Anda di halaman 1dari 1

RPH

Tajuk
– PENYEBARAN CAHAYA
Cahaya dan Optik

Standard Kandungan Penyebaran Cahaya

Standard Pembelajaran 8.5.1 Berkomunikasi mengenai penyebaran cahaya.

8.5.2 Menjelaskan dengan contoh penyebaran cahaya dalam kehidupan seharian.

Objektif Objektif : Mengkaji penyebaran cahaya oleh prisma.


Pembelajaran/Kriteria
Kejayaan Kriteria kejayaan :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;


● Menerangkan bahawa terdapat spektrum yang terdiri daripada pelbagai warna
terbentuk apabila cahaya putih melalui prisma.
● Menerangkan konsep kelajuan cahaya mempengaruhi pembiasan dan
penyebaran cahaya.
● Menyatakan cahaya putih dibias dan disebarkan apabila bergerak melalui
prisma.
● Melukis spektrum cahaya mengikut turutan warna yang betul.
● Menyatakan contoh fenomena/kejadian alam yang terjadi dalam kehidupan
berkaitan penyebaran cahaya.

Aktiviti

Permulaan (engage) ● Murid dibahagikan mengikut kumpulan


(15 minit) ● Guru membuat induksi dengan memanggil 2 orang pelajar secara sukarela
untuk memberikan definisi pantulan dan pembiasan cahaya seperti yang telah
dipelajari sebelum ini.
● Guru menyediakan bahan dan radas sebelum eksperimen termasuk gambar
rajah eksperimen.
● Murid berbual tentang bahan/radas yang guru sediakan.

Perkembangan (explore) ● Guru menerangkan dan membuat demonstrasi langkah-langkah untuk


(25 minit) menjalankan eksperimen secara fizikal dan pembentangan visual (power point
dan video).
● Murid menjalankan eksperimen di dalam kumpulan masing-masing.
● Murid menyusun alat/radas seperti gambar rajah diberikan.
● Murid membuat pemerhatian dan merekod.

Penutup (extend) ● Murid membincangkan tentang warna spektrum yang terbentuk hasil
(20 minit) penyebaran cahaya. Perbincangan merangkumi ; susunan warna spektrum,
sebab susunan seperti itu terjadi dan sekali gus memahami konsep
penyebaran cahaya.
● Murid melukis spektrum cahaya mengikut turutan.
● Murid menghubungkait dan menyatakan dengan jelas fenomena/kejadian alam
yang disebabkan oleh penyebaran cahaya.

Anda mungkin juga menyukai