Anda di halaman 1dari 4

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.

t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh


terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon
keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar
dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama
manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia
terbabit. Sekirannya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut
kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan
hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap
individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa
rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan
rahmat Allah s.w.t :

1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
3. Beramal kebajikan
4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

[sunting] Sebab-sebab Allah menerima taubat


1. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
2. Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak
3. Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan
4. Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya
5. Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya
6. Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya.

[sunting] Tujuan taubat


1. Diri suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak
2. Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
3. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
4. Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
5. Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
6. Jiwa dan perasaan tenang

[sunting] Ayat berkaitan taubat


 Surah At-Taubah
 “Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta
memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa
yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25
 "Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga
kebersihan." Surah al-Baqarah : 222

Firman Allah swt : “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang
telah dilakukan dengan sebenar-benar taubat. Bukan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah
golongan manusia yang hanya lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih
lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin
bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.


2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin
bertaubat dengan taubat nasuha, antaranya:

1) Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana
perkara-pekara lain.
2) Merasa jijik dan benci dengan dosa yang yang dilakukan dan mengakui akan
kemudharatannya.
3) Bersegera melakukan taubat nasuha.
4) Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5) Cuba Mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb.) yang telah di tingalkan
sebelumnya (sekiranya boleh).
6) Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia
sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

Adakah Allah Menerima Taubatku???


“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-
perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih
kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku tidak
membayar zakat. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan
mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga
malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan
mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya
(dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya
sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan” (Az-Zumar:
53,54).

Marilah sama-sama kita renungi dan hayati maksud Firman Allah di atas yang secara langsung
menjadi jawapan bagi persoalan hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu untuk bertaubat.

Seorang hamba yang merasakan bahawa dosanya terlalu banyak dan merasakan ianya tidak
mungin mendapat keampunan daripada Allah swt akan menjerumuskan dia kepada perkara-
perkara berikut :

Pertama: Tidak yakin pada luasnya rahmat dan magfirah Allah swt.
Firman Allah swt: “Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu (Al-A’raf: 156).

Kedua: Berkurangnya keimanan dan keyakinan terhadap qudrah Allah swt mengampunkan dosa
hamba-hambanya.
Firman Allah swt dalam sebuah hadis qudsi: “Barangsiapa yang megetahui dan meyakini bahawa
hanya Aku yang mampu mengampunkan segala dosa maka akan aku ampunkan dosa-dosanya
selama mana dia tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu”.

Ketiga: Lemahnya salah satu perasaan yang patut ada pada diri seorang hamba iaitu Ar-raja’
(berharap).
Allah swt telah berfirman dalam sebuah hadis qudsi : “ Wahai anak Adam! Sekiranya engkau
berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu.
Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit
kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai
anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak
mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak
seisi dunia”.

Keempat: Tidak berusaha untuk bertaubat dan memohon keampunan bagi menghapuskan dosa-
dosanya.
Rasulullah saw bersabda: “Orang yang bertaubat daripada dosa-dosa yang dilakukannya
seumpama tidak ada dosa bagi dirinya.”
Semoga kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaubat dengan sebenar-benar
taubat (taubat nasuha) dan ikhlas kerana Allah swt. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang.

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita tidak memandang usia dan tempat.
Firman Allah swt: “Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya, apabila datang ajal mereka itu, mereka
tidak akan dapat melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya walau sesaat jua
pun” (Al-A’raf: 34). “Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada tuhanmu kemudian
bertaubatlah kamu kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan yang baik sehingga
sampai ajalmu” (Hud: 3).

Rujukan:

1) (‫ولكن (محمد صالح المنجد‬.. ‫أريد أن أتوب‬


2) ‫المعجم المفهرس أللفاظ القرآن الكريم‬
3) Tafsir Quran Karim

Anda mungkin juga menyukai