Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENGURUSAN DAN MUAMALAH

PEPERIKSAAN AKHIR
SESI II, TAHUN AKADEMIK 2019/2020

MBKP 3203
KOMUNIKASI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Masa yang diperuntukkan bagi kertas soalan ini ialah 3 JAM.
2. Kertas soalan ini mengandungi ENAM soalan.
3. Jawab EMPAT soalan sahaja.
4. Kertas soalan ini memerlukan:
i) Buku Jawapan.
5. Markah kertas soalan ini ialah 100 MARKAH.
6. Kertas soalan ini TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari dewan
peperiksaan.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 3 MUKA SURAT BERCETAK.


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIARAHKAN.

SULIT
MBKP 3203 MAC 2020

Jawab EMPAT soalan sahaja dalam buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1

Firman Allah SWT, “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
yang fasik membawa suatu berita, maka selidiklah kebenarannya, agar kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini kerana kejahilan
kamu sehingga kamu menyesal terhadap apa yang telah kamu lakukan.” (Surah al-
Hujurat: 6).
Berdasarkan maksud ayat al-Quran tersebut, nyatakan lima kepentingan
mengamalkan konsep tabayyun dalam menyampai dan menerima maklumat di
pelbagai platform media hari ini. (25 markah)

Soalan 2

Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia terutamanya antara


lelaki dengan perempuan. Ini juga merujuk kepada proses sosialisasi antara sesama
manusia.
Huraikan lima sebab Islam mewajibkan adab dan batas pergaulan antara lelaki dan
wanita berserta contoh yang sesuai. (25 markah)

Soalan 3

Rasulullah SAW bersabda, “Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang ihsan.
Baginda bersabda: ihsan itu ialah bahawa engkau menyambah Allah seolah-olah
engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu.” (Riwayat Muslim).
Berdasarkan potongan hadis tersebut, bincangkan bagaimana anda memahami
hubungan antara Islam, iman dan ihsan dalam konteks komunikasi dakwah? Sokong
hujah anda dengan contoh yang sesuai. (25 markah)

2 SULIT
MBKP 3203 MAC 2020

Soalan 4

Teknologi bukan sesuatu yang asing dalam sejarah Islam, tetapi merupakan suatu
yang berterusan dan berkembang seiring dengan kebijaksanaan manusia bagi
memudahkan kehidupan. Teknologi multimedia juga menyumbang kepada
pembangunan Ummah secara global.
Bincangkan lima strategi dakwah yang perli diaplikasikan oleh pendakwah alaf baru
seiring dengan perkembangan teknologi berserta contoh yang sesuai. (25 markah)

Soalan 5

Media penyiaran sangat berkesan terhadap perkembangan dan cara hidup


masyarakat di Malaysia. Tidak dinafikan, budaya negatif yang tersebar melalui
media juga menjadi antara punca utama berlakunya masalah sosial dalam
masyarakat. Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi menggariskan panduan yang
perlu diambil perhatian dalam membentuk kandungan siaran yang mampu
membentuk sahsiah masyarakat ke arah yang lebih baik.
Nyatakan lima panduan yang disarankan oleh Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi dalam
membentuk kandungan kreatif yang menepati kehendak Islam. (25 markah)

Soalan 6

Stesen televisyen Al Hijrah dan radio IKIM merupakan antara contoh stesen
penyiaran yang menjalankan aktiviti siaran mengikut saranan syariat Islam di
Malaysia.
Huraikan lima peranan utama penyiaran Islam dalam menjaga kepentingan
masyarakat di Malaysia. (25 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT

Anda mungkin juga menyukai