Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK AGAMA LIMBANG, SARAWAK Kod Sekolah: YRA5101

1. Nama Guru AMALINA BINTI MORSHIDI

2. Judul EAT THAT FROG 3. Bidang: MOTIVASI DIRI

4. Tarikh Pembentangan 15 MAC 2021 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Dalam buku ini Brian Tracy menjadikan katak sebagai simbolik suatu tugasan atau
pekerjaan yang kita perlu selesaikan dalam kehidupan seharian. Buku ini ditulis bagi
mengatasi masalah masa yang tidak mencukupi dalam menyelesaikan banyak tugasan
serta menyelesaikan masalah menangguh suatu tugasan. Peraturan yang pertama
ditekankan oleh Brian Tracy ialah sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah
yang paling hodoh dahulu. Peraturan ini menekankan agar kita perlu menyelesaikan
tugasan yang paling sukar terlebih dahulu agar mudah untuk kita beralih kepada tugasan
yang lebih kecil. Buku ini menekankan bagaimana suatu tugasan itu mudah untuk
diselesaikan seandainya kita mengurusnya dengan baik. Dalam buku ini selain daripada
beberapa peraturan yang ditekankan, penulis turut mengetengahkan beberapa formula
dan prinsip dalam pengurusan keutamaan tugasan yang perlu diselesaikan. Misalnya
Prinsip Pareto 80/20. Prinsip ini menekankan agar kita mengutamakan 20 peratus
tugasan yang bernilai tinggi berbanding 80 peratus tugasan yang bernikai rendah.
Seterusnya Formula ABCD, di mana prinsip ini menetapkan kita tidak boleh melakukan
tugas B selagi tugas A belum selesai dan seterusnya.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Salah satu hukum yang menarik dalam buku ini ialah “Masa memang tidak mencukupi
bagi melakukan semua perkara, tetapi masa sentiasa cukup bagi melakukan perkara
yang paling penting”. Tidak dapat dinafikan apabila terlalu banyak tugasan yang
diterima, kita menghadapi masalah tidak pasti ingin bermula daripada mana dan
kecenderungan untuk menangguh serta tidak menyelesaikan tugasan tersebut. Buku ini
mendedahkan bagaimana suatu tugasan itu perlu diurus, dirancang, dilaksanakan dan
diselesaikan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Satu satu peraturan yang sewajarnya guru amalkan ialah “Di tempat kerja, kualiti masa
adalah perkara yang terpenting. Di rumah pula, kuantiti masa adalah perkara yang
terpenting” Buku ini menekan keseimbangan kehidupan dalam bekerjaya dan
bekeluarga. Semasa di tempat kerja, kita perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada
kerja kita sehinggalah selesai waktu bekerja. Apabila selesai waktu bekerja, elakkan
membawa kerja balik ke rumah dan bekerja pada waktu malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... .......................................
(AMALINA BINTI MORSHIDI) ( )

Anda mungkin juga menyukai