Anda di halaman 1dari 14

BAB 9

ETIKA DALAM KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan definisi etika dalam komunikasi antarabudaya.
2. Menjelaskan prinsip etika relativisme dan universalisme.
3. Menjelaskan konsep etika.
4. Menjelaskan garis panduan dalam etika komunikasi
antarabudaya.
5. Menjelaskan aplikasi etika dalam pelbagai budaya.
6. Menjelaskan kepentingan etika.

9.1 PENGENALAN

Pengetahuan tentang budaya sendiri dengan budaya orang lain amat


penting dalam meneruskan proses komunikasi dengan masyarakat tidak
kira masyarakat yang mempunyai persamaan atau perbezaan budaya.
Budaya bermaksud gaya atau cara hidup atau sesuatu yang merupakan
kebiasaan dalam masyarakat. Budaya dapat mencerminkan siapa diri dan
asal usul kita. Setiap budaya semestinya ada perbezaan dan persamaan
diantara satu sama lain.

Komunikasi antarabudaya pula adalah proses interaksi antara orang yang


mempunyai persepsi kebudayaan dan sistem simbol yang cukup jelas
tentang sejarah budaya orang lain (Samovar, Porter, & McDaniel, 2007).
Dapat dilihat di sini bahawa komunikasi antara budaya penting dalam
memahami budaya seseorang berdasarkan simbol-simbol dan peraturan
yang tertentu.

Bagi melancarkan proses komunikasi tidak kira ia berkaitan dengan


budaya ataupun berbentuk peribadi, etika amat diperlukan. Setiap
individu perlu memahami etika dalam berkomunikasi supaya proses
komunikasi lebih teratur dan berkesan. Kekeliruan dan konflik juga
jarang berlaku berdasarkan pemaham etika ini.

127
9.2 DEFINISI ETIKA

Menurut Johannesen (seperti dipetik dalam Samovar, Porter &


McDaniel, 2007), etika ialah sesuatu persoalan untuk memahami apa
yang dapat membentuk kehidupan yang baik dan sesuatu urusan untuk
mencapai kehidupan yang lebih sempurna. Secara lebih khusus, etika
adalah penerimaan piawaian dalam bentuk peribadi atau kebajikan sosial
yang dipercayai sebagai benar, apa yang dirasai sebagai betul dan sesuai
dengan kepercayaan agama dan peraturan (Rensik, 1998). Etika juga
boleh ditakrifkan sebagai prinsip yang membantu mengawal perlakuan
individu dan kumpulan dimana prinsip berkenaan datang dari konsensus
komuniti terhadap apa yang dikatakan perlakuan baik dan buruk (Martin
& Nakayama, 2004).

Etika, komunikasi dan budaya mempunyai hubungan yang saling


berkaitan. Saling kaitan ini wujud kerana menurut Casmir (1997), setiap
individu yang berada dalam sesebuah budaya atau komuniti secara tidak
langsung akan mempunyai ‘persetujuan tanpa bertulis’ (tacit agreements)
tentang apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan. Persetujuan
berkenaan akan membentuk nilai-nilai yang dipegang dalam sesebuah
budaya dan seterusnya membentuk etika dalam masyarakat berkenaan
(Casmir, 1997). Budaya yang berbeza mempunyai etika yang berbeza.
Justeru, semakin berbeza etika yang dipersetujui secara umum dalam
proses komunikasi antarabudaya, semakin penting untuk kita membina
etika antarabudaya yang dapat memberikan faedah bersama bagi
membolehkan kita berkomunikasi dengan berkesan.

Etika antarabudaya memberi panduan kepada manusia supaya


mengambil berat dalam kekuatan berkomunikasi, menghormati setiap
individu, mencari kesamarataan semua orang dan mengenalpasti
kesahihan di kalangan individu yang sanggup memikul tanggungjawab
atas kelakuan diri dan lebih bermotivasi. Etika merupakan penilaian yang
berfokus kepada darjah penilaian sama ada betul atau salah, kebaikan
atau keburukan dan kewajipan sifat kemanusian. Etika digunakan sebagai
alat yang dapat membuat atau membantu kita dalam membuat keputusan
kehidupan seharian. Pembuatan keputusan akan menjadi keliru apabila
terdapatnya pertembungan nilai-nilai antara etika. Eika juga melibatkan
perdebatan antara betul atau salah terhadap sesuatu pernyataan. Etika
berasas daripada perkataan Greek iaitu ‘ ethikos’ yang mempunyai maksud
yang selari dengan ‘ethos’ yang membawa maksud kelakuan dan secara
tidak langsung juga dikaitkan dengan adat sosial, kebiasaan. Moralis
bermaksud satu yang berkaitan dengan mores dalam Latin iaitu sikap
kelakuan, adat dan kebiasaan.

128
Secara kasarnya kedua-dua etika dan moral memberi maksud yang sama
kerana mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Kedua-duanya akan
membantu untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan seperti
“bagaimana seseorang menjalani kehidupan sehariannya?” atau
“bagaimana seseorang itu patut melakukan sesuatu perkara?”. Bermula
dari pertengahan abad ini, terdapat keinginan untuk membezakan etika
dari morality. Moraliti tertakluk kepada skop teori etika moden seperti
‘utilitariansm’ dan ‘deontology’ yang tidak sahaja menerap peraturan yang
berbeza dalam sistem koheren, tetapi juga membina peraturan universal
tertentu yang boleh digunakan oleh semua masyarakat. Ia berkait rapat
dengan penekanan kewajipan atau pelaksanaan, satu permintaan tegas
untuk tanggungjawab dan sebahagian tumpuan untuk kebaikan maya.
Manakala, etika juga digunakan untuk merangkumi, sebagai tambahan,
pendekatan Aristotle dalam menekankan farmasi kebaikan dalaman
berbanding kepada perlakuan dan ia adalah berhubung kait dengan
perasaan berbanding dengan kewajipan atau paksaan. Nilai kebaikannya
masih dipergunakan sehingga hari ini.

9.3 PRINSIP ETIKA RELATIVISM DAN UNIVERSALISM

Terdapat dua prinsip penting dalam etika komunikasi antarabudaya iaitu


relativism dan universalism (Samovar & Porter, 2004). Kedua-dua
prinsip ini mempunyai ciri yang berbeza antaranya adalah keputusan
dalam menentukan etika dalam sesebuah masyarakat.

Etika relativism merujuk kepada setiap budaya menentukan perkara yang


betul dan salah dalam budaya mereka. Hal ini kerana perbezaan
kumpulan budaya mempunyai nilai dan norma yang berbeza. Perbezaan
budaya menyebabkan kita membuat keputusan yang berbeza terhadap
satu subjek yang sama kerana tidak terdapat kaedah yang munasabah dan
tegas dapat dibuat dalam mengatasi antara konflik itu. Hal ini kerana
tidak terdapat objektif etika yang benar.

Prinsip moral secara umumnya bukan berkesan dan boleh dilakukan


tetapi hanya boleh mengikut adat yang ada pada masyarkat kini. Selain
itu, individu mungkin mempunyai kumpulan yang berlainan seperti
keluarga, komuniti, parti politik atau negara, kesemua ini akan
mewujudkan konflik yang melanggar dengan prinsip. Misalnya, “you have
your way and I have mine” terbukti kepada kita adalah tidak mungkin
kepada orang yang dari budaya berbeza untuk bekerjasama dalam
mengatasi masalah yang dihadapi.

Etika Universalism bemaksud mendirikan pendirian tanpa menghiraukan


konteks atau budaya, terdapat etika tentu dan umum yang kita boleh
gunakan dalam semua budaya. Ketika dalam pembelajaran perbezaan

129
amalan dan kepercayaan, namun ia masih memiliki nilai, moral dan
keunikan tersendiri dan ini merupakan cara memesong keluar dan masuk
daripada budaya. Dengan khususnya ini adalah satu pernyataan yang
prinsip etika ini dipegang oleh semua orang dan bukan kepada
sesetengah orang. Kant iaitu ahli falsafah German percaya dengan
bertindak dengan etika yang betul, setiap orang mampu menguasai
perkataan dan tindakan untuk hukum universal, iaitu semua orang
menuruti suatu garis panduan yang sama iaitu hukum universal. Ini
adalah jelas dengan dikatakan bahawa etika adalah rumit dan sulit.

Contohnya setiap budaya dan agama menyuruh dan mewajibkan


penganut dan pengikutnya membuat kebaikan dan memberikan
kebajikan kepada semua orang. Selain itu, nilai-nilai murni turut
diamalkan bagi memenuhi kehendak budaya dan agama. Hal ini dapat
dilihat bahawa kebaikan itu merupaka etika yang perlu dan harus diikuti
oleh semua manusia di muka bumi ini.

9.4 KONSEP ETIKA

Terdapat beberapa cabang etika yang dituruti oleh setiap individu


walaupun ia secara tidak langsung. Cabang-cabang etika dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah ethical individualism,
ethical of belief dan ethical of life.

9.4.1 Ethical Individualism

Ethical Individualism ini menyatakan bahawa kedudukan individu sebagai


subjek moral dan nilai-nilai yang menjadi pusat kepada perlakuan dan
sikap individu melalui nilai moral yang dipraktikkan. Nilai moral ini
bergantung kepada individu dan individu mempunyai kuasa dan pemisah
kepada nilai moral. Di sini dapat dilihat bahawa individu itu sendiri yang
dapat mengubah sikap dan pendirian mereka dan itu juga merupakan hak
individu. Pada abad ke-20 lagi ia telah digambarkan oleh ‘existentation’
yang menyatakan bahawa manusia bebas memilih pelbagai tindakan dan
menyatakan juga bahawa morality itu tidak ubah seperti pernyataan sikap
seseorang.

9.4.2 Ethical of Belief

Ethical of Belief merujuk kepada apa yang kita mahu percaya. Kita
mempunyai kuasa untuk percaya terhadap perkara yang harus kita
percaya atau kita tidak perlu percaya. Kita sendiri yang menentukan
perkara yang kita percaya itu benar. Dalam aspek budaya, kaum melayu
percaya bahawa kita tidak boleh memakai baju terbalik kerana dikhuatiri
kita akan sesat. Apabila kita terlalu mempercayai perkara tersebut, hal ini

130
akan menjadi kenyataan kerana secara tidak langsung kita memikirkan
perkara tersebut. Dapat dirinkaskan bahawa ‘ethical of belief’ ialah
darjah berkenaan dengan usul yang harus seimbang dengan dengan
kekuatan kepercayaan kita.

9.4.3 Ethical of Life

Ethical of life adalah sistem untuk mengenali norma dan prinsip etika
dalam sesuatu budaya dan sosial dimana ia dapat menyusun dan dapat
diterima oleh semua pihak. Dalam konteks budaya, ‘ethical of life’ amat
perlu kerana ia mnejadi lambang kepada sikap dan tingkah laku kita
sebagai individu dalam sesebuah masyarakat yang berbudaya tinggi.
Berdasarkan konsep ini, individu dijamin dapat memperolehi kebebasan
dan kegembiraan dengan mematuhi nilai-nilai norma kehidupan.
Tanggungjawab dalam konsep ini merupakan tanggungjawab orang ramai
yang datang daripada hubungan individu dan tuntutan masyarakat.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat melalui pemahaman individu dalam


konsep ini dapat mewujudkan individu yang beretika tinggi. Apabila
wujud individu yang beretika tinggi, tidak mustahil wujud juga
masyarakat yang mempunyai etika dan budaya yang dikagumi oleh
masyarakat yang lain.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah takrifan etika?


2. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip
relativisme dan universalisme?
3. Berikan tiga (3) cabang dalam konsep etika.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 GARIS PANDUAN DALAM ETIKA KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

Di dalam komunikasi antarabudaya, terdapat empat garis panduan etika


yang perlu diamalkan bagi mencapai persefahaman antara budaya lain
iaitu mengambil berat terhadap komunikasi, hormat, mencari persamaan
dan mengenalpasti perbezaan. Elemen-elemen ini penting dalam etika
kerana boleh mengelakkan konflik dan boleh menjadikan panduan dalam
memperbaiki komunikasi antarabudaya.
131
9.5.1 Mengambil Berat terhadap Komunikasi

Di dalam persekitaran antarabudaya, terdapat kesukaran untuk


memahami mesej dan tindakbalas kerana perbezaan budaya yang di
amalkan oleh seseorang individu. Jika keadaan ini berlaku kita akan
mencuba untuk mengambil berat terhadap komunikasi dan sedaya- upaya
akan memahaminya supaya tidak wujud salah faham dan perbezaan
terhadap mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana jika mesej yang ingin
disampaikan oleh kita sekiranya disalahtafsirkan oleh penerima, penerima
itu akan memberi pandangan negatif terhadap kita dan budaya kita. Oleh
itu, mengambil berat terhadap komunikasi antarabudaya ini sangat
penting.

Komunikasi yang baik antara budaya akan meningkatkan lagi fahaman


kita tentang satu-satu masyarakat dan budaya yang berbeza dengan
budaya yang diamalkan oleh kita. Melalui komunikasi kita akan dapat
menerangkan dengan lebih mendalam tentang budaya yang diamalkan
oleh negara kita kerana dengan penjelasan yang baik kita akan dapat
mengurangkan tanggapan yang tidak betul terhadap budaya kita oleh
negara lain. Komunikasi perlu dititikberatkan kerana komunikasi akan
menggambarkan sikap kita. Kita juga perlu memberi perhatian terhadap
komunikasi yang disampaikan oleh individu yang berlainan budaya agar
persefahaman dapat dicapai oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, komunikasi
yang baik sangat penting terutamanya ketika berkomunikasi dengan
masyarakat yang berbeza budaya dengan kita.

9.5.2 Hormat

Setiap individu menginginkan satu tahap untuk dihormati, bermaruah,


dan perasaan dihargai. Namun, kita tidak perlu menyanjung seseorang
individu berlebih-lebihan tetapi kita perlu menghormati semua individu
secara samarata tidak kira sama ada berbeza adat, kefahaman dan budaya.
Menurut Confucius, tanpa perasaan hormat, tiada apa yang dapat
membezakan antara manusia dengan haiwan.

Melalui etika, ia dapat memupuk perasaan hormat-menghormati terhadap


individu yang berlainan budaya dengan kita. Ini kerana jika kita
mempunyai perasaan tersebut terhadap budaya lain, ia akan memberi
kesan yang positif dan masyarakat lain akan menghormati budaya yang
kita amalkan. Jika tidak, ia akan mewujudkan konflik antara sesuatu
budaya dengan budaya lain. Konflik akan wujud jika kita tidak
menghormati dan memandang rendah terhadap budaya lain.

Oleh itu, kita seharusnya menghormati budaya lain walaupun terdapat


perbezaan budaya antara masyarakat kita dengan mereka. Perasaan

132
hormat-menghormati penting kerana ia boleh mewujudkan persamaan.
Hormat- menghormati antara budaya sangat penting kerana ia
merupakan etika yang baik dan membolehkan budaya kita diterima oleh
budaya lain kerana mempunyai nilai etika yang tinggi.

9.5.3 Mencari Persamaan

Tidak kira berapa banyak perbezaan yang wujud, dasarnya terdapat


persamaan dan penting untuk kita mengenalpasti persamaan antara
budaya. Jika kita beretika ia akan mewujudkan banyak persamaan.
Kerana etika akan memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita. Persamaan
yang wujudkan akan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat yang
berlainan budaya. Walaupun pada luarannya terdapat perbezaan, tetapi
sebagai seorang yang beretika, kita perlu mencari persamaan agar boleh
berkomunikasi dengan baik antara individu daripada budaya yang
berbeza. Persamaan yang wujud antara budaya akan menyebabkan kita
dapat berinteraksi dengan lebih baik dan dapat berkongsi nilai-nilai yang
sama.

Persamaan etika yang terdapat dalam budaya yang berbeza akan


mengurangkan jurang perbezaan antara budaya. Ini kerana kita dapat
berkongsi nilai dan cara yang sama yang diamalkan dalam budaya yang
berbeza. Persamaan ini akan menyebabkan kita tidak akan berasa janggal
untuk berinteraksi dengan masyarakat lain. Ini akan membolehkan kita
berkongsi maklumat dan idea yang sama.

Di samping itu, persamaan etika ini akan mewujudkan satu kelompok


komuniti yang besar dan dapat bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
perkara. Keadaan ini membolehkan kita mempunyai kenalan yang ramai
dan dan mengajar kita mempelajari dan berkongsi idea dengan budaya
lain.

9.5.4 Kenalpasti Perbezaan

Melalui etika kita akan dapat mengenalpasti perbezaan yang ada dan kita
akan sedaya-upaya untuk mengurangkan perbezaan yang wujud antara
budaya yang berbeza-beza. Sekiranya perbezaan ini dapat dikenalpasti
kita akan dapat menilai nila-nilai yang baik atau tidak untuk dijadikan
panduan kita. Jika ia bercanggah dengan budaya masyarakat kita, kita
seharusnya menolak dengan cara yang baik agar tidak mengganggu
sensitiviti masyarakat lain.

Selain itu, perbezaan yang wujud akan menyebabkan adanya keunikan


dalam sesuatu budaya. Keunikan yang ada dalam sesuatu budaya adalah

133
kerana perbezaan dan cara yang tidak sama yang diamalkan dalam budaya
mereka. Perbezaan ini akan menyebabkan kita mengkaji perbezaan
tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam perbezaan itu.

Disamping itu, kita perlu mengenalpasti perbezaan yang ada antara


budaya bagi mengelakkan pertindihan pendapat tentang budaya masing-
masing. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti perbezaan yang terdapat
dalam etika ini. Perbezaan yang ada tidak perlu dipersoalkan kerana ia
akan menyebabkan pertelingkahan sesama kita kerana isu budaya ini
boleh dikatakan isu yang sensitif. Sekiranya terdapat perbezaan, kita
perlulah menghormatinya dan berusaha untuk mengurangkan perbezaan
yang wujud dengan memahami budaya dan cuba merapatkan jurang yang
ada. Hal ini kerana, etika megajar kita tentang menghormati hak orang
lain dan memahaminya.

9.5.5 Peranan Etika

Etika mempunyai peranan yang penting dalam menjalinkan komunikasi


yang berjaya. Selain itu dengan mengetahui etika sesebuah budaya, ia
dapat merapatkan jurang antara perhubungan dengan orang lain.

Antara peranan etika dalam komunikasi antarabudaya adalah etika dapat


menguat serta memperkukuhkan lagi norma-norma sesuatu masyarakat.
Disini dapat dilihat apabila etika menjadi simbol kepada sesebuah
masyarakat. Apabila kita sebagai salah satu individu dalam masyarakat
mengamalkan etika yang logik dan wajar, sudah tentu orang lain juga
tidak teragak-agak untuk mengetahui etika masyarakat kita. Hal ini
seterusya dapat meningkat norma dan nilai-nilai dalam sesebuah
masyarakat.

Kekeliruan etika sesuatu masyarakat boleh berlaku apabila kita tidak


dapat memahami etika mereka. Contohnya masyarakat melayu
mengamalkan apabila melintas dihadapan oarang yang lebih tua dari kita,
kita perlu tunduk. Tunduk di sini dapat membawa maksud hormat.
Namun di Jepun, tunduk itu pula bermaksud terima kasih.

Etika juga dikatakan sebagai kod kepada cara berkomunikasi. Di dalam


setiap budaya mempunyai kod komunikasi masing-masing. Kod arahan
ini adalah satu bentuk himpunan ajaran-ajaran moral serta nilai yang
dimiliki oleh setiap budaya. Setiap budaya secara umumnya, mempunyai
kod komunikasi yang berbeza-beza tetapi sekiranya diteliti, terdapat
beberapa ciri persamaan yang utama. Sebagai contoh terdapat peraturan
di dalam semua budaya yang menyuruh penganutnya berbuat kebaikan
dalam berkomunikasi dengan orang lain seperti mana mereka mahukan
orang lain berbuat kebaikan terhadap mereka.

134
Etika juga dapat mengawal komunikasi yang sedang berlaku dan yang
akan berlaku. Ini kerana, dengan adanya etika dalam berkomunikasi
individu tidak akan berkomunikasi dengan cara yang tidak sesuai, sukar
difahami dan keterlaluan. Setiap individu yang berkomunikasi dengan
individu yang berlainan budaya, mereka mesti mengetahui serba sedikit
mengenai budaya tersebut. Contohnya orang barat kurang gemar apabila
ada individu bertanyakan tentang gaji yang mereka perolehi setiap bulan.
Maka apabila seseorang individu mengetahui tentang perkara tersebut,
soalan berkenaan gaji tidak akan timbul.

Etika juga dapat membantu komunikasi berjalan dengan lancar. Etika


juga merupakan salah satu alat di mana ia berfungsi supaya setiap
komunikasi diantara individu dan sekumpulan individu berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan. Contohnya, dalam sesebuah
perundingan diantara individu dan negara, aspek-aspek etika perlu
ditekankan bagi bagi menghormati setiap budaya yang ada pada setiap
individuatau negara yang menjalankan perundingan.

9.6 APLIKASI ETIKA DALAM PELBAGAI BUDAYA

Seperti yang di ketahui, terdapat pelbagai budaya yang berbeza bagi


setiap negara. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri dengan budaya yang
ada kerana jika kita tidak mengikuti segala kehendak budaya yang ada,
kita akan di anggap tidak beretika. Dalam konteks budaya yang sering
diamalkan secara universal bagi setiap negara adalah budaya berkerja.

Terdapat beberapa negara yang mengamalkan etika kerja yang sama


dengan negara lain kerana kesesuaian dan keserasian yang diamalkan
dalam budaya kerja tersebut. Oleh itu, jika dilihat di beberapa buah
negara asia akan terdapat persamaan dengan negara asia yang lain yang
diguna pakai bersama. Seperti negara Jepun dan Malaysia, hubungan
komunikasi telah lama wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih
berterusan hingga kini kerana terdapat persamaan dari segi penerimaan
setiap mesej dan maklumat walaupun berbeza bahasa. Selain itu, sikap
bertolak ansur yang diamalkan antara kedua-dua negara dan saling
melengkapi antara satu sama lain menyebabkan hubungan komunikasi
masih berjalan baik dan banyak amalan-amalan kerja yang baik dari
negara Jepun diamalkan di Malaysia. Ini menyebabkan banyak
keuntungan yang diperolehi antara kedua-dua negara.

Namun, bagi negara barat etika kerja yang diamalkan amat berlainan
dengan budaya kerja di negara asia. Seperti contoh, kebanyakan orang
barat khususnya Amerika Syarikat amat mementingkan ketepatan masa.
Oleh itu, apabila kita berada di Amerika Syarikat kita hendaklah menepati
waktu. Kegagalan untuk menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan

135
dianggap tidak beretika oleh orang-orang Amerika Syarikat. Jika kita
lewat, kita hendaklah segera meminta maaf dan menjelaskan sebab
kelewatan itu walaupun budaya kita mungkin menganggap lewat itu
sebagai perkara biasa dan tidak perlu diberi penjelasan.

Bagi negara yang mengamalkan sikap berkecuali seperti negara Korea


Utara, mereka hanya mengetahui etika negara mereka sendiri. Mereka
kurang mengamalkan komunikasi dengan dunia luar dahulunya. Mereka
menganggap bahawa budaya atau cara kerja orang luar kurang efektif dan
hanya mengikut dan menuruti budaya sendiri. Kesannya, negara Korea
Utara kurang maju berbanding negara-negara yang lain kerana tida
kemajuan yang diperolehi. Mereka hanya bertumpu kepada pendapat dan
caar kerja mereka tanpa mengira perkembangan semasa.

Dalam konteks ini, dapat dilihat kita perlu menyesuaikan diri dengan
setiap negara walaupun bercanggah dengan amalan yang biasa dilakukan
di negara sendiri agar kita akan dianggap beretika dan mampu
menyesuaikan diri dengan setiap persekitaran budaya dan negara lain.
Walaupun terdapat dilema atau kejutan budaya tetapi kita perlu berusaha
untuk beretika agar dapat mempertingkatkan keberkesanan etika budaya
dalam negara tersebut. Selain itu, pemahaman agama negara lain turut
diambil perhatian untuk mencapai matlamat dan tujuan masing-masing
dengan efektif.

9.7 KEPENTINGAN ETIKA

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain kita perlu beretika. Ini
kerana apabila kita beretika semasa berkomunikasi dengan orang lain,
kita dapat mengelak daripada berlakunya sebarang konflik, salah faham
dan campur tangan luaran, mengeratkan hubungan lebih memahami
orang lain dan sebagainya.

Etika penting dalam komunikasi bagi mengelakkan timbulnya pelbagai


konflik dan spekulasi negatif sewaktu kita berkomunikasi. Hal ini kerana
apabila kita berada di sesebuah masyarakat yang berlainan nilai dan adat
dengan kita, jika kita tidak belajar serba sedikit tentang budaya mereka ini
akan menimbulkan kekeliruan. Contohnya di negara Jepun, apabila kita
mengeluarkan bunyi ‘slruupp’ sewaktu memakan sup, kita dianggap
sedang memuji masakan sup tersebut. Namun apabila kita mengeluarkan
bunyi tersebut ketika berada di negara barat, kita dianggap sebagai kurang
sopan. Pemahaman tentang etika perlu diketahui bagi mengelakkan
konflik berlaku.

Mengetahui dan mempraktikkan etika juga dapat mengeratkan hubungan


dengan orang lain. Hal ini kerana individu yang beretika akan mengambil

136
kira apa yang terjadi terhadapnya dan akan mengeratkan hubungan
dengan individu yang lain untuk memikirkan bagaimana untuk menjalin
hubungan yang baik serta berinteraksi dengan orang lain dalam situasi
yang sopan-santun dan bekerjasama dalam melakukan tugasan. Etika
dalam komunikasi antara budaya dapat melahirkan individu yang ikhlas.
Misalnya dalam satu sesi suai kenal, seseorang dapat mengenali antara
satu sama lain dengan rakan yang baru dan juga dapat mengeratkan
hubungan mereka.

Etika juga penting dalam komunikasi antarabudaya kerana kita dapat


lebih memahami budaya orang lain. Seperti yang diketahui bahawa
budaya merangkumi cara pemikiran, cara hidup dan cara bertindak dalam
seluruh kehidupan sesebuah masyarakat. Semakin manusia maju, semakin
ramai manusia yang akan berhijrah keluar dari kelompok masyarakat dan
budayanya. Akibat dari penghijrahan yang tidak mempelajari dan
memahami etika budaya masyarakat lain, terdapat banyak berlakunya
kesalahfahaman yang berpunca dari salah tafsir situasi komunikasi. Jika
kita beretika semasa berkomunikasi dengan orang lain, kita akan dapat
mengelakkan pertembongan antara ahli-ahli yang pelbagai budaya, dan
dapat lebih memahami budaya lain.

Kepentingan etika yang seterusya adalah sebagai panduan pelajaran. Hal


ini dapat dilihat apabila kita mahu berhijrah, kita harus mempelajari etika
masyarakat ditempat yang kita ingin kunjungi. Secara tidak langsung, ia
dapat memberikan satu pelajaran yang baru terhadap individu tersebut.
Apabila berlaku sebrang konflik terhadap etika yang di praktikkan, kita
perlu membetulkan dan meneliti semula kesan yang timbul. Melalui
konflik dalam komunikasi tersebut, kita juga dapat mempelajari sesuatu
perkara yang baru supaya ia dapat menyelesaikan pelbagai konflik.

SOALAN DALAM TEKS

4. Berikan empat (4) garispanduan yang perlu diikuti


dalam komunikasi antarabudaya.
5. Bagaimanakah etika diaplikasikan dalam komunikasi
antarabudaya.
6. Apakah kepentingan etika dalam komunikasi
antarabudaya?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

137
9.8 RUMUSAN

Komunikator yang tidak beretika adalah komunikator yang tidak


berdisiplin dan tidak berpelajaran. Hal ini kerana etika merupakan salah
satu simbol yang ada dalam diri setiap individu. Etika memainkan
peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Disebabkan dengan
adanya etika, kita dapat berkomunikasi dan bertindak dengan sempurna
dan mengelakkan konflik terutamanya berinteraksi dengan orang yang
berlainan budaya.

Kepentingan dan peranan etika perlu diambil perhatian untuk


meningkatkan keberkesanan komunikasi dan supaya dapat merapatkan
hubungan dengan budaya orang lain. Pemahaman tentang budaya orang
lain berdasarkan etika dapat menyesuaikan diri kita dengan budaya
tersebut. Secara keseluruhannya, etika dalam budaya perlu difahami
secara sepenuhnya disebabkan dunia kini mengamalkan globalisasi dalam
sebarang tujuan dan matlamat. Apabila semua orang memahami budaya
lain, ia akan dapat mengelakkan konflik yang berlaku dan negara akan
menjadi aman dan damai.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan tiga (3) cabang etika dalam komunikasi antarabudaya.

2. Jelaskan peranan etika dalam komunikasi antarabudaya.

3. Jelaskan tiga (3) garispanduan yang perlu diikuti dalam


komunikasi antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Etika merupakan penilaian yang berfokus kepada darjah penilaian


sama ada betul atau salah, kebaikan atau keburukan dan
kewajipan sifat kemanusian. Etika digunakan sebagai alat yang
dapat membuat atau membantu kita dalam membuat keputusan
kehidupan seharian.

138
2. Etika relativism merujuk kepada setiap budaya menentukan
perkara yang betul dan salah dalam budaya mereka. Hal ini
kerana perbezaan kumpulan budaya mempunyai nilai dan norma
yang berbeza. Etika Universalism bemaksud mendirikan
pendirian tanpa menghiraukan konteks atau budaya, terdapat
etika tentu dan umum yang kita boleh gunakan dalam semua
budaya.. Dengan khususnya ini adalah satu pernyataan yang
prinsip etika ini dipegang oleh semua orang dan bukan kepada
sesetengah orang.

3. Tiga cabang dalam konsep etika ialah Ethical Individualism, Ethical


of Belief dan Ethical of Life.

4. Empat(4) garispanduan yang perlu diikuti dalam komunikasi


antarabudaya adalah Mengambil berat terhadap komunikasi,
hormat, kenalpasti perbezaan dan mencari persamaan.

5. Etika diaplikasikan dalam komunikasi antarabudaya apabila


terdapat beberapa negara yang mengamalkan etika kerja yang
sama dengan negara lain. Contohnya, di negara Jepun dan
Malaysia, terdapat persmaan dari segi penerimaan mesej dan
maklumat walaupun berbeza bahasa. Sikap bertolak ansur juga
diamalkan menyebabkan banyak amalan kerja yang baik di Jepun
turut diamalkan di Malaysia. Etika juga diamalkan apabla kita
menyesuaikan diri dengan etika kerja negara lain. Contohnya,
apabila berada di Amerika Syarikat, kita perlu menepati masa
kerana mereka amat mementingkan ketepatan masa.

6. Kepentingan etika dalam komunikasi antarabudaya ialah kita


dapat mengelak konflik dalam komunikasi antarabudaya, salah
faham, campur tangan luar, mengeratkan hubungan dan lebih
memudah memahami budaya yang berbeza.

139
140

Anda mungkin juga menyukai