumber: http://www.great-wall.org/pictures.htm

23
COPYRIGHT © UiTM
Selain itu, pada zaman Medieval Eropah, idea daripada dua lapisan tabir diterima
umum pada abad ke 14. Tambahan kepada tembok yang kedua membentuk tempat
laluan perlindungan yang mana ianya boleh digunakan untuk berkumpul dan
mengepung musuh sekiranya berlaku sebarang serangan. Parit masih lagi menjadi
sebahagian daripada sistem tembok istana, tetapi ianya kini biasanya disertai
dengan glasier, kadang kala ianya dirujuk sebagai ‘killing ground’.

Foto 2.6: Tembok Dua Lapisan di Perancis


Sumber: Spiro Kostof, (1999)

Tembok dibina ketika pemerintahan Theodosius II pada abad ke 5 , di mana lapisan


kedua dibina bagi menambah kesan kawalan di kawasan sekitarnya. Penceroboh
yang memasuki di dalam kawasan bertembok perlu melalui parit yang dalam dan
batu-bata. Satu pembahagi setinggi 50 kaki iaitu bersamaan dengan 15 meter lebar
dipisahkan dengan parit di luar kawasan tembok.

Rajah 2.3: Rekabentuk Kubu atau Tembok pada Bandar-Bandar Lama

Sumber: Spiro Kostof, (1999)

24
COPYRIGHT © UiTM
Sistem bertembok pada mulanya dibina dengan menggunakan tanah yang dapat
menghalang sebarang pencerobohan manakala tembok yang diperbuat daripada
kayu pula lebih bersifat tradisional. Penggunaan tembok atau berpagar pada kota-
kota lama bagi menghalang pencerobohan sama ada orang asing mahu pun
serangan daripada haiwan liar telah lama digunakan pada masa dahulu. Sejarah
telah membuktikan bahawa pembangunan bertemakan tembok telah diwujudkan
sejak lama dahulu lagi.

Rajah 2.4: Illustrasi Penggunaan Tembok pada Kawasan


Kubu di Novgorad, Russia

Sumber: Spiro Kostof, (1999)

Pengalaman dan sejarah telah pun menunjukkan bahawa sistem bertembok dan
berkawalan bagi memasuki sesebuah kawasan petempatan mahupun bandar telah
lama wujud sejak berabad yang lalu. Pembinaan tembok adalah bagi menghalang
anasir luar mengganggu kawasan petempatan manusia sama ada daripada
gangguan haiwan liar, bencana alam mahupun bagi mengelakkan serangan
daripada pihak musuh. Pelbagai negara di seluruh dunia pada masa dahulu hidup di
dalam sesebuah bandar yang berkubu dan masyarakat terdahulu dapat hidup
dengan aman kerana dapat mengelak daripada gangguan luar. Melalui huraian
tentang sejarah berkaitan dengan ‘gated community’ ini, jelaslah menunjukkan
bahawa masyarakat seluruh dunia pada masa dahulu juga telah pun menggunakan
konsep ‘gated community’ tetapi melalui pendekatan yang berbeza pada zaman
sekarang.

25
COPYRIGHT © UiTM
2.5 Pengalaman Negara Lain tentang ‘Gated Community’

Pendekatan ‘gated community’ adalah mengambil contoh negara yang mengguna


pakai konsep ini pada kawasan perumahannya. Terdapat beberapa negara lain
yang menggunakan konsep ‘gated community’ pada masa kini contohnya Amerika
Syarikat, Australia, England, Afrika Selatan dan sebagainya.

2.5.1 ‘Gated Community’ di Amerika Syarikat

‘Gated community’ banyak dikaitkan dengan gaya hidup mewah dan eksklusif. Bagi
menghuraikan tentang gaya hidup yang lebih eksklusif di Amerika Syarikat, Lim Lay
Ying (2003) merupakan seorang Pengarah Urusan Research Inc. (Asia) di dalam
artikelnya yang bertajuk ‘Wall of Exclusivity’ yang mempunyai kebolehan dari aspek
kajian pasaran dan pembangunan hartanah telah menyenaraikan beberapa ‘gated
community’ yang paling eksklusif dan termahal sekitar California yang
kebanyakannya dihuni oleh golongan hartawan dan juga selebriti yang terkenal di
seluruh dunia.

Foto 2.7: ‘Gated Community’ di Beverly Park


Sumber: http://www.Californiacommunity.com

Hanya pembeli yang kaya dan mampu membeli rumah yang berkonsepkan ‘gated
community’ di kawasan elit di Amerika Syarikat . Di Amerika, pembeli tanpa ragu-
ragu membayar harga rumah di antara US$7 juta (RM26.6 juta) dan US$23.5 juta
(RM89.3 juta) di mana biasanya untuk rumah mewah berpagar seperti Beverly Park
di Los Angeles, California.

26
COPYRIGHT © UiTM
Beverly Park merupakan kawasan berlandskap yang berpagar yang terdiri daripada
80 buah rumah yang direka untuk golongan kaya dan terkenal. Ianya menyediakan
persekitaran yang selamat, privasi dan sesuai dengan cara hidup sosial mereka.
Malahan ianya memberikan pemilik menikmati bonus seperti bermain golf dengan
persekitaran yang aman di kawasan yang disediakan. Rumah yang dibina dengan
keluasan 8,000 hingga 40,000 kaki persegi dengan pembeli dapat menikmati taman
seluas empat ekar lengkap dengan laluan pejalan kaki, kawasan padang golf dan
juga kawalan keselamatan 24 jam.

Selain Beverly Park, kawasan Brentwood Country Estates yang berkonsepkan ‘gated
community’ terletak di Pergunungan Santa Monica hanya menempatkan 13 buah
rumah orang-orang kenamaan dan kaya-raya. Keluasan rumah adalah seluas 7,000
kaki persegi sehingga 20,000 kaki persegi dan hanya kemudahan keselamatan 24
jam disediakan. Nilai kawasan Brentwood Country Estates dianggarkan hampir
mencecah US$10 juta (RM38 juta).

Foto 2.8: ‘Gated Community’ di Brentwood Country Estates.


Sumber: http://www. Brentwoodcountry.com

Birnam Wood di Montecito, California Selatan merupakan rumah yang termahal di


dalam Senarai 10 buah rumah termahal di Amerika Syarikat seperti yang dikeluarkan
oleh Forbes.com pada tahun 2003. Birnam Wood berharga US$29.95 juta
(RM113.81 juta). Perumahan mewah ini diselaputi dengan emas 24-karat bagi bilik
air, tiga ‘elevator’ dan dapur yang direka oleh pereka terkenal.

27
COPYRIGHT © UiTM
Birnam Wood mempunyai 138 buah rumah dengan keluasan antara 2,500 kaki
persegi dan 16,000 kaki persegi. Selain kawalan sekuriti 24 jam, Birnam Wood juga
menawarkan keahlian kelab golf dan kemudahan lain seperti ‘club house’, padang
tenis dan juga restauran mewah.

Foto 2.9: ‘Gated Community’ di Birnam Wood


Sumber: http://www.Californiacommunity.com

2.5.2 ‘Gated Community’ di Australia

Pembangunan perumahan berkonsepkan ‘gated community’ juga tidak ketinggalan


merupakan pembangunan perumahan yang menjadi pilihan penduduk di sekitar
Australia. Pada tahun 1985, perumahan berkonsepkan ‘gated community’ mula-
mula di bangunkan di Sanctury Cove dan diikuti pula dengan pembangunan ‘gated
community’ di Macquarie Links Estates pada tahun 1989.

Foto 2.10: ‘Gated Community’ di Australia iaitu Macquarie


Links Estates
Sumber: http://www.gatedcomsa.co.za

28
COPYRIGHT © UiTM
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Burke (2001), hampir 40,000 orang atau
0.2% rakyat Australia tinggal di perumahan berkonsepkan ‘gated community’ dan
jumlahnya semakin meningkat. Ini mungkin adalah disebabkan beberapa faktor iaitu
rasa kurang selamat terhadap kawasan kediaman, penyelenggaraan terhadap
kemudahan seperti padang golf, kolam renang, marina dan sebagainya. Malah,
ianya juga adalah sebagai tahap status sosial seseorang selain ingin mencuba gaya
hidup yang lebih eksklusif.

Foto 2.11: ‘Gated Community’ di Australia iaitu The Manor


Sumber: http://www.gatedcomsa.co.za

Rajah 2.5: Taburan Perumahan Berkonsepkan


‘Gated Community’ di Australia

Sumber: http://www.gatedcomsa.co.za

29
COPYRIGHT © UiTM
2.5.3 ‘Gated Community’ di England

Kajian ‘gated community’ di England yang dijalankan oleh Sarah Blandy dari
Universiti Sheffield Hallam dan Diane Lister (2003) dari University of Cambridge yang
bertajuk ‘Using the Law to Set Boundries’ sedikit sebanyak membantu tentang
pengalaman negara England di dalam konsep ‘gated community’ ini.

Foto 2.12: ‘Gated Community’ di Sheffield, South Yorkshire


Sumber: Sarah Blandy dan Diane Lister, 2003

Kajian yang dijalankan di kediaman ‘gated community’ di Sheffield, menunjukkan


bahawa kesedaran terhadap aspek keselamatan menyebabkan lebih ramai pembeli
membeli rumah konsep ini. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa kesedaran
yang tinggi terhadap keselesaan kawasan kediaman dan persatuan penduduk yang
baik menyebabkan hubungan kejiranan menjadi lebih kukuh dan akrab. Maka
dengan itu, lahirlah satu kesepakatan untuk mentadbir sendiri kawasan persekitaran
mereka.

Selain itu, kewujudan ‘gated community’ adalah berpunca daripada peningkatan


terhadap jenayah yang menyebabkan penduduk berasa kurang selamat. Persepsi
penduduk terhadap peningkatan jenayah di sekitar England menyebabkan penduduk
lebih berminat dan berasa selamat untuk tinggal di dalam kawasan perumahan
‘gated community’. 48 peratus penduduk menyatakan bahawa mereka berasa
terancam dengan peningkatan masalah sosial seperti vandalisma, ‘grafitti’ atau
menconteng dinding serta remaja yang berpeleseran.

30
COPYRIGHT © UiTM
Pengalaman negara England dari aspek pembangunan perumahan berkonsepkan
‘gated community’ boleh disifatkan sebagai kesedaran masyarakat sendiri tentang
sebuah unit kejiranan yang mana persatuan penduduknya adalah lebih baik
sehingga boleh mewujudkan sebuah komuniti yang lebih selamat dan selesa di
mana segala aspek penyelenggaraan dan pengurusan dapat dibuat dengan sendiri
mengikut kehendak mereka. Selain itu, kadar jenayah dan masalah sosial juga telah
meningkat rasa kurang selamat di kalangan penduduk menyebabkan tembok atau
pagar dibina bagi menghalang berlakunya jenayah dan gangguan di dalam kawasan
kediaman mereka.

Foto 2.13: ‘Gated Community’ di Cromer Street


Sumber: Sarah Blandy dan Diane Lister, 2003

2.5.4 ‘Gated Community’ di Afrika Selatan

Sejak awal 1990an, fenomena pesat ‘gated community’ telah dibangunkan di Afrika
Selatan terutamanya di kawasan metropolitan Gauteng. Di Afrika Selatan, ‘gated
community’ menjadi lebih popular sebagai satu tindak balas terhadap kadar jenayah
yang tinggi dan ketakutan terhadap penjenayah. Landman dan Schönteich
(2002) telah menjalankan kajian terhadap ‘gated community’ sebagai kubu
pertahanan dan tindak balas terhadap jenayah.

Di Afrika Selatan, ‘gated community’ wujud akibat daripada kadar jenayah yang
tinggi. Jenayah meningkat ketika era perubahan pimpinan politik serta keganasan
yang meningkat. Ini termasuklah di negara Amerika Latin yang lain seperti di Brazil
dan Eropah Timur ketika perubahan kepada demokrasi. Ianya juga dirasai oleh
negara Namibia sebelum dan selepas kemerdekaan dan Afrika Selatan dari

31
COPYRIGHT © UiTM
pertengahan tahun 1980an. Ketika era yang tidak stabil itu, polisi kerajaan yang
menekankan kepada kawalan terhadap keganasan dan jenayah yang semakin
meningkat. Pelbagai kempen anti-jenayah dijalankan oleh pihak berkuasa dan
pertubuhan sivik.

Foto 2.14: ‘Gated Community’ di Pretoria, Afrika Selatan


Sumber: http://photos.yahoo.com

Bagi kebanyakan penduduk bandar di Afrika Selatan, kawalan sekitar rumah adalah
tidak mencukupi. Mereka mahu tinggal di dalam sebuah persekitaran yang terkawal
dengan kawasan yang lebih luas di sekitar perumahan mereka. Dengan cara ini,
maka istilah ‘total security’ menjadi semakin popular. Ini menyebabkan bermulanya
kewujudan perkampungan kawalan ataupun unit kejiranan yang bertembok di
kawasan perbandaran. Di antara contoh perumahan ‘gated community’ di Afrika
Selatan adalah seperti di Hillbrow (Johannesburg), Sunnyside (Pretoria), Green Point
(Cape Town), dan Albert Park (Durban).

‘Gated community’ di Afrika Selatan juga mempunyai pelbagai kemudahan dan


terdapatnya pengekalan dari aspek alam semulajadi seperti sungai dan sebagainya
dan seterusnya melengkapkan pelbagai aktiviti rekreasi dan sukan untuk
penghuninya. Kebanyakan kawasan mewah adalah seluas 10 hingga 50 hektar.
Antaranya seperti ‘Heritage Park’ di Cape Town seluas 200 hektar dan di Dainfern,
Johannesburg seluas 350 hektar.

32
COPYRIGHT © UiTM
2.6 ‘Gated Community’ di Malaysia

‘Gated community’ bukanlah fenomena baru di Malaysia. Ianya bermula semenjak


1985 lagi. Antara perumahan ‘gated community’ yang terawal adalah Wangsa
Baiduri di Subang, Selangor apabila pihak berkuasa tempatan meluluskan
permohonan pembangunan ‘gated community’ ini pada tahun 1985. Permintaan
yang semakin meningkat terhadap kediaman yang disebabkan oleh arus ekonomi
yang menggalakkan, pelbagai konsep perumahan mula diperkenalkan dan menjadi
tarikan kepada pembeli yang gemarkan kemewahan sebagai gaya hidup.

Kebanyakan konsep ‘gated community’ di Malaysia terletak di sekitar kawasan


metropolitan Kuala Lumpur, perbandaran sekitar koridor Selatan Johor dan juga di
Pulau Pinang. Contoh pembangunan ‘gated community’ di Malaysia antaranya
adalah seperti Country Height, Kajang dan Sierramas di Sungai Buloh, Selangor
yang kebanyakannya dibina pada 1990an lagi. Kedua-duanya dilengkapi dengan
infrastruktur dan landskap menarik. Duta Nusantara dan Duta Tropika di Sri
Hartamas, Tiara di Bandar Sunway, Sejati Hill Villa di Sungai Long, Cheras, Seputeh
Height, Damansara Idaman Fasa 2, The Rise di Pusat Bandar Putra Permai, Kota
Kemuning Hills, Austin Perdana, Johor Bahru juga antara pembangunan ‘gated
community’ yang baru sahaja dibangunkan di sekitar bandar-bandar utama di
Malaysia pada masa kini. Antara kemudahan yang disediakan seperti kawalan
keselamatan 24 jam, interkom dan alarm dari rumah ke pengawal keselamatan,
kawasan BBQ dan juga CCTV.

Foto 2.15: ‘Gated Community’ di Seputeh Height, Kuala Lumpur


Sumber: http://www.hba.org.my/

33
COPYRIGHT © UiTM
Faktor pilihan lokasi ‘gated community’ juga menjadi tarikan kepada pembeli apabila
selain pembeli ditawarkan dengan pelbagai jenis kemudahan dan kawalan di dalam
konsep perumahan ini, kebanyakan lokasi perumahan ‘gated community’ adalah
strategik dan menyebabkan lebih ramai pembeli tertarik untuk memberi dan merasai
gaya hidup yang terkini ini. Perumahan ‘gated community’ mempunyai tahap yang
berbeza-beza bergantung kepada lokasi, nilai tanah dan pembangunan yang
dijalankan. Anggaran harga sebuah rumah di dalam perumahan jenis ‘gated
community’ adalah di antara RM 350 ribu hingga mencecah jutaan Ringgit
Malaysian. Ini adalah bergantung kepada jenis rumah sama ada perumahan jenis
banglo, rumah berkembar mahupun teres dua tingkat. Pembangunan ‘gated
community’ adalah tertumpu di kawasan suburban seperti di Damansara, Kajang,
Subang, Petaling Jaya dan sebagainya. Ini mengakibatkan nilai tanah di kawasan
tersebut adalah lebih tinggi dan hanya mampu dimiliki oleh golongan elit.

Foto 2.16: ‘Gated Community’ di PJU 3/26 in Petaling Jaya.


Sumber: http://www.hba.org.my/

Di Malaysia, perumahan yang mempunyai pagar secara perimeter di sekitar


kawasannya di kenali sebagai perumahan berkonsepkan ‘gated community’. Walau
bagaimanapun, ianya mempunyai ciri yang hampir sama dengan konsep
kondominium (Azimuddin, 2005). Konsep ‘gated community’ di Malaysia ditujukan
kepada pembangunan ‘landed property’ dan bangunannya berbentuk horizontal
manakala konsep kondominium berbentuk vertikal iaitu menegak. Konsep
kondominium boleh diiktiraf sebagai pemilikan bersama terhadap tapak hartanah
pelbagai unit di mana pemilik memiliki satu unit kediaman tetapi berkongsi hak tapak
tanah dan bahagian-bahagian lain kondominium bersama pemilik-pemilk lain.
Pemilik kondominium selalunya akan memiliki ‘title deed’ untuk satu unit kediaman

34
COPYRIGHT © UiTM
tertentu tetapi mempunyai bahagian yang sama dengan pemilik-pemilik lain (Dombal,
1976). Konsep pemilikan bersama digunapakai oleh konsep perumahan
kondominium begitu juga perumahan ‘gated community’. Pembangunan perumahan
konsep ‘gated community’ di Malaysia adalah masih tidak jelas memandangkan tiada
lagi peruntukan akta yang menggariskan satu panduan kepada pemaju untuk
menentukan hak-hak penghuni ‘gated community’ seperti mana yang dinikmati oleh
penghuni kondominium. Penghuni ‘gated community’ perlu membayar
penyelenggaraan bagi jalan raya dan juga kemudahan yang disediakan di dalam
‘gated community’ di Malaysia. Walau pun begitu, terdapat dua jenis pembangunan
‘gated community’ di Malaysia iaitu bagi pembangunan baru dan pembangunan
sedia ada. Perumahan yang mempunyai persatuan penduduk yang kukuh boleh
mengemukakan permohonan ‘gated community’ apabila merasa kawasan kediaman
mereka terancam. Contohnya penduduk di kawasan perumahan di Taman Mutiara
Subang.

Pembeli perumahan konsep ‘gated community’ di Malaysia tertarik dengan pelbagai


kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan oleh pemaju. Promosi dan
risalah berkaitan perumahan ‘gated community’ diperjelaskan bagi mendapat lebih
sambutan daripada ramai pembeli.

Foto 2.17: Risalah Promosi Perumahan Berkonsepkan ‘Gated Community’

35
COPYRIGHT © UiTM
2.7 Ciri-Ciri dan Keistimewaan ‘Gated Community’

Menurut Bernard Tan (2003), terdapat beberapa kelebihan ‘gated community’


berbanding konsep perumahan lain iaitu;

(i) ‘Streetscape’

Bermulanya satu sistem keselamatan yang mewujudkan penggunaan pagar


di sekitar kawasan rumah dan sekitar kawasan ‘gated community’ telah dapat
membentuk nilai estetik yang tinggi bagi ‘streetscape’ dan juga landskap.
Terutamanya ‘streetscape’ yang dibuat di sekitar kawasan ‘gated community’.
Pelbagai pokok dihiasi di persekitaran rumah bagi menghidupkan suasana
kehijauan dan memberikan ketenangan kepada penghuni perumahan konsep
‘gated community’.

Foto 2.18: Konsep ‘Gated Community’ Dihiasi dengan Landskap yang Menarik
Sumber: http://www.botanica.com/1_5.asp.

(ii) Keselamatan

Keselamatan adalah terjamin di dalam ‘gated community’ kerana keluar


masuk adalah di kawal oleh pengawal keselamatan. Malahan laluan yang
terkawal juga menyebabkan wujudnya persekitaran yang selamat di mana
kanak-kanak dapat bermain di hadapan rumah atau sepanjang jalan tanpa
perlu risau tentang keadaan trafik dan keselamatan.

36
COPYRIGHT © UiTM
Rajah 2.6: Konsep ‘Gated Community’ Menyediakan Satu Persekitaran yang Selamat

Sumber: http//.www.yahoo.images.com

(iii) Seni bina

Seni bina ‘gated community’ memerlukan dinding dan struktur yang kukuh di
mana ianya bersesuaian dengan kawalan keselamatan yang cuba ditonjolkan
oleh konsep perumahan ini. Dengan itu, arkitek dapat mereka satu
perubahan kepada pembangunan secara kreatif dan selaras dengan reka
bentuk rumah yang lebih terbuka dan bersesuaian dengan iklim negara.

(iv) Seni bina dan landskap yang seragam

Piawaian yang seragam di dalam senibina rumah dan landskap yang telah
diselenggara oleh badan pengurusan ‘gated community’ dapat mengekalkan
tema persekitaran yang telah dibentuk bagi menjamin keselesaan bagi
komuniti yang tinggal di dalam ‘gated community’.

Foto 2.19: Setiap Kawasan Perumahan Disediakan Landskap yang Seragam


Sumber: http://www.hba.org.my/

37
COPYRIGHT © UiTM
Penghuni ‘gated community’ tidak perlu risau atau terganggu dengan rumah-
rumah yang telah diubahsuai sama ada termasuk dalam kawasan jiran atau
sebaliknya. Pada masa yang sama juga, mereka juga akan mendapat
keselesaaan dan yakin bahawa hartanah mereka adalah dilindungi sebagai
contoh, persekitaran rumah yang tidak menarik akibat daripada ketiadaan
landskap.

(v) Penggunaan tanah yang efisyen

Melalui perancangan yang efektif dan konsep pembangunan perumahan


yang teratur, saiz ukuran rumah yang dikecilkan tidak akan mengganggu
persekitaran dan keseluruhan landskap yang terdapat di dalam ‘gated
community’ dan menambah nilai estetik kawasan sekitarnya yang dapat
membentuk sebuah kawasan kesiaman yang sihat dan selamat.

(vi) Pengurusan dan perkhidmatan yang lebih baik

Pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan oleh badan pengurusan ‘gated


community’ adalah lebih efektif dan sistematik berbanding pengurusan yang
dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Ini adalah kerana skop dan lingkungan
kawasan yang ditadbir dan diselenggara adalah lebih kecil berbanding
pengurusan yang terpaksa dibuat oleh pihak berkuasa tempatan. Oleh itu,
badan pengurusan dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan
terancang.

Foto 2.20: Pengurusan dan Penyelenggaraan yang Lebih Baik di dalam


Perumahan Berkonsepkan ‘Gated Community’.

Sumber: http://www.hba.org.my/

38
COPYRIGHT © UiTM
2.7.1 Ringkasan Keistimewaan ‘Gated Community’

Menurut Yong Yung Choy (2005), telah menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang
selalunya terdapat di dalam ‘gated community’;

(i) Pemilik ‘gated community’ adalah berhak terhadap bangunan, jalan raya,
tempat letak kereta, taman, dewan, ‘club house’, kolam renang, tasik dan
sebagainya. Kesemua kemudahan ini dipanggil ameniti.

(ii) Pemilik ‘gated community’ mempunyai hak menggunakan bangunan dan


ameniti atau kemudahan yang terdapat di sekitar ‘gated community’.

(iii) Pemilik ‘gated community’ perlu bertanggung jawab terhadap


penyelenggaraan dan memperbaiki bangunan dan ameniti.

(iv) Pemilik ‘gated community’ boleh membuat pengubahsuaian dan penambahan


kepada bangunan yang diduduki.

(v) Keselamatan penghuni ‘gated community’ adalah terjamin dan di kawal rapi.

(vi) Pemilik ‘gated community’ berhak untuk mengawal pergerakan orang atau
kenderaan di dalam kawasannya.

(vii) Di sesebuah skim perumahan ‘gated community’ pemilik beranggapan untuk


mendapat hakmilik persendirian kepada hartanahnya dan beranggapan
pemilikan persendirian di kawasan sekitarnya,

39
COPYRIGHT © UiTM
2.8 Sistem Perlaksanaan ‘Gated Community’ di Kuala Lumpur

Mengikut Garis Panduan Perancangan ke atas Pembangunan ‘Gated Community’


yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (2001), terdapat beberapa
asas pertimbangan perancangan yang perlu diambilkira sebelum ‘gated community’
ini diluluskan. Ini adalah bagi menjamin pembangunan perumahan yang dijalankan
adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan mengambilkira pelbagai aspek
termasuklah aspek ekonomi dan sosial.

Di dalam melaksanakan sesuatu pembangunan ‘gated community’, terdapat


beberapa undang-undang berkaitan dengan pembangunan tanah yang perlu dipatuhi
dan dirujuk terlebih dahulu seperti Kanun Tanah Negara 1965, Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 Undang-Undang Kecil Bangunan (WPKL) 1985, Akta Perancangan
Ibukota Akta 267 (1982), Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dan juga arahan
daripada Kabinet. Pelan Struktur Kuala Lumpur perlu dirujuk bagi mendapatkan
maklumat terperinci tentang perancangan gunatanah yang telah dirancangkan bagi
kawasan yang terlibat agar tidak berlaku sebarang masalah semasa pembangunan
dijalankan.

Selain daripada aspek perundangan, penilaian perancangan juga perlu diambilkira


memandangkan pembangunan yang akan dijalankan adalah berhubung dengan
pembangunan perumahan yang sememangnya menjadi tumpuan masyarakat.
Antara aspek fizikal yang perlu diperincikan adalah seperti rekabentuk bangunan dan
seni bandar, seni taman, perancangan infrastruktur, dan juga kesesuaian
pembangunan. Rekabentuk yang dikemukakan perlulah mematuhi piawaian
perancangan yang telah ditetapkan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan
penduduk.

Pandangan penduduk bersebelahan perlu dipertimbangkan kerana seperti yang


diketahui pembangunan ‘gated community’ secara tidak langsung akan menyekat
dan membentuk satu komuniti baru di sesebuah kawasan. Sekiranya terdapat
bantahan, pihak yang terbabit perlu mengkaji semula bagaimana untuk mengelakkan
berlakunya kelompok masyarakat yang berbeza di dalam sesebuah kawasan.

40
COPYRIGHT © UiTM
Sistem perlaksanaan ‘gated community’ yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur ini adalah sangat sesuai dan praktikal untuk diguna pakai memandangkan
pihak yang terbabit tidak secara sewenang-wenangnya meluluskan sesuatu
permohonan cadangan pembangunan ‘gated community’. Sistem perlaksanaan
‘gated community’ akan menjadi lebih sempurna dengan mengambil kira aspek
‘landed property’, infrastruktur, kemudahan masyarakat dan juga penilaian terhadap
pembangunan eksklusif.

Rajah 2.7 : Asas Pertimbangan Perancangan untuk ‘Gated Community’

Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974


Undang-Undang Kecil Bangunan
(WPKL) 1985

Arahan
Kanun Tanah Pelan Struktur Akta Perancangan Kabinet
Negara Akta 267 (1982)

PEMBANGUNAN
CADANGAN PENILAIAN ‘GATED
PEMBANGUNAN PERANCANGAN COMMUNITY’

Piawaian
Pelan Pembangunan Perancangan Kesesuaian Perancangan
Lengkap Infrastruktur Pembangunan

Dasar Pembangunan Seni Taman Rekabentuk Bangunan


Semasa & Seni Bandar

Pandangan Penduduk Lain-lain


Bersebelahan Pertimbangan Pembangunan
Landed Property
Eksklusif

Infrastruktur Kemudahan
Masyarakat

Sumber: Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2001

41
COPYRIGHT © UiTM
2.9 Faedah ‘Gated Community’ kepada Pemilik dan Pihak Berkuasa
Tempatan

2.9.1 Faedah ‘Gated Community’ kepada Pemilik

Menurut Bernard Tan (2003), terdapat beberapa faedah yang akan diperolehi oleh
pemilik daripada perumahan konsep ‘gated community’ ini iaitu;

(i) Mempunyai kediaman dan kehidupan yang lebih selesa dan selamat kerana
dilengkap dengan kawalan keselamatan.

(ii) Selain itu pembangunan di dalam skim ini mempunyai identiti dan rekabentuk
yang seragam.

(iii) Perkongsian kemudahan secara bersama dapat mengeratkan hubungan


penduduk dalam skim tersebut. Penduduk lebih selesa berada dalam skim
ini.

2.9.2 Faedah ‘Gated Community’ kepada Pihak Berkuasa Tempatan (DBKL)

Garis Panduan Perancangan ke atas Pembangunan ‘Gated Community’ (2001) yang


dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, terdapat beberapa faedah yang akan
diperolehi oleh Pihak Berkuasa Tempatan daripada ‘gated community’ ini iaitu;

(i) Dapat mengurangkan kos penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan


awam kerana penyelenggaraan tersebut dibiayai oleh badan pengurusan
yang menandatangani perjanjian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

(ii) Dapat mengurangkan tindakan penguatkuasaan kerana badan pengurusan


akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik unit yang gagal
mematuhi kehendak perjanjian.

(iii) Hasil kutipan cukai pintu tidak akan berkurangan kerana setiap pemilik rumah
membayar cukai pintu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

42
COPYRIGHT © UiTM
2.10 Undang-Undang Tanah Berkaitan ‘Gated Community’ di Malaysia

Sehingga kini, tiada lagi undang-undang dalam Malaysia yang dapat menyelesaikan
isu tentang tanah di dalam pembangunan perumahan berkonsepkan ‘gated
community’. Antara undang-undang yang terlibat di dalam sesuatu pembangunan
hartanah adalah seperti Kanun Tanah Negara, 1965, Akta Hakmilik Strata, 1985,
Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976, Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan
dan Lesen), 1966, dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974. Apa yang menjadi isu
adalah sama ada penggunaan akta-akta ini dapat memajukan pembangunan tanah
dalam perumahan konsep ‘gated community’ ini.

2.10.1 Kanun Tanah Negara, 1965

Salah satu proses yang melibatkan pemaju untuk membuat sesuatu pembangunan
hartanah adalah dengan memohon untuk pecah sempadan tanah mengikut Seksyen
136(1) Kanun Tanah Negara, 1965. Pecah Sempadan tanah adalah perlu bagi
membolehkan seseorang pemaju untuk menjual sesuatu hartanah kepada pembeli
individu yang mana akan mendapat sijil memiliki tanah tersebut. Ini dikenali sebagai
hakmilik konvensional. Kadang kala pemaju juga perlu terlibat dengan permohonan
untuk pemberianmilik semula tanah (Seksyen 204, Kanun Tanah Negara, 1965)
yang terlibat dalam pembangunan ‘gated community’.

Melalui prosedur ini, pemaju perlu menyerahkan sesetengah tanah yang telah
disimpan untuk sesuatu tujan seperti jalan raya, taman permainan, kawasan hijau,
lorong belakang, surau dan lain-lain kemudahan. Manakala tanah yang selebihnya
perlu diberimilik kepada pemaju yang terlibat. Ini adalah disebut secara jelas dalam
seksyen 136(1)(h), Kanun Tanah Negara, 1965 yang bahawa permohonan pecah
sempadan hanya akan diluluskan sekiranya memenuhi keperluan laluan yang perlu
disediakan. Ini termasuklah ‘Right of Way’ (ROW). Di atas penyerahan tanah
tersebut, tanah yang diserahkan akan menjadi tanah negeri dan jalan yang
diserahkan akan menjadi jalan awam (Seksyen 13, Akta Jalan, Parit dan Bangunan,
1974).

43
COPYRIGHT © UiTM
Di bawah undang-undang masa kini, apabila pemaju membina pagar atau tembok
atau apa sahaja yang menyebabkan pembangunan tersebut menjadi konsep ‘gated
community’, ianya tidak akan menukar status jalan tersebut sebagai jalan awam.
Maka, sekiranya pemaju membina pagar di sekitar kawasan pembangunan tersebut
dan menghalang orang awam untuk memasukinya, maka secara teknikalnya ianya
menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang (Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan
Bangunan, 1974).

Undang-undang tanah sedia ada juga menetapkan menjadi satu kesalahan apabila
menghalang orang luar daripada menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam
perumahan ‘gated community’. Walaupun kemudahan tersebut diiktiraf sebagai
‘common property’ bagi kegunaan pemilik ‘gated community’, tetapi menurut Akta
Kerajaan Tempatan, 1976, kemudahan yang disebut sebagai ‘common property’ ini
dianggap sebagai kawasan awam yang di bawah penguatkuasaan pihak berkuasa
tempatan dan bukannya pemaju (Seksyen 63 dan 102, Akta Kerajaan Tempatan,
1976). Ini bermaksud, ianya sepatutnya tidak hanya diberikan keistimewaan kepada
penghuni ‘gated community’ sahaja.

Di bawah syarat pembelian perumahan konsep ‘gated community’, pemilik perlu


membayar yuran penyelenggaraan kepada pemaju ‘gated community’. Walau
bagaimanapun, ini tidak mengecualikan mereka daripada membayar cukai taksiran
tahunan kepada pihak berkuasa tempatan. Secara kesimpulannya, penghuni ‘gated
community’ perlu membayar dua kali ganda bayaran penyelenggaraan untuk
hartanah mereka.

Di dalam kedua-dua situasi ini, menghalang laluan orang awam daripada


menggunakan jalan dan kemudahan awam walaupun di dalam ‘gated community’
adalah dianggap sebagai penindasan terhadap hak awam.

44
COPYRIGHT © UiTM
2.10.2 Akta Hakmilik Strata, 1985

Di Malaysia, undang-undang tanah yang terlibat bagi pembangunan pembinaan


bangunan dua tingkat atau lebih dan pemberian milik tanah di bawah satu lot adalah
di bawah Akta Hakmilik Strata, 1985.

Sesetengah pembangunan tanah dalam ‘gated community’ adalah di bawah


peruntukan Akta Hakmilik Strata, 1985. Sebagai contoh adalah kewujudan ‘common
property’ dan perbadanan pengurusan (‘Managemant Corporation’). Ini
kemungkinan adalah sebab mengapa sesetengah pemaju menggunapakai akta ini
untuk pembangunan ‘gated community’. Fakta yang lebih tepat adalah peruntukkan
Akta Hakmilik Strata, 1985 adalah sangat berkait rapat dengan pembangunan
konsep ‘gated community’. Walau bagaimanapun, masalah timbul apabila tanah
yang dibangunkan untuk pembangunan ‘gated community’ melibatkan pembinaan
bangunan yang tidak mungkin untuk dipecah sempadankan kepada bahagian-
bahagian seperti yang termaktub di dalam tujuan Akta Hakmilik Strata, 1985.
Sebagai contoh, rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres satu dan dua
tingkat tidak termasuk di dalam bidangkuasa Akta Hakmilik Strata, 1985. Kesemua
jenis rumah ini adalah tidak boleh dipecah bahagi kepada bahagian-bahagian. Ianya
merupakan satu unitnya yang sendiri dan merupakan ‘landed property’.

Begitu juga dengan pembentukkan perbadanan pengurusan di bawah akta tidak


bersesuaian dengan perbadanan pengurusan yang dibentuk di bawah pembangunan
‘gated community’. Di bawah peruntukan akta, kesemua pembeli adalah merupakan
pemegang perkongsian kepada ‘common property’ tersebut manakala di bawah
konsep perumahan ‘gated community’ pula, ‘common property’ pula didaftarkan di
bawah nama pemaju. Oleh itu, adalah tidak mustahil ianya merupakan sebagai
pengukuran perlindungan sekiranya ‘common property’ didaftarkan di bawah nama
pemaju, pembeli perlu mendaftarkan ismen terhadap ‘common property’ untuk
memperoleh perlindungan daripada perumahan ‘gated community’.

45
COPYRIGHT © UiTM
2.11 Ciri Psikologi Pembeli

Ciri psikologi pengguna atau pembeli ‘gated community’ boleh juga dikaji dengan
menggunakan konsep sifat pengguna atau ‘consumer behavior’. Sifat pengguna
boleh didefinisikan sebagai proses dan aktiviti yang mengikat manusia apabila
mencari, memilih, membeli, mengguna, menilai dan mengurus barangan atau
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak (G.E Belch dan M.A Belch,
2004). Bagi kebanyakan barangan atau perkhidmatan, keputusan untuk membeli
merupakan satu proses yang lama dan mendalam di mana ianya melibatkan
pencarian maklumat berkaitan produk, perbandingan produk, menilai dan pelbagai
aktiviti lain.

2.11.1 Peringkat di dalam Proses Membuat Keputusan

Menurut G.E Belch dan M.A Belch (2004), terdapat beberapa peringkat yang perlu
dilalui oleh pengguna sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu
barangan atau perkhidmatan. Ianya dapat dihuraikan melalui Rajah 2.8 yang
menunjukkan proses membuat keputusan untuk sesuatu pembelian yang dilalui oleh
pengguna sama ada bagi pembelian barangan atau perkhidmatan. Proses pertama
melibatkan mengenalpasti masalah yang berlaku apabila pengguna merasakan
sesuatu keperluan dan akan menyelesaikan masalahnya. Mengenalpasti masalah
adalah dipengaruhi oleh perbezaan di antara pengguna iaitu perbezaan yang wujud
di antara situasi mengikut kemahuan pengguna dan situasi yang sebenarnya
berlaku.

Peringkat kedua di dalam proses ini adalah pencarian maklumat. Apabila seseorang
pengguna merasakan wujudnya masalah atau keperluan yang boleh diselesaikan
melalui pembelian barangan atau perkhidmatan, pengguna akan mula mencari dan
mengumpul maklumat sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Proses ini
melibatkan mengingat kembali atau pengetahuan yang pernah di alami apabila
membeli atau mengguna barangan serta perkhidmatan.

Selepas pencarian maklumat, proses diteruskan dengan penilaian terhadap


alternatif-alternatif lain yang diperolehi ketika proses pencarian maklumat. Pada
peringkat ini, pengguna akan membandingkan pelbagai jenama barangan atau

46
COPYRIGHT © UiTM
perkhidmatan yang dikenalpasti bagi menyelesaikan masalah kepenggunaan.
Pelbagai kriteria barangan atau perkhidmatan akan dibandingkan mengikut
keperluan dan kehendak pengguna.

Di dalam satu peringkat di dalam proses pembelian, pengguna perlu berhenti


mencari dan menilai maklumat tentang jenama-jenama alternatif lain dan seterusnya
membuat keputusan yang tepat berkaitan barangan yang akan dibeli atau
perkhidmatan yang akan digunakan. Sebagai keputusan di dalam penilaian
terhadap alternatif yang ada, pengguna akan membentuk satu kehendak untuk
membeli atau berniat untuk membeli sesuatu jenama. Selalunya kehendak untuk
membeli adalah berasaskan kepada motif pembelian atau ciri-ciri jenama yang
diperlukan.

Proses membuat keputusan membeli oleh pengguna tidak berakhir dengan


pembelian sahaja. Selepas menggunakan produk atau perkhidmatan yang dibeli,
pengguna akan membandingkan mutu sesuatu produk atau barangan sama ada
memenuhi kehendaknya. Kepuasan akan wujud sekiranya andaian pengguna
mengenai produk yang dibeli adalah memenuhi keperluannya. Manakala
ketidakpuasan akan berlaku sekiranya barangan atau perkhidmatan yang digunakan
jauh tersasar daripada andaiannya. Proses ini adalah sangat penting kerana kesan
yang dialami oleh pengguna terhadap sesuatu produk akan mempengaruhi
pembelian pada masa akan datang. Hasil barangan yang positif akan menyebabkan
barangan atau produk akan digunakan lagi tetapi hasil barangan yang negatif akan
menyebabkan pengguna tidak akan memilih dan membeli produk atau perkhidmatan
tersebut lagi.

Rajah 2.8: Proses Membuat Keputusan oleh Pengguna

Mengenalpasti Mencari Menilai Keputusan Menilai


Masalah Maklumat Alternatif Lain Membeli Pembelian

Sumber: G.E Belch dan M.A Belch (2004).

47
COPYRIGHT © UiTM
2.11.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sifat Pengguna/Pembeli

Pengguna atau pembeli tidak membuat keputusan pembelian secara pengasingan.


Terdapat pelbagai faktor yang dikenalpasti mempengaruhi proses membuat
keputusan pembelian iaitu budaya, sub-budaya, kelas sosial, kelompok rujukan dan
situasi persekitaran (H. Schutte dan D.Ciarlante,1998).

Rajah 2.9: Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Sifat Pengguna

Budaya

Sub-Budaya

Kelas Sosial

Kelompok Rujukan

Penentuan
Situasi

Sumber: H. Schutte dan D.Ciarlante (1998)

Faktor yang paling meluas mempengaruhi sifat pengguna adalah budaya, atau
gabungan nilai, norma dan adat yang dikongsi di dalam sesuatu kelompok
masyarakat. Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkah-laku manusia yang diwarisi dari satu generasi
ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Norma budaya dan nilai
memberi petunjuk dan panduan kepada ahli dalam sesuatu kelompok masyarakat di
dalam semua aspek kehidupannya termasuklah sifat kepenggunaaannya. Adalah
penting bagi mengkaji kesan budaya terhadap sifat pengguna untuk pengkaji
pasaran bagi memperkembangkan barangan atau perkhidmatannya di pasaran.
Setiap negeri mempunyai pelbagai budaya tradisional, adat dan nilai yang perlu
difahami oleh pengkaji pemasaran sebelum merancang program pemasaran.

Selain itu, di dalam kebudayaan selalunya terdapat beberapa kumpulan kecil atau
bahagian-bahagian di mana kepercayaan, nilai, norma dan corak sifat mereka
berbeza-beza berbanding sesebuah aliran budaya. Sub-budaya ini berasaskan
kepada umur, faktor geografi, agama, bangsa atau etnik yang berbeza. Di Malaysia

48
COPYRIGHT © UiTM
misalnya, terdapat pelbagai sub-budaya yang wujud terutamanya bagi kaum-kaum di
Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya. Setiap
masyarakat mempunyai kebudayaan, tetapi ianya berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yang lain. Tetapi terdapat beberapa ciri dan aspek yang sama di dapati
wujud di kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan,
amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai, kesenian dan sebagainya

Di dalam satu kelompok masyarakat secara tidak langsung telah mewujudkan satu
bentuk stratifikasi atau susun lapis atau strata. Stratifikasi sosial merupakan proses
pembezaan individu-individu dalam masyarakat yang menyebabkan kemunculan
suatu hierarki yang terdiri dari lapisan atau strata yang berlainan kedudukan. Kelas
sosial adalah merujuk kepada kesamaan yang dikongsi oleh beberapa kelompok
masyarakat yang berkongsi gaya hidup, nilai, norma, minat dan sikap yang
membentuk satu kumpulan. Di Amerika Syarikat misalnya, kelas sosial diukur
melalui status pekerjaan, taraf pendidikan dan pendapatan. Kelas sosial memainkan
peranan yang penting terhadap pengkaji pemasaran kerana sifat kepenggunaan
yang hampir sama bagi setiap kelas sosial. Malah, kelas sosial yang pelbagai
memerlukan bahagian pemasaran yang berbeza. Pengguna dari pelbagai kelas
sosial yang berbeza akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang
bersesuaian dengan gaya hidup, corak perbelanjaan dan tabiat mereka.

Foto 2.21: Setiap Kelas Sosial yang Berbeza Mempunyai Gaya Hidup yang Berbeza
Sumber: http://images.search.yahoo.com/search/images

Kelompok rujukan merupakan satu kumpulan atau kategori yang memberi panduan
kepada seseorang individu di dalam mencorakkan kepercayaan, sikap, nilai dan
tingkah-lakunya. Pengguna menggunakan kelompok rujukan ini sebagai panduan
kepada beberapa perlakuan yang spesifik. Pengkaji pemasaran menggunakan
kelompok rujukan di dalam mempengaruhi strategi pengiklanan dan promosi. Ini

49
COPYRIGHT © UiTM
adalah kerana kelompok rujukan ini boleh memulakan sesuatu tren yang akan
diperkembangkan kepada masyarakat sekitarnya.

Faktor yang terakhir yang mempengaruhi sifat pengguna adalah situasi pembelian
dan penggunaan. Bagi sesetengah situasi di mana pengguna merancang untuk
menggunakan produk atau jenama secara tidak langsung telah memeberi kesan
kepada prespektif, kegemaran dan sikap membelinya. Tiga jenis situasi penentuan
yang akan mempengaruhi adalah situasi penggunaan yang spesifik, situasi membeli
dan situasi komunikasi. Penggunaan merujuk kepada produk yang akan digunakan.
Situasi pembelian pula merujuk kepada persekitaran di mana proses pembelian
berlaku. Halangan masa, persekitaran pusat membeli-belah dan faktor lain akan
memberi kesannya. Situasi komunikasi pula adalah keadaan di mana pendedahan
terhadap pengiklanan dan promosi.

2.12 Rumusan

Setelah mendalami pelbagai aspek yang berkaitan kajian ‘gated community’ ini,
jelaslah bahawa terdapat ‘gated community’ merupakan satu konsep perumahan
yang semakin diminati dan mempunyai pelbagai persepsi daripada masyarakat di
negara-negara yang membangunkan pembangunan jenis ini. Konsep ‘gated
community’ ini sedikit sebanyak telah mengupas kewujudannya beberapa dekat yang
terdahulu. Tujuan kewujudannya selain daripada aspek keselamatan dan
peningkatan jenayah, ‘gated community’ juga telah mencerminkan gaya hidup yang
lebih eksklusif dan mewah serta privasi yang diperlukan oleh masyarakat pada masa
kini. Ciri psikologi pembeli juga dikaji bagi mengenalpasti pembeli-pembeli
perumahan ‘gated community’ dan dapat menentukan ciri-ciri pembeli perumahan ini.

50
COPYRIGHT © UiTM
BAB TIGA

KAWASAN KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab tiga akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan
kawasan kajian iaitu;

a) Lokasi kawasan kajian akan dibincangkan secara terperinci di mana ianya


mengambilkira aspek pembangunan perumahan di sekitar lokasi kajian secara
ringkas serta pembangunan ekonomi tanah dan taburan perumahan di sekitar lokasi
kawasan kajian.

b) Pembangunan semasa di dalam kawasan kajian iaitu perumahan ‘gated


community’ akan dihuraikan dengan mengambilkira butir-butir asas tentang
pembangunan perumahan tersebut serta pelan sedia ada di kawasan kajian turut
disertakan.

c) Pembangunan sekitar di kawasan kajian juga akan dibincangkan bagi


mengenalpasti bagaimana penduduk ‘gated community’ ini menjalankan pelbagai
aktiviti harian di sekitar lokasi kajian. Ini termasuklah dari aspek membeli-belah,
berekreasi dan sebagainya.

51
COPYRIGHT © UiTM
3.2 Mukim Setapak, Wangsa Maju

Kajian yang akan dijalankan adalah di Mukim Setapak, Wangsa Maju. Mukim
Setapak terletak di Timur Laut Kuala Lumpur (rujuk rajah 3.1). Masa perjalanan
daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur ke mukim Setapak hanya memakan masa
20 hingga 25 minit. Setapak mengambil namanya kerana kedudukannya yang
terletak di hulu Sungai Tapak manakala Air Panas dahulunya dikenali sebagai Hulu
Gombak. Kawasan Setapak pada 24 tahun sebelum penaklukan British merupakan
sebuah kawasan pertanian (Adnan Nawang, 1997) tetapi semakin pesat
membangun sehingga kini.

Pembangunan di Mukim Setapak adalah pesat kerana ianya menjadi penyokong


pembangunan bandaraya Kuala Lumpur sehingga Bandar Baru Wangsa Maju yang
terletak di dalam mukim ini dibuka sejak lebih 20 tahun lalu sehingga menjadi
tumpuan penduduk. Terdapat pelbagai gunatanah yang terdapat di Wangsa Maju
seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan rekreasi. Walau bagaimanapun,
Wangsa Maju lebih dikenali sebagai pusat pembangunan perumahan dan
perniagaan.

Mukim Setapak adalah bersempadan dengan negeri Selangor seperti Gombak di


bahagian utaranya manakala di bahagian selatan mukim Setapak bersempadan
dengan mukim Batu dan mukim Titiwangsa. Kawasan kajian yang terletak di dalam
mukim Setapak ini secara tidak langsung menjadi rebutan ramai kerana lokasinya
yang strategik dan kemudahan infrastruktur yang baik. Oleh itu, pembangunan yang
pesat dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di mukim ini.

Foto 3.1: Foto Udara Wangsa Maju Pada Masa Kini

52
COPYRIGHT © UiTM
U

Skala 1: 800 000


KAWASAN KAJIAN

Rajah 3.1

Pelan Kunci

Petunjuk

Kawasan Kajian

Jalan Sedia Ada

Jalan dalam Cadangan

Lebuh Raya

Jalan Arteri

Jalan Tempatan

Sumber: Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020


3.2.1 Ringkasan Pembangunan Perumahan di Sekitar Wangsa Maju

Kualiti persekitaran perumahan telah meningkat sejak kebelakangan ini terutama di


kawasan pembangunan perumahan baru seperti Damansara, Bangsar, Wangsa
Maju, Ampang dan Taman Tun Dr. Ismail. Maklumat yang diperolehi daripada Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020, pembangunan perumahan di sekitar Wangsa Maju
dan Maluri yang sedia ada adalah sebanyak 79,265 unit yang menunjukkan
sebanyak 24% pembangunan perumahan di Kuala Lumpur iaitu merupakan
pembangunan yang kedua tertinggi di Kuala Lumpur berbanding tempat-tempat lain
(rujuk Jadual 3.1). Pembangunan perumahan di sekitar Wangsa Maju adalah pesat
jika dirujuk dalam jadual di bawah. Ini menunjukkan persekitaran di Wangsa Maju
merupakan tumpuan penduduk untuk memilih tempat kediaman.

Jadual 3.1: Penawaran Perumahan Mengikut Status di Kuala Lumpur, 2000


Zon Status Pembangunan (unit)
Strategik Sedia Dalam Perintah Kelulusan Jumlah
Ada Pembinaan Pembangunan Dasar
Pusat 31,106 1,924 4,686 2,424 40,140
Bandar
Raya
Wangsa 79,265 10,696 10,876 9,784 110,621
Maju-Maluri
Sentul- 66,484 12,667 24,066 33,876 137,093
Manjalara
Damansara- 24,973 1,483 11,183 6,879 44,518
Pencala
Bukit Jalil- 79,373 14,767 18,937 24,297 137,374
Seputeh
Bandar Tun 47,004 18,716 14,888 18,734 99,342
Razak-
Sungai Besi
Jumlah 328,205 60,253 84,636 95,994 569,088

Sumber: Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Bagi taburan perumahan di sekitar Wangsa Maju pula, boleh dikategorikan kepada empat
jenis perumahan seperti perumahan kos rendah, sederhana, tinggi dan juga petempatan
sementara.

54
COPYRIGHT © UiTM
U

KAWASAN KAJIAN
Skala 1: 750 000

Rajah 3.2

Pelan Lokasi

Petunjuk

Kawasan Kajian

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999


3.3 Kawasan Kajian

Kajian akan dijalankan di Desa Andaman, Seksyen 1, Wangsa Maju. Kawasan


perumahan Desa Andaman merupakan sebuah kawasan perumahan berkonsepkan
‘gated community’. Terletak di sekitar kawasan perumahan pangsa di Seksyen Satu
Wangsa Maju, kawasan kajian menjadi rebutan oleh pelbagai pihak memandangkan
ianya mempunyai pelbagai keistimewaan dari pelbagai aspek.

Desa Andaman berkeluasan 11 ekar yang mengandungi 132 unit rumah teres
dengan empat jenis rekabentuk yang berbeza iaitu Jenis A, Jenis B, Jenis C dan
juga Jenis D. Reka bentuk dapat dilihat dan dibezakan melalui lot tepi yang direka
sama ada dengan balkoni atau tanpa balkoni. Senibina rumah 2½ tingkat ini adalah
lebih moden dan menggunakan warna pastel yang menarik. Desa Andaman terletak
berhampiran dengan pusat membeli-belah Alpha Angle dan Stesyen Putra LRT
Wangsa Maju. Oleh kerana kawasan kajian terletak di kawasan yang strategik, Desa
Andaman habis dijual dalam masa yang singkat memandangkan jumlah unit yang
dijual adalah sangat terhad.

Masa perjalanan ke Desa Andaman hanya memakan masa 20 hingga 25 minit


sekiranya tanpa melalui kesesakan lalu lintas. Terdapat pelbagai kemudahsampaian
yang boleh digunakan untuk sampai ke Desa Andaman seperti melalui Jalan Genting
Klang atau pun melalui Lebuhraya Hulu Kelang. Kawasan Desa Andaman adalah di
bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun,
syarikat yang akan menyelenggarkan kawasan perumahan ‘gated community’ di
Desa Andaman ini akan diserahkan kepada Landmarks Property Sdn. Bhd.

Terdapat beberapa kemudahan yang dapat dinikmati oleh penghuni Desa Andaman
seperti taman permainan kanak-kanak, padang permainan, gelanggang badminton
dan sebagainya. Lengkap dengan landskap dan laluan pejalan kaki, menjadikan
persekitaran yang terdapat di Desa Andaman lebih selamat, selesa dan
mendamaikan.

56
COPYRIGHT © UiTM
U

Skala 1: 7500

Rajah 3.3

Pelan Tapak

KAWASAN HIJAU

Petunjuk

Sempadan Kawasan Kajian

Rumah

Kawasan Perumahan

Jalan raya

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999


U

Skala 1: 7500

Rajah 3.4
Tembok

Tembok Berhampiran Rezab Sungai

Tembok dan Pagar di


Kawasan Kajian

KAWASAN HIJAU

Petunjuk

Sempadan Kawasan Kajian

Rumah

Kawasan Perumahan

Jalan raya

Pagar di Lorong Belakang Rumah

Pintu Masuk Kedua


Tembok Perumahan di Jalan 3/27A

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999


3.3.1 Butir-butir Asas tentang Pembangunan Desa Andaman

Pemilik : PGK Sdn. Bhd


Pemaju : PGK Sdn. Bhd
Pemohon : Garis Arcitects Sdn. Bhd
Luas Tapak : 11.0 ekar
Lokasi : Wangsa Maju
Kedudukan Tapak : Di luar 36 bt2
Zon Gunatanah dan
Kepadatan : Kediaman/60 orang seekar
Jenis dan Hakmilik : Pajakan Negeri (Wilayah persekutuan) 14153
Tempoh Pajakan dan
Tarikh Luput : 99 tahun/28 Mac 2085
Jenis Penggunaan Tanah : Bangunan
Syarat Nyata : Tanah ini hendaklah digunakan untuk kolam
oksidasi dan bangunan yang berkaitan
dengannya.
Syarat Kepentingan Hak : Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau
dicagarkan melainkan dengan kebenaran
Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Komponen pembangunan : Pembangunan 132 unit rumah teres (20’X75’),
2 1/2 tingkat yang mengandungi:
i) Jenis A - 6 unit
ii) Jenis B - 100 unit
iii) Jenis C - 17 unit
iv) Jenis D - 9 unit

59
COPYRIGHT © UiTM
Jadual 3.2: Komponen Pembangunan Perumahan Desa Andaman
Bilangan Kegunaan Unit Ekar Peratus
(%)
1. Rumah Teres 132 5.94 54.01
2. Kawasan Lapang 1.40 12.75
3. Landskap
-Pencawang TNB 1 0.07 0.62
-Rezab Jalan 3.53 32.08
-Rezab Gas 0.05 0.49
JUMLAH 11.0 100.00
Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2000

Jadual3.3: Jenis Rumah di Desa Andaman


Jenis Unit Saiz Sebuah Lot Bilangan GFA sebuah Jumlah Jumlah
(kp) Lot unit Keluasan Keluasan
Bangunan (kp)
(kp)
Lot Tengah
Jenis A 1 500 6 2656.10 15936.62 8998.85
Jenis B 1 500 100 2564.50 256450.27 150003.55
Lot Penjuru
Jenis C 3526.47-4944.19 17 3272.34 55629.74 69258.37
Jenis D 3196.45-3578.03 9 2799.37 25194.34 30676.73
Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2000

Foto 3.2: Foto Udara Perumahan Desa Andaman


Sumber: http://www.gogglesearth.com

60
COPYRIGHT © UiTM
U

Skala 1: 7500

Rajah 3.5
Padang Rumah Jenis C

Taman Permainan
Kanak-kanak
Gunatanah Semasa

Petunjuk

Sempadan Kawasan Kajian

Rumah

Kawasan Perumahan

Jalan raya

Rumah
Jenis B

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999

Pondok Pengawal
Laluan Masuk Kedua Perumahan Teres Desa Andaman
3.4 Pembangunan Sekitar Kawasan Kajian

Pembangunan di sekitar kawasan kajian iaitu Desa Andaman merupakan sebuah


kawasan yang sedia ada pesat pembangunannya. Di kawasan ini telah tersedia
beberapa kemudahan dan infrastruktur yang baik yang mendorong orang ramai
memilih kawasan ini sebagai pilihan lokasi kediaman. Melalui kemudahan yang
terdapat di sekitar perumahan ‘gated community’ ini, petunjuk tentang aktiviti yang
dibuat oleh pemilik ‘gated community’ dapat dikenalpasti. Antara pembangunan
yang terdapat berhampiran Desa Andaman, Wangsa Maju adalah seperti berikut:

3.4.1 Pembangunan Perumahan Berjiran

Bersebelahan dengan perumahan Desa Andaman ini merupakan rumah pangsa lima
tingkat Seksyen Satu Wangsa Maju dan perumahan teres 2 tingkat Seksyen 2.
Terletak berhampiran dengan kawasan perumahan menyebabkan kawasan kajian
tidak sesak dengan laluan kenderaan dan merupakan sebuah kawasan yang lebih
selesa untuk didiami. Walau bagaimanapun, jurang kejiranan mungkin wujud kerana
perbezaan kelas sosial bagi penduduk yang tinggal di ‘gated community’ dengan
perumahan pangsa tersebut. Lebih-lebih lagi penghuni ‘gated community’
dipisahkan dengan pembangunan perumahan yang lain menyebabkan dikuatiri sifat
kemasyarakatan semakin lama semakin pudar. Kawasan sekitar ‘gated community’
ini yang terdiri daripada pembangunan perumahan menyebabkan persekitarannya
tenang dan jauh daripada kesesakan jalan raya.

Foto 3.3: Perumahan Seksyen Satu Foto 3.4: Perumahan Teres Seksyen Dua

62
COPYRIGHT © UiTM
3.4.2 Kemudahsampaian dan Pengangkutan Awam

Kawasan kajian dihubungkan dengan pelbagai jalan utama di sekitar Wangsa Maju.
Sistem Jalan raya di sekitar kawasan kajian adalah lebih sistematik. Kawasan kajian
terletak di tepi jalan yang berhampiran dengan kawasan perumahan pangsa
Seksyen 1, Wangsa Maju. Jalan utama ini menghubungkan Taman Setapak Jaya
dengan Taman Melati. Terdapat pelbagai jalan alternatif yang boleh digunakan.
Daripada pusat bandar Kuala Lumpur, terdapat jalan-jalan seperti Jalan Pahang,
Jalan Genting Kelang dan sebagainya bagi menghubungkan Desa Andaman dengan
kawasan lain.

Selain sistem jalanraya yang sistematik, ianya dilengkapi dengan kemudahan awam
termasuklah pengangkutan berasaskan rel. Daripada Desa Andaman ke Stesyen
Putra LRT hanya memakan masa tidak sampai 8 minit dan terdapat laluan pejalan
kaki yang disediakan. Selain kemudahan LRT, terdapat juga pengangkutan awam
yang lain seperti rangkaian bas awam dan teksi. Penghuni di sekitar Wangsa Maju
sememangnya senang untuk bekerja dan sebagainya dengan adanya pengangkutan
rel kerana ianya menjimatkan masa di samping dapat mengelakkan kesesakan lalu-
lintas.

Foto 3.5: Laluan ke Perumahan Foto 3.6: Persimpangan ke


Desa Andaman Perumahan Desa Andaman

63
COPYRIGHT © UiTM
Foto 3.7: Kemudahan Pengangkutan Rel juga Dapat Digunakan oleh Pemilik ‘Gated
Community’ untuk Bekerja bagi Mengelakkan Kesesakkan Lalulintas di Bandar

3.4.3 Pusat Membeli-Belah

Wangsa Maju yang merupakan sebuah bandar baru sememangnya tersedia dengan
beberapa pusat tumpuan penduduk. Pusat Membeli-belah Jaya Jusco, Alpha Angle
terletak berhampiran dengan Desa Andaman. Malahan penduduk boleh berjalan
kaki untuk berkunjung ke pusat membeli-belah ini. Dengan wujudnya pusat
membeli-belah ini, maka penduduk tidak perlu ke pusat bandar untuk membeli
barangan keperluan. Antara kedai-kedai yang terdapat di Alpha Angle ini adalah
seperti Jaya Jusco, McDonalds, Secret Recipe, dan juga Kentucky Fried Chicken.
Kewujudan petunjuk seperti pusat membeli-belah ini juga menunjukkan bahawa
pemilik ‘gated community’ yang merupakan golongan kelas pertengahan.

Foto 3.8: Berhampiran dengan Desa Andaman adalah Pusat Membeli-Belah Jaya Jusco

64
COPYRIGHT © UiTM
U
Perumahan Teres Seksyen 2

Skala 1: 750 000

KAWASAN KAJIAN
Rajah 3.6
Stesyen Putra LRT

Gunatanah Sekitar

Petunjuk
Rumah Pangsa Seksyen Satu
Kawasan Kajian

Jaya Jusco

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999

Taman Seri Rampai Pusat Komersial


3.5 Rumusan

Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam perumahan berkonsepkan ‘gated


community’ di Desa Andaman, Wangsa Maju, kawasan kajian ini adalah menepati
keperluan kajian yang akan dijalankan. Selain itu, mempunyai kawalan
keselamatan yang baik, kawasan kajian juga dilengkapi dengan kemudahan rekreasi
yang baik seperti padang, gelanggang badminton dan taman permainan kanak-
kanak. Persekitaran di dalam kawasan kajian adalah lebih baik berbanding di
kawasan perumahan normal yang lain. Ini adalah kerana di dalam perumahan ini,
lalu-lintas adalah tidak sesak dan kanak-kanak dapat bermain tanpa perasaan takut
terhadap kenderaan yang lalu-lalang.

Perumahan ‘gated community’ sememangnya diketahui sebagai perumahan untuk


golongan elit. Bagaimanapun, tahap-tahap atau peringkat dalam perumahan ‘gated
community’ bergantung kepada harga perumahan ini. Perumahan ‘gated community’
boleh mencapai sehingga jutaan Ringgit Malaysia bagi sesebuah rumah. Kawasan
kajian merupakan sebuah perumahan teres kos sederhana berkonsepkan ‘gated
community’ yang dijual pada harga RM 350 ribu hingga RM 450 ribu. Walaupun
begitu, Desa Andaman masih boleh dijadikan sebagai kawasan kajian
memandangkan ianya tidaklah dihuni oleh golongan elit yang terdiri daripada
golongan berpangkat besar.

Maka, kajian dapat dijalankan di perumahan Desa Andaman kerana penduduknya


lebih mudah didekati dan memberi kerjasama berbanding golongan yang lebih elit.
Melalui faktor-faktor yang disebutkan terlebih dahulu, maka kawasan perumahan
Desa Andaman sesuai untuk dijadikan kawasan kajian bagi kajian ‘gated community’
sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

66
COPYRIGHT © UiTM
BAB EMPAT

ANALISA KAJISELIDIK DAN PENEMUAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat dengan lebih jelas lagi tentang
keadaan sebenar di kawasan kajian. Oleh itu, pengkaji telah membahagikan kepada
dua bahagian untuk melaksanakan proses ini supaya hasilnya akan dapat diperolehi
secara menyeluruh.

Kajian yang dijalankan meliputi:


i) Kajian Pengamatan Fizikal Kawasan Kajian
ii) Kajiselidik Responden
a) Pemilik perumahan konsep ‘gated community’
b) Bukan Pemilik perumahan konsep ‘gated community’.

Kajiselidik yang dijalankan ke atas pemilik ‘gated community’ adalah bertujuan untuk
mengetahui gaya hidup penghuni ‘gated community’ selain persepsi mereka
terhadap perumahan ‘gated community’ ini. Selain itu, soal selidik juga di buat ke
atas bukan pemilik perumahan konsep ‘gated community’ bagi mendapatkan maklum
balas tentang kesedaran mereka tentang perumahan ‘gated community’. Ia juga
bagi menilai sama ada perumahan ‘gated community’ mampu menjadi sebuah
konsep perumahan yang terus diminati oleh semua golongan masyarakat.

COPYRIGHT © UiTM
67
4.2 Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan yang berbentuk kajian terhadap persepsi pemilik ‘gated
community’ merupakan kajian yang memerlukan pengkaji menyediakan soal selidik
bagi mendapatkan komen, pendapat dan ulasan responden. Oleh itu, beberapa
pendekatan dan kaedah kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti dan mengkaji
persepsi pemilik perumahan konsep ‘gated community’ ini.

Sebelum kajian dijalankan, data sekunder iaitu maklumat yang diperoleh daripada
agensi-agensi, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya diperlukan bagi membuat
pengamatan di kawasan kajian. Maklumat-maklumat sekunder seperti keluasan
kawasan kajian, jumlah rumah dan penduduk perlu digunakan untuk membuat
kajiselidik dan pengamatan di kawasan kajian. Terdapat beberapa peringkat kaedah
kajian yang akan dijalankan sepanjang kajian berlangsung. Kaedah-kaedah ini
adalah bersifat sistematik dan membantu dalam menjayakan kajian ini. Kaedah
yang digunakan adalah kaedah pengamatan dan juga temubual menggunakan
borang soal selidik.

Inventori di kawasan kajian dibuat dengan membuat pemerhatian dan tinjauan ke


atas kawasan kajian. Maklumat yang dikumpulkan dan dianalisa bagi mengenalpasti
isu dan masalah yang terdapat di dalam kawasan kajian. Foto akan diambil bagi
menerangkan tentang keadaan sebenar di tapak. Sekurang-kurangnya ianya dapat
membantu penyelidik di peringkat analisa data agar masalah dan cadangan dapat
dikenalpasti.

Kaedah temubual yang dibuat dibahagikan kepada dua kategori responden iaitu
seramai 52 orang responden pemilik perumahan konsep ‘gated community’ dan juga
52 orang responden bukan pemilik ‘gated community’. Borang soal selidik yang
berbeza disediakan mengikut keperluan terhadap kajian persepsi responden
terhadap konsep ‘gated community’. Kaedah ini dilakukan dengan merekod dan
menemuramah untuk mendapatkan maklumat serta pandangan dan pendapat
masyarakat terhadap konsep perumahan ini. Teknik persampelan yang digunakan
bagi memilih responden adalah dipilih secara rawak.

COPYRIGHT © UiTM
68
4.3 Analisa Potensi Perumahan Konsep ‘Gated Community’

Hasil daripada pengamatan dan kajiselidik responden yang telah dijalankan, satu
analisa mengenai potensi perumahan konsep ‘gated community’ telah diperolehi. Ini
dapat dibuktikan dengan kajian terhadap persepsi 104 responden pemilik dan bukan
pemilik ‘gated community’. Perumahan ‘gated community’ sememangnya
merupakan satu alternatif kepada pilihan perumahan untuk gaya hidup seseorang.
Ini adalah kerana di dalam perumahan ‘gated community’, terdapat satu persekitaran
perumahan yang berbeza dengan perumahan yang lain kerana ‘gated community’
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ini dapat dibuktikan melalui
pengamatan pengkaji sepanjang berada di kawasan kajian iaitu:

4.3.1 Rekabentuk Rumah dan Landskap

Hasil daripada pengamatan yang dijalankan, terdapat 132 unit rumah teres 2½
tingkat yang terdapat di dalam kawasan seluas 11 ekar ini. Rekabentuk rumah teres
ini adalah berbentuk moden dengan warna bangunan menggunakan warna-warna
pastel. Rekabentuk rumah di kawasan kajian ini juga mempunyai 4 jenis reka bentuk
iaitu Jenis A,B,C dan D (rujuk Rajah 4.1 dan Rajah 4.2). Ianya dapat dibezakan
dengan rekabentuk lot tepi rumah yang dibina. Rekabentuk rumah lot tepi yang
menarik dapat dilihat melalui tembok di jalan luar daripada ‘gated community’
menyebabkan ianya lebih unik. Malah, ia juga mempunyai rekabentuk bahagian
belakang rumah yang lebih menarik dan berbeza dengan perumahan yang sedia
ada.

Foto 4.1: Rekabentuk Rumah Teres ‘Gated Community’ di Desa Andaman

COPYRIGHT © UiTM
69
U

Tanpa Skala

Rajah 4.1

Rumah Jenis C Rumah Jenis D Keratan dan Jenis Rumah


Lot Tepi yang Mempunyai Tingkap Lot Tepi yang Mempunyai Balkoni

Petunjuk

Tingkat Atas

Loteng

Tingkat Dua

Bilik
Mandi Bilik Tidur Bilik Tidur
Tingkat Satu

Anjung Ruang Tamu Stor Dapur Dapur


Tingkat Bawah
Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999
U

Loteng Tanpa Skala

Tingkat Dua Rajah 4.2

Tingkat Satu Pandangan Hadapan


dan Belakang

Bahagian Hadapan
Tingkat Bawah
Petunjuk

Loteng

Tingkat Dua

Tingkat Satu

Bahagian Belakang Tingkat Bawah

Sumber: Garis Arkitek Sdn. Bhd, 1999


Selain itu, melalui pengamatan, di dapati landskap lembut ditanam di tepi-tepi jalan di
persekitaran kawasan ‘gated community’. Ia dapat menghidupkan suasana hijau
yang menyebabkan kawasan ‘gated community’ lebih mendamaikan. Berbeza
dengan perumahan yang biasa, landskap yang dibina di dalam perumahan ‘gated
community’ ditanam dengan pokok yang sama dan membentuk landskap yang
seragam. Tanaman pokok palma menghiasi jalan-jalan di dalam perumahan ‘gated
community’ ini.

Foto 4.2: Landskap yang Menghiasi di dalam Perumahan ‘Gated Community’


Desa Andaman

Bagi menghubungkan satu blok rumah dengan blok yang lain, telah tersedia laluan
pejalan kaki. Ini adalah bagi memudahkan penghuni untuk berjalan dan bergerak di
sekitar kawasan perumahan tanpa memerlukan mereka untuk berjalan di atas jalan
raya. Ia juga menghubungkan kawasan perumahan dengan padang bagi tujuan
rekreasi kepada penghuninya.

Foto 4.3: Laluan Pejalan Kaki Sedia Ada di ‘Gated Community’ Desa Andaman

COPYRIGHT72
© UiTM
4.3.2 Ruang di dalam Rumah

Hasil pengamatan yang dijalankan, terdapat empat buah bilik tidur dan tiga buah bilik
mandi yang terdapat di dalam rumah di perumahan konsep ‘gated community’ ini.
Pada tingkat bawah, satu bilik tidur yang terletak berhampiran dengan ruang dapur.
Stor juga terdapat di tingkat bawah ini. Pada tingkat satu, terdapat tiga buah bilik
tidur yang mana bilik tidur utamanya menghadap hadapan rumah. Kawasan untuk
keluarga (‘Family area’) juga terletak di antara bilik-bilik tersebut. Pada tingkat satu
ini, terdapat dua buah bilik mandi di mana satu bilik mandi dikongsi bersama bagi
bilik kedua dan ketiga. Tingkat yang teratas pula terletaknya loteng. Ruang loteng
yang agak luas dijadikan bilik untuk belajar atau bekerja bagi pemilik ‘gated
community’ memandangkan mereka memerlukan lebih privasi di tingkat atas
bangunan.

Foto 4.4: Ruang Tamu Foto 4.5: Ruang Makan

Foto 4.6: Bilik Mandi Foto 4.7: Dapur

COPYRIGHT73
© UiTM
4.3.3 Aksessibiliti di dalam ‘Gated Community’

Hasil pengamatan yang dijalankan, terdapat dua laluan keluar masuk yang
disediakan di kawasan kajian. Walau bagaimanapun, hanya laluan pintu utama
sahaja dibuka untuk mengawal kemasukan pelawat dan juga penghuninya. Jalan-
jalan yang terdapat di dalam kawasan perumahan ‘gated community’ ini tidak banyak
terdapat kenderaan lalu-lalang menyebabkan tiada gangguan bising kenderaan
malah jalan-jalan di perumahan ‘gated community’ boleh di anggap sebagai kawasan
yang selamat untuk digunakan. Ibu bapa tidak perlu lagi berasa bimbang untuk
membenarkan anak-anak mereka bermain basikal dan sebagainya di jalan
berhadapan rumah.

Foto 4.8: Jalan Raya di ‘Gated Community’ Desa Andaman adalah Lebih Selamat

4.3.4 Kemudahan Rekreasi

Melalui pemerhatian, terdapat tiga kawasan rekreasi yang disediakan di kawasan


‘gated community’ ini iaitu padang rumput, gelanggang badminton dan juga taman
permainan kanak-kanak. Dengan penyediaan kawasan rekreasi ini, penghuni tidak
perlu keluar dari kawasan perumahan ini untuk berekreasi memandangkan
kemudahan rekreasi yang disediakan sesuai mengikut peringkat umur. Contohnya
gelanggang badminton boleh digunakan oleh golongan remaja manakala padang
rumput boleh digunakan oleh golongan tua yang ingin bersiar-siar atau bersenam.
Laluan pejalan kaki yang disediakan menghubungkan kawasan perumahan dengan
kawasan hijau ini boleh dijadikan sebagai trek untuk aktiviti larian atau jogging.

COPYRIGHT74
© UiTM
Selain itu, taman permainan kanak-kanak yang disediakan mengutamakan
keselamatan kanak-kanak. Ini adalah kerana satu lapisan ‘carpet’ di letakkan di
sekitar taman permainan kanak-kanak bagi mengelakkan berlakunya kecederaan
semasa kanak-kanak bermain di dalam kawasan taman permainan ini. Dengan itu,
ini menunjukkan bahawa kemudahan rekreasi yang disediakan di dalam perumahan
‘gated community’ adalah lebih lengkap dan memenuhi keperluan rekreasi pelbagai
peringkat umur.

Foto 4.9: Kemudahan Rekreasi yang Terdapat di Kawasan Kajian

4.3.5 Kawalan Keselamatan

Terdapat sebuah pondok pengawal yang terdapat di kawasan perumahan ‘gated


community’ ini. Seramai empat orang pegawai keselamatan menjaga laluan keluar
masuk dan membuat rondaan di kawasan perumahan. Sistem pagar yang
digunakan masih menggunakan cara manual dan belum lagi menggunakan sistem
kad berkomputer. Kawalan keselamatan yang dibuat di perumahan ini adalah
sangat ketat dan setiap pelawat yang hendak memasuk perlu mengisi buku
maklumat kedatangan.

Foto 4.10: Pondok Keselamatan yang Terdapat di Desa Andaman

COPYRIGHT75
© UiTM
4.1 Analisa Persepsi Pemilik ‘Gated Community’

Kajian terhadap pemilik ‘gated community’ dibuat adalah bertujuan untuk


mendapatkan maklumat berkaitan dengan komen, ulasan, pendapat, persepsi,
pandangan serta cadangan pemilik ‘gated community’ terhadap kajian yang
dijalankan. Kajian ini adalah bagi mengkaji perumahan ‘gated community’ sebagai
pilihan alternatif masyarakat kini di dalam memilih tempat kediaman. Dalam kajian
ini, seramai 52 orang responden dipilih secara rawak dari perumahan Desa
Andaman dan kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal-selidik.

4.1.1 Bangsa dan Umur Pemilik ‘Gated Community’

Berdasarkan daripada kajian temubual responden, di dapati terdapat empat kaum


etnik yang terdapat di dalam perumahan Desa Andaman, Wangsa Maju iaitu Melayu,
Cina, India dan Sikh yang berumur di dalam lingkungan 20 an hingga akhir 50 an.
Hasil kajiselidik yang dijalankan, didapati responden berbangsa Cina lebih ramai
tinggal di perumahan ‘gated community’ berbanding responden bangsa lain. Ini
mungkin adalah kerana golongan berbangsa Cina lebih berkemampuan untuk
membeli rumah yang harganya jauh lebih mahal berbanding bangsa lain
terutamanya di bandar-bandar besar.

Jadual 4.1: Umur dan Etnik bagi Pemilik ‘Gated Community’

Umur Etnik Jumlah


Melayu % Cina % India % Sikh % Bilangan %
30 tahun- 4 8% 8 15% 1 2% - - 13 25%
39 tahun
40 tahun- 11 21% 16 31% - - 1 2% 28 54%
49 tahun
50 tahun- 8 15% 3 6% - - - - 11 21%
59 tahun
Jumlah 23 44% 27 52% 1 2% 1 2% 52 100%

Malahan, jika dirujuk kepada Jadual 4.1, di dapati pada usia yang jauh lebih muda
lagi responden berbangsa Cina mampu memiliki perumahan jenis ini iaitu seramai 8
orang responden pada usia 30 hingga 39 tahun. Ini mungkin adalah disebabkan
jenis pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan oleh mereka berbanding hanya 4
orang responden pada usia yang sama memiliki perumahan konsep ini. Berbanding

COPYRIGHT76
© UiTM
dengan pemilik etnik Melayu pula, responden yang berumur di dalam lingkungan 50
hingga 59 tahun merupakan responden yang paling ramai memiliki perumahan
‘gated community’ berbanding responden yang lebih muda. Ini mungkin disebabkan
oleh faktor jenis pekerjaan dan tahap pendapatan mereka. Malah, responden India
dan Sikh juga termasuk menjadi responden kepada kajian yang dijalankan.

4.1.1 Status Perkahwinan Pemilik ‘Gated Community’

Hasil kajian yang dijalankan terhadap 52 responden juga di dapati 100% responden
(rujuk Jadual 4.2) telah pun berkahwin dan memilih tinggal di ‘gated community’
kerana inginkan persekitaran yang selamat untuk anak-anak mereka. Ini
menunjukkan pemilk ‘gated community’ adalah terdiri daripada golongan yang
memilih gaya hidup ‘familism’ yang mana mereka menumpukan perhatian terhadap
pembesaran anak selain memberi keutamaan keselamatan dan keselesaan anak-
anak.
Jadual 4.2: Status Perkahwinan bagi Pemilik ‘Gated Community’

Status Bilangan Peratus (%)


Perkahwinan
Berkahwin 52 100%
Jumlah 52 100%

4.1.2 Taraf Pendidikan Pemilik ‘Gated Community’

Selaras dengan pembangunan negara yang semakin membangun, bidang


pendidikan juga telah berkembang dengan pesat. Oleh itu, ramai penduduk di
Malaysia telah mencapai tahap pendidikan yang lebih baik. Berhubung dengan
kajian yang dijalankan, seramai 64 peratus responden memiliki ijazah manakala 32
peratus responden memiliki diploma atau sijil (rujuk Jadual 4.3).

Taraf pendidikan responden memainkan peranan yang penting kerana dewasa ini,
taraf pendidikan menentukan bidang pekerjaan dan pendapatan yang akan
diperoleh. Kajian ini menunjukkan bahawa hanya responden yang berpendidikan
tinggi mampu memiliki perumahan berkonsepkan ‘gated community’. Ini adalah
kerana ianya bersesuaian dengan gaya hidup dan kemampuan responden.

COPYRIGHT77
© UiTM
Jadual 4.3: Taraf Pendidikan bagi Pemilik ‘Gated Community’
Taraf Pendidikan Bilangan Peratus (%)

Ijazah 33 64%
Sijil/Diploma 17 32%
SPVM/SPM(V)/MCVE 1 2%
STPM/HSC/STA4/Thanawi/ 1 2%
GCE A Level
Jumlah 52 100%

4.1.3 Pekerjaan dan Pendapatan Pemilik ‘Gated Community’

Selain taraf pendidikan, pekerjaan juga memainkan peranan yang penting di dalam
menentukan kemampuan seseorang di dalam memilih jenis perumahan.
Berdasarkan daripada kajian yang dijalankan, 71 peratus responden merupakan
pekerja dalam bidang-bidang profesional, teknik dan sebagainya manakala 15
peratus responden terdiri daripada responden yang bekerja sebagai pekerja
pentadbiran dan pengurusan (rujuk Jadual 4.4). Bidang pekerjaan yang diceburi
oleh pemilik ‘gated community’ menunjukkan bahawa mereka berkemampuan untuk
memiliki perumahan jenis ini. Antara pekerjaan yang dilakukan oleh responden
adalah seperti doktor, akauntan dan juga pegawai pemasaran. Contoh tempat
bekerja responden adalah seperti di NAZA Motors Sdn. Bhd, Bank Bumiputera
Commerce dan sebagainya.

Jadual 4.4: Jenis Pekerjaan bagi Pemilik ‘Gated Community’


Jenis Responden Isteri
Pekerjaan Bilangan Peratus Bilangan Peratus
(%) (%)

Profesional, Teknik dan yang berkaitan 37 71% 23 44%


Pentadbiran dan Pengurusan 15 29% 14 27%
Perkeranian dan yang berkaitan - - 6 12%
Jualan - - 4 8%
Perkhidmatan - - 3 6%
Tidak bekerja - - 2 3%
Jumlah 52 100 52 100%

Selain itu, golongan yang bekerjaya biasanya akan memilih untuk tinggal di kawasan
perumahan yang lebih privasi memandangkan kediaman digunakan sebagai tempat
untuk melepaskan penat setelah bekerja. Kawasan persekitaran di rumah yang lebih
aman dan selesa, jauh daripada gangguan luar seperti bunyi kenderaan dan
sebagainya menyebabkan mereka lebih berminat untuk memilih perumahan yang

COPYRIGHT78
© UiTM
lebih privasi dan terkawal. Begitu juga dengan kajiselidik yang dijalankan terhadap
pekerjaan isteri responden di mana 44 peratus isteri responden bekerja sebagai
profesional, teknik dan sebagainya iaitu seramai 23 orang manakala 14 peratus yang
lain merupakan pekerja pentadbiran dan pengurusan. Terdapat juga pekerjaan-
pekerjaan lain yang dilakukan oleh isteri responden, antaranya sebagai pekerja
perkeranian, pekerja jualan dan juga pekerja perkhidmatan.

Taraf hidup di bandar yang tinggi juga menyebabkan isteri bekerja bagi membantu
menanggung perbelanjaan keluarga. Hasil gabungan pendapatan yang diperoleh
daripada pekerjaan yang dilakukan oleh responden dan isteri sedikit sebanyak dapat
menjana ekonomi sesebuah keluarga. Ini menunjukkan mereka memilih gaya hidup
‘careerism’.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati seramai 45 orang responden atau 87
peratus responden mempunyai 2 orang penghuni yang bekerja. Ianya terdiri
daripada pasangan suami isteri yang bekerja. Penghuni sebuah rumah yang bekerja
seramai 3 orang adalah sebanyak 8 peratus di mana mereka terdiri daripada anak-
anak responden yang telah bekerja (rujuk Jadual 4.5). Anak-anak responden yang
telah bekerja seramai seorang atau dua orang adalah terdiri daripada responden
yang berumur di dalam lingkungan 50-an.

Jadual 4.5: Peratus Penghuni Bekerja bagi Pemilik ‘Gated Community’

Bilangan Penghuni Bilangan Peratus (%)


Bekerja Responden
1 orang 2 3%
2 orang 45 87%
3 orang 4 8%
4 orang 1 2%
Jumlah 52 100%

Pendapatan memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan di bandar. Ini


adalah kerana taraf hidup di bandar adalah tinggi berbanding di kawasan luar
bandar. Pendapatan dapat diukur melalui pekerjaan yang dilakukan. Bagi kajian
yang dijalankan, responden yang terdiri daripada golongan profesional mempunyai
pendapatan melebihi RM5000 bersesuaian dengan taraf pendidikan yang dimilikinya.
Rata-rata anggaran pendapatan yang diperoleh oleh responden yang memiliki
pendapatan melebihi RM5000 adalah sebanyak RM7000. Sebanyak 83 peratus
responden atau 43 orang responden mempunyai nilai pendapatan melebihi RM5000

COPYRIGHT79
© UiTM
manakala 17 peratus responden yang selebihnya mempunyai pendapatan antara
RM3000 hingga RM4000 (Rujuk Jadual 4.6). Responden yang memiliki
pendapatan ini adalah di antara yang bekerja dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan.

Jadual 4.6: Jumlah Pendapatan bagi Pemilik ‘Gated Community’

Pendapatan Responden Isteri Lain-lain


Bilangan % Bilangan % Bilangan %
RM1000-RM2000 - - 5 10% 2 100%
RM3000-RM4000 9 17% 21 42% - -
Lebih dari 43 83% 24 48% - -
RM5000
Jumlah 52 100% 50 100% 2 100%

Hasil pendapatan juga dapat digandakan dengan pendapatan bagi isteri–isteri


responden yang bekerja. Seramai 48 peratus isteri responden mempunyai
pendapatan melebihi RM5000 manakala 42 peratus isteri responden mempunyai
pendapatan antara RM3000 hingga RM4000. Jumlah pendapatan yang diperoleh
bagi kedua-dua pasangan pemilik ‘gated community’ menyebabkan kewangan
menjadi lebih stabil dan seterusnya melayakkan mereka untuk membeli dan memiliki
perumahan berkonsepkan ‘gated community’.

4.4.5 Bilangan Anak

Hasil kajian yang dijalankan, di dapati responden ‘gated community’ hanya


mempunyai anak antara seorang hingga empat orang anak sahaja. Berdasarkan
Rajah 4.1, 65 peratus responden mempunyai anak antara seorang hingga dua orang
anak dan selebihnya 35 peratus responden mempunyai anak antara tiga hingga
empat orang. Ini adalah berhubung daripada kedua ibubapa yang bekerjaya
menyebabkan berlakunya pengurangan daripada jumlah anak. Ciri-ciri ini lebih mirip
kepada gaya hidup ‘careerism’ di mana ibu bapa yang sibuk bekerja merancang
untuk memiliki keluarga bersaiz kecil.

Berbeza dengan masyarakat dahulu, kini kaum wanita juga bekerja dan
menyebabkan tiada masa untuk menjaga anak yang ramai selain taraf hidup di
bandar yang tinggi menyebabkan mereka memilih untuk memiliki anak yang sedikit.

COPYRIGHT80
© UiTM
Rajah 4.3: Bilangan Anak bagi Pemilik ‘Gated Community’

3-4 orang
35%

1-2 orang
65%

4.4.6 Pemilkan Kenderaan

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan, terdapat 3 jenis kenderaan yang dimiliki oleh
responden iaitu kereta, van dan motorsikal. Sebanyak 25 orang responden atau 48
peratus responden mempunyai sebuah kereta manakala 42 peratus responden lagi
memiliki 2 buah kereta (rujuk Jadual 4.7). Antara contoh jenama kereta yang
digunakan adalah seperti Perdana V6, Toyota Vios dan juga Honda. Kereta
merupakan mod pengangkutan yang dipilih sebagai kenderaan utama untuk
bergerak dengan bilangannya yang paling banyak di kawasan kajian iaitu sebanyak
52 buah kereta. Kebanyakkan responden memiliki lebih daripada sebuah kenderaan
di perumahan ini.

Manakala bagi responden yang memiliki van adalah sebanyak 46 peratus.


Kebanyakkan responden yang mempunyai dua buah kenderaan memiliki kereta dan
van. Ini adalah kemungkinan lebih mudah untuk pergerakan yang lebih jauh
bersama keluarga. Antara jenis van yang digunakan adalah seperti Toyota Unser,
Avanza dan juga kenderaan MPV seperti KIA Citra dan sebagainya.

Jadual 4.7: Pemilikan Kenderaan bagi Pemilik ‘Gated Community’

Bilangan Kenderaan
Jenis (Bagi setiap Responden) Jumlah
Kenderaan 1 % 2 % 3 % Bilangan %
buah buah buah
Kereta 25 48% 22 42% 5 10% 52 100%
Van 24 46% - - - - 24 46%
Motorsikal 4 8% - - - - 18 18%

COPYRIGHT81
© UiTM
Dengan merujuk kepada pemilikan kenderaan yang dimiliki oleh responden ‘gated
community’ menunjukkan bahawa golongan yang tinggal di kawasan ‘gated
community’ berkemampuan untuk membeli rumah yang lebih bersesuaian dengan
gaya hidup mereka yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan yang tinggi seperti
RM7000 sebulan.

Foto 4.11: Kenderaan yang Dimilki Pemilik ‘Gated Community’

4.4.7 Kediaman yang didiami sebelum ‘Gated Community’

Kesemua responden yang disoalselidik mempunyai pengalaman masing-masing


sebelum berpindah ke perumahan konsep ‘gated community’ ini. Oleh itu, jenis
kediaman yang diduduki oleh responden perlu dikaji bagi mendapatkan maklum
balas mengenai persepsi mereka tentang perumahan yang diduduki sebelum ini.

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan terdapat 4 jenis perumahan yang diduduki


oleh responden sebelum berpindah ke perumahan ‘gated community’ ini iaitu rumah
sesebuah/banglo, rumah berkembar, rumah teres dan juga kondominium. Sebanyak
63 peratus responden pernah tinggal di perumahan jenis kondominium manakala 16
peratus lagi pernah tinggal di rumah teres (rujuk Jadual 4.8). Antara perumahan
kondominium yang pernah didiami oleh responden adalah seperti Kondominium
Pelangi, Kondominium Setapak Ria dan sebagainya.

Jadual 4.8: Jenis Kediaman yang Didiami (sebelum) bagi Pemilik ‘Gated Community’

Jenis Perumahan Bilangan Peratus (%)

Rumah Sesebuah/Banglo 2 4%
Rumah Berkembar 1 2%
Rumah Teres 16 31%
Kondominium 33 63%
Jumlah 52 100%

COPYRIGHT82
© UiTM
Pilihan responden untuk tinggal di ‘gated community’ mungkin adalah disebabkan
gaya hidup yang berubah di mana responden lebih mengutamakan cara hidup
bekeluarga iaitu ‘familism’. Responden yang paling ramai berpindah ke ‘gated
community’ ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah tinggal di kondominium.
Mungkin disebabkan faktor kekeluargaan menyebabkan mereka berpindah ke ‘gated
community’ yang lebih sesuai dengan gaya hidup.

Foto 4.12: Jenis Perumahan Teres dan Kondominium yang Pernah


Didiami oleh Responden.

Ini dapat dibuktikan dengan 48 peratus responden memberikan sebab ianya sesuai
dengan gaya hidup bekeluarga (rujuk Jadual 4.9). Selain itu, responden mahukan
persekitaran yang selamat untuk didiami bersama keluarga masing-masing iaitu
sebanyak 33 peratus. Antara sebab-sebab lain yang diperoleh ketika kajiselidik
dijalankan adalah responden ingin mencuba satu konsep perumahan yang lain
kerana jemu dengan perumahan yang diduduki sebelum ini iaitu sebanyak 8 peratus
manakala 11 peratus yang lain mengatakan bahawa responden mencari privasi dan
mengelakkan daripada gangguan persekitaran seperti bunyi bising, lalu-lintas yang
sesak, gerai-gerai tepi jalan dan sebagainya. Setiap responden mempunyai alasan
yang tersendiri untuk berpindah ke ‘gated community’. Namun, alasan yang
diberikan adalah positif dan dapat menggalakkan pembangunan ‘gated community’.

Jadual 4.9: Sebab Responden Berpindah ke ‘Gated Community’


Peratus
Sebab Bilangan (%)

Mahukan persekitaran yang selamat 17 33%


Mencari privasi daripada gangguan 6 11%
lain
Mencuba konsep perumahan yang lain 4 8%
Sesuai dengan gaya hidup bekeluarga 25 48%
Jumlah 52 100%

COPYRIGHT83
© UiTM
4.4.8 Sumber Maklumat Diperolehi Tentang ‘Gated Community’

Responden mendapat maklumat tentang pembangunan ‘gated community’ melalui


empat kaedah iaitu melalui media massa, promosi, kenalan dan saudara-mara.
Hasil kajian yang dijalankan, sebanyak 44 peratus responden mendapat maklumat
melalui media massa ini termasuklah media cetak dan media elektronik (rujuk Jadual
4.10). Media massa memainkan peranan yang penting di dalam mempromosikan
sesebuah produk termasuklah produk hartanah. Media massa merupakan alat
sebaran am yang paling berkesan kepada responden kerana kebanyakkan
responden merupakan golongan berpendidikan tinggi. Oleh itu, mereka yang
tergolong dalam golongan ini akan membaca akhbar dan secara tidak langsung
mendapat maklumat tentang ‘gated community’.

Jadual 4.10: Sumber Maklumat Tentang Perumahan Berkonsep


‘Gated Community’

Maklumat tentang Bilangan Peratus (%)


‘gated community’
Media massa 23 44%
Promosi 15 29%
Kenalan 9 17%
Saudara-mara 5 10%
Jumlah 52 100%

Foto 4.13: Maklumat Tentang ‘Gated Community’ Disebarkan


Melalui Risalah dan Iklan.

Promosi juga memainkan peranannya yang tersendiri di mana 29 peratus responden


mendapat maklumat melalui promosi yang dibuat oleh pemaju. Promosi dapat
dilakukan di tempat-tempat tumpuan masyarakat seperti pusat membeli-belah dan

COPYRIGHT84
© UiTM
sebagainya. Terdapat juga pameran-pameran hartanah yang dianjurkan oleh badan-
badan yang terbabit. Selain itu, pemaju juga dapat mencetak risalah tentang
pembangunan yang dimajukan selain mengiklankan di dalam akhbar-akhbar
tempatan.

Selain itu, 17 peratus responden mendapat maklumat tentang ‘gated community’


melalui kenalan dan 10 peratus melalui saudara-mara. Orang yang rapat dengan
responden menjadi sumber penyampai kepada responden tentang ‘gated
community’ sama ada melalui pengalaman mereka sendiri yang tinggal di ‘gated
community’ atau pun melalui lawatan ke rumah rakan-rakan yang lain.

4.4.9 Kepuasan Hati Responden

Hasil kajian yang dibuat berdasarkan kepuasan hati responden yang tinggal di
perumahan konsep ‘gated community’ mendapati seramai 48 orang responden
berpuas hati tinggal di perumahan konsep ‘gated community’ kerana faktor
persekitaran dan kawalan keselamatan. Sebanyak 92 peratus bagi keseluruhan
responden berpuas hati tinggal di ‘gated community’. Manakala 4 orang responden
atau 8 peratus responden yang selebihnya tidak berpuas hati tinggal di perumahan
ini. Antara sebab yang diberikan adalah seperti dari aspek kawalan keselamatan
dan penyelenggaraan.

Sebanyak 60 peratus responden berpuas hati tinggal di ‘gated community’ kerana


suasana persekitaran yang aman (rujuk Jadual 4.11). Responden berasa selamat
untuk tinggal di kawasan perumahan yang lebih aman dan privasi kerana rumah
merupakan tempat untuk merehatkan diri daripada kesibukan bekerja. Oleh itu,
perumahan ‘gated community’ boleh memainkan peranannya sebagai sebuah
kawasan kediaman yang memberikan privasi kepada pemiliknya. Selain itu, 15
peratus responden pula berpendapat bahawa perumahan ‘gated community’ yang
menyediakan keperluan rekreasi menyebabkan mereka lebih gemar tinggal di ‘gated
community’. Kehidupan di bandar yang mementingkan pekerjaan menyebabkan
penduduknya tidak mempunyai masa untuk berekreasi. Oleh itu, apabila tinggal di
perumahan ‘gated community’, kawasan untuk berekreasi dan bersukan boleh
dilakukan disekitar perumahan tanpa memerlukan mereka keluar.

COPYRIGHT85
© UiTM
Jadual 4.11: Kepuasan Hati Tinggal di ‘Gated Community’

Sebab Ya Sebab Tidak


Bilangan % Bilangan %
Suasana persekitaran 31 60 % Pengawal keselamatan 1 2%
yang aman dan privasi yang tua tidak menjamin
keselamatan penghuni
Kebersihan kawasan 4 8% Proses keluar masuk yang 1 2%
sekitar rumah adalah tidak lancar
terjamin
Kemudahan rekreasi 8 15% Penyelenggaraan landskap 1 2%
yang berhampiran yang tidak sistematik
dengan rumah
Kawalan keselamatan 5 9% Ruang tempat meletak 1 2%
yang ketat kenderaan yang terhad
Jumlah 48 92% Jumlah 4 8%

Selain itu, 9 peratus responden memberikan aspek keselamatan sebagai sebab


berpuas hati tinggal di ‘gated community’. Ini adalah kerana di perumahan ini telah
disediakan dengan setiap dilengkapi dengan alat kawalan keselamatan yang boleh
terus dihubungkan dengan sekuriti kawasan ‘gated community’. Maka responden
merasakan aspek keselamatan dan kawalan yang diberikan amat memuaskan.

Foto 4.14: Persekitaran Privasi dan Kemudahan Rekreasi di Kawasan Kajian

Namun begitu, terdapat 8 peratus responden tidak berpuas hati tinggal di perumahan
‘gated community’. Aspek yang yang menjadi tumpuan mereka adalah seperti aspek
keselamatan dan penyelenggaraan. Dari aspek keselamatan, responden
mempertikaikan pegawai keselamatan yang tua dilantik untuk menjaga kawasan
perumahan ini. Responden berpendapat pegawai keselamatan yang lebih muda
dapat mengawal dan menjaga kawasan perumahan dengan lebih baik dan terjamin.
Selain itu, responden memberikan sebab lain tidak berpuas hati adalah seperti
proses keluar masuk yang tidak lancar, penyelenggaraan landskap yang tidak
sistematik serta ruang meletak kenderaan yang terhad. Ruang letak kenderaan yang

COPYRIGHT86
© UiTM
terhad menyebabkan mereka terpaksa meletak kenderaan di tepi-tepi jalan. Ini
bertambah sukar apabila saudara-mara responden datang berkunjung ke rumah.
Bagaimanapun, kesemua alasan yang diberikan untuk tidak berpuas hati terhadap
perumahan ‘gated community’ boleh dipertingkatkan dan 100 peratus responden
yang disoalselidik ini memilih untuk terus tinggal di perumahan ‘gated community’ ini
dan tidak bercadang untuk berpindah.

4.4.10 Faktor-Faktor Pemilihan Perumahan Konsep ‘Gated Community’

Hasil daripada kajiselidik yang dijalankan, terdapat beberapa faktor yang


mempengaruhi pemilihan perumahan konsep ‘gated community’ ini. 71 peratus
responden berpendapat sangat setuju untuk memilih perumahan konsep ‘gated
community’ kerana persekitaran yang lebih selesa dan aman (rujuk Jadual 4.12).
Manakala 29 peratus responden lagi bersetuju ‘gated community’ sebagai
perumahan yang lebih baik dan selesa. Tiada responden yang menafikan atau tidak
setuju. Perumahan konsep ‘gated community’ adalah lebih selesa dan aman
berbanding kawasan perumahan yang biasa. Ini adalah kerana kawasan perumahan
‘gated community’ terkawal daripada orang luar. Ini juga menunjukkan bahawa
kesedaran terhadap permintaan perumahan yang lebih selesa dan persekitaran yang
sihat telah wujud di kalangan masyarakat.

Foto 4.15: Persekitaran yang Lebih Aman dan Baik Sekitar ‘Gated Community’

87
COPYRIGHT © UiTM
Jadual 4.12: Faktor-Faktor Memilih Konsep ‘Gated Community’

Faktor-faktor Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Jumlah
Pemilihan Setuju Keseluruhan
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Jumlah %
Persekitaran yang lebih 37 71% 15 29% - - - - - - 52 100%
selesa dan aman
Ingin mencuba konsep 13 25% 27 52% 8 15% 4 8% - - 52 100%
kediaman yang lain
Keadaan persekitaran 39 75% 13 25% - - - - - - 52 100%
yang privasi
Sesuai dengan gaya 32 62% 12 23% 3 6% 5 9% - - 52 100%
hidup dan kemampuan
Reka bentuk rumah 13 25% 24 46% 12 23% 3 6% - - 52 100%
yang menarik dan
landskap yang indah
Kawalan keselamatan 17 33% 22 42% 11 21% 2 4% - - 52 100%
yang ketat menjamin
keselamatan penduduk
Lokasi kediaman yang 45 87% 7 13% - - - - - - 52 100%
strategik
Tertarik dengan promosi 14 27% 25 48% 11 21% 2 4% - - 52 100%
dan risalah yang dibuat
pemaju
Tidak ingin melepaskan 28 54% 24 46% - - - - - - 52 100%
peluang dan menjadi
pelaburan masa
hadapan
Kawasan kediaman 9 17% 16 31% 2 4% 14 27% 11 21% 52 100%
berhampiran dengan
tempat bekerja

88
Selain itu, 52 peratus responden bersetuju ingin mencuba konsep kediaman yang
lain berbanding konsep kediaman yang sedia ada dan 25 peratus lagi sangat
bersetuju ingin mencuba konsep kediaman yang lain kerana telah jemu tinggal di
perumahan yang terdahulu. Perubahan kepada pilihan konsep kediaman ‘gated
community’ mungkin disebabkan oleh faktor anak-anak dan keluarga. Saiz keluarga
yang semakin besar menyebabkan responden memilih untuk tinggal di perumahan
‘gated community’ yang lebih menjamin keselesaan sekeluarga.

75 peratus responden sangat bersetuju manakala 25 peratus yang lain bersetuju


memilih untuk tinggal di ‘gated community’ kerana persekitaran yang lebih privasi.
Pada pendapat responden, tinggal di ‘gated community’ adalah lebih privasi kerana
kebanyakkan jiran membuat hal masing-masing dan tidak mengambil tahu hal-hal
yang tidak berkenaan dengan mereka. Malahan, tinggal di ‘gated community’ dapat
menghindarkan diri daripada suasana bising dan responden dapat merehatkan diri
setelah penat bekerja. Ini menunjukkan bahawa responden mahukan privasi di
dalam kehidupan masing-masing tanpa mendapat gangguan daripada luar. Selain
itu, 62 peratus responden sangat bersetuju bahawa mereka memilih untuk tinggal di
‘gated community’ kerana sesuai dengan gaya hidup dan kemampuan mereka.
Hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu untuk memiliki perumahan
konsep ini kerana ia bukan sahaja memerlukan pemilik untuk membayar rumah
malahan pemilik perlu membayar untuk penyelenggaraan.

Berdasarkan kepada kajiselidik juga, didapati bahawa 46 peratus responden


bersetuju bahawa reka bentuk rumah yang menarik juga memainkan peranan yang
penting di dalam pemilihan perumahan konsep ‘gated community’. Perumahan yang
bersenibina moden banyak mempengaruhi dan menarik minat pembeli perumahan
‘gated community’. Selain itu, landskap yang menarik juga secara tidak langsung
menampakkan perumahan ‘gated community’ yang lebih hijau dan saujana mata
memandang. Bagaimanapun, 56 peratus responden tidak bersetuju faktor reka
bentuk rumah mempengaruhi pilihannya terhadap perumahan ‘gated community’.

89
COPYRIGHT © UiTM
Foto 4.16: Reka Bentuk Rumah dan Landskap Mempengaruhi Pemilihan Perumahan ‘Gated
Community di Desa Andaman

Bersesuaian dengan tema perumahan ini iaitu ‘gated community’, kawalan


keselamatan yang ketat menjamin keselamatan penduduk menjadi faktor yang
penting di dalam pemilihan perumahan konsep ini. Ini dapat dijelaskan dengan 42
peratus responden bersetuju dengan kawalan keselamatan dapat menjamin
keselamatan penduduk manakala 33 peratus responden lagi sangat bersetuju
bahawa ianya dapat menyekat kemasukan orang luar dengan sewenang-
wenangnya. Kesedaran terhadap kepentingan kawalan keselamatan wujud akibat
kadar jenayah yang semakin meningkat dewasa ini.

Lokasi kawasan kediaman ‘gated community’ yang strategik iaitu berhampiran


dengan pusat membeli-belah, sekolah dan juga kemudahan lain juga dijadikan
sebagai faktor kepada pemilihan perumahan ini. Selain konsepnya yang diminati,
faktor lokasi yang strategik menjadi tarikan responden memilih kawasan kediaman
ini. Seramai 87 peratus responden sangat bersetuju lokasi sebagai faktor penarik
untuk tinggal di perumahan ini selain beberapa faktor yang lain. Lokasi ‘gated
community’ yang terletak di jiran dengan perumahan yang lain serta mempunyai
sistem jaringan kemudahsampaian yang baik menjadikan ‘gated community’ ini
menjadi rebutan. Manakala 13 peratus responden yang lain bersetuju bahawa lokasi
perumahan memainkan peranan yang penting di dalam menarik lebih ramai pembeli
sesebuah hartanah.

Hasil kajian juga mendapati promosi dan risalah yang dibuat oleh pemaju juga
menjadi faktor kepada pemilihan ‘gated community’. Seramai 48 peratus responden
bersetuju bahawa mereka tertarik dengan risalah yang menunjukkan gambaran dan

90
COPYRIGHT © UiTM
penerangan yang baik tentang ‘gated community’ yang menyebabkan mereka
tertarik untuk merasai sendiri gaya hidup di dalam ‘gated community’.

Faktor yang berikutnya adalah lebih bersifat ekonomi di mana responden memilih
untuk tinggal di ‘gated community’ kerana tidak ingin melepaskan peluang serta
menjadi pelaburan pada masa hadapan. Seramai 54 peratus responden sangat
bersetuju bahawa mereka ingin menjadikan ‘gated community’ sebagai pelaburan
masa hadapan kerana menjangkakan perumahan konsep ini akan menjadi
permintaan masyarakat di masa hadapan. Manakala responden yang selebihnya
juga bersetuju bahawa tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai sendiri gaya
hidup yang terkini.

Faktor yang terakhir bagi pemilihan ‘gated community’ adalah dipengaruhi oleh faktor
kawasan kediaman yang berhampiran dengan tempat bekerja. Bagaimanapun,
hanya 31 peratus responden bersetuju memilih ‘gated community’ yang berhampiran
dengan tempat bekerja contohnya di sekitar Wangsa Maju dan Taman Melawati.
Manakala 21 peratus responden tidak bersetuju memilih ‘gated community’ kerana
berhampiran dengan tempat kediaman. Ini adalah kerana kebanyakkan responden
bekerja di pusat bandar. Ia juga menunjukkan bahawa ‘gated community’ dipilih
berdasarkan kepada citarasa pembeli walaupun ianya jauh daripada tempat bekerja.

4.4.11 Cadangan Pemilik ‘Gated Community’

Setelah di analisa, didapati terdapat empat cadangan yang kebanyakkannya


diberikan oleh responden iaitu penyediakan kad untuk keluar masuk bagi setiap
pemilik perumahan ‘gated community’, menghadkan pengubahsuaian rumah di
dalam perumahan ‘gated community’, landskap di sekitar kawasan perumahan di
pertingkatkan serta pemilihan pengawal keselamatan yang lebih muda dan
berpengalaman yang mampu mengawal dengan baik (rujuk Jadual 4.13).
Bagaimanapun, seramai 31 responden mencadangkan disediakan kad untuk keluar
masuk bagi setiap pemilik perumahan ‘gated community’ agar dapat melancarkan
lagi perjalanan keluar masuk bagi pemilik ‘gated community’ ini.

91
COPYRIGHT © UiTM
Jadual 4.13: Cadangan Pemilik ‘Gated Community’ Tentang
Perumahan Berkonsep ‘Gated Community’

Cadangan Bilangan Peratus


(%)

Landskap di sekitar kawasan perumahan 15 29%


di pertingkatkan
Menghadkan ubaisuai rumah di dalam 9 17%
perumahan ‘gated community’
Sediakan kad untuk keluar masuk bagi 16 31%
setiap pemilik perumahan ‘gated
community’
Memilih pengawal keselamatan yang 12 23%
lebih muda dan berpengalaman yang
mampu mengawal dengan baik
Jumlah 52 100%

Selain itu, 29 peratus responden mencadangkan landskap di persekitaran kawasan


perumahan dipertingkatkan memandangkan landskap yang hijau dapat
mengindahkan lagi kawasan persekitaran di dalam ‘gated community’ ini. Cadangan
yang diberikan oleh responden lebih menjurus kepada aspek keselamatan dan
keselesaan penghuni ‘gated community’. Malah, terdapat 17 peratus responden
mencadangkan supaya pihak pengurusan kawasan perumahan ‘gated community’
menghadkan ubahsuai rumah di dalam perumahan ‘gated community’ agar keadaan
sebenar bangunan yang seragam dapat dikekalkan. Akibat terlalu banyak
pengubahsuaian rumah menyebabkan persekitaran ‘gated community’ menjadi tidak
berbeza dengan pembangunan perumahan yang sedia ada. Oleh itu menghadkan
pengubahsuaian rumah perlu dikuatkuasakan.

Foto 4.17: Kawalan Keselamatan dan Pengubahsuaian Rumah di Kawasan Kajian

COPYRIGHT92
© UiTM
Responden juga ada memberikan cadangan untuk memilih pengawal keselamatan
yang lebih muda dan berpengalaman yang mampu mengawal dengan baik iaitu
seramai 23 peratus responden. Pada pendapat mereka, keupayaan seorang
pengawal keselamatan yang lebih muda lebih baik berbanding keupayaan pengawal
keselamatan yang lebih tua. Kebanyakkan pengawal keselamatan adalah terdiri
daripada golongan yang telah bersara. Oleh kerana itulah, responden merasakan
tidak yakin akan kemampuan mereka untuk mengawal kerana kejadian jenayah yang
semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

4.5 Analisa Persepsi Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Kajian terhadap bukan pemilik ‘gated community’ dibuat adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan komen, ulasan, pendapat, persepsi,
pandangan serta cadangan penduduk terhadap konsep ‘gated community’. Kajian
dilakukan terhadap bukan pemilik ‘gated community’ adalah bertujuan bagi
mengetahui sama ada mereka berminat atau mengetahui tentang pembangunan
perumahan ‘gated community’ ini. Seramai 52 orang responden juga dipilih
berdasarkan kepada jenis pekerjaan yang sama yang dilakukan dengan responden
pemilik ‘gated community’. Ini adalah kerana bagi mendapatkan satu keseimbangan
dari aspek pendapat dan komen yang akan diberikan oleh mereka. Responden yang
dikenalpasti disoal selidik di sekitar kawasan Setapak dan Wangsa Maju, Kuala
Lumpur.

4.5.1 Bangsa dan Umur

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan, sebanyak 52 orang responden telah dipilih


yang terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India yang berumur
dalam lingkungan 20 hingga 59 tahun. Kajiselidik yang dijalankan perlulah
mengambilkira pelbagai etnik kerana setiap etnik mempunyai cara hidup dan
kepercayaan yang berbeza antara satu sama lain. Bangsa Melayu merupakan
responden teramai bagi bukan pemilik ‘gated community’ iaitu sebanyak 65 peratus
manakala bangsa Cina adalah seramai 15 orang ataupun sebanyak 29 peratus
(rujuk Jadual 4.14). Responden dipilih mengikut pelbagai peringkat umur. Hanya
responden yang telah dewasa dan matang dipilih bagi menjadi responden kerana

COPYRIGHT93
© UiTM
mereka dapat mencapai pemikiran yang diperlukan bagi menjawab soal selidik yang
telah disediakan.

Responden juga terdiri daripada etnik India iaitu sebanyak 6 peratus. Setiap
responden yang berlainan etnik dan pelbagai peringkat umur dapat memberikan
pendapat dan persepsi yang berbeza-beza memandangkan responden yang dipilih
terdiri daripada golongan yang mempunyai bidang pekerjaan yang sama dengan
pemilik perumahan konsep ‘gated community’.

Jadual 4.14: Umur dan Etnik bagi Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Umur Etnik Jumlah


Melayu % Cina % India % Bilangan %
20 tahun- 7 13% 2 4% - - 9 17%
29 tahun
30 tahun- 10 20% 4 8% 1 2% 14 30%
39 tahun
40 tahun- 9 17% 7 13% 2 4% 18 34%
49 tahun
50 tahun- 8 15% 2 4% - - 11 19%
59 tahun
Jumlah 34 65% 15 29% 3 6% 52 100

Selain itu, responden yang dipilih juga tidak terhad kepada golongan yang
mempunyai pelbagai status perkahwinan. Terdapat 3 status perkahwinan bagi
responden iaitu bujang, berkahwin dan duda. Sebanyak 75 peratus responden telah
berkahwin iaitu seramai 39 orang responden manakala 21 peratus merupakan
bujang (rujuk Jadual 4.15). Pelbagai status responden ini dipilih kerana setiap
responden yang berlainan status mempunyai persepsi yang berbeza. Ini juga boleh
dikaitkan dengan pilihan gaya hidup yang di sukai oleh responden sama ada memilih
gaya hidup kekeluargaan (‘familism’), kerjaya (‘careerism’) dan kepenggunaan
(‘consumerism’).

Jadual 4.15: Status Perkahwinan bagi Responden


Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Status Bilangan Peratus (%)


Perkahwinan
Bujang 11 21%
Berkahwin 39 75%
Duda 2 4%
Jumlah 52 100

COPYRIGHT94
© UiTM
4.5.2 Taraf Pendidikan

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan ke atas 52 orang responden bukan pemilik


‘gated community’, 50 peratus merupakan lulusan ijazah manakala 44 peratus lagi
mempunyai taraf pendidikan di peringkat sijil atau diploma (rujuk jadual 4.16).
Responden ini dipilih mengikut taraf pendidikannya kerana golongan ini merupakan
golongan yang boleh membantu untuk memberikan komen dan pendapat yang
bernas bagi membantu kajian yang akan dijalankan. Malah, responden yang
berpendidikan tinggi lebih berfikiran terbuka dan mempunyai pengetahuan yang
boleh membantu kepada kajian ini.

Selain itu, pengetahuan dan taraf pendidikan responden bukan pemilik ‘gated
community’ perlulah yang setaraf dengan pemikiran responden pemilik ‘gated
community’. Ini adalah bagi membuat perbandingan setakat mana mereka dapat
memberikan pendapat masing-masing tentang perumahan yang dipilih.

Jadual 4.16: Taraf Pendidikan bagi Responden Bukan Pemilik


‘Gated Community’

Taraf Pendidikan Bilangan Peratus (%)

Ijazah 26 50%
Sijil/Diploma 23 44%
SPVM/SPM(V)/MCVE 1 2%
STPM/HSC/STA4/Thanawi/ 2 4%
GCE A Level
Jumlah 52 100%

4.5.3 Jenis Pekerjaan

Hasil kajian yang dijalankan, responden yang mempunyai jenis pekerjaan iaitu dalam
bidang profesional, teknik dan sebagainya serta pekerja pentadbiran dan
pengurusan dipilih bagi mengikut jenis pekerjaan responden pemilik ‘gated
community’. Ini adalah kerana pekerjaan memainkan peranan yang penting di dalam
menentukan kemampuan seseorang di dalam aspek kewangan mahupun
pengalaman dan pendapat mereka. Maka, 71 peratus daripada responden (rujuk
Jadual 4.17) yang terdiri daripada pekerja dalam bidang profesional, teknik dan
sebagainya dipilih menjadi responden bagi membantu kajian yang dijalankan.
Antara contoh pekerjaan responden adalah terdiri daripada profesyen guru,

COPYRIGHT95
© UiTM
akauntan, pengawai eksekutif dan sebagainya. Responden bukan pemilik ‘gated
community’ yang mempunyai bidang pekerjaan yang sama dengan responden
pemilik ‘gated community’ boleh memberikan komen dan pendapat mereka di dalam
pemilihan kediaman.

Jadual 4.17: Jenis Pekerjaan bagi Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Jenis Pekerjaan Responden Isteri


Bilangan Peratus (%) Bilangan Peratus (%)

Profesional, Teknik dan yang 37 71% 18 46%


berkaitan
Pentadbiran dan Pengurusan 15 29% 8 21%
Perkeranian dan yang - - 5 13%
berkaitan
Jualan - - 1 3%
Perkhidmatan - - 3 8%
Tidak bekerja - - 4 9%
Jumlah 52 100% 39 100%

Sebanyak 46 peratus isteri responden merupakan pekerja dalam bidang profesional


manakala 21 peratus lagi bekerja sebagai pekerja pentadbiran dan pengurusan.
Selain 2 bidang ini, terdapat pekerja lain yang dilakukan oleh isteri responden,
seperti pekerja perkeranian dan yang berkaitan sebanyak 13 peratus, pekerja Jualan
sebanyak 3 peratus, pekerja perkhidmatan sebanyak 8 peratus dan juga isteri yang
tidak bekerja iaitu sebanyak 9 peratus. Seperti juga responden pemilik ‘gated
community’, isteri responden bukan pemilik ‘gated community’ juga bertindak
sebagai membantu menambahan kewangan keluarga.

4.5.4 Jenis Kediaman

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan dari aspek jenis kediaman yang didiami oleh
responden bukan pemilik ‘gated community’, terdapat 5 jenis rumah yang didiami
iaitu rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres, kondominium dan rumah
pangsa. Di antara responden yang dikajiselidik, didapati 79 peratus responden
tinggal di rumah teres manakala 11 peratus responden tinggal di kondominium (rujuk
Jadual 4.18). Berbanding jenis kediaman yang pernah didiami oleh responden
pemilik ‘gated community’, kebanyakkannya pernah tinggal di kondominium sebelum
berpindah ke perumahan teres ‘gated community’. Ciri-ciri responden bukan pemilik
‘gated community’ tinggal di perumahan teres menunjukkan bahawa gaya hidup

COPYRIGHT96
© UiTM
‘familism’ telah lama diaplikasikan berbanding responden pemilik ‘gated community’
yang lebih ramai tinggal di kondominium sebelum ini yang mana mulai berubah untuk
berpindah ke perumahan ‘gated community’ yang disebabkan faktor kekeluargaan
dan sebagainya.
Jadual 4.18: Jenis Kediaman yang Didiami bagi Responden
Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Jenis Perumahan Bilangan Peratus (%)

Rumah Sesebuah/Banglo 3 6%
Rumah Berkembar 1 2%
Rumah Teres 41 79%
Kondominium 6 11%
Rumah Pangsa 1 2%
Jumlah 52 100%

4.5.5 Pengetahuan Responden tentang Perumahan ‘Gated Community’

Sebelum responden ditanya lebih lanjut tentang perumahan konsep ‘gated


community’, pengetahuan asas responden tentang jenis perumahan yang wujud di
Malaysia dikaji terlebih dahulu. Hasil temubual yang dibuat, di dapati 100 peratus
responden mengetahui tentang jenis perumahan sesebuah, berkembar, teres,
pangsa dan kondominium (rujuk Jadual 4.19). Ini adalah kerana pembangunan
perumahan jenis ini lebih popular dan banyak di bangunkan di sekitar Kuala Lumpur.
Permintaan terhadap perumahan jenis ini adalah lebih banyak maka pemaju lebih
gemar membangunkan perumahan-perumahan tersebut.

Jadual 4.19: Pengetahuan Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’


Tentang Jenis Perumahan yang Sedia Ada

Jenis Rumah Tahu Tidak Tahu


Bilangan % Bilangan %
Rumah Sesebuah 52 100% - -
Rumah Berkembar 52 100% - -
Rumah Teres 52 100% - -
Rumah Pangsa 52 100% - -
Kondominium 52 100% - -
Rumah Bandar 49 94% 3 6%
‘Gated Community’ 24 46% 28 54%

COPYRIGHT97
© UiTM
Foto 4.18: Antara Kondominium yang Didiami
oleh Responden

Walau bagaimanapun, seramai 49 orang responden atau 94 peratus responden tidak


tahu tentang perumahan jenis rumah bandar. Ini mungkin disebabkan kerana rumah
bandar tidak mendapat permintaan yang memberangsangkan berbanding
permintaan terhadap perumahan lain.

Hasil kajiselidik juga mendapati bahawa hanya 46 peratus responden tahu tentang
perumahan ‘gated community’ dan selebihnya 54 peratus tidak tahu tentang
perumahan ini. Ini mungkin disebabkan ketidakfahaman tentang istilah ‘gated
community’ atau pun disebabkan oleh kurangnya maklumat dan promosi tentang
perumahan ‘gated community’ kepada masyarakat.

4.5.6 Pendapat tentang ‘Gated Community’

Hasil kajiselidik yang dijalankan kepada responden yang tahu tentang perumahan
‘gated community’ iaitu sebanyak 24 orang responden berbanding 52 responden, di
dapati mereka mempunyai pendapat yang berbeza-beza mengenai sama ada
mereka bersetuju untuk tinggal di dalam perumahan ‘gated community’ ini. Di dapati,
terdapat 8 orang responden atau 33 peratus memilih untuk tinggal di perumahan
‘gated community’ manakala 16 orang responden atau 67 peratus responden yang
lain tidak berminat untuk memiliki ‘gated community’ (rujuk Jadual 4.20).

Responden yang bersetuju untuk tinggal di ‘gated community’ dengan memberikan


sebab persekitaran yang selamat merupakan peratus tertinggi yang dipilih oleh
responden iaitu sebanyak 13 peratus. Manakala antara sebab lain yang diberikan
oleh responden untuk tinggal di ‘gated community’ adalah seperti ingin mencuba

COPYRIGHT98
© UiTM
konsep perumahan yang lain, lebih privasi berbanding perumahan biasa serta reka
bentuk rumah dan landskap yang menarik. Responden yang bersetuju untuk
merasai tinggal di ‘gated community’ lebih bersifat positif dan berasa tidak mustahil
untuk memilih dan tinggal di perumahan ‘gated community’ pada masa hadapan.

Jadual 4.20: Pendapat Responden Tentang ‘Gated Community’

Sebab Ya Sebab Tidak


Bil % Bil %
Persekitaran yang 3 13% Sukar untuk keluar masuk 5 21%
lebih selamat kawasan perumahan
Ingin mencuba 2 8% Bayaran Penyelenggaraan 2 8%
konsep perumahan yang tinggi
yang lain
Lebih privasi 2 8% Prosedur keluar-masuk 7 30%
melengahkan masa pelawat
Rekabentuk rumah 1 4% Harga perumahan ‘gated 2 8%
dan landskap yang community’ yang mahal
menarik
Jumlah 8 33% Jumlah 16 67%

Berdasarkan daripada kajiselidik juga, didapati 16 orang responden atau 67 peratus


responden tidak bersetuju untuk tinggal di perumahan ‘gated community’. Sebanyak
30 peratus responden tidak bersetuju untuk tinggal di ‘gated community’ memberikan
sebab prosedur keluar masuk melengahkan masa pelawat. Ini adalah kerana
seseorang perlu melalui pengawal keselamatan sebelum dapat masuk ke kawasan
perumahan. Terdapat 21 peratus responden lagi memberikan sebab sukar untuk
keluar masuk ke kawasan perumahan. Alasan yang diberikan oleh responden lebih
kepada sistem keluar masuk di perumahan ‘gated community’.

Selain itu, responden juga memberikan sebab kos bayaran penyelenggaraan yang
tinggi dan harga perumahan ‘gated community’ yang mahal menyebabkan mereka
tidak mahu tinggal di perumahan ini. Perumahan ‘gated community’ sememangnya
memerlukan bayaran penyelenggaraan yang lebih mahal kerana segala kemudahan,
jalan dan landskap diselenggarakan secara swasta oleh anak syarikat pemaju.
Berbeza dengan perumahan yang biasa, penyelenggaraan jalan dan sebagainya
ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan yang terbabit dengan kawasan
selenggaraannya.

COPYRIGHT99
© UiTM
4.5.7 Sumber Maklumat Diperolehi Tentang ‘Gated Community’

Bagi responden yang bukan pemilik ‘gated community’ ini, sumber maklumat yang
diperolehi adalah melalui media massa, promosi oleh pihak pemaju perumahan,
kenalan atau sahabat dan juga saudara-mara. Responden paling banyak mendapat
maklumat mengenai perumahan ‘gated community’ melalui promosi yang dibuat oleh
pihak pemaju perumahan atau hartanah iaitu sebanyak 54 peratus. Ini adalah
kerana promosi yang dibuat oleh pemaju selalunya bertempat di pusat-pusat
membeli-belah. Selain itu, pameran promosi hartanah juga dibuat di pusat membeli-
belah yang terkemuka contohnya pusat membeli-belah Midvalley, Bangsar yang
menyediakan ruang khas untuk sebarang pameran. Responden yang datang ke
pusat membeli–belah ini secara tidak langsung dapat berkunjung dan mengetahui
tentang promosi perumahan konsep ‘gated community’ yang semakin diminati ini.

Responden yang mendapat maklumat mengenai ‘gated community’ juga adalah


melalui kenalan dan saudara mara yang masing-masing peratusannya sebanyak 21
peratus dan 8 peratus (rujuk Jadual 4.21). Responden mendapat maklumat
mengenai perumahan konsep ini dengan datang melawat rumah kenalan atau
saudara responden. Oleh itu, secara tidak langsung, responden dapat mengetahui
satu lagi konsep perumahan yang menjadi tarikan kepada masyarakat sekarang.

Selain itu, media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik juga
dapat memainkan peranannya sebagai satu alat untuk pemberi maklumat kepada
masyarakat tentang konsep ‘gated community’. Ini dapat dibuktikan dengan 17
peratus responden mendapat maklumat melalui media massa. Melalui pembacaan
majalah dan akhbar, mereka dapat mengetahui tentang konsep perumahan ini.

Jadual 4.21: Sumber Maklumat Tentang Perumahan berkonsep


‘Gated Community’
Maklumat tentang ‘Gated Bilangan Peratus (%)
Communiy’
Media massa 4 17%
Promosi 13 54%
Kenalan 5 21%
Saudara-mara 2 8%
Jumlah 24 100%

COPYRIGHT100
© UiTM
4.5.8 Cadangan Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’

Setelah di analisa, didapati terdapat empat cadangan yang diberikan oleh responden
bukan pemilik ‘gated community’ iaitu promosi tentang perumahan konsep ‘gated
community’ diperluaskan, memperbanyakkan pembangunan perumahan ‘gated
community’, kemudahan yang terdapat dalam ‘gated community’ dipertingkatkan dan
mempelbagaikan aktiviti diwujudkan antara penghuni ‘gated community’ dengan
penduduk kawasan berjiran bagi mengelakkan wujudnya jurang kejiranan (rujuk
Jadual 4.22). Cadangan mempromosikan perumahan ‘gated community’ sebanyak
37 peratus perlu diperluaskan kerana istilah dan pembangunan ‘gated community’
masih tidak difahami oleh sesetengah masyarakat mahupun responden.

Selain itu, responden juga mencadangkan pembangunan ‘gated community’


dipertingkatkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk memiliki dan
merasai sendiri gaya hidup di dalam perumahan ini. Bagi responden yang pernah
berkunjung ke perumahan ‘gated community’, responden mencadangkan
kemudahan yang terdapat di dalam ‘gated community’ dipertingkatkan iaitu sebanyak
21 peratus. Responden juga mencadangkan aktiviti kejiranan di antara penghuni
‘gated community’ bagi mengelakkan terus wujudnya sifat keindividuan dan
mementingkan diri. Gaya hidup ‘familism’ dan ‘careerism’ di ‘gated community’
menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk aktiviti kejiranan. Hasil
daripada cadangan yang diberikan ini menunjukkan bahawa responden mengambil
tahu tentang konsep perumahan ini dan menunjukkan bahawa responden berminat
tentang perumahan konsep ‘gated community’ ini.

Jadual 4.22: Cadangan Responden Bukan Pemilik ‘Gated Community’ Tentang


Perumahan berkonsep ‘Gated Community’
Cadangan Bilangan Peratus (%)

Promosi tentang perumahan ‘gated community’ diperluaskan 19 37%


Perbanyakkan pembangunan perumahan ‘gated community’ 14 27%
Kemudahan yang terdapat dalam ‘gated community’ 11 21%
dipertingkatkan
Pelbagai aktiviti diwujudkan di antara penghuni ‘gated
community’ bagi mengelakkan terus wujudnya sikap 8 15%
keindividuan dan mementingkan diri
Jumlah 52 100%

COPYRIGHT101
© UiTM
4.6 Perbezaan dan Perbandingan Respons Responden Terhadap
Perumahan Konsep ‘Gated Community’

Perbandingan dan perbezaan respons kedua-dua responden pemilik ‘gated


community’ dan bukan pemilik ‘gated community’ akan dihuraikan bagi menilai
setakat mana penerimaan masyarakat terhadap perumahan konsep ‘gated
community’ ini.

4.6.1 Perbandingan Latar Belakang Responden

Perbandingan latar belakang responden di buat bagi menilai perbezaan yang wujud
di antara pemilik dan bukan pemilik perumahan konsep ‘gated community’. Terdapat
sembilan aspek yang akan di perbandingkan bagi mengenalpasti perbezaan dan
persamaan yang dimiliki oleh responden-responden tersebut (rujuk Jadual 4.23).

Jadual 4.23: Perbandingan Latarbelakang Responden

Responden Pemilik Bukan Pemilik


Aspek ‘Gated Community’ ‘Gated Community’
Lebih ramai responden berbangsa Leih ramai etnik Melayu dipilih
Etnik dan Umur Cina tinggal di perumahan ‘gated menjadi responden iaitu sebanyak
community’. Responden Berbangsa 65 peratus dan 29 peratus yang lain
Cina berumur 40 tahun-49 tahun berbangsa Cina. Responden
lebih ramai tinggal di ‘gated berusia 40-49 tahun merupakan
community’ iaitu 31 peratus responden teramai yang dipilih iaitu
berbanding bangsa Melayu berusia sebanyak 34 peratus.
50 tahun-59 tahun sebanyak 15
peratus.
Taraf Perkahwinan 100 peratus responden telah 75 peratus responden telah
berkahwin. berkahwin dan 21 peratus
responden yang lain berstatus
bujang.
Taraf Pendidikan 64 peratus responden mempunyai 50 peratus responden mempunyai
taraf pendidikan di peringkat ijazah taraf pendidikan di peringkat ijazah
dan 32 peratus lagi mempunyai dan 44 peratus yang lain
diploma atau sijil. mempunyai diploma atau sijil.

COPYRIGHT102
© UiTM
Pekerjaan 71 peratus responden mempunyai 71 peratus responden mempunyai
pekerjaan dalam bidang pekerjaan dalam bidang
profesional, teknikal dan profesional, teknikal dan
sebagainya manakala 29 peratus sebagainya manakala 29 peratus
lagi bekerja dalam bidang lagi bekerja dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran. pengurusan dan pentadbiran.
Pekerjaan Isteri 44 peratus isteri responden bekerja 46 peratus isteri responden bekerja
dalam bidang profesional dan dalam bidang profesional dan
teknikal manakala 27 peratus lagi teknikal manakala 21 peratus lagi
bekerja dalam bidang pengurusan bekerja dalam bidang pengurusan
dan pentadbiran. 3 peratus isteri dan pentadbiran. 9 peratus isteri
responden tidak bekerja. responden tidak bekerja.
Pendapatan 83 peratus responden memiliki 81 peratus responden memiliki
pendapatan melebihi RM5000 dan pendapatan melebihi RM5000 dan
17 peratus lagi memiliki anggaran 19 peratus lagi memiliki anggaran
pendapatan RM3000 hingga pendapatan RM3000 hingga
RM4000. RM4000.
Bilangan Anak 65 peratus responden memiliki 44 peratus responden memiliki
anak 1-2 orang manakal 35 peratus anak 1-2 orang manakal 51 peratus
responden lagi memiliki 2-4 orang responden lagi memiliki 2-4 orang
anak. anak. Manakala 5 peratus lain
memilik 5-6 orang anak.
Pemilikan 48 peratus responden memiliki 1 42 peratus responden memiliki 1
Kenderaan kereta dan 46 peratus memiliki van. kereta dan 17 peratus memiliki van.
52 peratus responden memiliki 2-3 58 peratus responden memiliki 2-3
buah kereta dan hanya 8 peratus buah kereta dan 18 peratus
memiliki motorsikal. memiliki motorsikal.
Jenis Kediaman 63 peratus responden pernah 79 peratus responden tinggal di
tinggal di kondominium sebelum rumah teres manakala 11 peratus
berpindah ke ‘gated community’. tinggal di kondominium.

Melalui kajiselidik yang dijalankan, di dapati bagi etnik Cina berusia dalam
lingkungan 40 hingga 49 tahun lebih ramai tinggal di perumahan ‘gated community
berbanding bukan pemilik ‘gated community’ pada usia yang sama, berbangsa
Melayu tinggal di perumahan biasa. Ini menunjukkan bahawa etnik Melayu lebih
sukakan persekitaran yang lebih bebas berbanding bangsa Cina yang mahukan
perumahan yang lebih terkawal. Ini juga menunjukkan bahawa etnik Melayu

COPYRIGHT103
© UiTM
mengutamakan ‘familism’ di mana kesukaran untuk saudara-mara keluar masuk dan
datang melawat ke kawasan perumahan yang dikawal oleh pengawal keselamatan.

Dari aspek taraf pendidikan dan pekerjaan pula, dilihat kedua-dua kumpulan
responden mempunyai taraf pendidikan yang hampir sama. Ini menunjukkan
bahawa walaupun memiliki taraf pendidikan yang hampir sama iaitu memiliki sama
ada ijazah, diploma mahupun sijil, faktor pemilihan kediaman adalah mengikut
citarasa dan kemampuan gaya hidup seseorang. Responden yang dipilih bagi
pemilik dan bukan pemilik ‘gated community’ ini mempunyai kesamaan dari aspek
taraf pendidikan, pekerjaan dan pendapatan. Responden dipilih kerana bagi menilai
respons mereka terhadap perumahan konsep ‘gated community’ tanpa
mengambilkira aspek kemampuan yang selalunya menjadi isu di dalam pemilihan
perumahan. Kedua-dua kumpulan responden menunjukkan bahawa citarasa dan
gaya hidup menjadi jurang kepada pemilihan perumahan konsep ‘gated community’
ini.

Bagi responden pemilik perumahan konsep ‘gated community’, rata-rata mereka


mempunyai seorang hingga empat orang anak. Manakala responden bukan pemilik
‘gated community’ memiliki dua hingga enam orang anak. Ini mungkin disebabkan
faktor isteri bekerja. Pemilik ‘gated community’ menunjukkan gaya hidup ‘careerism’
berbanding bukan pemilik ‘gated community’ yang nampaknya mementingkan gaya
hidup ‘familism’. Dari aspek pemilikan kenderaan, di dapati jumlah kereta yang
dimiliki adalah hampir sama. Walau bagaimanapun, apa yang membezakan kedua-
dua responden ini adalah dari aspek pemilikan motorsikal. Responden pemilik
‘gated community’ hanya 8 peratus memilik motorsikal manakala 18 peratus
responden bukan pemilik ‘gated community’ memiliki motorsikal. Ini menunjukkan
bahawa kenderaan memainkan peranan di dalam menunjukkan status dan gaya
hidup seseorang. Gaya hidup yang eksklusif di perumahan konsep ‘gated
community’ menyebabkan responden memilih menggunakan kereta agar lebih
bersesuaian.

Sebelum tinggal di perumahan konsep ‘gated community’, responden lebih ramai


tinggal di kondominium. Berbanding bukan pemilik ‘gated community’
kebanyakkannya tinggal di perumahan teres. Ini menunjukkan bahawa pemilik
‘gated community’ mulai menukar gaya hidup ‘careerism’ kepada ‘familism’ di mana
perumahan jenis ‘landed property’ merupakan perumahan yang sesuai untuk

COPYRIGHT104
© UiTM
membentuk keluarga. Manakala responden bukan pemilik ‘gated community’,
mereka telah pun memilih perumahan teres untuk didiami. Itu menyebabkan
responden berasa selesa tinggal di perumahan ‘landed property’ seperti perumahan
teres. Ini menunjukkan pada usia yang lebih dewasa, masyarakat yang
berkemampuan akan cuba memiliki sebuah rumah yang selesa dan selalunya
perumahan ‘landed property’ bagi membina sebuah keluarga yang menunjukkan
perubahan kepada gaya hidup ‘familism’.

4.6.2 Perbandingan Pendapat Tentang Perumahan Konsep ‘Gated


Community’

Perbandingan pendapat responden terhadap perumahan konsep ‘gated community’


di buat bagi menilai perbezaan pendapat yang wujud di antara pemilik dan bukan
pemilik perumahan konsep ‘gated community’. Terdapat tujuh aspek yang akan di
perbandingkan bagi mengenalpasti perbezaan dan persamaan yang dimiliki oleh
responden-responden tersebut (rujuk Jadual 4.24). Antara aspek yang akan
diperbandingkan adalah seperti sumber maklumat ‘gated community’, kemampuan
dan gaya hidup, tahap keselamatan, persekitaran yang selamat, kediaman yang
privasi, reka bentuk rumah dan landskap serta aspek penyelenggaraan kemudahan
dan landskap.

Jadual 4.24: Perbandingan Pendapat Responden Tentang Perumahan Konsep


‘Gated Community’
Responden Pemilik Bukan Pemilik
Aspek ‘Gated Community’ ‘Gated Community’
Sumber maklumat 44 responden mendapat maklumat 17 responden mendapat maklumat
‘gated community’ daripada media massa dan 29 daripada media massa dan 54
peratus maklumat melalui promosi. peratus maklumat melalui promosi.
27 peratus responden mendapat 29 peratus responden mendapat
maklumat melalui kenalan dan maklumat melalui kenalan dan
saudara. saudara.
Kemampuan dan 62 peratus responden sangat 8 peratus responden berpendapat
Gaya hidup bersetuju bahawa ‘gated harga perumahan ‘gated community’
community’ dipilih kerana yang mahal menyebabkan mereka
kemampuan dan gaya hidup. tidak mampu memiliki perumahan ini.

COPYRIGHT105
© UiTM
Tahap 33 peratus responden sangat 21 peratus tidak bersetuju untuk
Keselamatan bersetuju bahwa kawalan tinggal di perumahan ‘gated
keselamatan yang ketat menjamin community’ kerana kesukaran untuk
keselamatan penduduk merupakan keluar masuk ke kawasan
faktor ‘gated community’ dipilih. perumahan.
Persekitaran yang 71 peratus resonden sangat 13 peratus responden mengatakan
aman bersetuju ‘gated community’ ‘gated community’ mempunyai
merupakan kediaman yang persekitaran yang selamat dan aman
mempunyai persekitaran yang
aman dan tenang
Kediaman yang 75 peratus responden sangat 8 peratus responden berminat untuk
privasi bersetuju kediaman di ‘gated tinggal di ‘gated community kerana
community’ lebih privasi berbanding lebih privasi
perumahan sedia ada.
Reka bentuk rumah 25 peratus responden bersetuju 4 peratus responden bersetuju
dan landskap bahawa rekabentuk rumah dan bahawa rekabentuk rumah dan
landskap menjadi faktor tarikan landskap menariknya untuk mencuba
kepada ‘gated community’. konsep perumahan ini.
Aspek 29 peratus responden 8 peratus responden mengatakan
penyelenggaraan mencadangkan landskap di sekitar bayaran Penyelenggaraan yang tinggi
landskap dan kawasan perumahan di tetapi mencadangkan kemudahan di
kemudahan pertingkatkan pertingkatkan.

Kedua-dua kelompok responden mendapat maklumat melalui media massa dan juga
melalui promosi. Bagaimanapun, kelompok responden pemilik ‘gated community’
melalui media massa mendapat maklumat tentang perumahan ini iaitu sebanyak 44
peratus manakala bukan pemilik mendapat maklumat melalui promosi-promosi yang
dijalankan. Ini menunjukkan bahawa pemilik ‘gated community’ yang lebih
mengutamakan kerjaya mendapat meklumat melalui pembacaan dan tidak
mempunyai masa untuk ke promosi atau pameran-pameran hartanah yang telah
diadakan. Gaya hidup ‘careerism’ pemilik ‘gated community’ menyekat kebebasan
masa mereka untuk ke pusat-pusat membeli-belah bagi melihat pameran yang di
adakan kerana kesibukan bekerja.

COPYRIGHT106
© UiTM
Kelompok responden bukan pemilik ‘gated community’ berpendapat bahawa
perumahan konsep ‘gated community’ adalah lebih mahal berbanding perumahan
biasa malah memerlukan bayaran penyelenggaraan dibiayai oleh pemilik sendiri.
Walau bagaimanapun, pemilik perumahan konsep ‘gated community’ berpendapat
perumahan ini adalah bersesuaian dengan gaya hidup mereka yang sibuk dengan
bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan sendiri persekitaran rumah.
Maka aspek bayaran penyelenggaraan bukanlah menjadi penghalang kepada
mereka.

Kedua-dua kelompok responden mempunyai persefahaman di dalam konsep


perumahan ini iaitu ianya menawarkan persekitaran yang aman dan selamat. Ini
dapat dibuktikan daripada kajiselidik yang dijalankan terhadap bukan pemilik ‘gated
community’ yang jika diberi peluang untuk tinggal di perumahan ini memilih faktor
persekitaran yang selamat dan aman. Oleh itu, faktor persekitaran ini menjadi
tarikan sebenar masyarakat untuk memiliki perumahan konsep ‘gated community’ ini.
Tahap keselamatan di perumahan ‘gated community’ juga menjadi perbandingan
terhadap respons pemilik dan bukan pemilik perumahan konsep ‘gated community’.
Bukan pemilik yang mengatakan kesukaran untuk keluar masuk ke kawasan
perumahan membuktikan bahawa kawalan dan seliaan daripada pihak keselamatan
menunjukkan tahap keselamatan adalah terjamin.

Kediaman di perumahan konsep ‘gated community’ adalah lebih privasi. Ini boleh
juga dikaitkan dengan kawalan keselamatan menyebabkan urusan keluar masuk
lebih terkawal dan juga menunjukkan bahawa masyarakat sekarang mahukan
kediaman yang lebih privasi akibat daripada gaya hidup masa kini iaitu ‘careerism’
dan mereka memerlukan persekitaran yang privasi selepas seharian penat bekerja.

Aspek reka bentuk rumah, landskap dan juga kerja-kerja penyelenggaraan juga
mendapat respons yang sama daripada kedua-dua responden. Walaupun bayaran
penyelenggaraan yang mahal diberikan alasan oleh bukan pemilik ‘gated
community’, namun persamaan di antara responden wujud iaitu setiap kemudahan
dan landskap yang dibina perlulah diselenggarakan bagi menjamin persekitaran
yang sihat dapat di kekalkan di perumahan konsep ‘gated community’ ini.

COPYRIGHT107
© UiTM
4.7 Penemuan Kajiselidik

Setelah membuat kajiselidik dan temubual, beberapa penemuan mengenai persepsi


responden tentang konsep perumahan ‘gated community’ telah diperolehi daripada
responden-responden yang ditemubual serta melalui pengamatan yang dijalankan di
kawasan kajian iaitu:

4.7.1 Pemahaman Tentang ‘Gated Community’

Pemahaman dan pengetahuan masyarakat tentang pembangunan perumahan


konsep ‘gated community’ masih belum diperluaskan lagi. Kajiselidik yang
dijalankan mendapati responden masih lagi tidak mengetahui tentang apa yang
dimaksudkan dengan pembangunan perumahan ‘gated community’. Walaupun pada
dasarnya mereka mengetahui tentang rekabentuk fizikal perumahan ini, istilah ‘gated
community’ yang masih belum lagi difahami dan diketahui oleh mereka. Istilah yang
digunakan juga mendatangkan salah faham di kalangan responden yang dikaji.
Maka, pemahaman masyarakat perlu dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan
permintaan terhadap pembangunan ‘gated community’.

4.7.2 Promosi dan Peranan Media

Promosi dan peranan media tentang pembangunan perumahan ‘gated community’


adalah sangat membantu di dalam memberi pengetahuan dan maklumat berkaitan
dengan pembangunan perumahan konsep ‘gated community’. Pihak pemaju
perumahan dan pihak-pihak yang terbabit di atas pembangunan dan promosi ke atas
pembangunan ini haruslah mengambil langkah yang bijak bagi mempromosikan
konsep perumahan ini. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa alat sebaran
am dan promosi yang dibuat memainkan peranan yang penting di dalam memberi
maklumat dan iklan berkaitan pembangunan ‘gated community’. Pihak pemaju
perumahan perlu memainkan peranan mereka di dalam mencari idea bagi menarik
minat masyarakat untuk mengambil tahu tentang pembangunan perumahan konsep
‘gated community’ ini.

COPYRIGHT108
© UiTM
4.7.3 Gaya Hidup yang Eksklusif di ‘Gated Community’

Hasil kajiselidik yang dijalankan, golongan kelas pertengahan dan golongan kelas
atasan yang mempunyai gaya hidup yang eksklusif memilih untuk tinggal di
perumahan konsep ‘gated community’. Golongan ini telah dapat menggalakkan
pertumbuhan perumahan ‘gated community’ dengan permintaan yang tinggi
terhadap gaya hidup yang lebih privasi dengan kawalan keselamatan terhadap akses
di kawasan kediaman bersesuaian dengan kemampuan dan gaya hidup yang dipilih
oleh mereka. ‘Gated community’ merupakan satu konsep perumahan yang dapat
menjamin cara hidup yang lebih eksklusif yang diingini oleh golongan kelas atasan
dan pertengahan ini. Gaya hidup yang eksklusif dapat direalisasikan melalui segala
keperluan yang diidamkan oleh golongan ini yang hanya terdapat di dalam konsep
perumahan ini berbanding perumahan-perumahan yang lain.

4.7.4 Rasa Takut dan Tidak Selamat

Kesan daripada peningkatan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi


menyebabkan rasa takut dan tidak selamat dalam masyarakat telah mengakibatkan
mereka memilih alternatif lain seperti memilih tinggal di ‘gated community’. Pelbagai
kes jenayah yang dilakukan seperti pecah rumah, rompakan, rogol dan sebagainya
oleh golongan yang tidak bertanggung jawab menyebabkan pembeli berasa lebih
selamat untuk tinggal di kawasan yang telah lengkap dengan kawalan keselamatan
di samping alat penggera yang telah sedia terdapat di setiap rumah yang juga dapat
berhubung secara terus dengan pondok kawalan keselamatan berbanding
perumahan yang sedia ada.

Hasil kajian yang dijalankan terhadap responden, apabila mereka tinggal di


perumahan ‘gated community’, mereka berasa lebih selamat dan tenang Malah
persekitaran perumahan yang selamat dan dikawal menjadi aspek yang diutamakan
di dalam memilih perumahan ‘gated community’. Perumahan ‘gated community’
dapat menawarkan perkhidmatan keselamatan yang baik di samping permintaannya
yang semakin meningkat akibat daripada meningkatnya rasa takut dan tidak selamat
akibat daripada kadar jenayah yang semakin meningkat.

COPYRIGHT109
© UiTM
4.7.5 Wujudnya Sifat Keindividuan

Sifat keindividuan boleh wujud akibat daripada gaya hidup di perumahan ‘gated
community’. Hasil kajian yang dijalankan, sifat keindividuan terhasil daripada konsep
perumahan ini sendiri. Sebagai contoh, perumahan ‘gated community’ menawarkan
pelbagai kemudahan seperti kemudahan rekreasi yang pelbagai. Pemilik ‘gated
community’ lebih gemar untuk menggunakan kemudahan yang disediakan
berhampiran dengan rumah berbanding keluar daripada kawasan rumah kerana
masa yang digunakan lebih banyak untuk bekerja dan aktiviti harian yang lain.
Aktiviti rekreasi boleh dijalankan di dalam kawasan ‘gated community’ dan akibatnya
pemilik ‘gated community’ tidak akan mengenali masyarakat berjiran yang lain. Ini
menyebabkan wujudnya sifat keindividuan di dalam diri pemilik ‘gated community’
terhadap masyarakat di persekitarannya lebih-lebih lagi akan mewujudkan jurang
kejiranan.

4.7.6 Aspek Landskap dan Rekabentuk

Daripada kajiselidik dan pengamatan yang telah dibuat, didapati bahawa perumahan
‘gated community’ menyediakan landskap dan rekabentuk perumahan yang menarik.
Ini menyebabkan perumahan ini menjadi tarikan kepada pembelinya. Potensi
perumahan jenis ini dapat meningkatkan lagi permintaan terhadap perumahan
konsep ‘gated community’’ selain beberapa faktor-faktor lain yang menyebabkan
mereka memilih untuk tinggal di perumahan ini. Ini dapat dikaitkan dengan pendapat
responden yang ingin mencuba konsep perumahan yang berbeza dengan
perumahan-perumahan yang lain.

COPYRIGHT110
© UiTM
4.8 Rumusan

Setelah menjalankan kajiselidik seperti kaedah pengamatan dan soal selidik, kajian
ini menemui pelbagai penemuan sama ada berbentuk halangan mahupun potensi
yang terhasil daripada kajian yang dijalankan. Secara ringkasnya, terdapat pelbagai
faktor yang mempengaruhi responden memilih untuk tinggal di perumahan konsep
‘gated community’.

Faktor-faktor ini adalah secara tidak langsung berkait rapat dengan latar belakang
responden itu sendiri. Perumahan ‘gated community’ banyak dipengaruhi oleh gaya
hidup yang lebih eksklusif dan diminati oleh golongan kelas atasan dan kelas
pertengahan kerana faktor kemampuan dan pekerjaan. Konsep perumahan ‘gated
community’ memerlukan pemahaman daripada pelbagai peringkat masyarakat. Ini
dapat meningkatkan permintaan terhadap perumahan ini. Peranan daripada media
dan promosi perlulah dipertingkatkan oleh pihak yang terbabit. Terdapat pelbagai
pandangan dan kenyataan yang dibuat oleh responden di dalam memberikan idea
untuk membuat cadangan yang lebih efektif dan terancang bagi pembangunan
perumahan konsep ‘gated community’ ini.

Hasil daripada penemuan dan kajiselidik yang telah dijalankan, satu cadangan akan
dibentuk bagi menghasilkan sebuah perumahan konsep ‘gated community’ yang
terancang yang boleh menjadi alternatif kepada pembeli rumah yang mahukan satu
gaya hidup yang berbeza.

COPYRIGHT111
© UiTM
BAB LIMA

CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Suatu pembangunan perumahan yang mempunyai persekitaran yang selamat dan


tenang sememangnya menjadi idaman semua lapisan masyarakat. Ini adalah
kerana pembangunan terhadap kawasan perumahan merupakan salah satu
daripada perkara yang tidak kurang pentingnya dalam pembangunan, terutamanya
dalam konteks pembangunan sumber manusia.

Oleh itu, satu cadangan diperlukan bagi menghasilkan perancangan yang lebih baik
untuk semua perkara yang berkaitan dengan konsep ‘gated community’ setelah
beberapa penemuan dikenalpasti hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan.
Cadangan yang dikemukakan ini adalah berdasarkan daripada kajian yang
dijalankan di kawasan kajian yang dipilih. Cadangan yang diberikan mungkin telah
pun ada pada konsep perumahan ‘gated community’ yang lebih baik dan dengan
gaya hidup masyarakatnya yang eksklusif. Cadangan ini juga akan dipecahkan
kepada bahagian-bahagian kecil yang merangkumi aspek fizikal dan sosial di
kawasan kajian. Di dalam bab ini, akan dibicangkan tiga bahagian yang utama yang
berkaitan dengan cadangan kajian perumahan konsep ‘gated community’.

Cadangan yang dikemukakan nanti juga diharap akan membolehkan konsep ‘gated
community’ ini lebih sempurna dan lengkap dari semua aspek terutamanya
berkenaan dengan pendapat dan pemahaman masyarakat tentang perumahan
konsep ‘gated community’. Ini adalah bertepatan dengan tujuan menjadikan konsep
‘gated community’ sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

112
COPYRIGHT © UiTM
5.2 Ringkasan Kajian

Ringkasan kajian dibuat adalah bagi memastikan kajian yang dijalankan selaras
dengan cadangan yang akan dibentuk. Pembentukkan cadangan yang akan
dicadangkan memerlukan pengkaji merujuk kembali semua bahagian dalam kajian
konsep ‘gated community’ sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

Objektif kajian adalah bagi meninjau setakat mana penerimaan masyarakat terhadap
konsep perumahan ‘gated community’ dan perbezaan sebenar pengalaman pemilik
dan bukan pemilik ‘gated community’ serta mencungkil persepsi dan pemahaman
masyarakat tentang konsep ‘gated community’. Objektif kajian dapat dicapai melalui
kaedah menganalisa maklumat dan penemuan yang diperoleh daripada kajian yang
dijalankan. Kaedah temubual melalui borang soal selidik serta pengamatan di
kawasan kajian yang dijalankan dapat mengumpul maklumat-maklumat yang
diperlukan. Pengalaman responden pemilik dan bukan pemilik ‘gated community’ di
kumpul bagi mendapatkan respons mereka mengenai perumahan konsep ‘gated
community’.

Hasil daripada penganalisaan maklumat, penemuan kajian diperoleh adalah seperti


pemahaman masyarakat tentang ‘gated community’, peranan media dan promosi di
dalam memberi maklumat kepada orang awam mengenai perumahan konsep ‘gated
community’, gaya hidup yang eksklusif yang dimonopoli oleh golongan kelas atasan
dan pertengahan, peningkatan kadar jenayah menyebabkan permintaan terhadap
pperumahan konsep ‘gated community’ serta wujudnya sifat keindividuan dan
keterasingan di kalangan masyarakat dalam kelompok perumahan konsep ‘gated
community’.

Hasil daripada ringkasan kajian yang merangkumi objektif yang perlu dicapai,
kaedah dan analisa maklumat bagi memperoleh penemuan kajian, maka satu
cadangan perlu dibentuk bagi mempertingkatkan pembangunan perumahan konsep
‘gated community’ sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

113
COPYRIGHT © UiTM
5.3 Asas Dalam Membentuk Cadangan

Cadangan yang akan dikemukakan nanti adalah berasaskan daripada analisa


pendapat pemilik ‘gated community’ dan bukan pemilik ‘gated community’. Di dalam
sesebuah perumahan konsep ‘gated community’ juga, harga rumah yang tinggi
menjadi penghalang kepada pemilikan rumah ini ditambah pula dengan kos
penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung sendiri oleh penghuninya. Namun
kewujudan konsep perumahan ini yang mana didesak oleh kadar jenayah yang
semakin meningkat, maka perumahan ini sesuai bagi mengatasi masalah ketakutan
dan syak wasangka terhadap keselamatan diri dan harta benda. Namun,
perumahan ‘gated community’ tidak menjamin sebuah komuniti yang mesra dan
gembira dari aspek kejiranan.

Cadangan yang akan dibentuk ini hanya berdasarkan analisa terhadap kajian yang
telah dijalankan serta berkaitan antara kajian analisa dan juga kajian teoritikal.
Melalui analisa ini, satu asas yang membolehkan kepada satu cadangan yang lebih
mantap dan terancang terhadap konsep ‘gated community’ sebagai pilihan
perumahan gaya hidup. Di antara cadangan yang dikemukakan adalah seperti
berikut:

(i) ‘Gated community’ berpotensi sebagai alternatif pilihan perumahan gaya


hidup yang selamat dan penuh privasi.

(ii) Mempelbagai promosi dan peranan media bagi meningkatkan pemahaman


masyarakat berkenaan ‘gated community’.

(iii) Penambahan kepada keperluan yang lebih pelbagai dan bersesuaian dengan
kawasan kajian dan kehendak responden.

(iv) Cadangan mempertingkatkan sistem pengurusan di kawasan kajian dari segi


pengurusan kebersihan, penyelenggaraan landskap dan kawalan
keselamatan.

114
COPYRIGHT © UiTM
5.4 Cadangan Dari Aspek Meningkatkan Pemahaman Masyarakat

Pemahaman daripada masyarakat berkenaan dengan pembangunan perumahan


berkonsepkan ‘gated community’ masih lagi tidak dikembangkan dengan meluas
hasil daripada kajiselidik yang dijalankan. Maka, satu cadangan dari aspek
meningkatkan pemahaman masyarakat berkenaan dengan perumahan konsep
‘gated community’ adalah seperti berikut;

5.4.1 Meningkatkan Promosi Hartanah Berkenaan dengan ‘Gated Community’

Promosi secara besar-besaran mengenai hartanah dan pembangunan ‘gated


community’ perlulah dibuat bagi meningkatkan pemahaman masyarakat berkenaan
perumahan ‘gated community’. Ini adalah kerana perumahan konsep ‘gated
community’ boleh menjadi alternatif kepada pilihan perumahan gaya hidup
masyarakat masa kini. Promosi yang dijalankan oleh pihak pemaju atau pihak-pihak
yang berkenaan perlulah dapat menarik minat lebih ramai orang awam untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tentang hartanah ini. Antara promosi yang boleh
digunapakai adalah seperti berikut;

(i) Media Pengiklanan

Bagi meningkatkan pemahaman masyarakat tentang perumahan konsep


‘gated community’ peranan media adalah sangat digalakkan. Ini adalah
kerana media memainkan peranan di dalam memberi dan menyebarkan
maklumat yang terbaik. Media terbahagi kepada dua iaitu media cetak
ataupun media elektronik. Melalui media cetak, pengiklanan tentang ‘gated
community’ boleh dicetak di akhbar-akhbar tempatan secara meluas, majalah
hartanah dan ruang iklan hartanah. Walaupun pada masa kini telah pun
terdapat pengiklanan tentang hartanah melalui media cetak, namun
pembangunan tentang ‘gated community’ tidak lagi diperkembangkan dengan
baik. Risalah tentang ‘gated community’ juga perlu direka bentuk dengan
corak yang lebih menarik dengan menonjolkan konsep ‘gated community’
selain dapat menjelaskan tentang perumahan ‘gated community’ agar istilah
yang digunakan tidak menjadi satu istilah yang tidak pernah didengari.

115
COPYRIGHT © UiTM
Selain media cetak, media elektronik juga memainkan peranan yang penting
di dalam mempromosikan ‘gated community’. Pengiklanan melalui media
elektrik adalah lebih berkesan kerana orang awam lebih gemar menggunakan
atau melihat media elektronik seperti radio dan televisyen. Pengiklanan
perumahan berkenaan dengan ‘gated community’ melalui pengiklanan dari
radio dan televisyen dapat membantu meningkatkan pemahaman masyarakat
tentang perumahan ‘gated community’.

Penggunaan papan iklan ‘gated community’ yang diletakkan di jalan-jalan


utama di sekitar pusat bandaraya dan berhampiran dengan kawasan
pembangunan ‘gated community’ juga dapat membantu meningkatkan
pemahaman masyarakat.

Peranan media di dalam mempromosikan pembangunan perumahan konsep


‘gated community’ adalah sangat digalakkan kerana media dapat merupakan
alat sebaran yang paling berkesan di dalam memberikan maklumat kepada
orang awam.

Foto 5.1 : Cadangan Iklan Tentang Perumahan


Konsep ‘Gated Community’
Dipertingkatkan Melalui Promosi dan
Media Massa

Sumber: The Star, 16 Ogos 2004

116
COPYRIGHT © UiTM
(ii) Pameran

Satu pameran khas tentang perumahan konsep ‘gated community’ boleh


dijalankan bagi memberikan maklumat kepada masyarakat. Pameran boleh
di adakan di pusat-pusat membeli-belah yang utama yang menjadi tumpuan.
Walaupun sememangnya terdapat pameran hartanah, namun perumahan
‘gated community’ masih kurang lagi. Pameran juga boleh dibuat di
universiti-universiti tempatan terutamanya kepada pelajar-pelajar yang terlibat
di dalam kursus-kursus perumahan ataupun pembinaan. Pemahaman
masyarakat boleh dipupuk dari peringkat awal lagi. Oleh itu, pameran yang
dibuat di kalangan pelajar pusat pengajian tinggi dapat dipertingkatkan lagi.

Foto 5.2 : Cadangan Pameran ‘Gated


Community’ Boleh Dibuat di Pusat-
Pusat Membeli-belah

Sumber: The Star, 16 Ogos 2004

(iii) Sistem Multimedia Komunikasi

Promosi melalui sistem multimedia komunikasi tentang perumahan ‘gated


community’ boleh dijalankan contohnya melalui internet. Promosi melalui
teknologi baru ini juga dapat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang
perumahan ‘gated community’. Malah maklumat mengenai ‘gated
community’ lebih mudah didapati melalui internet. Maklumat tentang ‘gated
community’ yang lebih mudah didapati daripada internet juga dapat
digunakan pelajar atau pun orang awam yang secara tidak langsung dapat
menggalakkan pembangunan perumahan ‘gated community’ ini.

117
COPYRIGHT © UiTM
5.5 Cadangan Dari Aspek Fizikal Konsep ‘Gated Community’

Terdapat beberapa cadangan yang mengambilkira aspek fizikal di kawasan kajian.


Cadangan ini mungkin telah pun disediakan di kawasan perumahan ‘gated
community’ lain yang lebih lengkap dengan gaya hidup eksklusif. Walau
bagaimanapun, cadangan-cadangan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat
memenuhi permintaan yang telah dikongsi bersama responden semasa kajian
dijalankan. Antara cadangan yang dikemukakan adalah;

5.5.1 Menyediakan Ruang Tempat Letak Kenderaan yang Khas untuk Pelawat

Di kawasan kajian, tiada ruang tempat letak kereta yang khas yang disediakan untuk
pelawat. Ruang meletak kenderaan yang terhad menyebabkan banyak kenderaan di
letakkan di tepi-tepi jalan menyebabkan keselamatan ke atas kenderaan adalah tidak
terjamin. Satu ruang khas perlu disediakan di kawasan perumahan ini untuk tujuan
tempat meletak kenderaan khasnya untuk pelawat yang datang.

Foto 5.3: Kereta Di letakkan Di Tepi Jalan Foto 5.4: Cadangan Ruang Letak
di Kawasan Kajian Kenderaan untuk Pelawat

Cadangan ruang tempat letak kenderaan yang dibuat adalah berdasarkan daripada
cadangan pemilik ‘gated community’ ini di mana mereka sediri mahukan penyediaan
terhadap kemudahan tempat letak kenderaan ke atas pelawat yang datang rumah
mereka.

118
COPYRIGHT © UiTM
5.5.2 Menyediakan ‘Club house’ di Kawasan Kajian

Di kawasan kajian, tidak lagi disediakan ‘club house’ atau tempat khas yang boleh
dikunjungi oleh penghuni ‘gated community’ untuk berkumpul dan bermesra di
kalangan penduduknya. ‘Club house’ boleh digunakan oleh penghuni ‘gated
community’ di sini untuk mengadakan majlis atau sebarang aktiviti kemasyarakatan
di dalam perumahan ini di samping dapat merapatkan hubungan silaturrahim di
kalangan masyarakat di sini. Melalui penyediaan ‘club house’ juga, segala
pengurusan dan penyelenggaraan tentang kawasan kajian boleh dirujuk di ‘club
house’ yang disediakan untuk tujuan pihak pengurusan memberi perkhidmatannya
kepada penghuni ‘gated community’ Desa Andaman ini.

Penyediaan ‘club house’ ini dicadangkan adalah bagi menggalakkan interaksi


kejiranan di kawasan kajian memandangkan pemilik perumahan konsep ‘gated
community’ tidak mempunyai masa untuk aktiviti kejiranan yang menyebabkan sifat
keterasingan dan keindividuan semakin meningkat. Maka, satu pusat tumpuan di
dalam perumahan ‘gated community’ dicadangkan bagi meningkatkan kerjasama
dan kemesraan di kalangan jiran dan tidak mengikut arus perbandaran yang lebih
bersifat keindividuan.

Foto 5.5 : Penyediaan ‘Club House’ bagi Tujuan


Aktiviti Kejiranan

119
COPYRIGHT © UiTM
5.6 Cadangan Dari Aspek Penyelenggaraan dan Kawalan
Keselamatan

Cadangan dari aspek penyelenggaraan dan kawalan keselamatan yang dicadangkan


adalah dalam konteks kawasan kajian sahaja. Cadangan ini mungkin telah pun
disediakan di kawasan perumahan ‘gated community’ lain yang lebih lengkap
dengan gaya hidup eksklusif. Antara cadangan yang telah dicadangkan dari aspek
penyelenggaraan dan kawalan keselamatan di kawasan kajian iaitu;

5.6.1 Penggunaan Kad Keluar-Masuk dan Pelekat Kenderaan

Penggunaan kad keluar-masuk dan pelekat kenderaan masih belum lagi digunapakai
di kawasan kajian. Oleh itu, pemilik ‘gated community’ di Desa Andaman masih
perlu melalui pondok kawalan keselamatan dan kadang kalanya melambatkan lagi
urusan pemilik ‘gated community’ ini.

Melalui penyediaan kad keluar masuk bercip dan pelekat kenderaan, pengawal
keselamatan dapat mengenali dan membezakan di antara pemilik dan juga pelawat
di Desa Andaman berbanding cara yang digunakan pada masa kini. Maka pengawal
keselamatan hanya perlu menumpukan perhatian kepada pelawat yang datang ke
kawasan perumahan ini sahaja. Penggunaan kad keluar-masuk khas untuk pemilik
‘gated community’ ini juga merupakan cadangan yang diberikan oleh responden
ketika kajian temubual dijalankan. Oleh itu, jelaslah bahawa cadangan ini dapat
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik rumah di kawasan
kajian.

Foto 5.6: Penggunaan Kad Bercip Foto 5.7: Memudahkan Urusan


untuk Keluar Masuk ke Keluar Masuk Kepada
Kawasan Perumahan Penghuni ‘Gated Community’

120
COPYRIGHT © UiTM
5.6.2 Pemilihan Pengawal Keselamatan

Kajian yang dijalankan mendapati pengawal keselamatan yang menjaga dan


mengawal kawasan sekitar perumahan ‘gated community’ di Desa Andaman ini
terdiri daripada pengawal yang telah berusia. Malah di kalangan penduduk sendiri
mencadangkan bahawa pengawal keselamatan yang lebih muda dan terlatih serta
boleh menjamin keselamatan penduduk dilantik.

Selain itu, pengawal keselamatan yang lebih berpengalaman antaranya pesara


tentera atau polis yang masih boleh membuat kerja-kerja mengawal dan sihat tubuh
badan boleh dilantik sebagai pengawal keselamatan di kawasan kajian
memandangkan pemilik sendiri tidak yakin akan pemilihan pengawal keselamatan
yang telah dibuat. Pengawal keselamatan yang jujur dan amanah juga diharap
dapat menjamin keselamatan pemilik ‘gated community’ malah menjamin
keselamatan harta benda mereka.

5.6.3 Penyelenggaraan Terhadap Kawasan Landskap dan Kebersihan

Penyelenggaraan terhadap landskap dan kebersihan di kawasan kajian perlu


dilakukan secara sistematik bagi menjamin persekitaran ‘gated community’ lebih
bersih dan terjamin. Antara aktiviti penyelenggaraan yang perlu dilakukan adalah
seperti kutipan sampah secara sistematik, pemotongan rumput dan pokok dan
penyelenggaraan kawasan rekreasi di sekitar perumahan ‘gated community’. Pihak
pengurusan perlulah menjalankan penyelenggaraan mengikut jadual bagi menjamin
persekitaran di kawasan ‘gated community’ lebih bersih dan sihat.

Foto 5.8: Penyelenggaraan dari Aspek Kebersihan juga Penting di


dalam Menjamin Persekitaran yang Bersih

121
COPYRIGHT © UiTM
5.7 Rumusan

Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah berdasarkan daripada beberapa


masalah yang dikenalpasti di kawasan kajian melalui kajiselidik yang telah
dijalankan. Sehubungan dengan itu juga, berdasarkan kepada cadangan ini diharap
dapat membentuk sebuah kawasan perumahan ‘gated community’ yang dapat
menjadi alternatif kepada pilihan perumahan gaya hidup masyarakat masa kini.
Cadangan yang dikemukakan juga diharap dapat menambah pemahaman dan
maklumat kepada masyarakat tentang pembangunan perumahan ‘gated community’
yang menjadi pilihan kepada masyarakat yang mahukan gaya hidup yang lebih
privasi, selamat dan persekitaran sihat.

Cadangan yang diperoleh hasil daripada kajian yang dijalankan ini diharap dapat
menambahkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang perumahan
konsep ‘gated community’ di samping dapat meningkatkan pembangunan
perumahan ‘gated community’ di kalangan masyarakat.

122
COPYRIGHT © UiTM
BAB ENAM

PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian yang dijalankan ini


adalah bertujuan untuk meninjau setakat mana penerimaan masyarakat terhadap
konsep perumahan ‘gated community’ dan juga perbezaan sebenar pengalaman
pemilik dan bukan pemilik ‘gated community’. Kajian yang dijalankan terhadap
pemilik dan bukan pemilik ‘gated community’ ini di harap dapat membantu kepada
mencungkil persepsi dan pemahaman masyarakat tentang perumahan konsep
‘gated community’.

Konsep ‘gated community’ yang semakin diminati ini merupakan pembangunan


kediaman yang berpagar atau bertembok di mana ianya menyekat laluan awam,
merupakan satu pilihan cara hidup, identiti dan status serta lebih penting, ianya
adalah bagi memberi tindak balas terhadap kadar jenayah di kawasan perbandaran
yang semakin meningkat. Pelbagai aspek telah disentuh seperti sejarah ‘gated
community’, pengalaman negara-negara luar, malahan aspek kepenggunaan atau
ciri psikologi juga diambil kira memandangkan ciri-ciri pembeli dikaji secara terperinci
bagi menilai perspektif pembeli dan pengetahuan mereka tentang konsep ini yang
menjadikannya sebagai pilihan perumahan gaya hidup. Pernyataan masalah yang
dihadapi diterangkan agar gambaran awal tentang kajian yang akan dijalankan.
Selain daripada mengkaji dan mencungkil perspektif pemilik dan bukan pemilik
‘gated community’, kajian tentang fizikal perumahan konsep ‘gated community’ juga
diambilkira.

Kajian yang dijalankan bagi meninjau perspektif dan penerimaan masyarakat


terhadap pembangunan perumahan konsep ‘gated community’ yang menawarkan
gaya hidup yang berbeza dengan perumahan sedia ada. Kajian ini juga dapat
melihat perbezaan sebenar tentang gaya hidup di dalam perumahan konsep ‘gated
community’ berbanding dengan bukan pemiliknya. Maka satu rumusan tentang

123
COPYRIGHT © UiTM
persepsi dan pemahaman tentang perumahan konsep ‘gated community’ dapat
dibuat bagi menggalakkan permintaan terhadap perumahan jenis ini di masa akan
datang.

Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam perumahan berkonsepkan ‘gated


community’ di Desa Andaman, Wangsa Maju, kawasan kajian ini adalah menepati
keperluan kajian yang akan dijalankan. Selain itu, mempunyai kawalan
keselamatan keselamatan yang baik, kawasan kajian juga dilengkapi dengan
kemudahan rekreasi yang baik seperti padang, gelanggang badminton dan taman
permainan kanak-kanak. Persekitaran di dalam kawasan kajian adalah lebih baik
berbanding di kawasan perumahan normal yang lain. Ini adalah kerana di dalam
perumahan ini, lalulintas adalah tidak sesak dan kanak-kanak dapat bermain tanpa
perasaan takut terhadap kenderaan yang lalu-lalang.

Perumahan ‘gated community’ boleh mencapai sehingga jutaan Ringgit Malaysia


bagi sesebuah rumah dan ianya bergantung kepada jenis rumah itu sendiri iaitu
seperti perumahan teres, rumah berkembar dan juga rumah sesebuah. Kawasan
kajian merupakan sebuah perumahan teres berkonsepkan ‘gated community’ yang
dijual pada harga RM 350 ribu hingga RM 450 ribu. Walaupun begitu, Desa
Andaman masih boleh dijadikan sebagai kawasan kajian memandangkan ianya
tidaklah dihuni oleh golongan elit yang terdiri daripada golongan berpangkat besar.
Maka, kajian dapat dijalankan di perumahan Desa Andaman kerana penduduknya
lebih mudah didekati dan memberi kerjasama berbanding golongan yang lebih elit.
Melalui faktor-faktor yang disebutkan terlebih dahulu, maka kawasan perumahan
Desa Andaman sesuai untuk dijadikan kawasan kajian bagi kajian ‘gated community’
sebagai pilihan perumahan gaya hidup.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, menunjukkan pemahaman dan perspektif


daripada responden mempunyai persamaan dan juga perbezaan pendapat terhadap
pembangunan perumahan konsep ‘gated community’. Faktor-faktor ini adalah
secara tidak langsung berkait rapat dengan latar belakang responden itu sendiri.
Perumahan ‘gated community’ banyak dipengaruhi oleh gaya hidup yang lebih
eksklusif dan diminati oleh golongan kelas atasan dan kelas pertengahan kerana
faktor kemampuan dan pekerjaan. Konsep perumahan ‘gated community’
memerlukan pemahaman daripada pelbagai peringkat masyarakat. Ini dapat

124
COPYRIGHT © UiTM
meningkatkan permintaan terhadap perumahan ini pada mas hadapan. Hasil
daripada penemuan dan kajiselidik yang telah dijalankan, satu cadangan akan
dibentuk bagi menghasilkan sebuah perumahan konsep ‘gated community’ yang
terancang yang boleh menjadi alternatif kepada pembeli rumah yang mahukan satu
gaya hidup yang berbeza.

Sehubungan dengan itu juga, berdasarkan kepada cadangan ini diharap dapat
membentuk sebuah kawasan perumahan ‘gated community’ yang dapat menjadi
alternatif kepada pilihan perumahan gaya hidup masyarakat masa kini. Cadangan
yang dikemukakan juga diharap dapat menambah pemahaman dan maklumat
kepada masyarakat tentang pembangunan perumahan ‘gated community’ yang
menjadi pilhan kepada masyarakat yang mahukan gaya hidup yang lebih privasi,
selamat dan persekitaran sihat. Maka, kajian yang dijalankan ini juga diharap akan
memenuhi keperluan semua. Pihak yang terbabit haruslah memainkan peranan
masing-masing untuk memastikan perumahan konsep ‘gated community’ dapat
memenuhi kehendak dan keselesaan masyarakat setempat.

Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji telah pun dapat mencapai tujuan dan
objektif kajian iaitu bagi mengkaji konsep ‘gated community’ sebagai pilihan
perumahan gaya hidup yang berkualiti dan selamat agar kehidupan masyarakat lebih
terjamin dan sempurna. Ini adalah kerana melalui kajian teoritikal, gambaran dan
semua maklumat berkaitan perumahan konsep ‘gated community’ telah disusun dan
diolah agar penerangan tentang perumahan ini dapat diperjelaskan. Kajian kes yang
dipilih juga adalah bersesuaian dengan kajian yang dijalankan kerana ianya
melibatkan kepada penduduk. Penduduk yang memberi kerjasama kepada
responden dapat melancarkan lagi kajian yang akan dijalankan. Hasil penemuan
daripada analisa pemilik dan bukan pemilik ‘gated community’ dapat diperolehi dan
pembentukkan cadangan dibuat agar dapat menambahkan pengetahuan dan
pemahaman masyarakat tentang perumahan konsep ‘gated community’ disamping
dapat meningkatkan pembangunan perumahan ‘gated community’ di kalangan
masyarakat.

125
COPYRIGHT © UiTM
BIBLIOGRAFI

Agus, Mohd Razali dan Sidin, Fashbir Noor (2000). Perbandaran dan Perancangan
Persekitaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Atkinson, Rowland dan Flint, John (2003). Fortress UK? Gated Communities: The
Spatial Revolt of the Elites and Time Space Trajectories of Segregation.
Glasgow. University of Glasgow.

Bahari, Azimmuddin (2003). Overview of Community Titles-The Development of


Community Scheme in Malaysia. Seminar Skim Gated Community. 15
September 2003.

Bahari, Azimmuddin (2005). Regulatory and Practical Aspect of Gated Community


Projects. Seminar on Gated Community Projects: Regulatory and
Contractual Issues. 28 Julai 2005.

Bali, Fuad dan Vander, John (1970). Urban Sociology-Contemporary Readings, The
Way of Life Nels Anderson. New York. Appleton-Century-Crofts.

Belch, George dan Belch, Micheal (2004). Promotion and advertisement. New York.
McGraw-Hill Book Company.

Bell, William (1958). Social Choice, Life Styles and suburban Residence. New York.
Dobriner.

Blakely, Edward dan Snyder, Micheal (1999). Fortress America: Gated communities
in the United States. Washington. The Brookings Institution.

Burgess (1925). The Growth of the City: An Introduction to a Research Project.


Chicago. Publications of the American sociology Society.

Garis Panduan Perancangan ke atas Pembangunan ‘Gated Community’:


Pengalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Jabatan
Perancangan dan Kawalan Bangunan.

Gurjit Singh, Up Close and Personal with Gated and Guarded Communities, New
Straits Times, 30th July 2005.

Howard, Edward (1902). Garden Cities of Tomorrow. London. Swan Sonnenschein.

COPYRIGHT © UiTM
John, Ford (1913). Ancient Town Planning. Oxford. The Clarendon Press.

Johnson, Robert (1971). Urban Residential Patterns. London. G. Bell and Sons Ltd.

Kong, Edmund (2006). The Feasibility of the Gated Community in Malaysia. The
Malaysian Annual Real Estate Convention 2006. 11-12 Mac 2006.

Kostof, Spiro (1999). The City Assembled-The Element of Urban Form Through
History. London. Thames and Hudson Ltd.

Lang, Robert (1997). Gated Communities in America: Walling Out of the World?.
Housing Policy Debate. Washington. Fannie Mae Foundation.

Lim Lay Ying, Walls of Exclusivity. New Straits Times, 10th July 2004.

Nawang, Adnan (1997). Kuala Lumpur dari Perspektif Haji Abdullah Hukum. Kuala
Lumpur. Berita Publishing.

Peterson, John (2003). The Birth of City Planning in the United States 1840-1917.
New York. The Johns Hopkins University Press.

Rostam, Katiman (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Sufian, Azlinor (2005). A Legal Perspectives on Gated Communities in Malaysia. 8th


International Conference of the Asian Planning Schools Association. 11-14
September 2005.

Tan, Bernard (2003). Gated Community-The Concept and Vision. Seminar Skim
Gated Community. 15 September 2003.

Toh Swee Eng (2003). Gated Community Titles: Land Surveyor’s Perspectives,
Seminar Skim Gated Community. 15 September 2003.

Wirth, Lewis (1938). Urbanism as a Way of Life. New York. American Journal of
Sociology. 44, 1-24.

Yong Yung Choi (2005). Legal Issues of Gated Community Projects: Default of
Parties, Exclusion of Liability and Right to Common Property. Seminar on
Gated Community Projects: Regulatory and Contractual Issues. 28 Julai
2005.

COPYRIGHT © UiTM
SUMBER INTERNET

Blandy, Sarah dan Lister Diane (20 November 2003). Using the Law to Set
Boundries. Diakses pada 15 Disember 2005.
http://www.gated.uk/13.00(2)Blandy&Lister-12%20Nov

Landman (2001). Diakses pada 15 Disember 2005.


http://www.iss.org.za/Pubs/ASR/11No4/Landman.html

http://www.gatedcomsa.co.za/Conference/presentations/Session%201/billard_d_mad
ore_%20f.pdf#search='GATED%20COMMUNITY%20IN%20PERTH%20AUS
TRALIA'. Diakses pada 24 Januari 2006

Azlinor (2005). Diakses pada 15 Disember 2005.


http://www.apsa2005.net/FullPapers/PdfFormat/Full%20Paper%20(AH)/Azlinor%20S
ufian.pdf#search='AZLINOR'

http://www.rickmansworthherts.freeserve.co.uk/howard1.htm. Diakses pada 27


Febuari 2006.

http://www.hba.org.my/. Diakses pada 27 Febuari 2006.

COPYRIGHT © UiTM
No. Siri:

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR


JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR

SOAL SELIDIK KAJIAN GATED COMMUNITY


SEBAGAI PILIHAN PERUMAHAN GAYAHIDUP.

Maklumat ini adalah untuk memenuhi keperluan akademik sahaja

LAMPIRAN A Soal selidik bagi


Pemilik Gated Community
Arahan: Tandakan √ pada pernyataan yang berkenaan. 5. Status Perkahwinan:
a. Bujang
b. Berkahwin
LATAR BELAKANG
c. Janda
d. Duda

1. Nama : __________________________________
6. Taraf Pendidikan anda:
2. Umur : ______________ tahun
a. Ijazah
b. Sijil/Diploma
3. Bangsa:
c. SPVM/SPM (V)/MCVE
a. Melayu
d. STPM/HSC/STA4/Thanawi/GCE A Level
b. Cina
e. SPM/MCE/SC/GCE O LEVEL
c. India
f. PMR/SRP/LCE
d. Lain-lain

7. Pekerjaan anda:
4. Agama:
a. Profesional, Teknik dan yang berkaitan
a. Islam
b. Pekerja Pentadbiran dan Pengurusan
b. Kristian
c. Pekerja Perkeranian dan yang berkaitan
c. Buddha
d. Pekerja Jualan
d. Hindu
e. Pekerja Perkhidmatan
e. Lain-lain
f. Pekerja Pertanian, Penternakan, Perhutanan
g. Pekerja Pengeluaran dan yang berkaitan,
Operator Peralatan, Pengangkutan dan Buruh
- Pekerja Mahir, Separa Mahir dan Pekerja Am
8. Pekerjaan isteri anda: 12. Bilangan anak : _________________orang
a. Profesional, Teknik dan yang berkaitan a. Lelaki : ______________orang
b. Pekerja Pentadbiran dan Pengurusan b. Perempuan : ________________orang
c. Pekerja Perkeranian dan yang berkaitan
PEMILIKAN KENDERAAN
d. Pekerja Jualan
e. Pekerja Perkhidmatan
f. Pekerja Pertanian, Penternakan, Perhutanan 13. Jenis kenderaan dan bilangan
g. Pekerja Pengeluaran dan yang berkaitan, a. Kereta : ____________________ buah
Operator Peralatan, Pengangkutan dan Buruh b. Van : ______________________ buah
- Pekerja Mahir, Separa Mahir dan Pekerja Am c. Motorsikal : _________________ buah

9. Bilangan Penghuni di dalam kediaman KEDIAMAN


_____________________orang
14. Apakah jenis kediaman yang anda duduki pada masa kini?
10. Bilangan Penghuni Bekerja a. Banglo
_____________________orang b. Rumah Berkembar
c. Rumah Teres
11. Pendapatan d. Kondominium
e. Pangsa
Pendapatan
Anda Isteri Lain-lain 15. Taraf Pemilikan rumah
RM RM RM a. Hak milik persendirian
b. Sewa
c. Pajakan
20. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan anda memilih konsep
KONSEP GATED COMMUNITY
Gated Community (Desa Andaman) sebagai kawasan kediaman?

Sangat
16. Berapa lamakah anda tinggal di Desa Andaman? Sangat Setuju Tidak Tidak Tidak
Setuju Pasti Setuju Setuju
__________________ tahun
i. Persekitaran yang
lebih selesa dan
17. Pernahkah anda tinggal di tempat lain? aman
Ya/Tidak
Nyatakan :________________________________________ ii. Ingin mencuba
konsep kediaman
_________________________________________________ yang lain
_________________________________________________
iii. Keadaan
persekitaran yang
18. Mengapakah anda berpindah dari tempat lama ke perumahan lebih privasi
berkonsepkan ‘Gated Community’?
__________________________________________________ iv. Sesuai dengan
gaya hidup dan
__________________________________________________ kemampuan
__________________________________________________
v. Reka bentuk rumah
yang menarik dan
19. Bagaimanakah anda mendapat maklumat tentang ‘gated
landskap yang indah
community’ ini?
a. Media massa vi. Kawalan keselamatan
yang ketat menjamin
b. Promosi
keselamatan penduduk
c. Kenalan
d. Lain-lain(Nyatakan)_____________ vii. Lokasi kediaman
yang strategik
Sangat
Sangat Setuju Tidak Tidak Tidak
Setuju Pasti Setuju Setuju

viii. Tertarik dengan 22. Adakah anda bercadang untuk berpindah dari perumahan ini?
promosi dan
Ya/Tidak
risalah yang dibuat
oleh pemaju Nyatakan:__________________________________________
__________________________________________________
xi. Tidak ingin __________________________________________________
melepaskan peluang
dan menjadi pelaburan
masa hadapan 23. Apakah cadangan bagi menambah baikkan konsep perumahan
ini?
x. Kawasan kediaman
berhampiran dengan
__________________________________________________
tempat bekerja
__________________________________________________
__________________________________________________
21. Adakah anda berpuas hati tinggal di kediaman berkonsepkan
‘Gated Community’ ini?
Ya/Tidak
Nyatakan :________________________________________ Terima Kasih
_________________________________________________
_________________________________________________
No. Siri:

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR


JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM, SELANGOR

SOAL SELIDIK KAJIAN GATED COMMUNITY


SEBAGAI PILIHAN PERUMAHAN GAYAHIDUP.

Maklumat ini adalah untuk memenuhi keperluan akademik sahaja

LAMPIRAN B Soal selidik bagi Bukan


Pemilik Gated Community
Arahan: Tandakan √ pada pernyataan yang berkenaan. 5. Status Perkahwinan:
a. Bujang
b. Berkahwin
LATAR BELAKANG
c. Janda
d. Duda

1. Nama : __________________________________
6. Taraf Pendidikan anda:
2. Umur : ______________ tahun
a. Ijazah
b. Sijil/Diploma
3. Bangsa:
c. SPVM/SPM (V)/MCVE
a. Melayu
d. STPM/HSC/STA4/Thanawi/GCE A Level
b. Cina
e. SPM/MCE/SC/GCE O LEVEL
c. India
f. PMR/SRP/LCE
d. Lain-lain

7. Pekerjaan anda:
4. Agama:
a. Profesional, Teknik dan yang berkaitan
a. Islam
b. Pekerja Pentadbiran dan Pengurusan
b. Kristian
c. Pekerja Perkeranian dan yang berkaitan
c. Buddha
d. Pekerja Jualan
d. Hindu
e. Pekerja Perkhidmatan
e. Lain-lain
f. Pekerja Pertanian, Penternakan, Perhutanan
g. Pekerja Pengeluaran dan yang berkaitan,
Operator Peralatan, Pengangkutan dan Buruh
- Pekerja Mahir, Separa Mahir dan Pekerja Am
8. Pekerjaan isteri anda: 12. Bilangan anak : _________________orang
a. Profesional, Teknik dan yang berkaitan a. Lelaki : ______________orang
b. Pekerja Pentadbiran dan Pengurusan b. Perempuan : ________________orang
c. Pekerja Perkeranian dan yang berkaitan
PEMILIKAN KENDERAAN
d. Pekerja Jualan
e. Pekerja Perkhidmatan
f. Pekerja Pertanian, Penternakan, Perhutanan 13. Jenis kenderaan dan bilangan
g. Pekerja Pengeluaran dan yang berkaitan, a. Kereta : ____________________ buah
Operator Peralatan, Pengangkutan dan Buruh b. Van : ______________________ buah
- Pekerja Mahir, Separa Mahir dan Pekerja Am c. Motorsikal : _________________ buah

9. Bilangan Penghuni di dalam kediaman KEDIAMAN


_____________________orang
14. Apakah jenis kediaman yang anda duduki pada masa kini?
10. Bilangan Penghuni Bekerja a. Banglo
_____________________orang b. Rumah Berkembar
c. Rumah Teres
11. Pendapatan d. Kondominium
e. Pangsa
Pendapatan
Anda Isteri Lain-lain 15. Taraf Pemilikan rumah
RM RM RM a. Hak milik persendirian
b. Sewa
c. Pajakan
18. Sekiranya diberikan peluang untuk memilih, adakah anda
KONSEP GATED COMMUNITY
memilih untuk tinggal di perumahan berkonsepkan ‘gated
community’?
__________________________________________________
16. Adakah anda mengetahui tentang konsep dan jenis perumahan __________________________________________________
ini? (Tandakan √ ) __________________________________________________
i. Rumah sesebuah/banglo
ii. Rumah berkembar 19. Bagaimanakah anda mendapat maklumat tentang ‘gated
iii. Rumah teres community’ ini?
iv. Rumah pangsa a. Media massa
v. Kondominium b. Promosi
vi. Rumah bandar c. Kenalan
vii. Gated Community d. Lain-lain(Nyatakan)_____________

17. Pada pendapat anda, apakah maksud bagi istilah ‘gated 20. Pada pendapat anda, apakah cadangan bagi menambah baikkan
community’? (Mengikut pemahaman anda) konsep perumahan ini?
_________________________________________________
_________________________________________________ __________________________________________________
_________________________________________________ __________________________________________________
__________________________________________________

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai