Anda di halaman 1dari 4

Anjuran Pusat Sumber

SMK Kampar

1
KERTAS KERJA
PROJEK PEMULIHARAAN BUKU

1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber SMK Kampar mempunyai banyak koleksi majalah lama dan buku lama yang
rosak. Kerja pemuliharaan buku-buku rosak perlu dilakukan segera untuk
meminimakankerosakan kepada buku tersebut. Begitu juga dengan koleksi majalah lama.
Pengisian majalah masih lagi releven untuk bacaan murid namun sekiranya tidak dipulihara
dengan baik, ianya akan rosak dan dibuang.

Projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber untuk
melakukan kerja pemuliharaan buku dan majalah. Projek ini mampu untuk mengurangkan
lambakan majalah yang tidak dibaca dan memberi nafas baru kepada majalah tersebut. Selain
itu, buku-buku rosak yang telah dipulihkan boleh terus dibaca oleh murid.

2.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan untuk membaikpulih buku rosak dan memberi nafas baru kepada
majalah-majalah.

3.0 OBJEKTIF
Objektif projek ini adalah:
1. Membaikpulih buku rosak dan majalah lama.
2. Menerapkan rasa cinta terhadap buku di kalangan murid.
3. Memberikan kemahiran membaikpulih buku dan majalah kepada Pengawas Pusat Sumber.

4.0 SASARAN
Pengawas Pusat Sumber, SMK Kampar

2
5.0 TARIKH DAN MASA
18 Jan 2023 / Rabu

6.0 TENTATIF PROGRAM


7.30pg -9.00pg : Pengawas Pusat Sumber berkumpul di Pusat Sumber
Guru membuat demonstrasi memulihara buku dan majalah
Pengawas Pusat Sumber melakukan amali
Pengawas Pusat Sumber terus bertugas memulihara majalah

7.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT BILANGAN JUMLAH


UNIT

8.0 SUMBER KEWANGAN


Yuran Khas Pusat Sumber.

3
9.0 PENUTUP
Diharapkan projek yang dirangka mampu untuk meningkatkan kemahiran Pengawas Pusat
Sumber untuk memulihara buku lama dan majalah. Seterusnya, program ini mampu untuk
mendidik pengawas PSS dalam menjaga buku dan majalah Pusat Sumber agar bertahan
dengan lebih lama.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …………………………….
PN KHAIRUNNISA BT AZAHARI CIK NOOR MAZIANA BT MANSOR
GURU MEDIA DAN PSS PK PENTADBIRAN

Diakui oleh ,

…………………………
EN SHOHAILY B MD NOOR
PENGETUA
SMK KAMPAR

Anda mungkin juga menyukai