Anda di halaman 1dari 3

Pengertian Taubat

Taubat. Suatu istilah yang pendek, yang senang disebut, tetapi sering di salah ertikan tuntutannya. Tuntutan taubat juga sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran. Sebaliknya, tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati.Kadang-kadang kita yang jahil ini sering terfikir. Kenapa kita perlu bertaubat ? Tidak lain dan tidak bukan ialah agar : Kita dapat merasai keringanan dan kemanisan dalam beribadah. Agar hati kita sentiasa tenang. Kerana kejadian kita yang dicipta Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya, adalah bersesuaian dengan fitrah kejadian kita yang benci menjadi hamba kepada selain Allah. ( Sila rujuk text Pertempuran yang lalu ). Kerana setalah merasa kemanisan dan keringanan dalam beribadah, maka kita telah pun menerima taufik, bagi melaksanakan hidayah yang telah kita kecapi. Agar ibadah kita di terima oleh Allah SWT. Ibadah yang kita lakukan, sedang kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, belum tentu dinilai oleh Allah SWT. Ibaratkan seorang rakyat yang kotor tubuh badan disaluti selut lumpur, pergi mengadap Raja untuk menerima hadiah. Apakah Raja akan gembira dengan rakyatnya yang pengotor datang mengadap untuk menerima hadiah ? Begitu juga halnya dengan diri kita. Seandainya diri kita dikotori oleh dosa dan kemungkaran, apakah mudah untuk Allah menerima ibadah kita ? Melainkan kita membersihkan diri kita dengan taubat.. PENGERTIAN TAUBAT Bahasa: Perkataan taubat diambil daripada perkataan (ta alif ba). Perkataan (ta alif ba) dalam Bahasa Arab membawa arti kembali. Istilah: Taubat membawa maksud kembali iaitu kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau melakukan larangannya. Menurut pendapat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, "Taubat ialah kembali seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang dicela pada syarak kepada perkara-perkara yang dipuji pada syarak dan mengetahui dia bahawasanya, dosa dan maksiat itu membinasakan diri dan iman dan menjauhkan daripada Allah Azza Wajalla dan daripada syurgaNya". Manakala taubat nasuha mengikut pendapat Abu Hasan Basri Radiallahhuanhu ialah " Bermula taubat nasuha itu iaitu menyesal dengan hati dan Istighfar dengan lidah dan meninggalkan maksiat dan segala anggotanya dan cita-cita bahawa tiada kembali kepada maksiat selama-lamanya". Berpandukan pengertian taubat daripada pandangan dua tokoh ulama besar di atas dapatlah difahamkan bahawa taubat itu ialah satu cara membersihkan diri seseorang dari sebarang dosa atau maksiat yang dilakukan serta kembali mengerjakan perkara-perkara yang disuruh yang telah ditinggalkan. Orang yang telah melakukan taubat maka jadilah hatinya yang

kotaor itu bersih semula seperti kain putih. Amalan taubat itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak.
Syarat-Syarat Taubat Para ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi, tiada sesuatu taubat dianggap sempurna kecuali dengan tiga syarat berikut: 1. Menyesali diri di atas dosa-dosa yang telah lalu 2. Menyucikan diri dan dosa. Yakni, tidak ada ertinya bertaubat padahal ia terus melakukan dosa yang sama dan tidak memberhentikannya. 3. Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan. Ketiga-tiga syarat ini mengiringi setiap taubat dan seorang hamba kepada Tuhannya. Firman Allah s.a.w: "Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan , laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang." (AI-Maidah:39) Terdapat satu lagi syarat yang ditekankan iaitu terhadap dosa seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain, di mana di sebut bahawa sekiranya anda menganiyai seorang anak Adam, mencederakannya atau menyentuh kehormatannya maka hendaklah kamu menebus, kembali haknya. Jika yang mengenai jiwa atau din hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam). Jika yang mengenai harta atau barang hendaklah anda mengembalikan semula haknya, dan jika yang mengenai kehormatan maka hendaklah anda memohon kemaatan darinya. Begitu juga halnya terhadap puasa, sembahyang dan zakat, hendaklah diqada'kan segala yang tidak dilakukan semampu yang boleh dan sesegera yang boleh. Setelah bertaubat, hendaklah dia meletakkan dirinya diantara takut dan harap. Berharap agar Allah menerima taubatnya dan takut kalau Allah tidak menerima taubatnya.

Taubat Nashuha artinya taubat yang sebenar-benarnya, murni dan tulus, sebagaimana firman Allah swt,Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).

Surat an-nisa ayat 17-18

artinya:
Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang pedih

Anda mungkin juga menyukai