Anda di halaman 1dari 1

Pengajaran ayat 18

- Kita hendaklah meyakini Allah itu Maha Adil dan akan memberi balasan secara
adil, tidak seperti mahkamah di dunia yang kadangkala tidak berlaku adil. Keadilan
menurut hukum duniawi tidak sama hakikatnya dengan apa yang diputuskan oleh
syariat Islam. Selain itu, Kita hendaklah meyakini bahawa Allah menepati janji
sebagaimana janji-Nya bagi hamba yang beriman dan beramal soleh di dunia akan
mendapat ganjaran di akhirat. Sentiasalah merenung apakah nasib dan posisi
kita kelak di sisi Allah. Al-Quran sudah menjelaskan bahawa mereka yang fasiq
juga akan mendapat balasan yang setimpal atas kefasikan mereka di dunia dan Allah
tidak akan memungkiri janji. Mereka hidup dengan cara yang berlainan dan
berlawanan dengan mukmin yang taat. Maka balasan yang dikenakan kepada
mereka pun tentulah tidak sama. Oleh itu jagalah amalan, tindakan serta pemikiran
kita agar tidak bercampur dengan amalan dan pemikiran orang-orang yang fasik.

Pengajaran ayat 19
- Jangan cepat kalah dengan kepenatan hidup. Al-Quran mengingatkan kita bahawa kita
hendaklah beramal untuk mendapat kebaikan di akhirat, bukan dengan duduk
bersenang lenang sahaja di dunia. Justeru itu pastikan kita membuat amalan kebaikan,
kerana hasilnya akan kita dapat di suatu tempat yang memberi rasa tenang dan selesa
iaitu di syurga. Penghuni syurga akan mendapat segala kenikmatan di dalam syurga
setelah mereka berusaha dan bersusah payah melakukan amal soleh selama mereka
hidup di dunia. Syurga itulah ganjaran atas ketaatan mereka kepada Allah.

Pengajaran ayat 20
- Sentiasa mengambil iktibar bahawa musibah dan bala yang menimpa kita di dunia
adalah kerana dosa kita sendiri. Dengan harapan bala itu menjadi kafarah dan penyebab
untuk diampuni Allah jika manusia bertaubat dan kembali pada Allah. Ada kala manusia
terleka dalam dosa, maka datanglah balasan berupa peringatan dari Allah untuk
memohon ampun dari -Nya. Manusia tidak akan mampu melawan kekuasaan Allah
terutama apabila balasan datang kepada mereka. Maka sebelum kemurkaan Allah
datang, kita perlu sentiasa berfikir tentang buruk baik dari setiap perbuatan yang kita
lakukan. Ketika mahu berbuat jahat dan bermaksiat cubalah bayangkan jika api
diletakkan di tangan kita. Jika kita tak mampu menahan kepanasannya maka sedarlah
bahawa di atas dunia sudah tidak tertanggung, apa lagi bila di akhirat kelak. Manusia
yang ingkar akan disiksa berkali-kali tanpa henti.

Anda mungkin juga menyukai