Anda di halaman 1dari 4

PERINTAH TETAP PEGAWAI / PENGAWAL KESELAMATAN DI TAMAN KTC

GOLF VIEW, KULIM HI-TECH PARK, KULIM, KEDAH.

1. AM

1.1 Semua pegawai/pengawal keselamatan adalah tertakluk


kepada arahan dan peraturan yang diberi oleh pihak Biro
Keselamatan KTC Golf View yang sedia ada mahupun yang
akan dikeluarkan dari masa ke semasa.
1.2 Tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti yang tidak sihat
secara langsung mahupun tidak langsung ataupun
melanggar mana-mana peraturan atau arahan Biro
Keselamatan KTC Golf View .
1.3 Sentiasa mengikuti perkembangan terakhir yang melibatkan
tugas yang mungkin akan diberikan oleh pihak Biro
Keselamatan KTC Golf View .
1.4 Dalam situasi di mana tidak ada arahan dikeluarkan,
pengawal hendaklah menggunakan kebijaksanaan, inisiatif
dan budi bicara sendiri dalam menangani situasi tersebut.

2. PAKAIAN

2.1 Hendaklah sentiasa berpakaian seragam yang lengkap dan


kemas serta bersih semasa bertugas. Peralatan-peralatan
lain seperti lampu suluh, cota/ rotan, walkie-talkie dan topi
hendaklah sentiasa lengkap sewaktu menjalankan tugas.
2.2 Rambut dan misai hendaklah sentiasa dalam keadaan
kemas dan terurus rapi.

3. KEDATANGAN

3.1 Semua pengawal dikehendaki sampai di tempat bertugas


sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang
dijadualkan bagi tujuan serahan tugas.
3.2 Merekodkan kehadiran dalam buku laporan kedatangan
serta membuat pengesahan kad perakam waktu (jika ada)
semasa melapor dan apabila tamat tugas.
3.3 Sentiasa dalam keadaan siap-sedia dan kemas semasa
bertugas.
3.4 Tidak dibenarkan meninggalkan pos tempat bertugas
sebelum mendapat kebenaran pihak atasan atau mendapat
pengganti.
3.5 Dalam situasi di mana tidak dapat hadir bertugas, pihak
pengurusan hendaklah dihubungi dengan segera supaya
pengganti dapat dicari. Bukti tunjuk sebab tidak dapat hadir
hendaklah dikemukakan apabila hadir bertugas kelak.

4. RAHSIA DAN SULIT

4.1 Peraturan mengenai keselamatan akan dikeluarkan dari


masa ke semasa dan semua arahan serta peraturan adalah
menjadi RAHSIA keselamatan.
4.2 Pengawal tidak dibenarkan bercakap atau berbincang
dengan orang lain mengenai strategi keselamatan di taman
KTC Golf View ini.
4.3 Tindakan tatatertib yang keras akan diambil keatas mana-
mana pegawai / pengawal yang melanggar perintah ini.

5. BIDANG TUGAS

5.1 Menyediakan sticker kenderaan kereta/motor/van (2 sticker


setiap rumah) bagi penduduk yang mengambil servis
keselamatan dari pihak syarikat (tambahan sticker akan
dikenakan kos-patut bagi pihak syarikat).
5.2 Menentukan pengawalan keluar / masuk di pintu-pintu
masuk ke Taman KTC Golf View berjalan lancar seperti
yang ditetapkan.
5.3 Seorang (1) pengawal (Shift: 7pagi-7etang) dan dua (2)
orang pengawal (Shift Malam: 7malam-7pagi) dikehendaki
menjalankan rondaan diseluruh kawasan Taman KTC Golf
View dengan kekerapan 1 jam sekali.
5.4 Memastikan hanya satu pintu UTAMA untuk laluan
masuk/keluar bagi kereta/motor di Taman KTC Golf View
mulai jam 8 malam. Dan memastikan membuka semula
laluan kedua seawal 6.30pagi (pihak Biro Keselamatan KTC
Golf View akan membuat perubahan dari masa ke semasa
jika perlu)
5.5 Tanggungjawab mengutip yuran / wang security setiap bulan
dan adalah di atas tanggungjawab pihak syarikat
Keselamatan/pengawal. Namun begitu, pihak Biro
Keselamatan KTC Golf View akan juga turut membantu
dengan menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi
mempermudahkan proses.
5.6 Memastikan orang ramai yang keluar masuk ke Taman KTC
Golf View ini sentiasa berada di dalam keadaan terkawal
dan tertib.
5.7 Memerhatikan tindak tanduk yang mencurigakan orang
ramai yang keluar atau masuk ke Taman Kulim Perdana.
5.8 Mengenal pasti semua kenderaan yang keluar masuk
kawasan Taman KTC Golf View. Mengawal trafik dan
menentukan semua kenderaan diletakkan di tempat yang
dibenarkan.
5.9 Semua pegawai/pengawal mestilah menunjukkan budi
bahasa yang tinggi tetapi tegas ketika berhadapan dengan
para penduduk, pelawat atau sesiapa saja. Berhati-hati
ketika berhadapan dengan wakil dari kerajaan atau
penguasa tempatan. Hubungi orang yang ingin ditemui
terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka masuk.
5.10 Tugas-tugas lain akan ditentukan oleh pihak Biro
Keselamatan KTC Golf View dari masa ke semasa samada
secara lisan atau bertulis.

6. PELAWAT / PELANGGAN

6.1 Tentukan butir-butir pelawat / pelanggan yang melawat


Taman KTC Golf View.
6.2 Pelawat dikehendaki memberi butiran diri kepada kepada
pegawai / pengawal yang bertugas dan direkodkan di dalam
buku pelawat.

7. BUKU REKOD

7.1 Merekodkan semua peristiwa dengan betul mengikut format


yang tersedia di dalam buku-buku rekod yang berkaitan.
7.2 Buka Laporan Pengawal hendaklah dijaga rapi dan segala
butir-butir kejadian hendaklah direkodkan dengan tarikh dan
masa yang tepat.

8. KEBAKARAN

8.1 Jika benar berlaku kebakaran :-


a) Cuba padamkan sekiranya api masih kecil.
b) Arahkan semua anggota dalam rumah keluar dan
berkumpul di tempat lapang yang
ditentukan/mengikut budi-bicara.
c) Segera hubungi BOMBA, Cybercity Command
Centre, Hospital dan POLIS.
d) Membuat laporan bertulis apabila keadaan sudah
terkawal / selepas kejadian.
9. CATITAN RONDAAN KE DALAM LOG-BOOK

9.1 Tujuan utama catitan log-book dilakukan ialah untuk


menentukan rondaan dibuat terutamanya pada waktu malam
di seluruh kawasan Taman KTC Golf View bagi menentukan
keadaan persekitaran adalah baik dan terkawal.
9.2 Waktu caititan log-book adalah mengikut keadaan serta
kehendak Biro Keselamatan KTC Golf View yang akan
ditentukan dari masa ke semasa. Tertakluk dengan perkara
di atas, adalah dicadangkan penggunaan caititan log book
dilakukan selama 24 jam setiap hari (ini adalah persediaan
awal untuk Biro Keselamatan KTC Golf View bagi
implementasikan “CLOCKING SYSTEM” pada masa
hadapan)
9.3 Jangka masa catitan rondaan ke dalam log-book untuk
setiap pos ialah 2 jam sekali.
9.4 Sekiranya caititan rondaan log-book tidak dapat dilakukan,
sila buat laporan dalam buku laporan dengan menyatakan
sebab-sebabnya.
9.5 Semasa rondaan dilakukan perhatian serius hendaklah
diberikan ke atas perkara-perkara berikut :-

a) Semua lampu-lampu kawasan taman KTC Golf View


berfungsi dengan baik pada waktu malam dan
dipadamkan pada waktu siang sekiranya
penggunaannya tidak perlu. Sekiranya terdapat
masalah yang berkaitan dengan lampu-lampu taman,
pihak pengawal hendaklah memaklumkan kepada
Biro Keselamatan KTC Golf View
b) Memaklumkan kepada AJK Biro Keselamatan KTC
Golf View sekiranya terdapat kebocoran paip air,
kerosakan pada peralatan di taman permainan dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan
penyelenggaraan taman.
c) Menentukan tiada benda-benda yang mendatangkan
bahaya dipersekitaran Taman Kulim Perdana yang
dijaga yang boleh menyebabkan kemalangan atau
kebakaran.
d) Menghubungi pihak POLIS/AJK Biro Keselamatan
KTC Golf View yang bertugas atau melaporkan apa-
apa jua perkara atau kejadian yang difikirkan perlu.

Anda mungkin juga menyukai