Anda di halaman 1dari 9

TAJUK : PENGENALAN REKRASI DAN KESENGGANGAN

1. Rekreasi
a. Rekreasi berasal daripada perkataan Latin ‘recreatio’ yang bermaksud ‘sesuatu yang
menyegarkan dan menyembuhkan’.
b. Definisi rekreasi ialah perlakuan pengisian masa lapang yang terancang untuk
mendapatkan kepuasan dan keseronokan serta merehatkan badan dan fikiran.
Ianya juga bukan untuk pertandingan. ATAU sebagai aktiviti atau pengalaman yang
berlaku apabila seseorang mengisi masa senggangnya secara sukaneka samaada untuk
mencapai matlamat perbadi ataupun sosial.
c. Menurut Wright (1991), rekreasi ialah aktiviti pengisian masa lapang yang diambil oleh
individu untuk tujuan menikmati keseronokan dan termasuklah semua aktiviti yang
melibatkan mereka diluar waktu kerja.
d. Ianya bukan perkara yang mesti dilakukan ataupun bukan sejenis pekerjaan tetapi
rekreasi boleh dijadikan sebagai satu gaya hidup.
e. Aktiviti rekreasi merupakan kegiatan rutin yang dilakukan untuk menyegarkan badan dan
minda.
f. Rekreasi terbahagi kepada 2 corak kegiatan iaitu:
i. Rekreasi dalaman
– aktiviti yang mengimplimentasikan pemikiran mental tanpa melibatkan
pergerakan fizikal yang banyak seperti mendengar radio, bermain catur,
badminton, squash, boling dan sebagainya.
– Kegiatan rekreasi seperti ini biasanya dilakukan di dalam bilik-bilik khas seperti
di dalam kelas, gym, stadium tertutup dan sebagainya
ii. Rekreasi luaran
– aktiviti yang mencabar dalam pergerakan fizikal dan mental seperti berkayak,
mendaki gunung, abseling, bola sepak, perkhemahan dan sebagainya.
– Kegiatan rekreasi seperti ini biasanya dilakukan di luar seperti di hutan, sungai,
laut, gunung dan sebagainya
g. Jenis-jenis rekreasi
i. Rekreasi fizikal
– aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal yang bertujuan untuk meningkatkan
kecergasan fizikal secara menyeluruh.
– Aktiviti yang dijalankan biasanya berlandaskan alam semulajadi seperti hutan,
sungai, laut, tasik dan sebagainya.
– Contohnya : mendaki gunung, berbasikal, berkayak, berkhemah, belayar
dengan bot, sukaneka dan sebagainya.
ii. Rekreasi sukan
– aktiviti yang bersifat permainan atau sukan seperti permainan moden dan
tradisional.
– Contohnya : bermain tennis, ping-pong, bola jarring, futsal dan sebagainya.
iii. Rekreasi Sosial
– Kegiatan yang dapat membantu ahli-ahli didalam masyarakat
– Contohnya : berpersatuan, pertemuan social, seminar, masakan,
menganjurkan pesta, pertubuhan belia, sukarelawan hospital, badan-badan
kebajikan, sukan rakyat dan sebagainya.
iv. Rekreasi Mental/ Linguistik
– Aktiviti yang menggunakan kemahiran berfikir dan berbahasa (menggunakan
kata-kata) secara lisan dan penulisan
– Contohnya : berdebat, kiz IQ, scrabble dan sebaginya
v. Rekreasi Teraputik
– Merujuk kepada aktiviti rekreasi untuk kesihatan seperti yoga dan sebagainya
– Lebih kepada hobi seperi bermain muzik, gerak tari (menari, berlakon, tai chi,
yoga) dan drama (teater, berlakon)

2. Kesenggangan
a. Definisi kesenggangan ialah waktu terluang (free time) atau waktu senggang (leisure
time) atau penggunaan masa lapang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang
digemari.
b. Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan
otak.
c. Contohnya ialah melukis, menyiram pokok, mendengar muzik, membaca majalah,
bersiar-siar dan sebagainya.
d. Faedah kesenggangan ialah mengisi masa lapang, menyihatkan tubuh badan, interaksi,
kepuasan dan keseronokan.

3. Konsep Rekreasi Dari Perspektif:


a. Kepuasan Kendiri (Personal Fulfillment)
i. Melalui aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, seseorang itu dapat:
- mempamerkan kepuasan diri melalui keseronokkan semasa aktiviti dan
bersama rakan-rakan.
- menunjukkan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
- Mempunyai perasaan tenang dan gembira.
- Meningkatkan lagi pengetahuan.
- Katarsis iaitu peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan
menerusi sukan
b. Ekspresi Kreatif dan Apresiasi Estetika
i. Ekspresi Kreatif
– Nilai bagi setiap hasil kreatif
– Mengambarkan keadaan diri yang sebenar serta kepuasan yang sangat
bernilai, persepsi, perasaaan/tingkahlaku dan idea kreatif
– pengisian masa lapang diisi dengan melakukan/menghasilkan sesuatu yang
kreatif (Cth: mengubah lagu, mengayam tikar, mendirikan ‘ran’) bagi tujuan
mendapatkan kepuasan/keseronokan
– Rasa puas hati terhadap pencapaian dalam sesuatu kegiatan atau rasa tidak
puas hati akan membantu memperbaiki kelemahan diri kepada yang lebih
baik.
ii. Apresiasi Estetika
– Penghargaan, dihayati dan diletakkan nilai terhadap sesuatu aktiviti/bahan.
– Masa lapang ini digunakan untuk meluahkan fikiran dan perasaan melalui
aktiviti meneroka.
– Contohnya, Akmal meminati aktiviti snorkeling. Dia dapat menghayati
keindahan dasar laut dan meletakkan nilai bagi setiap tempat yang
diselaminya serta menghargai nilai tersebut.
c. Hubungan manusia yang demokratik
i. Melalui aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, seseorang itu dapat:
– Mewujudkan satu proses sosialisasi yang merentasi batasan kaum, bangsa,
agama, warna kulit, jantina, budaya, kumpulan sosiobudaya dan sebagainya.
– Penglibatan dalam aktiviti rekreasi membuka ruang untuk bersosialisasi serta
berinteraksi dengan orang lain.
– Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan
komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara
– Semua orang mendapat peluang yang sama untuk melakukan aktiviti dan
tidak terhad kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.
– Wujudnya pergaulan yang sihat dan menjadikan kehidupan lebih harmoni.
d. Pembentukan personaliti, sikap positif dan keyakinan diri
i. Melalui aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, seseorang itu dapat:
– Membentuk watak dan imej kendiri yang positif seperti sifat penyabar,
pemarah dsbnya
– Beberapa nilai positif yang boleh diamalkan seperti menghormati satu sama
lain, sifat bekerjasama, bertoleransi dan nilai-nilai murni yang lain.
e. Fungsi, nilai dan impak
i. Melalui aktiviti yang dilakukan untuk mengisi masa lapang, seseorang itu dapat
meyumbang kepada:
– Tingkahlaku
- Pembentukan sahsiah dan kesedaran dalam diri individu
- Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
- Memanfaatkan masa senggang
- Mengurangkan tekanan hidup
- Perkembangan kemahiran-kemahiran asas dan ilmu pengetahuan
– Ekonomi
- Menggalakkan sumber pendapatan negara melalui percukaian,
kemasukan pelancong, pertukaran wang asing, penajaan, perniagaan
dan industri sampingan.
– Politik
- Mewujudkan kerjasama politik diperingkat antarabangsa seperti
mengiktiraf program-program rekreasi terutamanya yang berkaitan
dengan alam sekitar
- Mengeratkan semangat setiakawan dengan Negara serantau melalui
penyertaan di dalam program-program rekreasi yang dianjurkan.
– Sosiobudaya
- Dengan melakukan aktiviti rekreasi, individu dapat meluahkan perasaan
dengan cara yang betul dan dibenarkan (katarsis).
- Dapat membentuk budaya berekreasi yang berasaskan kepada jenis
kegiatan yang diceburi seperti cara berpakaian, corak pergaulan dan
sebagainya.
- Mempamer dan mempelajari budaya masyarakat setempat melalui
aktiviti yang dijalankan.
– Persekitaran
- Menghargai dan memelihara alam sekitar sebaik mungkin dari segala
bentuk pencemaran.
– Kesihatan bangsa dan negara
- Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai
dengan aspirasi nasional
- Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
4. Konsep Kesenggangan dari pandangan Aristotle (Aristotelian Concept Of Leisure):
a. Kesenggangan sebagai Keseronokan
i. Melalui kesenggangan, keseronokan melakukan sesuatu aktiviti bergantung
kepada penilaian individu yang terbabit.
ii. Keseronokan yang dialami apabila melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti menjadi
penyebab kepada penglibatan dalam aktiviti tersebut.
iii. Ini kerana aktiviti yang disertai bukan sahaja melibatkan proses interaksi sosial,
malahan cabaran yang dihadapi meningkatkan lagi motivasi serta keyakinan
individu berkenaan. Cabaran inilah yang menghasilkan keseronokan kepada
individu berkenaan.
iv. Aktiviti yang dilakukan tidak mementingkan keputusan sama ada menang atau
kalah. Elemen kalah-menang mencuri keseronokan yang hendak dicapai kerana
unsur persaingan menarik fokus keseronokan tersebut.
b. Kesenggangan sebagai Kerja
c. Kesenggangan sebagai Aktiviti
d. Kesenggangan sebagai Pelengkap Kesempurnaan Kendiri
i. Kesengangan dianggap sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri kerana
kecenderungan dan keprihatinan individu dan kumpulan untuk mengetahui secara
mendalam mengenai konsep, peraturan, persiapan dan penyediaan, bentuk
pengalaman dan corak kepuasan yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti.
ii. Individu dapat mengetahui tahap kemampuan diri secara fizikal serta boleh
memperbaiki ke tahap maksima.

5. Perkhidmatan Rekreasi Dan Kesenggangan dari perspektif bandar, luar bandar, populasi
istimewa, pembangunan program rekreasi di Malaysia dan organisasi dan Pertubuhan
Rekreasi di Malaysia (isu dan cabaran):
a. Bagaimanakah tahap kualiti pengurusan tempat rekreasi ini dan apakah tempat rekreasi
ini menjadi tumpuan aktiviti?
b. Bagaimanakah tempat rekreasi dapat digunakan sepenuhnya sepanjang tahun?
c. Bagaimanakah pula untuk menarik minat masyarakat yang pelbagai budaya, agama dan
keturunan menggunakan perkhidmatan rekreasi untuk menimba pengalaman dan
pengetahuan?
d. Corak penyertaan massa
i. Penyertaan massa lebih bersifat bermusim dan berkala mengikut perubahan cuaca
dan waktu cuti persekolahan.
e. Masyarakat tidak mengambil bahagian
i. Terlalu sibuk dengan pekerjaan, tiada masa yang sesuai, kos yang tinggi,
kemudahan yang tidak berkualiti dan sebagainya.
ii. Antara sebab utama ialah perubahan kemampuan fizikal individu yang mengambil
bahagian seperti kesihatan.
iii. Selain itu, perubahan perhubungan dengan suasana kesukanan. Mereka tidak lagi
memegang jawatan dalam bidang sukan dan menumpukan perhatian dalam
bidang lain atau membuat aktiviti harian.
f. Risiko pengurusan rekreasi
i. Masalah kemalangan, kecederaan dan kematian sering berlaku.
ii. Menerusi kesedaran yang tinggi terhadap jaminan keselamatan, kempen
berterusan dan penyediaan garis panduan khusus dapat mencegah daripada
sebarang kemalangan.

6. Fungsi Rekreasi dan Kesenggangan


a. Pembentukan personaliti
i. Merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan individu itu unik atau berlainan dari
orang lain.
ii. Melalui rekreasi ini lebih beketrampilan, berkeyakinan, bersahsiah tinggi dan
sebagainya.
b. Pembangunan insan
i. Mempertingkatkan kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti dan pembinaan akhlak
menerusi budaya kerja terbaik, penyelidikan dan khidmat bakti berterusan.
c. Pembangunan negara
i. Perkembangan teknologi membawa perubahan kepada negara melalui pertukaran
peralatan tradisional kepada peralatan moden dan canggih.
ii. Menerusi peglibatan didalam kegiatan rekreasi akan mencetuskan pergerakan
kemasyarakatan yang lebih seimbang antara sektor bandar dan luar Bandar
d. Kepimpinan
i. Organisasi sukan dan rekreasi turut sama bertanggungjawab untuk melahirkan
pemimpin-peminpin yang berkualiti bagi meningkatkan kecemerlangan diri,
organisasi dan masyarakat seluruhnya.
ii. Matlamat organisasi sosial adalah untuk membentuk dan melahirkan pemimpin
yang berwawasan, berkaliber, berdisplin dan mampu membawa perubahan kepada
agama, bangsa dan negara.
e. Dinamika kumpulan
i. Persamaan hak dalam memimpin organisasi wajar diamalkan melalui pelbagai
bentuk tindakan.
ii. Konsep perundingan bersama, terdapat kesamarataan, kesesuaian, keahlian,
kebebasan meyatakan hasrat, mempamerkan ketegasan, kerendahan hati,
keberanian, kewibawaan dan pertanggungjawaban dapat menggalakkan
pergerakan kumpulan yang mampu mencapai objektif yang dikehendaki.
f. Gaya Hidup Sihat
i. Meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat secara lebih meluas,
terbuka dan tersusus menerusi penggunaan masa lapang dan riadah yang
tersusun.
ii. Menerusi aktiviti rekreasi, kegiatan seperti senaman fizikal merupakan antara
faktor peningkatan kualiti kesihatan rakyat.
iii. Kecergasan menyeluruh dapat diperolehi sekiranya individu berterusan melibatkan
diri di dalam aktiviti rekreasi.
iv. Kekuatan dan kematangan emosi juga boleh diwujudkan.
g. Sosialisasi
i. Proses dimana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi
ahli di dalam sesuatu masyarakat.
ii. Penglibatan dalam kegiatan rekreasi membuka ruang untuk bersosialisasi serta
berinteraksi dengan orang lain.
iii. Dengan cara demikian interaksi sosial dapat dipertingkatkan lagi kualitinya kearah
persefahaman dan perpaduan nasional
h. Pendidikan Sepanjang Hayat
i. Pembangunan ilmu rekreasi perlu dilakukan kearah mempertingkatkan ilmu
pengetahuan
i. Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner
i. Teori ini menekankan kepada satu set kemahiran yang membolehkan individu
menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi dalam hidupnya.
ii. Terdapat 8 asas iaitu:
– Visual Ruang
– Matematik
– Kinestetik
– Muzik
– Interpersonal
– Intrapersonal
– Natural
– Verbal Linguistik
7. Nilai Rekreasi dan Kesenggangan
a. Pembinaan karektor atau watak/ Pembentukan tingkahlaku
i. Pembentukan tingkahlaku merujuk kepada kesepaduan, tanggungjawab,
kematangan, kejujuran, sikap berdikari dan kebersihan seseorang merupakan nilai
yang diperolehi melalui kegiatan rekreasi.
b. Displin
i. Displin merupakan salah satu bentuk nilai dimana menurut etika sukan,
penglibatan akan menyebabkan perkembangan displin diri dan kawalan sosial.
c. Pertandingan
i. Umumnya, individu mahukan semangat dan sifat berlumba-lumba dalam
melakukan sesuatu dalam hidupnya.
ii. Keadaan ini membawa diri individu itu kepada seorang yang mahukan cabaran di
dalam hidupnya.
iii. Semangat kesukanan bermaksud sikap yang ada dalam diri individu untuk
mencapai kemenangan tetapi disertai dengan semangat yang baik seperti tolak
ansur dalam menghadapi konflik yang timbul walaupun sikap tersebut boleh
membawa kekalahan kepadanya.
d. Kecergasan fizikal
i. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan
untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan.
e. Kecergasan mental/intelek
i. Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal
ii. Membantu meningkatkan prestasi akademik dan keupayaan mental
f. Keagamaan/ Kerohanian
i. Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak
berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat
kehidupan yang bermakna dan konstruktif
ii. Pemantapan rohani individu iaitu perasaan yang kuat untuk membantu atau
menjaga, berkelakuan lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
g. Nasionalisma
i. Meningkatkan semangat nasionalisma dan kesukarelaan tulen dalam aktiviti
rekreasi, kebajikan dan kemasyarakatan.
ii. Menguatkan semangat kenegaraan dan patriotisma.
8. Implikasi Rekreasi dan Kesenggangan (PERBINCANGAN DAN SUMBANGSARAN)
a. Individu
i. Membawa perubahan dari segi fizikal, fisiologikal mahupun psikologikal
ii. Menyumbang kepada pembentukan fizikal, mental, displin dan perwatakan
iii. Pemantapan kendiri melalui sikap hormat dan yakin diri serta kekuatan dalaman
untuk mengembangkan potensi diri dan menangkis cabaran hidup
iv. Menghilangkan perasaan tertekan, bimbang dan emosi serta mengembalikan
kecergasan mental
v. Menimbulkan keinsafan dalam diri tentang kekuasaan dan keagungan Tuhan.
vi. Sikap hormat dan sayang kepada diri sendiri
vii.
b. Keluarga
i. Mengeratkan pertalian antara anggota keluarga
c. Masyarakat
i. Berhubung/ hubungan sosial secara sihat dengan individu lain
ii. Menanamkan sikap perpaduan
iii. Menghilangkan jurang atau halangan sosial seperti kelas sosial atau perbezaan
darjat dalam masyarakat.
iv. Melatih individu dalam masyarakat menghormati norma-norma kehidupan
sekaligus mengurangkan kecenderungan melakukan salah laku dalam masyarakat.
v. Meningkatkan sumber ekonomi masyarakat melalui perniagaan dan perkhidmatan
yang ditawarkan.
d. Negara
i. Mengalakkan amalan gaya hidup sihat.
ii. Meningkatkan kadar pertukaran wang asing melalui perlancongan sukan.
iii. Memajukan industri perlancongan dan setempat.
iv. Mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada sektor-sektor utama yang lain
seperti pembinaan, pembuatan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai