Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 2-13

AMALAN REFLEKSI
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara Yang Difokuskan:

Program Bacaan Al-Quran di waktu pagi

2. Analisis Isu/ Pekara Yang Difokuskan

2.1 Kekuatan:
- Murid dapat mengenal hukum-hukum tajwid
- Murid dapat habiskan surah kecil sebelum masuk ke tingkatan 1
- Mendidik murid mengabdikan diri kepada Allah s.w.t
- Mendidik murid untuk lebih lancar membaca Al-quran dan memberi kebolehan
membaca dengan baik ketika solat
- Dapat memantapkan murid untuk menyebut hukum makhraj dengan betul

2.2 Kelemahan:
- Sesetengah murid datang lambat ke sekolah
- Segelintir murid masih berada dalam bacaan iqra
- Sebilangan murid ponteng ketika program bacaan Al-Quran sedang dijalankan
- Sesetengah murid masih belum menguasai Al-Quran misalnya masih gagap dalam
bacaan Al-Quran
- Sebilangan murid tidak lancar untuk menyebut hukum makhraj
- Segelintir pelajar masih tidak mengenali atau terlupa dengan hukum-hukum tajwid
dan tanda-tanda bacaan

3. Cadangan Penambahbaikan:

Bagi cadangan saya untuk penambahbaikan murid dalm program bacaan Al-Quran adalah,
penekanan, guru-guru haruslah mengajak ibu bapa agar menekankan pembacaan Al-Quran dirumah
agar mereka lancar membaca. Selain itu, adalah wajar diperuntukan masa khas untuk ilmu tajwid
diajar dan dibincangkan dengan bersistematik di kalangan pelajar, misalnya apa bila program itu
sedang dijalankan, guru-guru haruslah membuat bacaan secara berkumpulan agar guru boleh
membimbing murid-murid dengan senang dan sistematik. Seterusnya, pengawas sekolah haruslah
mengawasi murid-murid yang datang lambat dan murid yang cuba untuk ponteng dari program
tersebut. Kesimpulannya, membaca Al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim
khususnya pelajar muslim kerana Al-Quran akan mendatang pelbagai manfaat terhadap pembacanya,
namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti
dipenuhi, disamping itu, bagi memupuk islam di dalam diri haruslah diajar sejak kecil supaya mereka
tidak terjerumus di dalam kesesatan. Oleh itu, pengajar iaitu guru mesti secara berterusan mengajar
murid untuk membaca tanpa mengalah agar mereka dapat mempertingkatkan ilmu tilawah Al-Quran
agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu membaca

Anda mungkin juga menyukai