Anda di halaman 1dari 1

a) Penilaian saya sendiri terhadap proses pembelajaran dan implikasi untuk pembelajaran

atau amalan masa hadapan.


Model ASSURE adalah model rekabentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk
merancang penggunaan media secara sistematik. Ia bertujuan untukmenyediakan panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dandilihat dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.
Gagne’s Nine Events of Instruction dikenali sebagai peristiwa pengajaran, yang berhubung
kait dengan dan menangani keadaan pembelajaran.
Bahan yang paling penting Gagne terhadap pengajaran ialah:
● Menyampaikan pengetahuan atau menunjukkan kemahiran
● Menyediakan amalan dengan maklum balas
● Memberi panduan pelajar

b) Pengalaman pembelajaran saya, nilai pembelajaran kepada diri sendiri atau orang lain dan
penghargaan terhadap disiplin.
Model ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat
meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media
instruksional secara sistematik. Model ASSURE merupakan singkatan kepada: Analyze
Learners (Analisa Pelajar).Terdapat enam langkah utama di Model ASSURE.
Pelaksanaannya dibahagikan kepada lima peringkat iaitu sebelum bermulanya sesi pengajatan
dan pembelajaran, persiapan sebelum memulakan pengajaran, permulaan pengajaran, ketika
berlangsungnya pengajaran serta di akhir pengajaran.
Manakala berdasarkan “Gagne’s Nine Events of Instruction” yang disediakan oleh Robert
Gagne, kita dapat merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran aspek pemahaman
dengan membuat perancangan secara teratur dan berkesan.

c) Andaian sedia ada anda yang telah dikenal pasti dan dicabar.
Kesimpulannya, kedua-dua model ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan
tersendiri. Namun kedua-duanya akan membuat proses pengajaran akan menjadi lebih
menarik dan berkesan dan model ini juga bukan berpusatkan kepada pelajar malah kepada
guru juga. Selain itu, penggunaan model ini menjadikan gurul lebih mahir dalam
menggunakan alat teknologi. Manakala, para pelajar akan lebih tertarik dengan pengajaran
dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai