Anda di halaman 1dari 7

PENGANTAR TEATER (CA10703)

TAJUK :

KRITIKAN TEATER MODEN BAWANG MERAH BAWANG PUTIH

NAMA PELAJAR :

GARRY GREGORY MAZILIN

NO MATRIK :

BC21160132

NAMA PENSYARAH :

ENCIK SHARIFUDDIN ZAINAL

NAMA TUTOR:

ENCIK PATTA ARIFFIN BIN HUSIN

1
Isi Kandungan
Bil. Kandungan Muka Surat
1. Pendahuluan 3

2. Naskah 4

3. Teknik Lakonan 4

4. Busana dan Tatarias 4-5

5. Audio 5

6. Props Set 5

7. Pencahayaan 6

8. Kesimpulan 6

9. Bibliografi 7

2
1.0 PENDAHULUAN

Teater merupakan salah satu komponen sastera yang terdiri daripada koleksi drama yang
akan dipersembahkan diatas pentas. Istilah teater berasal daripada bahasa Yunani (théatron),
yang seterusnya berasal daripada (theasthai), yang bermaksud 'melihat. Disamping itu,Teater
ialah subset seni persembahan, yang merangkumi bidang lakonan, pementasan, muzik, bunyi
dan hiburan. Kemudian, Persembahan teater datang dalam pelbagai bentuk seperti Opera,
wayang kulit, balet, pantomim, dan sebagainya. Menurut Harymawan (1993), Secara khusus
teater mengacu kepada aktiviti melakukan kegiatan dalam seni pertunjukan (to act) sehingga
tindak tanduk pemain di atas pentas disebut acting. Istilah acting diambil dari perkataan Yunani
“dran” yang bermaksud berbuat, berlaku, atau beraksi. disebabkan aktiviti beraksi ini maka para
pelakon lelaki dalam teater disebut “actor” dan pelakon perempuan disebut “actress”. Manakala,
menurut Ferdinand Brunetierre, sebuah drama harus melahirkan sebuah kehendak dengan action
atau gerak.

Teater yang dipilih oleh pengkaji adalah teater “Bawang Merah Bawang Putih” yang
dipersembahkan oleh pelajar-pelajar USM pada tahun 2018, teater ini dilhamkan dari sebuah
novel yang ditulis oleh Allahyarham Salleh Ghani. Dalam teater ini watak Bawang Merah dan
Bawang Putih yang biasanya dibawakan oleh wanita digantikan dengan lelaki. Novel “Bawang
Merah Bawang Putih” tulisan Allahyarham Salleh Ghani lebih berunsurkan tragedi manakala teater
“Bawang Merah Bawang Putih” yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar USM ini berunsurkan
tragekomedi. Teater ini membawa tema isu sosial kekeluargaan.

Teater “Bawang Merah Bawang Putih” yang dikritik ini adalah berjenis teater muzikal kerana
terdapat gabungan antara seni tari dan seni muzik serta seni lakon walaupun seni tari dan seni
muzik tersebut kurang menonjol dalam teater ini ia tetap dapat dilihat oleh audiens. Di dalam
teater “Bawang Merah Bawang Putih” dapat dilihat gelak tawa, rasa sedih, cinta serta perasaan
amarah walaupun terdapat beberapa aspek tersebut tidak dapat ditunjukkan dengan lebih
mendalam.

3
3.0 NASKAH

Naskah yang digunakan dalam pementasan teater “Bawang Merah dan Bawang Putih”
kelihatan seperti tidak mempunyai plot cerita yang boleh menarik minat audiens untuk menonton
teater tersebut kerana terdapat beberapa babak penting seperti kematian ibu Bawang Putih dan
Penjelmaan ibu Bawang Putih sebagai ikan kaloi juga tidak dipentaskan, kedua-dua babak ini
mampu memberikan kesan emosi yang mendalam kepada audien. Kemudian penceritaan teater
ini kelihatan seperti tergantung.

4.0 TEKNIK LAKON

Teknik lakon yang ditunjukkan dalam teater “Bawang Merah Bawang Putih” ialah teknik lakon
yang diperkenalkan oleh Konstantin Stanislavski iaitu teknik lakon realisme. Pelakon Bawang Putih
terlihat seperti tidak fokus kerana dalam babak dimana Bawang Merah dipukul oleh ibu tirinya
sepatutnya pelakon berasa sedih dan menangis tetapi disana pelakon kelihatan seperti sedang
tersenyum dan terketawa. Hal ini, menyebabkan perasaan sedih yang sepatutnya disampaikan
pada babak tersebut tidak sampai kepada audiens. Seterusnya pelakon yang menjadi raja dan
permaisuri kelihatan seperti tidak mempunyai “chemistry” dan menyebabkan babak permaisuri
menginginkan seorang putera ternampak seperti kaku.

5.0 BUSANA DAN TATARIAS

5.1 BUSANA

Busana merupakan pakaian yang dipakai oleh pelakon untuk membuatkan persembahan
teater lebih menarik dan bagi membezakan antara satu watak dengan watak lain. Busana yang
dipakai oleh Bawang Putih dalam teater “Bawang Merah Bawang Putih” tidak menunjukkan
bahawa watak Bawang Putih tersebut dibuli oleh ibu tiri dan adik tirinya, kerana busana watak
Bawang Putih kelihatan seperti pemakaian orang-orang bangsawan dan bukan seperti anak tiri
yang diperlaku kejam oleh ibu tirinya. Selain itu, busana yang dikenakan oleh Bawang Merah
kelihatan terlalu moden untuk penduduk kampung pada masa tersebut.

4
5.2 TATARIAS

Tatarias ialah seni yang mampu mengubah penampilan wajah pelakon agar menyerupai
watak yang dilakukan oleh mereka. Tatarias yang digunakan untuk semua pelakon di teater
“Bawang Merah Bawang Putih” adalah natural, mereka menggunakan dandanan yang sedikit
tetapi ini menyebabkan watak Bawang Merah tersebut tidak nampak seperti watak antagonis.
Salah seorang pelakon tambahan yang menjadi kawan kepada Bawang Merah mempunyai warna
rambut yang tidak sesuai dengan latar masa dan latar tempat teater “Bawang Merah Bawang
Putih” iaitu berwarna kuning keemasan.

6.0 AUDIO

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu teater. Elemen
muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang
boleh digunakan dalam sesebuah persembahan teater untuk meningkat daya tarikan
persembahan teater tersebut. Penggunaan elemen muzik dalam teater “Bawang Merah Bawang
Putih” agak sedikit bagi teater yang berunsur teater muzikal dan elemen muzik yang digunakan
juga tidak dapat menyampaikan emosi sedih yang ingin disampaikan kepada audiens. Selain itu,
di babak dimana ibu Bawang Merah memukul Bawang Putih, dialog ibu Bawang Merah kurang
jelas akibat daripada pelakon ibu Bawang Merah tidak menggunakan mikrofon semasa
melontarkan dialognya.

7.0 PROPS SET

Tidak banyak prop yang digunakan dalam pementasan teater “Bawang Merah Bawang Putih”
ini menyebabkan suasana kelihatan hambar dan tidak menunjukkan suasana kampung.
Manakala, perubahan set hanya berlaku sebanyak 2 kali sahaja dengan bantuan pertukaran focus
lampu profil ke sesuatu ruang lakon di pentas dan ini membuatkan pentas tidak digunakan
sepenuhnya dan menyebabkan pentas kelihatan kosong dan ini boleh menyebabkan pementasan
teater “Bawang Merah Bawang Putih” kelihatan tidak meriah dan ini akan menyebabkan audiens
kurang berminat dengan pementasan teater tersebut.

5
8.0 PENCAHAYAAN

Didalam sebuah pementasan teater pencahayaan merupakan elemen penting yang perlu ada
untuk menerangi dan menberikan mood dalam sesebuah pementasan itu. Pencahayaan juga
mampu menimbulkan suasana di atas pentas seperti yang ingin digambarkan. Pencahayaan yang
digunakan dalam pementasan teater “Bawang Merah Bawang Putih” kurang baik kerana hanya
dua warna cahaya sahaja yang digunakan iaitu cahaya dari lampu profil bagi teknik pemfokusan
dan warna untuk menaikkan mood ialah warna merah dan ia hanya digunakan semasa Bawang
Merah memanggil ibunya dan menyebabkan pementasan teater terlihat mendatar.

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pementasan teater “Bawang Merah Bawang Putih” perlu penambahbaikkan


daripada beberapa aspek seperti teknik lakonan, naskah, busana dan tatarias, audio dan props
set serta pencahayaan agar pementasan teater ini lebih menarik dan dapat menyampaikan
pesanan dan pengajaran yang boleh diambil oleh audiens sebagai pegangan hidup mereka.

6
9.0 BIBLIOGRAFI

9.1 VIDEO
 https://www.youtube.com/watch?v=PGEDrvEGuis&t=606s

9.2 BUKU
 Harymawan, RMA. (1993). Dramaturgi. Bandung: Rosda Karya

 Ferdinand Brunetiere (1914). The Law of Drama. Colombia: Dramatic museum of


Columbia university

Anda mungkin juga menyukai