Anda di halaman 1dari 3

PEMAKANAN ASAS GAYA HIDUP SIHAT

KETUA PEMBANGKANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh danselamat sejahtera.Yang Berhormat Tuan
Speaker Dewan, Pegawai-pegawai Persidangan, Yang Berhormat Pembangkang,Yang
Berhormat Kerajaan yang sudah cukup yakindengan usul yang dibawa hari ini serta ahli-ahli
dewansekalian.Saya selaku ketua pembangkang pada hari ini bangkit untuk menyatakan
bahawa kami di barisan pembangkang menolak sepenuhnya usul di pihak kerajaan yang
menyatakan pemakanan seimbang asas kepada gaya hidup sihat. Kami lebih bersetuju untuk
meminda usul kepada“Pemakanan Salah Satu Asas Gaya Hidup Sihat.”

Tuan Yang Dipertua, sebelum membentangkan hujah seterusnya, saya akan membidas hujah
yang dikemukakan oleh PerdanaMenteri sebentar tadi. Perdana Menteri ada mengatakan
bahawa

Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.
Dengan menggunakan Kata kunci “Senaman menjamin Kehidupan Sejahtera.”Kita akan selami
kepentingan melakukan senaman sebagai salah satu asas gaya hidup yang sihat.Tuan Yang
Dipertua dewan,Selain itu, hujah-hujah seterusnya akan disambung oleh pembangkang pertama
dengan menggunakan kata kunci “Kekangan Masa”dan “Sosioekonomi”. Manakala,
Pembangkang kedua pula akan membidas hujah-hujah yang akan dibawa oleh pasukan
kerajaan. Saya ingin menyatakan bahawa pihak pembangkang yakin dengan hujah-hujah yang
akan kami bentangkan nanti, seterusnya usul yang kami bawa akan diterima secara menyeluruh.

DEFINISI USUL
Tuan yang Dipertua Dewan,Usul yang kami bawa bukan bermaksud makanan sahaja penentu
gaya hidup sihat. Sebaliknya, terdapat faktor lain yang memainkan peranan yang sama penting
dalam menentukan gaya hidup sihat. Jika kita makan makanan yang sihat tetapi, tidak
melakukan senaman,gaya hidup sihat itu tidak berlaku secara sepenuhnya. Menurut Kamus
Pelajar edisi keempat, senaman membawa maksud latihan gerak badan untuk menyihatkan
tubuh badan. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia pula senaman ialah pergerakan
badan yang dilakukan secara berulang- kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk
meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Manakala,
kehidupan membawa erti keadaan atau hal hidup. Maka, boleh disimpulkan di sini, senaman
menjamin kehidupan sejahtera dalam erti kata lain, latihan gerak badan yang menyihatkan tubuh
badan seterusnya melahirkan keadaan yang lebih baik.

HURAIAN USUL
Tuan Yang Dipertua Dewan,Ingin saya tegaskan di sini senaman juga merupakan salah satu
asas kepada gaya hidup sihat. Banyak kelebihan yang kita peroleh sekiranya kerap melakukan
aktiviti senaman. Antaranya ialah, dapat mencegah diri daripada sebarang penyakit yang boleh
membahayakan diri. Aktiviti senaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam
seminggu.Senaman juga dapat menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur
atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang.Sebagai contoh dengan
melakukan senaman Yoga dan Pilates.

Sidang Hadirin Sekalian,Pada masa ini, kita dapat lihat ramai dalam kalanganrakyat Malaysia
yang mengalami masalah obesiti."Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan danMorbiditi
Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkanbahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara
obes, dimana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salahsebuah negara paling gemuk di Asia, dengan
jangkaanpopulasi yang berlebihan berat badan’ sebanyak 33peratus dan obesiti sebanyak 18
peratus.”Melalui aktiviti senaman juga kita dapat mengatasimasalah obesiti. Senaman
berterusan dan pada masayang sama, mengamalkan diet pemakanan seimbangdapat
membantu mengawal masalah berat badanyang berlebihan.Obesiti menyebabkan peningkatan
risiko manusiamendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan
gout. Menurut MenteriKesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad, “Berat badanberlebihan dan
obesity merupakan faktor risiko utamayang sering dikaitkan dengan penyakit kronik
sepertidiabetes dan penyakit kardiovaskular.” Katanya lagi,gaya hidup sihat melalui senaman
adalah langkahpencegahan terbaik penyakit tidak berjangkit (NCD)yang kian meningkat di
MalaysiaTuan Speaker Dewan,Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakitkanser.
Kajian perubatan mengesahkan bahawa tahapkecergasan yang rendah akan meningkatkan
risikomendapat sesetengah penyakit yang berkaitan dengankanser. Bersenam secara konsisten
juga mampumeningkatkan perasaan menghargai diri sendiri dan menjadikan diri lebih positif dan
tenang.

Senaman juga dapat menguatkan tulang.Senaman sederhana secara tetap dapat


menguatkantulang dengan cara meningkatkan kandungan mineral,sekaligus dapat
mengurangkan risiko mendapatosteoporosis dalam jangka masa panjang. Osteoporosisakan
menyebabkan tulang menjadi haus dan lama-kelamaan akan rapuh serta mudah patah.
Senaman juga dapat menggalakkan tidur lena apabilakeletihan akibat aktiviti fizikal
menyebabkan badan danminda lebih mudah untuk tidur.Tuan speaker dewan dan siding hadirin
sekalian,Bersenam dalam jangka masa panjang akanmeningkatkan kecekapan kebanyakan
organ dalamtubuh manusia. Antaranya ialah dapat meningkatkanpengakiran darah ke kulit
membuatkan perawakankelihatan lebih sihat dan menarik. Ia juga dapatmemperbaiki kecekapan
paru-paru mengambil oksigendari udara. Selain itu, jantung yang lebih cekap
dapatmeningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badankita. Sendi yang kuat dapat
mengurangkan kesakitandan ketegangan apabila umur meningkat. Kekuatan dankecekapan
menggunakan otot semasa melakukanaktiviti senaman membolehkan otot bekerja untuktempoh
yang lebih lama.

Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untukmendapat faedah kesihatan yang
dikehendaki ialahdengan melakukan aktivti yang sederhana kuatnya atauintensit, sekurang-
kurangnya 30 minit untuk setiap sesi,untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman
hendaklahdilakukan secara perlahan lahan dan intensitinyaditingkatkan beransur-ansur. Secara
kesimpulannya,banyak aktiviti senaman banyak memberi manfaat danfaedah kepada kehidupan
seharian kita.Namun tidak ramai individu yang gemar untukmelakukan aktiviti senaman. Mereka
sering memberiseribu satu alasan untuk melakukan senaman. Hal inidemikian kerana,
kebanyakan individu sibuk denganaktiviti seharian tanpa memikirkan betapa pentingnyauntuk
menjaga kesihatan dengan sebaiknya.
Oleh itu, kami dibarisan pembangkang berharap agar pihak kerajaan dapat menjadikan aktiviti
senamansebagai salah satu factor yang sama penting denganpengambilan diet pemakanan
seimbang sebagai asasgaya hidup yang sihat dan usul kami diterima

Anda mungkin juga menyukai