Anda di halaman 1dari 46

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/356458412

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NOTA SEJARAH SEMASA TEMPOH


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Article · November 2021

CITATIONS READS

0 5,348

6 authors, including:

Noel Jimbai Balang


Pejabat Pendidikan Daerah Selangau
15 PUBLICATIONS   33 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Lesson Study Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) View project

Instructional coaching View project

All content following this page was uploaded by Noel Jimbai Balang on 23 November 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NOTA SEJARAH SEMASA TEMPOH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)
Dancy Anak Agan

SMK Ulu Balingian

dancyagan@gmail.com

Noel Jimbai Balang

Pejabat Pendidikan Daerah Selangau

noeljimbaibalang@gmail.com

ABSTRAK
Sejarah merupakan mata pelajaran yang penting namun kurang diminati murid walaupun
subjek Sejarah kini telah dijadikan mata pelajaran wajib lulus. Justeru kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan perlu diwujudkan bagi menangani masalah ini. Tujuan
kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk membantu dan membimbing murid agar dapat
menulis nota Sejarah menggunakan Formula AS3KNP dengan mudah dan berkesan. Kajian
tindakan ini dijalankan di SMK Ulu Balingian, Selangau, Sarawak dan melibatkan sembilan
orang murid Tingkatan 5 Ambitious. Kajian ini mengaplikasikan model kajian Kemmis & Mc
Taggart (1988) sebagai kerangka konseptual utama. Dapatan kajian menunjukkan kualiti
nota murid menunjukkan peningkatan seratus peratus. Natijahnya Formula AS3KNP telah
berjaya mengubah penulisan nota murid dengan lebih mantap dan berkualiti. Ini secara
tidak langsung telah berjaya menarik minat murid untuk belajar Sejarah dengan lebih tekun
dan berkesan.

Kata Kunci
Menulis nota, Pengajaran dan Pembelajaran Dirumah (PdPR), Formula AS3KNP

Abstract
History is an important subject but less popular among students even though the subject of
History has now been made a compulsory subject to pass. Therefore, effective teaching and
learning methods need to be created to address this problem. The purpose of this action
research is to help and guide students to be able to write History notes using the AS3KNP
formula easily and effectively. This action research was conducted at SMK Ulu Balingian,
Selangau, Sarawak and involved nine Form 5 Ambitious students. This study applies the
research model of Kemmis & Mc Taggart (1988) as the main conceptual framework. The
findings of the study showed that the quality of student notes showed an increase of one
hundred percent. As a result, the AS3KNP Formula has succeeded in changing the writing of
student notes with more robust and quality. This has indirectly succeeded in attracting
students to study History subject more diligently and effectively.

Keywords
Writing notes, Teaching and Learning at Home (PdPR), AS3KNP Formula
Pendahuluan
SMK Ulu Balingian adalah sebuah sekolah luar bandar yang merupakan satu-satunya sekolah
menengah yang terdapat di daerah Selangau, Sarawak. Tahap pencapaian mata pelajaran
Sejarah di sekolah ini masih berada pada tahap yang sederhana. Mata pelajaran sejarah sering
dikaitkan sebagai satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar dipelajari oleh
sesetengah murid (Lui & Ahmad, 2021). Ini mungkin disebabkan mata pelajaran sejarah
dibebani dengan banyak perkataan dan ribuan fakta yang perlu dihafal oleh murid. Hal yang
demikian memerlukan guru perlu bersikap lebih kreatif dalam mempelbagaikan cara
pengajaran terutamanya aspek intervensi yang bersesuaian demi kemenjadian murid. Usaha
ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap profesionalisme guru (Zamri et al. 2015).
Dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah,
pelaksanaan kajian tindakan sangat penting untuk memperbaiki amalan dan pengajaran dan
pembelajaran guru terutamanya dalam keadaan pandemik Covid-19 lantaran pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Guru perlu lebih kreatif dan
inovatif dalam memikirkan solusi terbaik untuk memastikan pembelajaran Sejarah dapat
diteruskan dalam situasi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran Dari
Rumah (PdPR).

Pernyataan Masalah
Melihat kepada situasi pandemik Covid-19 kini, pembelajaran secara PdPR merupakan
cabaran yang terbesar kepada saya sebagai guru Sejarah. Tambahan pula, pembelajaran
secara PdPR ini sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap pembelajaran Sejarah untuk
kelas yang saya ajar. Ini menimbulkan kebimbangan di hati saya apatah lagi melibatkan
murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak
lama lagi. Murid bukan sahaja ketinggalan dari segi pelajaran malah kekurangan bimbingan
secara bersemuka daripada guru. Semasa sesi PdPR dalam bulan Februari yang lalu, saya
mendapati murid mempunyai masalah dalam menulis nota Sejarah berdasarkan semakan
melalui penghantaran hasil kerja murid. Menjadi kerisauan apabila saya mendapati nota yang
dibuat oleh mereka tidak menepati ciri-ciri nota Sejarah yang berkualiti. Mereka
kebanyakannya menyalin isi bulat-bulat daripada buku teks dan tidak dapat membezakan
fakta penting dan huraian. Lebih merisaukan lagi ada murid menyatakan mereka tidak tahu
bagaimana hendak memulakan catatan nota. Ini menyebabkan mereka tidak dapat
menyiapkan nota tepat pada masa. Daripada hasil penghantaran nota murid, saya mengesan
murid tiada panduan yang khusus dalam menulis nota secara tersusun dan ini menjadikan
fakta yang ditulis oleh murid tidak mengikut urutan kronologi Sejarah yang betul. Ini sangat
membimbangkan kerana dalam mata pelajaran Sejarah, nota merupakan elemen yang
terpenting untuk memastikan murid dapat mengulangkaji dengan lebih berkesan. Kesan
situasi yang berlaku, saya sangat memandang serius perkara tersebut memandangkan Sejarah
merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib lulus pada peringkat SPM.
Berdasarkan semakan hasil kerja murid, saya mendapati murid tidak dapat menulis
nota Sejarah mereka dengan baik dan hampir semua murid menulis nota dengan meniru
bulat-bulat ayat yang terdapat pada buku teks Sejarah Tingkatan 5. Selain itu, nota yang
ditulis oleh murid lebih menyerupai esei Sejarah dan tidak mempunyai fakta penting yang
tersusun dan sistematik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Melihat kepada masalah ini,
saya meminta murid untuk membuat semula nota mereka dengan lebih baik. Namun
demikian, walaupun telah diterangkan menggunakan Teknik Garis dan Salin penghantaran
nota kali kedua masih tidak dapat memenuhi ciri-ciri nota Sejarah yang baik untuk menjadi
bahan sokongan dan rujukan untuk peperiksaan yang akan datang. Ini dapat dilihat pada
Rajah 2.

Rajah 1: Pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu penghantaran nota Sejarah kali pertama

Rajah 2: Pemerhatian terhadap hasil kerja murid iaitu penghantaran nota Sejarah kali kedua.
Selain pemerhatian ke atas hasil kerja murid, saya turut menjalankan sesi temu bual ringkas
melalui aplikasi WhatsApp bersama murid untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini dapat
dilihat pada Rajah 3.

Rajah 3: Merupakan pendapat yang diberikan oleh murid dalam sesi perbualan antara saya
dan murid. Kebanyakan murid berpendapat nota mereka memainkan peranan penting semasa
belajar subjek Sejarah semasa PdPR. Murid mengatakan nota sendiri lebih memudahkan
proses ulang kaji ketika belajar di rumah.
Disebabkan PdPR, ini menyukarkan saya dan murid bersemuka. Oleh itu, bagi
mengukur kemajuan murid berkaitan dengan sub topik yang telah diajar, saya membuat kuiz
secara dalam talian. Daripada kuiz yang dijalankan, didapati ramai murid tidak dapat
menguasai Bab 3 dalam silibus Tingkatan 5 KSSM Sejarah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 4. Murid memberikan respon bahawa dalam bab ini terlalu banyak ayat dan perkataan
yang menyebabkan mereka sukar untuk membezakan fakta penting dan huraian. Ini
menyukarkan murid memahami bab ini dan tidak dapat mengingat fakta dengan baik.

Rajah 4: Menunjukkan rumusan markah Kuiz 1 yang dibuat oleh murid melalui aplikasi
Google Form. Ramai murid mendapat markah kurang daripada 10 markah. Ini sangat tidak
memuaskan hati saya. Soal selidik (Rajah 4) juga dijalankan menggunakan aplikasi Poll di
Telegram. Ini bertujuan untuk mengetahui bab yang sukar difahami oleh murid. Berdasarkan
dapatan soal selidik, rata-rata murid mengundi Bab 3 tajuk Raja Berperlembagaan.
Saya merasakan isu ini perlu diatasi dengan segera kerana nota memainkan peranan yang
amat signifikan dalam mata pelajaran Sejarah. Jika tidak diatasi, murid akan menghadapi
kesukaran untuk memahami topik pembelajaran Sejarah kerana tidak mempunyai sumber
rujukan tambahan yang baik. Tambahan pula, nota murid adalah penting sebagai bahan utama
untuk proses ulangkaji sebagai persediaan dalam peperiksaan yang akan datang.

Kerangka Konseptual Kajian


Berdasarkan kepada isu yang dihadapi, saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan
model Kemmis & Mc Taggart (1988) yang telah diadaptasi (Rajah 5) yang melibatkan proses
memerhati, refleksi, merancang dan tindakan.

Rajah 5: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & Mc Taggart 1988)

Tujuan

Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis nota Sejarah dalam
kalangan murid Tingkatan 5 Ambitious di SMK Ulu Balingian dan pada masa yang sama
membantu murid mengingat fakta Sejarah dengan mudah.

Objektif

Objektif kajian ini adalah:

1. Membantu murid menghasilkan nota Sejarah dengan baik.


2. Membantu murid mengingat fakta Sejarah dengan lebih mudah.
3. Membantu mempercepatkan pengajaran silibus Sejarah disamping mengubah amalan
pengajaran guru ke arah yang lebih menarik.
Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Sejauh manakah Formula AS3KNP dapat membantu murid menghasilkan nota
Sejarah dengan baik?
2. Adakah Formula AS3KNP dapat membantu murid mengingat fakta dengan lebih
mudah?
3. Adakah penggunaan Formula AS3KNP dapat membantu mempercepatkan pengajaran
silibus Sejarah disamping mengubah amalan pengajaran guru ke arah yang lebih
menarik?

Batasan Kajian

Kajian tindakan ini hanya melibatkan 9 orang murid dalam Tingkatan 5 Ambitous yang tidak
berjaya menyiapkan nota Sejarah mereka tepat pada masanya. Oleh itu, generalisasi tidak
dapat dibuat kepada semua murid Tingkatan 5 di SMK Ulu Balingian.

Definisi Operasional
Terdapat dua definisi operasional yang mendasari kajian tindakan ini;

a) Kemahiran menulis nota

Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997), dalam (Hasnan, 2017)
konsep menulis secara khususnya dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea ataupun
maklumat secara bersistem. Hal ini mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan
bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan
kehidupan secara lebih menyeluruh. Selain itu, menurut Yahya Othman (2003) kemahiran
menulis nota adalah merekod isi-isi penting atau maklumat yang diperoleh melalui kuliah,
daripada buku ataupun daripada sumber lain. Berdasarkan konteks kajian ini menulis nota
merujuk kepada kebolehan murid untuk menulis nota yang berkualti selepas intervensi dilaksanakan.

b) Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)


Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/ atau off-site dengan
berstruktur dan terancang. Berdasarkan konteks kajian ini PdPR merujuk kepada memberi
bimbingan menulis nota yang berkualiti kepada murid kerana didapati murid menghadapi
masalah untuk menghasilkan nota sejarah yang berkualiti.
TINJAUAN LITERATUR

Dalam usaha melestarikan pembelajaran Sejarah secara holistik, guru perlu bertindak secara
lebih kreatif dan inovatif. Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2016), antara sifat guru Sejarah
yang berkualiti ialah mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pengajarannya. Kemahiran mengajar Sejarah
meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan
tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada murid-murid dengan
berkesan iaitu menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan
teori pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme (Rafiza, 2013). Berlandaskan teori
konstruktivisme murid bebas membina sendiri pengetahuan dan membina konsep pemikiran
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baharu (DSKP KSSM).

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan
menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak sukar bagi murid,
khususnya bagi murid yang lemah dari segi akademik (Zuraidah, 2010; Sujirah & Zuraidah,
2013). Menurut Zamri et al.2015 dan Renuka et al.2013 mendapati masalah utama dikesani
dalam pembelajaran Sejarah ialah keupayaan murid dalam mengingat fakta berlaku akibat
dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk
membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami
konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak gemar bertanya.
Kajian oleh Norliza et al. 2013 mendapati masalah ini wujud adalah disebabkan oleh murid
yang terlalu bergantung terhadap ayat buku teks menyebabkan murid tidak dapat menjawab
soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-
mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Abdul Wahab et al.2016 mendapati masalah
pembelajaran Sejarah berlaku kesan fakta yang terlalu banyak untuk diingati menyebabkan
murid kurang cakna dan belajar hanya sekadar desakan guru dan ibu bapa. Kecintaan
terhadap mata pelajaran Sejarah semakin pudar juga dipengaruhi faktor guru yang kurang
melaksanakan aktitivi berpusatkan murid (Abdul et al.2012; Hasnah, 2010). Bagi memenuhi
hasrat untuk melahirkan murid yang meminati Sejarah, maka guru harus mendidik murid
bersandarkan pengetahuan „content knowledge‟ bagi subjek Sejarah dan diserapkan dengan
elemen nilai-nilai murni, agama dan pekerti sebagai insan terpilih (Mohamad et al.2013;
Mohd Samsudin & Shahizan, 2012).
Kesimpulannya, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai merupakan aspek utama
sebagai pemangkin seorang guru Sejarah yang berkualiti. Guru yang berpengetahuan dan
memiliki kemahiran mengajar yang tinggi akan membantu meningkatkan mutu pendidikan
dan seterusnya melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Selain itu nilai Sejarah yang diajar oleh guru pula menjamin pekerti atau
sahsiah murid yang cinta akan negaranya tanpa berbelah bahagi.
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian
(isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini
melibatkan urutan langkah seperti berikut:
a) Mengenalpasti isu
Saya mengenalpasti isu melalui pemerhatian ke atas penghantaran hasil kerja murid
(nota murid) pada sesi PdPR Februari yang lalu.
b) Membuat inkuiri kendiri (I)
Saya mula membuat inkuiri kendiri berdasarkan isu yang telah dikenalpasti.
c) Refleksi berdasarkan inkuiri kendiri (I)
Selepas membuat inkuiri kendiri, saya membuat refleksi berdasarkan inkuiri kendiri
tersebut.
d) Membuat perancangan
Saya mula membuat perancangan untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh murid
saya. Perancangan tersebut dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu intervensi yang
saya gunakan dan indikator atau pentunjuk kepada kejayaan intervensi.
i. Intervensi: Menggunakan Formula AS3KNP untuk menyelesaikan isu masalah
menulis nota Sejarah dalam kalangan murid Tingkatan 5 Ambitious.
ii. Indikator/petunjuk kejayaan intervensi:
Memandangkan tiada sesi pembelajaran secara bersemuka, bimbingan ke atas
murid menggunakan Formula AS3KNP ini adalah secara atas talian.
Kaedah yang digunakan ialah:
- Pemerhatian melalui penghantaran hasil kerja murid (nota Sejarah murid)
- Penilaian pencapaian murid menggunakan aplikasi Google Form
(menjalankan kuiz)
- Penilaian kefahaman murid menggunakan Voice Chat dan temu buaal
melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
e) Melaksanakan tindakan
Ada enam langkah dalam melaksanakan intervensi ini iaitu:
Langkah 1: Memperkenalkan Formula AS3KNP kepada murid
Langkah 2: Menerangkan elemen yang terdapat pada Formula AS3KNP dan cara
penggunaannya dalam membuat nota sejarah.
Langkah 3: Memberi tugasan untuk membuat nota kepada murid. Murid diberikan
masa tertentu untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Langkah 4: Membuat bimbingan kepada murid sepanjang menyiapkan tugasan
tersebut dan menyemak hasil kerja murid.
Langkah 5: Menguji murid menggunakan soalan kuiz berbentuk objektif.
Langkah 6: Mencatat markah kuiz murid dan menjadikannya sebagai penilaian
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Intervensi ini dijalankan semasa PdPR Sejarah.
f) Membuat pemerhatian semula (II)
Selesai melaksanakan intervensi, pemerhatian semula dibuat ke atas hasil kerja murid
untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan Formula AS3KNP ini dalam membantu
pembelajaran Sejarah murid.
g) Membuat refleksi semula (II)
Saya meneliti dan membuat refleksi semula selepas menjalankan intervensi untuk
mengukur kekuatan dan kelemahan intervensi tersebut agar dapat ditambah baik pada
sesi pembelajaran yang akan datang
DAPATAN KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan isu yang telah saya perhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan
dapatan refleksi seperti yang dinyatakan di Jadual 1.
Jadual 1. Refleksi berdasarkan pemerhatian isu dan inkuiri kendiri

Inkuiri Kendiri Refleksi

Mengapakah saya gagal membuat 9 orang Murid memberikan alasan tidak sempat
murid saya menghantar tugasan nota tepat menyiapkan nota.
pada waktunya?

Adakah masa yang saya berikan untuk Saya memberikan masa yang cukup lama
menyiapkan nota tidak mencukupi? untuk menyiapkan nota tersebut iaitu selama
2 minggu.

Adakah arahan yang saya berikan untuk Ada murid memberikan respon tidak pandai
menyiapkan nota tidak jelas dan difahami membuat nota sendiri di rumah kerana arahan
oleh murid? yang diberikan tidak jelas.

Kenapakah murid saya menyalin isi bulat- Murid tidak dapat membezakan fakta penting
bulat sahaja daripada buku teks? dan juga huraian tambahan.

Mengapakah saya tidak berjaya membuat Murid tidak memahami penerangan yang
murid saya menulis nota degan baik? diberikan oleh guru jadi murid membuat nota
dengan meyalin sahaja isi yang ada pada
buku teks.

Adakah Teknik Garis dan Salin yang saya Murid tidak menguasai Teknik Garis dan
ajar pada sesi pdpr yang lalu tidak dikuasai Salin yang saya ajar pada sesi PdPR yang
oleh murid? lalu.

Mengapakah saya tidak berjaya membuat Masih terdapat murid yang keliru antara fakta
murid membezakan fakta penting dan huraian penting dan huraian pada buku teks.
yang terdapat pada buku teks?

Adakah Teknik Garis dan Salin yang saya Teknik Garis dan Salin tidak ada panduan
ajar tidak sesuai dengan murid? yang khusus dan spesifik untuk digunakan
oleh murid pelbagai aras.

Apakah yang boleh saya lakukan bagi Saya akan membimbing murid untuk
membantu murid mengingat fakta membuat nota sendiri sesuai dengan aras
berdasarkan sumber nota yang mereka ada? mereka.

Adakah cara lain yang dapat saya lakukan Saya akan memikirkan cara yang lebih
untuk membantu murid saya mengingat mudah bagi membantu murid mengingat
fakta? fakta.
Berdasarkan refleksi di atas, timbulnya idea untuk mewujudkan satu formula ringkas dan
mudah diingat oleh murid bagi menyelesaikan masalah menulis nota Sejarah dalam kalangan
murid. Formula tersebut diberi nama sebagai Formula AS3KNP dan formula ini dibina
berdasarkan kata kunci penyoalan pentaksiran Sejarah SPM dan selari dengan kehendak
silibus KSSM mata pelajaran Sejarah yang terkini.

Setiap elemen yang ada pada Formula AS3KNP dibina daripada kata kunci penyoalan
soalan peperiksaan Sejarah. Formula ini disusun secara kronologi bermula daripada
penyoalan; Apakah, Siapakah, Kenapakah, Kesan, Kesimpulan, Nilai dan Pengajaran. Ini
akan membolehkan murid lebih memahami sesuatu topik yang dibaca jika nota dibuat secara
kronologi dan tersusun. Ini selaras dengan pendapat John Child, Paul Shuter dan David
Taylor (1991) dalam karya yang bertajuk Understanding History yang mengatakan
“Historians need to understand chronology as a first step so they can work out why things
happen”. Selain itu, formula ini menyokong penuh kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah
Menengah (KSSM) yang menggunakan pendekatan kronologi dalam menyusun fakta sejarah.
Elemen Nilai dan Pengajaran dimasukkan dalam Formula AS3KNP ini bagi menerapkan
Elemen Kewarganegaraan yang perlu diajar dalam mata pelajaran Sejarah. Ini secara tidak
langsung memberikan pendedahan kepada murid terhadap unsur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).

Formula AS3KNP ini akan digunakan oleh murid sebagai panduan mudah untuk
menulis nota secara lebih tersusun dan sistematik mengikut kronologi peristiwa yang betul.
Pada masa yang sama, penggunaan Formula AS3KNP ini akan membantu murid agar dapat
menulis nota dengan cepat dan lengkap dengan fakta penting. Saya mengibaratkan Formula
AS3KNP ini sebagai serampang dua mata, dimana selain daripada memudahkan murid
menghasilkan nota Sejarah yang baik formula ini juga akan membantu murid memahami
sesuatu topik dengan cepat dan mengingat fakta dengan lebih mudah. Pembelajaran dari
rumah semasa tempoh pandemik Covid-19 sangat membataskan perbincangan bersemuka
antara guru dan murid. Dengan adanya Formula AS3KNP ini, pengajaran secara maya antara
guru dan murid dapat berjalan dengan lancar memandangkan murid mempunyai panduan
khusus semasa mempelajari Sejarah di rumah.

Secara asasnya, murid akan menggunakan kemahiran 3M ini semasa membuat nota
Sejarah iaitu kemahiran mengingat, kemahiran menganalisis dan kemahiran mengaplikasi.
Permulaannya, murid akan mengingat Formula AS3KNP dan mengetahui setiap komponen
yang terdapat dalam Formula AS3KNP. Kemudian, murid mula menganalisis maklumat yang
ada pada buku teks dengan menanyakan soalan Apa, Siapa, Kenapa, Kesan, Kesimpulan,
Nilai dan Pengajaran pada diri sendiri. Ini secara tidak langsung mencabar pemikiran kritis
murid. Pada masa yang sama akan membantu murid mencari maklumat dengan tersusun dan
sistematik. Yang terakhir, mengaplikasi. Murid akan mengaplikasikan Formula AS3KNP
dalam menghasilkan nota Sejarah mereka. Nota yang terhasil akan digunakan sebagai rujukan
untuk menjawab soalan Sejarah yang diberikan.
Terdapat enam langkah dalam melaksanakan intervensi ini, iaitu:
Langkah 1: Murid diperkenalkan dengan Formula AS3KNP.

Rajah 6: Guru memberikan penerangan kepada murid melalui aplikasi Telegram


Langkah 2: Murid diberi penerangan oleh guru berkaitan dengan Formula AS3KNP.
Murid diterangkan dengan maksud AS3KNP dan bagaimana menggunakan
formula ini semasa menulis nota di rumah.

Rajah 7: Guru memberikan tugasan kepada murid melalui aplikasi Telegram


Langkah 3: Murid diberikan tugasan untuk membuat nota menggunakan
Formula AS3KNP. Sepanjang murid membuat tugasan yang diberikan, guru
memainkan peranan sebagai pembimbing. Guru membimbing murid yang masih
kurang jelas dengan penggunaan Formula AS3KNP semasa menulis nota.
Bimbingan diberikan secara berterusan sehingga murid betul-betul faham.
Rajah 8: Menunjukkan sesi bimbingan berterusan yang dijalankan oleh guru bersama murid
menggunakan aplikasi WhatsApp.
Langkah 4: Murid menghantar nota kepada guru.

Rajah 9: Hasil kerja murid yang dihantar kepada guru.


Langkah 5: Murid diuji dengan soalan kuiz berbentuk objektif menggunakan platform
Google Form.

Rajah 10: Guru memberikan kuiz kepada murid.


Langkah 6: Markah kuiz dicatat oleh guru sebagai penilaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
murid.

Rajah 11: Menunjukkan rekod markah murid dalam tiga sesi kuiz yang berbeza.
Rajah 12: Menunjukkan proses murid melaksanakan intervensi ini di rumah. Dapat dilihat
murid menggunakan Formula AS3KNP ini dengan baik semasa membuat nota dan belajar
Sejarah di rumah. Murid juga menggunakan nota Sejarah sendiri sebagai rujukan semasa
menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru di atas talian.
Selepas melaksanakan intervensi, saya mendapati murid menghantar nota tepat pada
masanya. Malahan, ada murid yang berjaya menyiapkan nota mereka lebih awal daripada
tarikh yang saya berikan. Tiada lagi rungutan dan permintaan untuk menghantar tugasan
lambat daripada tarikh yang telah diberikan.

Rajah 13: Menunjukkan rekod penghantaran nota Sejarah oleh murid.


Saya turut membuat pemerhatian ke atas penghantaran nota Sejarah mereka. Banyak
perubahan yang positif terhadap hasil nota yang telah mereka buat berbanding sebelum ini.
Nota yang dihasilkan oleh murid lebih baik serta lengkap dengan fakta-fakta penting. Fakta-
fakta Sejarah pada nota murid ditulis dan disusun secara berkronologi. Kreativiti murid juga
turut terserlah melalui penghasilan nota Sejarah yang kemas, cantik dan pelbagai bentuk. Ini
menunjukkan penggunaan Formula AS3KNP telah berjaya menyelesaikan masalah murid
yang sukar mengenalpasti fakta penting dan huraian yang terdapat pada buku teks Sejarah
Tingkatan 5.
Jadual 2. Perbezaan hasil nota Sejarah murid sebelum dan selepas menggunakan Formula
AS3KNP.

Murid Sebelum Selepas

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Terdapat perbezaan hasil kerja murid sebelum dan selepas menggunakan Formula AS3KNP.
Dari sudut pandangan peribadi saya, dapat dilihat murid menghasilkan nota mereka mengikut
cara tersendiri sesuai dengan gaya pembelajaran masing-masing tetapi masih berkonsepkan
cara menulis nota yang sama.
Rajah 14: Perbualan antara saya dengan murid.

Murid memberikan pendapat Formula AS3KNP ini bukan sahaja membantu mereka menulis
nota dengan cepat dan lebih tersusun malah mereka juga dapat mengingat fakta Sejarah
dengan mudah. Selain itu, murid turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada
guru kerana memperkenalkan Formula AS3KNP ini kepada mereka. Saya juga menjalankan
kuiz menggunakan platform Google Form bagi menguji keberkesanan Formula AS3KNP
dalam membantu murid mengingat fakta Sejarah.

Rajah 15: Menunjukkan corak perubahan markah yang diperolehi oleh murid melalui kuiz
yang dijalankan. Didapati terdapat peningkatan markah yang diperolehi oleh murid. Malah
ada murid yang mendapat 20/20 markah. Ini menunjukkan Formula AS3KNP berjaya
diaplikasikan oleh murid semasa menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh guru.

Melalui peningkatan markah kuiz murid ini terbukti Formula AS3KNP merupakan
salah satu strategi pembelajaran yang berkesan. Ini menyokong kepada kajian Zamri (2015)
yang mengatakan strategi pembelajaran yang sesuai mempunyai hubungan dengan
pencapaian murid dalam peperiksaan.
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah rumusan dan perbincangan kajian berdasarkan objektif kajian.

Objektif 1: Membantu murid menghasilkan nota Sejarah dengan baik.

Saya mendapati murid telah berjaya menulis nota Sejarah dengan baik. Ini dapat dilihat pada
nota Sejarah yang telah mereka hasilkan. Nota mereka lengkap dengan fakta-fakta Sejarah
yang penting. Formula AS3KNP telah berjaya mengatasi kelemahan murid dalam menulis
nota Sejarah dengan berjaya membezakan isi yang relevan dan tidak relevan seperti yang
dinyatakan dalam kajian Anthony dan Yahya (2017). Murid tidak akan mudah ketinggalan
sesuatu fakta yang penting apabila menulis nota dengan menggunakan Formula AS3KNP
sebagai panduan. Hasil penulisan murid juga berjaya ditingkatkan melalui aktiviti menulis
nota Sejarah ini. Murid lebih pandai membuat ringkasan nota dengan menggunakan ayat
mengikut kefahaman sendiri dan ini disokong dengan kenyataan penggunaan strategi
pembelajaran kemahiran menulis bukan sahaja boleh meningkatkan mutu penulisan malah
boleh melahirkan murid yang berdikari dan mendapatkan ilmu dengan cara tersendiri
(Habsah & Yahya, 2018).

Hasil kerja murid juga nampak lebih kemas dan fakta Sejarah ditulis dengan baik dan
mengikut turutan yang betul. Dalam mata pelajaran Sejarah, adalah penting untuk murid
menguasai fakta Sejarah berkronologi dimana kronologi merujuk kepada masa lalu, masa kini
dan masa depan mengikut urutan peristiwa bersejarah (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2003; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Memandangkan elemen yang terdapat pada
Formula AS3KNP telah disusun secara berkronologi, ini menjadi panduan mudah kepada
murid untuk menghasilkan nota Sejarah secara tersusun dan mengikut kronologi peristiwa
yang betul. Jadi, menulis nota secara kronologi bermula dengan Apa, Siapa, Kenapa, Kesan,
Kesimpulan, Nilai dan Pengajaran akan membantu murid untuk lebih memahami secara
komprehensif proses peristiwa tertentu dari awal hingga akhir (Mohd Mahzan et al., 2016)

Formula AS3KNP ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan
keyakinan murid untuk menghasilkan nota Sejarah sendiri dengan baik. Ini kerana, formula
ini akan membantu murid untuk membina sendiri soalan berkaitan dengan topik yang mereka
pelajari. Formula AS3KNP juga mengajar murid agar lebih berdikari dalam menghasilkan
nota sendiri tanpa bergantung kepada nota daripada guru semata-mata. Tambahan pula,
penghasilan nota sendiri akan mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. Oleh itu, saya
perlu bijak untuk menjadikan suasana pembelajaran murid di rumah lebih ceria dan menarik
dengan aktiviti menulis nota berkonsepkan bebas mengikut kefahaman murid sendiri kerana
suasana pembelajaran di rumah yang hambar dan tidak menarik tidak akan merangsang
pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid (Izhab & Muhammad Zaid, 2018;
Muhammad Yazid, 2018). Melalui tugasan membuat nota Sejarah sendiri di rumah telah
mampu menyerlahkan kreativiti murid melalui penghasilan nota Sejarah yang cantik,
pelbagai gaya dan juga bentuk.
Objektif 2: Membantu murid mengingat fakta Sejarah dengan lebih mudah.
Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang dihujani dengan jutaan fakta. Sukar
untuk dielakkan daripada mendengar perkataan “banyaknya fakta kena hafal cikgu..”
daripada murid. Oleh itu, saya menjadikan Formula AS3KNP ini sebagai strategi untuk
melatih murid saya mengingat fakta Sejarah dengan lebih baik dan cepat.
Elemen AS3KNP yang saya petik daripada kata kunci penyoalan soalan peperiksaan
Sejarah ini dapat membantu murid mengingat fakta yang seringkali ditanya dalam
peperiksaan. Berdasarkan dapatan kajian yang telah saya jalankan, murid memberikan
pendapat bahawa mereka lebih mudah memahami topik yang diajar oleh guru disamping
berjaya mengingat fakta dengan mudah. Ini terbukti dengan menulis nota yang baik murid
akan lebih mudah mengingat fakta sejarah dan ini disokong oleh kenyataan Nor Zuhidayah
dan Siti Saniah (2016) dalam kajiannya yang mengatakan bahawa murid berpeluang untuk
mengingati isi pelajaran sebagai pengukuhan menerusi catatan ringkas. Dengan
menggunakan Formula AS3KNP sebagai strategi dalam menulis nota, ini akan memberi
manfaat kepada murid untuk melatih diri mereka menulis isi penting yang diajar oleh guru
dan secara tidak langsung dapat mengulang kaji apabila peperiksaan menjelang.

Perubahan tingkah laku murid juga dapat dilihat semasa sesi PdPR dijalankan selepas
melaksanakan intervensi ini. Saya membuat perbandingan sebelum menggunakan Formula
AS3KNP mengajar, murid lambat memberikan respon apabila saya menanyakan soalan.
Murid juga kurang bersuara di dalam Telegram kelas dan kurang aktif dalam perbincangan.
Namun begitu, selepas melaksanakan intervensi saya mendapati perubahan yang ketara
dalam kalangan murid Tingkatan 5 Ambitious. Saya mendapati mereka lebih aktif dan
banyak mengeluarkan pendapat dan idea. Apa yang lebih menggembirakan saya, murid
pantas menjawab apabila saya menanyakan soalan berkaitan isi pelajaran pada hari tersebut
kepada mereka. Murid memberikan pandangan bahawa lebih mudah belajar apabila sudah
menyiapkan nota Sejarah sendiri kerana mereka tidak lagi bergantung kepada buku teks
untuk merujuk fakta. Dapat dilihat, murid lebih berpengetahuan luas berkaitan dengan sejarah
tanah air dan dunia semasa belajar mata pelajaran Sejarah dan ini disokong oleh kenyataan
mata pelajaran Sejarah memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi muda
dan masyarakat yang berpengetahuan, memahami warisan Sejarah dan mempunyai unsur-
unsur perpaduan negara (Twells, 2015).
Objektif 3: Membantu mempercepatkan pengajaran silibus Sejarah disamping
mengubah amalan pengajaran guru ke arah yang lebih menarik.

Berdasarkan kajian tindakan yang telah saya jalankan, penggunaan Formula AS3KNP ini
bukan sahaja memberi impak kepada murid malahan turut memberikan impak yang positif
kepada saya sebagai seorang guru Sejarah. Selepas menggunakan Formula AS3KNP ini
dalam strategi pengajaran, saya mendapati proses pengajaran berjalan dengan lebih lancar
dan ini meningkatkan perasaan positif dalam diri saya untuk mengajar dengan lebih baik lagi
demi kemenjadian murid. Silibus mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 juga berjaya dihabiskan
dengan cepat. Ini memberi kelebihan kepada saya untuk memulakan latih tubi soalan dengan
lebih awal.
Melihat kepada keperluan semasa, sebagai guru saya perlu lebih kreatif dalam
membangunkan intervensi yang bersesuai dengan potensi murid dalam mata pelajaran
Sejarah terutama situasi pandemik Covid-19 yang membataskan sesi bersemuka antara guru
dan murid. Oleh itu, saya mencipta Formula AS3KNP ini bagi memudahkan sesi pengajaran
Sejarah saya semasa tempoh PdPR dan ini menyahut kepada kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia dimana guru digalakkan untuk menggunakan pedagogi dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2017). Dengan kejayaan intervensi ini, saya secara tidak langsung meningkatkan tahap
profesionalisme saya sebagai seorang guru secara berterusan.
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya lebih memainkan peranan sebagai
pembimbing dan bukannya guru kepada murid. Formula AS3KNP ini menjadikan murid saya
lebih berdikari sepenuhnya di rumah dengan berbantukan guru sebagai pembimbing.
Selebihnya adalah bergantung kepada kebijaksanaan murid menggunakan Formula AS3KNP
ini di rumah untuk belajar Sejarah. Saya menukar konsep guru sebagai tenaga pengajar utama
kepada guru adalah pembimbing semasa pengajaran Sejarah berlangsung (pembelajaran
berpusatkan murid). Ini sedikit sebanyak membina keyakinan murid semasa menyampaikan
dan menulis fakta Sejarah disamping menggalakkan penglibatan murid semasa PdPR kerana
murid akan bersikap lebih pasif jika guru masih mengajar secara tradisional dan berpusatkan
guru (Anthony dan Yahya, 2017).

KESIMPULAN
Berdasarkan kajian tindakan ini, pembelajaran Sejarah untuk Tingkatan 5 Ambitious telah
menunjukkan perubahan yang begitu positif terutamanya selepas Formula AS3KNP
diperkenalkan.Menyedari hakikat bahawa mata pelajaran ini wajib lulus maka para guru perlu
sentiasa proaktif disamping kreatif dalam memikirkan strategi pembelajaran yang sesuai
dengan aras murid. Guru Sejarah perlu sentiasa memikirkan cara pengajaran yang mampu
menarik minat murid mempelajari Sejarah. Guru Sejarah juga perlu bijak dalam menjayakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mengikut keperluan murid disamping mencari
jalan penyelesaian untuk membuatkan murid meminati mata pelajaran Sejarah bagi
menjayakan aspirasi murid dalam aspek kemahiran berfikir dan berpengetahuan (PPPM
2013-2025). Sebagai guru Sejarah pula, saya akan terus memikirkan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dan seiring dengan keadaan semasa agar dapat meningkatkan profesionalisme
saya sebagai seorang pendidik. Saya tidak akan berputus asa mencari dan mencipta kaedah
belajar yang mudah dan bermakna bagi membantu dan membimbing murid dalam usaha
menguasai mata pelajaran Sejarah sama ada secara bersemuka ataupun secara PdPR.
RUJUKAN
Abdullah, N. & Darusalam, G.(2018). Kesediaan guru melaksanakan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam pengajaran. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 6(2), 22-31.
Abdul Razak, R. (2013).Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas talian dalam
analisis novel bahasa Melayu. JUKU 1(3):33-46.
Abdul Razak, R. & Abdul Rahman, M. (2013). Pembinaan media pengajaran berasaskan
multimedia di kalangan guru ICTL. JUKU 1(2):20-31.
Che Amat, M. & Hakeem, A. (2013). Menilai keberkesanan pelaksanaan program Diploma
Pergurusan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah di Institusi Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geopgrafi 2013 (UMS,
29-30 Ogos 2013): 214-225.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah. 2017. Bahagian
Pembangunan Kurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur.
Gani A., Siarap, K., & Mustafa, H. (2016). Penggunaan komputer dalam pengajaran-
pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: Satu Kajian Kes di
Pulau Pinang. Kajian Malaysia, Vol XXIV, (1 & 2): 203-225.
Habsah, N., & Othman, Y. (2018) Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau daerah Daro. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu Vol.8, Bil.1 (Mei 2018):33-41
Hussin, H. (2010). Isu-isu negara bangsa abad ke-21. Pahang: Universiti Malaysia
Pahang.
Hussin, N.,Rasul, M., & Abd. Rauf, R. (2013). Penggunaan laman web sebagai transformasi
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Online Journal of Islamic
Education June 2013, 1(2):58-73.
Ismail, I. & Ismail, M. (2018). Hubungan kemahiran pemikiran sejarah
dengan amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Prosiding
seminar kebangsaan majlis dekan pendidikan universiti awam 2018, November 7–8,
2018. Universiti Sultan Zainal Abidin, hlm. 303–320.
Jasmi, K. & Tamuri, A. (2016). Pendidikan Islam: Kaedah P&P.Skudai:Universiti Teknologi
Malaysia.
Kaviza, M. (2019). Analisis keperluan terhadap pembangunan modul aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sejarah berasaskan sumber-sumber sejarah. E-Bangi. Journal of Social
Science and Humanities, 16 (6), 1-11.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Sejarah,
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mahamod, Z., Emir, R. & Embi, M. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samsudin, M. & Shaharudin, S. (2012). Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran Sejarah di
sekolah di Malaysia. JEBAT Malaysian Journal of History, Politics & Strategic
Studies 39 (2)(2012):116-141.
Ramakrishnan, Renuka, Esa N. & Abdullah, S. (2013).Kesan penggunaan sumber digital
sejarah terhadap amalan pemikiran sejarah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Rasid, A., Hashim, N. & Othman, S. (2012). Multimedia
interaktif mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid
PROBIM. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2), 46-53.
Saad, H. (2017).Kaedah pembelajaran membina karangan secara efektif dalam kalangan
murid tahun empat dengan menggunakan Gerabak Bahasa. International Conference
on Global Education V, “Global Education, Common Wealth, and Cultural
Diversity”.
Sujirah, I & Zuraidah, A. (@013). Amalan-amalan komuniti pembelajaran professional ke
arah keberkesanan sekolah. Dilayari daripada
http://repository.um.edu.my/35754/I/Kajian%20%201.pdf
Tamoh, S. & Ahmad, A. (2017). Pembangunan Modul 5E dalam meningkatkan kemahiran
pemikiran sejarah. Kertas kerja yang dibentangkan di 2nd International Conference in
Education and Regional Development, 2-0-21 November 2017, Bandung, Indonesia.
Twells, A. (2015). „More than gaining a mark‟: Students as partners and co-producers in
public history and community engagement. In D.Ludvigsson & A. Booth (Eds.),
Enrichinghistory teaching and learning, challenges, possibilities, practice (pp. 51-66).
LinköpingUniversity.
Zuraidah, A., Rahimah, A., Muhammad, Faizal, A. G. & Hailan, S. (2012). Komuniti
Pembelajaran Profesional Dalam Kalangan Warga Sekolah Menengah Di Malaysia.
Dilayari daripada http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/formCD/pdf/117.pdf
Lampiran 1:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ULU BALINGIAN

KM 109 JALAN SIBU-BINTULU,

96000, SIBU

CATATAN PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA GURU:

DANCY ANAK AGAN

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS NOTA SEJARAH SEMASA TEMPOH


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

NAMA PENGKAJI : DANCY ANAK AGAN

TEMPAT BERTUGAS : SMK ULU BALINGIAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH : SELANGA


Isu: Murid mempunyai masalah mengenal pasti fakta penting semasa menulis nota
Sejarah sepanjang tempoh PdPR.

BAHAGIAN A: PEMERHATIAN

Bil. Pemerhatian Tarikh Pelaksanaan Perkara

1. Pemerhatian 1 3 Februari 2021 Tinjauan awal telah dibuat terhadap


hingga 15 Februari penghantaran tugasan nota murid
pada sesi PdPR yang lalu iaitu pada
Bulan Februari 2021.
Didapati seramai 9 orang murid
lambat menghantar tugasan kepada
guru berdasarkan senarai semak
penghantaran hasil kerja murid.

2. Pemerhatian 2 3 Februari 2021 Daripada penghantaran tugasan nota


hingga 15 Mac 2021 tersebut, didapati ramai murid
membuat nota hanya dengan
menyalin isi bulat-bulat sahaja
daripada buku teks.

Ini menunjukkan murid tidak dapat


menulis nota dengan baik.

3. Pemerhatian 3 Februari 2021 hingga Murid tidak dapat membezakan fakta


Mei dan huraian yang terdapat pada buku
teks.

Ini menyukarkan murid menulis dan


menyiapkan nota tepat pada masa.

4. Pemerhatian 4 Februari 2021 hingga Berdasarkan temu bual antara guru


Mei dan murid melalui media WhatsApp,
didapati murid sukar mengingat fakta
Sejarah dengan hanya berpandukan
buku teks sahaja.
BAHAGIAN B: REFLEKSI

1. Pemerhatian 1
Tarikh pelaksanaan: 3 Februari 2021 hingga 15 Februari 2021

Pemerhatian 1 Inkuiri Kendiri Refleksi

Tinjauan awal telah dibuat a. Mengapakah saya a. Murid memberikan


terhadap penghantaran gagal membuat 9 orang alasan tidak sempat
tugasan nota murid pada murid saya menghantar menyiapkan nota.
sesi PdPR yang lalu iaitu tugasan nota tepat pada
pada Bulan Februari 2021. waktunya?
Didapati seramai 9 orang b. Saya memberikan masa
murid lambat menghantar b. Adakah masa yang yang cukup lama untuk
tugasan kepada guru saya berikan untuk menyiapkan nota
berdasarkan senarai semak menyiapkan nota tidak tersebut iaitu selama 2
penghantaran hasil kerja mencukupi? minggu.
murid.
c. Ada murid memberikan
c. Adakah arahan yang respon tidak pandai
saya berikan untuk membuat nota sendiri di
menyiapkan nota tidak rumah kerana arahan
jelas dan difahami oleh yang diberikan tidak
murid? jelas.

Graf di atas 2menunjukkan 9 orang Jadual di atas menunjukkan rekod


2. Pemerhatian
murid lambat menghantar nota. penghantaran nota murid semasa PdPR
pada Februari 2021 yang lalu.
Tarikh pelaksanaan: 3 Februari 2021 hingga 15 Februari 2021

Pemerhatian 2 Inkuiri kendiri Refleksi

Daripada penghantaran a. Kenapakah murid a. Murid tidak dapat


tugasan nota tersebut, saya menyalin isi membezakan fakta
didapati ramai murid bulat-bulat sahaja penting dan juga
membuat nota hanya daripada buku teks? huraian tambahan.
dengan menyalin isi
bulat-bulat sahaja b. Mengapakah saya b. Murid tidak
daripada buku teks. tidak berjaya memahami
membuat murid saya penerangan yang
Ini menunjukkan murid menulis nota degan diberikan oleh guru
tidak dapat menulis nota baik? jadi murid membuat
dengan baik. nota dengan meyalin
sahaja isi yang ada
pada buku teks.
c. Adakah Teknik Garis
dan Salin yang saya c. Murid tidak
ajar pada sesi pdpr menguasai Teknik
yang lalu tidak Garis dan Salin yang
dikuasai oleh murid? saya ajar pada sesi
PdPR yang lalu.

Gambar di bawah merupakan beberapa hasil kerja murid yang telah dihantar. Pengkaji
mendapati nota yang dihasilkan oleh murid sangat tidak memuaskan. Pengkaji meminta
murid untuk membuat semula nota mereka agar nampak lebih kemas dan lengkap dengan
fakta penting.

Penghantaran tugasan kali pertama:

Murid 1: Tiada penegasan fakta penting

Murid 2: Ada digariskan tajuk dan fakta


tetapi murid ini banyak tidak menulis fakta
penting.
Murid 3: Nota ditulis dalam bentuk karangan
panjang

Tarikh pelaksanaan: lebih kurang 2 minggu selepas penghantaran tugasan pertama. (Bulan
Mac 2021)

Selepas penghantaran nota kali pertama, didapati murid masih tidak dapat menulis nota
dengan baik. Ini menunjukkan Teknik Garis dan Salin yang diajar sebelum ini tidak berkesan
dalam kalangan murid. Ini sangat membimbangkan kerana dalam mata pelajaran Sejarah nota
itu merupakan elemen yang sangat penting ditambah lagi dengan keadaan sekarang murid
belajar dari rumah.

Gambar di sebelah menunjukkan


penghantaran tugasan murid untuk kali
kedua. Walaupun sudah diterangkan
bagaimana cara menulis nota
menggunakan Teknik Garis dan Salin,
tetapi murid masih tidak mampu menulis
nota dengan baik bercirikan fakta penting.

Nota sejarah yang baik hendaklah


dilengkapi dengan fakta penting. Ini
kerana nota yang lengkap akan dapat
membantu murid belajar sejarah di rumah
dengan lebih baik.

Ini mengukuhkan lagi alasan pengkaji


untuk membantu murid menulis nota
dengan lebih baik.
3. Pemerhatian 3
Tarikh pelaksanaan: Februari 2021 hingga Mei

Pemerhatian 3 Inkuiri kendiri Refleksi

Murid tidak dapat a. Mengapakah saya tidak a. Masih terdapat murid


membezakan fakta dan berjaya membuat murid yang keliru antara fakta
huraian yang terdapat pada membezakan fakta penting dan huraian
buku teks. penting dan huraian pada buku teks.
yang terdapat pada
Ini menyukarkan murid buku teks?
menulis dan menyiapkan
nota tepat pada masa. b. Adakah Teknik Garis b. Teknik Garis dan Salin
dan Salin yang saya tidak ada panduan yang
ajar tidak sesuai dengan khusus dan spesifik
murid? untuk digunakan oleh
murid pelbagai aras.

Berikut adalah perbualan antara pengkaji dan murid menggunakan aplikasi WhatsApp.

Respon 1: Murid tidak tahu Respon 2: Murid merasakan semua yang


mencari fakta penting. ditulis pada buku teks adalah semuanya
penting.

Respon 3: Murid tahu Daripada perbualan tersebut, guru membuat


huraian tetapi tidak tahu satu soal selidik ringkas menggunakan
fakta penting. aplikasi Poll di Telegram
4. Pemerhatian 4
Tarikh pelaksanaan: Februari 2021 hingga Mei

Pemerhatian 4 Inkuiri kendiri Refleksi

Berdasarkan temu bual a. Apakah yang boleh a. Saya akan


diantara guru dan murid saya lakukan bagi membimbing murid
melalui media Whatsapp, membantu murid untuk membuat nota
didapati murid sukar mengingat fakta sendiri sesuai dengan
mengingat fakta Sejarah berdasarkan sumber aras mereka.
dengan hanya nota yang mereka ada?
berpandukan buku teks
sahaja. b. Adakah cara lain yang b. Saya akan memikirkan
dapat saya lakukan cara yang lebih mudah
untuk membantu bagi membantu murid
murid saya mengingat mengingat fakta.
fakta?

Berikut merupakan respon yang diberikan oleh murid dalam sesi perbualan bersama guru.
Kebanyakan murid berpendapat nota mereka memainkan peranan penting semasa belajar
subjek Sejarah semasa PdPR. Mereka berpendapat nota sendiri lebih selesa digunakan ketika
belajar di rumah.

Murid 1 Murid 2

Murid 3 Murid 4
Disebabkan situasi pandemik Covid-19 kini, ia menyukarkan untuk pengkaji dan murid
bersemuka. Oleh sebab itu, bagi mengukur kemajuan murid berkaitan dengan subtopik yang
telah diajar, pengkaji membuat kuiz secara atas talian. Daripada kuiz yang dijalankan,
didapati ramai murid tidak dapat menguasai Bab 3 dalam silibus Tingkatan 5 KSSM Sejarah.
Murid memberikan respon bahawa dalam bab ini terlalu banyak ayat dan perkataan dimana
mereka sukar untuk membezakan yang mana satu adalah fakta penting dan juga huraian. Ini
menyukarkan mereka memahami bab ini dan tidak dapat mengingat fakta dengan baik,

Kuiz 1

Graf di atas menunjukkan rumusan


markah Kuiz 1 yang dibuat oleh
murid melalui aplikasi Google Form.
Berdasarkan graf pada Kuiz 1, ramai
murid mendapat markah kurang
Soal selidik di atas daripada 10 markah. Ini sangat tidak
dijalankan menggunakan memuaskan hati pengkaji. Adakah
aplikasi Poll di Telegram. Ini ini rentetan daripada isu murid tidak
bertujuan untuk mengetahui dapat mengenalpasti fakta penting
bab yang sukar difahami oleh dengan baik semasa menulis nota
murid. Berdasarkan soal dan menyebabkan mereka sukar
selidik di atas, rata-rata mengingat fakta sejarah? Masalah ini
murid mengundi Bab 3 sangat serius dan harus diatasi.
bertajuk Raja
Berperlembagaan.
Kumpulan Sasaran:

Kajian Tindakan ini melibatkan murid Tingkatan 5 Ambitious SMK Ulu Balingian. Kajian
ini lebih berfokus kepada sembilan orang murid yang mempunyai masalah dalam
menyiapkan nota dan mempunyai markah kuiz yang sangat rendah.

BAHAGIAN C: MERANCANG

SASARAN:

9 orang murid Tingkatan 5 Ambitious dapat menyiapkan nota tepat pada masa dan
menghasilkan nota yang lengkap disamping mengingat fakta sejarah dengan baik.

FOKUS KAJIAN:

Dalam melaksanakan kajian ini, saya berfokus kepada tiga perkara, iaitu:

a) Murid yang mempunyai masalah mengenalpasti fakta penting dan juga huraian yang
terdapat pada buku teks Sejarah.
b) Murid yang tidak mampu menghasilkan nota Sejarah dengan baik.
c) Murid yang mempunyai masalah sukar mengingat fakta Sejarah.

OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif kajian ini adalah:


1. Membantu murid menghasilkan nota Sejarah dengan baik.
2. Membantu murid mengingat fakta Sejarah dengan lebih mudah.
3. Membantu mempercepatkan pengajaran silibus Sejarah disamping mengubah
amalan pengajaran guru ke arah yang lebih menarik.
INTERVENSI:

Berdasarkan permasalahan dan isu di atas, timbulnya idea untuk mewujudkan satu formula
ringkas dan mudah diingat oleh murid bagi menyelesaikan isu ini. Formula tersebut diberi
nama sebagai Formula AS3KNP dimana formula ini dibina berdasarkan kata kunci penyoalan
soalan peperiksaan Sejarah SPM dan selari dengan kehendak silibus KSSM mata pelajaran
Sejarah yang terkini.

Apa itu Formula AS3KNP?

Formula AS3KNP ini mempunyai tujuh elemen penyoalan penting yang seringkali keluar
pada soalan peperiksaan. Sepertimana yang kita sedia maklum, soalan Sejarah lazimnya tidak
pernah lari daripada tujuh aspek penyoalan ini. Tujuh aspek penyoalan ini ialah:

Formula AS3KNP ini akan menjadi panduan


A – APA? mudah kepada murid untuk menulis nota
secara lebih tersusun dan sistematik. Selain
S – SIAPA? daripada itu, Formula AS3KNP ini akan
K – KENAPA? dapat membantu murid menulis dan
menghasilkan nota dengan fakta yang
K – KESAN
lengkap dan lebih cepat.
K – KESIMPULAN
Ibarat serampang dua mata, selain daripada
N – NILAI
memudahkan murid menghasilkan nota yang
P - PENGAJARAN baik dan lebih cepat, Formula AS3KNP ini
akan membantu murid untuk lebih mudah
memahami sesuatu topik dan membantu
murid mengingat fakta dengan lebih mudah.

Kekuatan utama Formula AS3KNP ini, setiap elemen yang ada pada AS3KNP dibina
daripada kata kunci penyoalan soalan peperiksaan Sejarah. Formula ini disusun secara
berkronologi bermula daripada penyoalan Apakah, Siapakah, Kenapakah, Kesan,
Kesimpulan, Nilai dan Pengajaran. Ini akan membantu murid memahami topik dengan lebih
tersusun dan terperinci. Selain daripada itu, elemen Nilai dan Pengajaran dimasukkan bagi
menerapkan Elemen Kewarganegaraan yang perlu diajar dalam matapelajaran Sejarah. Ini
secara tidak langsung memberi pendedahan kepada murid terhadap unsur KBAT.
INDIKATOR KEJAYAAN INTERVENSI:

Memandangkan tiada sesi pembelajaran secara bersemuka, bimbingan ke atas murid


menggunakan Formula AS3KNP ini adalah secara atas talian.

Kaedah yang digunakan oleh guru ialah:

a) Melalui penghantaran hasil kerja murid (nota murid)


b) Penilaian pencapaian murid menggunakan Aplikasi Google Form (menjalankan
kuiz)
c) Penilaian kefahaman murid menggunakan Voice Chat melalui aplikasi WhatsApp
dan Telegram
BAHAGIAN D: MELAKSANA

Secara asasnya, murid akan menggunakan Kemahiran 3M apabila menggunakan Formula


AS3KNP iaitu:
Langkah melaksanakan intervensi:

Ada enam langkah melaksanakan intervensi ini. Langkah tersebut ialah:

Berikut merupakan bukti proses pelaksanaan intervensi yang dibuat bersama murid.
Semasa melaksanakan intervensi ini, terdapat dua orang daripada Sembilan orang murid yang
dikaji tidak dapat memahami penggunaan Formula AS3KNP. Oleh itu, guru mengambil
Tindakan untuk mengadakan siri bimbingan secara individu bagi membantu murid
memahami penggunaan Formula AS3KNP.

Gambar di bawah menunjukkan bimbingan yang dilakukan oleh guru secara berterusan
bersama murid.
Bimbingan diberikan secara berterusan sehingga murid memahami penggunaan
FORMULA AS3KNP. Ini tidak membataskan interaksi antara guru dan murid
walaupun tidak secara bersemuka.
Gambar di bawah menunjukkan bagaimana murid melaksanakan intervensi ini di rumah.

Murid 1
Murid 2

Murid 3
DAPATAN KAJIAN:

a) Rekod penghantaran tugasan murid

 Selepas menggunakan Formula


AS3KNP
 100% murid menghantar tugasan.
 9 orang murid yang menghantar
lambat sebelum ini menghantar tepat
pada masanya malah ada yang
menghantar lebih awal.

b) Temu bual bersama murid:

Terbukti penggunaan Formula AS3KNP ini membantu murid


mengingat fakta dengan mudah.
Murid juga turut memberikan respon gembira dan berterima kasih.
Temu bual bersama murid:

Murid 1

Murid 2

Murid memberikan respon yang sangat positif


selepas menggunakan Formula AS3KNP ini
semasa belajar dari rumah.
c) Hasil Kerja Murid:
Murid Sebelum Selepas
Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Hasil kerja murid lebih kemas, lengkap dan Nampak lebih kreatif selepas
mengaplikasikan Formula AS3KNP sebagai panduan menulis nota.
Boleh dilihat kesungguhan
murid menyiapkan tugasan
melalui hasil kerja yang
kemas dan kreatif.

Terpapar kegembiraan di
wajah murid ini setelah
menyiapkan tugasan yang
diberikan.
d) Rekod markah kuiz murid

KUIZ 1 KUIZ 2

KUIZ 3

Graf di atas menunjukkan trend perubahan markah yang diperolehi oleh murid
melalui kuiz yang dijalankan oleh guru. Didapati terdapat peningkatan lingkungan
markah yang diperolehi oleh murid. Malah, ada murid yang mendapat 20/20
markah.

Berdasarkan rekod markah di atas, didapati markah kuiz murid terdapat peningkatan. Ini menunjukkan
FORMULA AS3KNP ini berjaya diaplikasikan oleh murid semasa menjawab soalan kuiz yang diberikan
guru.
E: PEMERHATIAN SEMULA

Selepas Formula AS3KNP diperkenalkan:

Kesan Terhadap Murid Kesan Terhadap Guru

a) Murid berjaya menyiapkan nota a) Guru lebih bersemangat


dengan cepat melaksanakan PDPR.
b) Sebilangan murid telah berjaya b) Silibus dapat dihabiskan dengan
menyiapkan nota keseluruhan bab cepat memandangkan berlaku proses
dalam silibus Tingkatan 5 pembelajaran berkonsepkan “flipped
c) Hasil kerja murid bertambah baik classroom” secara tidak langsung
dan semakin menarik. c) Hubungan diantara guru dan murid
d) Penglibatan murid dalam PDPR semakin erat disebabkan berlakunya
semakin aktif terutama apabila sesi sesi perbincangan dua hala yang
kuiz dijalankan kerap.
e) Murid lebih kerap bertanya
berbanding sesi PDPR 1.0
f) Murid nampak lebih bersemangat
menjawab soalan kuiz.
g) Hubungan di antara guru dan murid
bertambah baik memandangkan
perbincangan dua hala sering
dijalankan
h) Sesi PDPR berjalan dengan lancar.

Daripada pelaksanaan intervensi ini, saya dapati objektif kajian berjaya dicapai
sepenuhnya. Murid berjaya menghasilkan nota Sejarah yang baik lengkap dengan fakta
penting dan lebih kreatif berbanding penghantaran nota pada awal PDPR yang lalu (Februari
2021). Yang lebih membanggakan, murid berjaya menyiapkan nota keseluruhan bab dalam
silibus Tingkatan 5 dengan sendirinya di rumah. Murid juga memberikan respon, mereka
lebih mudah belajar sejarah di rumah dengan merujuk nota sendiri.
Ramai murid memberikan respon bahawa mereka sudah menyiapkan nota
sepenuhnya.

Dapatan kajian yang paling penting sekali ialah, murid memberikan respon mereka
dapat mencari fakta penting dan mengingatnya dengan mudah. Apabila membaca nota
mereka lebih mudah memahami subtopik yang diajar oleh guru semasa PDPR. Tambahan
lagi, nota yang mereka buat berdasarkan Formula AS3KNP membantu mereka menjawab
soalan Latihan sejarah dengan lebih mudah dan cepat.
F: REFLEKSI SEMULA

Kesimpulannya, Formula AS3KNP ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri untuk


membantu murid belajar sejarah semasa pandemic Covid-19 kini.

Berikut merupakan di antara kekuatan bagi Formula ini yang berjaya menyebabkan objektfi
kajian Tindakan ini Berjaya dicapai sepenuhnya.

Bil. KEKUATAN FORMULA AS3KNP

1. Mudah dihafal serta ringkas


2. Sesuai digunakan untuk semua bab dalam mata pelajaran Sejarah
3. Berpaksikan kata kunci penyoalan soalan peperiksaan Sejarah
4. Menjadi panduan murid menulis nota secara berkronologi dan tersusun
5. Menjimatkan masa menulis nota dan waktu mengajar
6. Mencabar pemikiran kritis murid membina soalan sendiri tanpa
bantuan guru di rumah
7. Boleh dijadikan garis panduan dalam menjawab Latihan soalan esei
sejarah.

Walau bagaimanapun, FORMULA AS3KNP ini akan ditambah baik agar penggunaannya
akan lebih meluas dalam membantu murid belajar Sejarah dengan lebih mudah terutama
sekali pada musim 45andemic kini.

Disediakan Oleh,

(Dancy anak Agan)

SMK Ulu Balingian,

PPD Selangau,

Sarawak.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai