Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang dihormati Tuan Hj. Islahuddin bin Abas,


Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Yang berbahagia Encik Abdul Halim bin Abu Bakar,


Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Mersing

Barisan AJK Bersatu Bahagian Mersing, Ketua-Ketua PDM, hadirin dan hadirat yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul pada pagi ini setelah 3
hari berkampung di Hotel Everly Putrajaya ini untuk Penutupan Bengkel Pemukiman Bersatu
Bahagian Mersing Siri 2 Tahun 2022.

Sepanjang 3 hari bengkel ini berlangsung para peserta telah dibentangkan dengan 8 Modul
dalam persedian kita menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 tidak lama lagi. Pelbagai ilmu telah
dicurahkan oleh barisan penceramah yang hebat kepada para peserta.

Dalam kita menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, tunggak yang paling penting adalah
jentera Bersatu Bahagian Mersing perlu Bersatu pada dan tidak berpecah belah kerana perkara
ini yang akan merugikan kita. Matlamat kita adalah untuk memenangi pilihan raya ini dan
membersihkan negara kita daripada korupsi dan mereka-mereka yang menjarah kekayaan
negara untuk kepentingan peribadi.

Mengambil semangat daripada filem yang sedang mendapat sambutan kini iaitu Filem Mat
Kilau yang dapat kita ambil pengajaran dalam perjuangan kita ialah:

1. Semangat persaudaraan dan persahabatan memainkan peranan yang penting dalam


menggerakan sebuah perjuangan.

2. Sebagai rakyat Malaysia, sewajarnya kita menghayati sejarah perjuangan pahlawan-


pahlawan terdahulu dalam menentang penjajahan kerana itulah yang menjadi jati diri yang
menaikkan semangat patriotik dan cinta akan negara

3. Sikap khianat terhadap perjuangan sentiasa ada dalam mana-mana bangsa tetapi perkara
yang penting harus berwaspada dan mendidik diri agar menjauhi sikap tersebut.

4. Sebagai umat Islam, tarbiah atau didikan agama perlu menjadi eleman penting dan amalan
dalam kehidupan yang menjadi kekuatan sebenar dalam membina generasi yang berakhlak
mulia.
Justeru marilah kita bersama-sama merapatkan saf dan ukhwah kita dalam perjuangan
menghadapi pilihan raya ini.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua
saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"

Maka jelaslah berdasarkan firman Allah ini, maka marilah kita saling bermaafan dan bersatu
atas nama Islam dan perpaduan untuk kita mendapat kejayaan dan rahmat Allah. In shaa Allah

Akhir ucapan, saya merakamkan ucapan tahniah kepada barisan urus setia daripada Jabatan
Pilihan raya Bersatu Negeri Johor atas penganjuran bengkel ini dan tahniah kepada semua
peserta yang telah menjayakan bengkel ini. Anda semua hebat.

Dengan lafaz bismillahirahmannirahim, saya menutup rasmi Bengkel Pemukiman Bersatu


Mersing Siri 2 Tahun 2022.

Sekian wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai