Anda di halaman 1dari 11

Abdul Halim Bin Jamaluddin

CTW423-Playwritting
2012959149
November 2015
KRITIKAL ESEI
Teater Dari Bintang Ke Bintang
Pengenalan
Analisis yang dihasilkan ini adalah berdasarkan sebuah teater arahan bersama Fauziah
Nawi dan Irayanda Mulia yang berjudul Dari Bintang ke Bintang. Teater yang
berlangsung penuh kejutan dan bermain emosi ini adalah berpandukan hasil karyakarya indah Sasterawan Negara Usman Awang. Sehubungan itu, adalah merupakan
satu pengalaman yang begitu menakjubkan apabila secara langsung menyaksikan
teater yang tidak keterlaluan jika dilabelkan sebagai sebuah karya spektakular dan
penuh dengan isi tersurat lagi tersirat. Sebelum itu, segunung penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada pensyarah kursus CTW423-Playwritting Cik Zara kerana
mengaturkan serta memperkenalkan karya agung ini kepada kami yang berlangsung
di Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang di Dewan Institut Terjemahan dan Buku
Malaysia (ITBM), Seksyen 10, Wangsa Maju Kuala Lumpur yang akan berakhir
malam ini adalah karya teater yang diadaptasi daripada puisi-puisi karya Sasterawan
Negara Usman Awang. Mula dipentaskan pada 28 September lalu dianjurkan oleh
ITBM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Usman Awang. Teater ini
memberikan penghayatan yang berbeza kepada penonton kerana puisi-puisi Usman
Awang diangkat sebagai dialog dalam pementasan ini. Sebagaimana yang banayk
orang sedia maklum, puisi Usman Awang membawa maksud yang besar di sebalik

kearifan permainan bahasanya yang puitis. Oleh yang demikian, menghayati teater ini
sudah pasti berbeza dengan banyak teater lain terutama yang bercorak popular. Teater
Dari Bintang Ke Bintang pertama kali dipentaskan ialah pada 1998 sempena ulang
tahun ke-50 penglibatan Usman Awang dalam bidang kesusasteraan. Teater ini
dijayakan 11 pelakon, iaitu Raja Emy Shahril, Mohsein Mohyi, Raouf Arif, Afnan
Shahir, Iellyas Fietrie, Raja Muhammad Hafiz, Jali Masari, Ieka Simone, Norafyda,
Syeera Ishak dan Shafinaz Mohd Shah.

Pendapat Awal
Penulis berpendapat bahawa pementasan teater Dari Bintang ke Bintang Ini adalah
kurang berkesan dari segi penyampaiannya yang begitu lari daripada nilai estetika
asal puisi-puisi karangan Usman Awang itu sendiri. Sebagai contoh, pada permulaan
teater pelakon-pelakon telah membaca ataupun mendeklamasikn sajak Kekasih oleh
Usman Awang dengan nada kasar dan keras sedangkan sajak Kekasih itu sendiri
adalah merupakan sebuah sajak yang romantis. Melalui intonasi dan gaya bacaan
yang keras dan kasar seperti itu, penulis berpendapat makna sajak itu telah gagal

disampaikan dengan baik kepada penonton dan hal ini merupakan sebuah kecacatan
yang begitu menjejaskan pementasan teater ini kerana ianya berlaku pada minit-minit
awal pementasan. Babak-babak disusun melibatkan kisah zaman Kesultanan Melayu,
kejatuhan kerajaan Melaka, era penjajah dan pascamerdeka tetapi garapannya dilihat
tergesa-gesa bagaikan larian seorang anak muda yang ingin segera tiba di garis
penamat. Walaubagaimanapun, penulis berpendapat usaha Fauziah Nawi dalam
menghasilkan pementasan teater ini merupakan sebuah usaha yang perlu dipuji kerana
usaha beliau dalam menghasilkan program yang berbentuk aprisiasi puisi yang
berbeza dalam program klise seperti deklamasi puisi yang telah sering dilakukan.
Usaha bersama ITBM, Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Usman Awang dan
Stefani Events ini perlu dteruskan lagi untuk terus menghidupkan naskah karya tokohtokoh sastera tanah air itu perlu diteruskan dengan lebih meluas di masa akan datang.

Melalui satu konsep kritikan yang membangun serta respon positif juga adalah
merupakan salah satu bentuk kritikan. Sehubungan itu, sudah tentunya teater yang
diadaptasi daripada 20 buah puisi Sasterawan Negara

Usman Awang ini penuh

dengan satu respon yang begitu baik serta respon atau sebuah kritikan yang
membangun. Seperti yang telah diketahui oleh kebanyakkan penggiat-penggiat seni
tanah air bahawa seorang sosok Sasaterwan Negara Usman Awang adalah merupakan
penyair yang berjiwa kental serta menulis puisi melalui bait bait kata yang bernada
lembut. Namun setiap hasil karyanya mempunyai nilai mendidik dan serentak
mengajak untuk bangkit melawan.

Dimulai dengan babak permulaan dimana

memperlihatkan watak seorang wanita lakonan Ieka Simon dan watak seorang lelaki
lakonan Raouf Arif sedang berdialog. Pada babak itu kelihatan jelas bagaimana
mereka begitu menghayati watak dan fokus akan dialog yang akan dilontarkan.

Sebelum mengulas dengan lebih lanjut berdasarkan pemerhatian di dalam konteks


naratif dan plot bergerak berdasarkan teater ini, ada beberapa elemen tambahan yang
begitu memberi impak besar kepada pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang ini
seperti alunan muzik dan irama daripada penyanyi latar yang menyanyikannya secara
langsung. Selain itu, alatan muzik yang dimainkan seakan realiti contohnya bunyi
dentuman yang dihasilkan bagi membangkitkan rasa suspen di dalam emosi setiap
penonton. Tambahan lagi, set props yang telah diaplikasikan begitu berkesan dan
bertepatan dengan konsep teater yang bertemakan visual kontemporari.

Penulis akan membicarakan tentang beberapa aspek seperti penataan seni,


pencahayaan dan sedikit berkenaan sinografi di dalam penulisan ini.

Penataan Seni
Setiap pementasan teataer mahupun mana-mana jenis pementasan perlulah
mempunyai penataan seni yang berkualiti dan tidak terlalu rumit. Teataer Dari
Bintang ke Bintang ini secara jelasnya tidak mengandungi penataan seni yang
melampau-lampau bersesuaian dengan skala pementasannya yang boleh dianggap
berskala kecil. Walau bagaimanapun, penulis beranggapan bahawa penataan seni di
dalam pementasan teataer ini adalah terlalu ringkas dan kelihatan malas. Boleh
dikatakan para pelakon langsung tidak menggunakan sebarang prop ataupun perlatan
lain dalam membantu memperindahkan lagi pementasan ini. Mungkin Fauziah Nawi
lebih mendokong ideologi Less is More tetapi perlaksaan beliau kelihatan gagal.

Selain itu, pemilihan kostume juga boleh dilihat sebagai seolah-olah pihak
Sanggar Teater Fauziah Nawi tidak begitu mengendahkan pemilihan kostume yang

bersesuaian dengan intipati teater itu sendiri. Sebagai contoh, kostume yang diguna
pakai oleh pelakon-pelakon lelaki langsung tidak bersesuaian dengan penggunaan
puisi Kekasih di dalam pementasan ini. Seharusnya pemilihan pakaian yang lebih
sesuai perlu dilakukan bagi membantu memantapkan lagi penyampaian teater ini.

Selain daripada masalah pemilihan kostume, penulis juga mendapati pentas ataupun
ruang pementasan tidak dihias ataupun dipenuhkan dengan elemen-elemen yang
sepatutnya seperti prop dan lain-lain. Pentas kelihatan begitu kosong dan terlalu
ringkas, perkara ini telah menyebabkan pementasan teater ini kelihatan murah ,
terlalu ringkas dan seperti tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Pencahayaan

Sama seperti di dalam filem, pementasan teater juga perlukan pencahayaan yang
berkualiti dan kemas. Pementasan teater masih lagi menggunakan konsep
pencahayaan yang sama seperti pencahayaan di dalam filem.

Pada keseluruhan pementasan teater Dari Bintang ke Bintang, penulis


mendapati teknik pencahayaan digunakan dari pelbagai bentuk. Sebagai contoh,
ketika plot naratif menunjukkan dalam keadaan meningkat, pemcahayaan yang
digunakan adalah berbentuk terang dan bergerak pantas. Ini bertujuan untuk
berinteraksi dalam menyampaikan mesej dan momentum gerak balas dengan
penonton. Pada masa yang sama, penggunaan cahaya tersebut juga merujuk kepada
kepantasan masa yang bergerak. Penulis beranggapan ianya bagi menunjukkan rakyat
harus bersikap pantas dan efisyen dalam tugas seharian. Bagi pencahayaan yang
samar tau malap pula, penulis beranggapan pengarah ingin menonjolkan emosi suram.

Aspek yang seterusnya dari sudut bunyi. Muzik dan bunyi pada pementasan
teater tersebut dijalankan secara lansung (live). Berdasarkan pemerhatian penulis,
penggunaan muzik tradisional adalah bertujuan untuk mengetengahkan eleman
tradisional dalam pementasan tersebut. Penggunaan muzik juga adalah bertujuan
menyelaraskan emosi semasa dialog di sampaikan. Pada masa yang sama,
penggunaan kesan bunyi juga adalah bertujuan untuk meletakkan keadaan
pementasan tersebut seakan keadaan sebenar dan sedikit sebanyak telah memberi
gambaran kepada penonton mengenai situasi yang sedang berlaku.

Lakonan dan Penceritaan


Penulis akan mula menyentuh plot penceritaan pementasan terater Dari
Bintang Ke Bintang dengan lebih mendalam. Melalui satu video temuramah bersama
pengarah pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang Fauziah Nawi menjelaskan
bahawa, plot penceritaan bermula dengan kisah kebangkitan kerajaan melayu pada
zaman dahulu iaitu mengenai kerajaan Johor, Riau dan Lingga. Kemudian, menurut
Fauziah Nawi lagi, plot penceritaan disambung dengan kejatuhan kerajaan Melaka
ditangan Benggali Putih Peringgi. Selepas itu pementasan bersambung dengan kisah
perjuangan parajurit tanah melayu pada ketika itu untuk memperjuangkan hak
kebebasan atau dalam erti kata lain menuntut kemerdekaan. Tambahan lagi, melalui
video temubual bersama Fauziah Nawi, plot penceritaan pementasan teater Dari
Bintang Ke Bintang ini berkembang tentang bagaimana sebagai rakyat memegang
erat kepada perjanjian di atas kerobohan Melaka selain perjiwaan di dalam konteks
kemerdekaan.

Selain itu, sutradara Fauziah Nawi juga memberitahu melalui temubual itu,
ada juga selingan daripada pementasan teater tersebut daripada karya agung Usman
Awang iaitu Matinya Seorang Pahlawan dimana memaparkan persengketaan serta
perbalahan dua pahlawan melayu pada ketika itu Hang Jebat dan juga Hang Tuah
untuk memperkatakan tentang kebenaran. Seterusnya, menerusi jalan penceritaan
pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang ini penulis ini memuji sutradara Fauziah
Nawi kerana berjaya membawa serta menyampaikan sesuatu bentuk persembahan
yang begitu memberi kesan kepada penulis yang pada ketika itu menonton
pementasan ini secara langsung. Penulis juga mendapat tahu bahawa majoriti pelakon
bagi pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang ini adalah merupakan pelakon baru
malahan ada diantara mereka adalah merupakan pelakon amatur. Justeru melalui
maklumat yang penulis terima ini boleh lah disimpulkan bahawa sutradara Fauziah
Nawi telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan begitu cemerlang. Seperti yang
penulis huraikan dan bincangkan diawal kritikal esei ini tadi bahawa setiap hasilk
karya yang dihasilkan pasti akan ada sedikit kekurangan. Namun kritikal esei ini
hanya akan memberi pendapat

mengenai kelebihan dan kekurangan pementasan

teater Dari Bintang Ke Bintang di dalam sudut membina agar karya-karya agung
seperti pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang ini diangkat dalam kelas yang

tersendiri. Berbalik kepada plot penceritaan pementasan teater ini, pendapat penulis
setiap plot yang bergerak kelihatan jelas serta selari dengan pementasan. Seperti yang
kita ketahui bahawa keseluruhan pementasan teater ini adalah datangnya daripada
kisah dan bentuk penceritaan yang berbeza. Para pelakon yang tampil dalam
membawa watak begitu menghayati sehinggakan membawa penulis berada di dalam
dunia penceritaan pementasan teater tersebut. Di dalam aspek sudut lakonan dan
pegerakan pelakon, penulis sebagai seorang penonton dan pemerhati tidak ada
sebarang kritikan yang penulis ingin lontarkan kerana mereka begitu cemerlang sekali
membawa watak masing-masing.

Berbalik kepada aspek naratif penceritaan, berdasarkan kajian dan tinjauan


penulis di laman sesawang dan sebagainya, penulis mendapati bahawa ada segelintir
kritikan yang membina telah diajukan kepada pementasan teater Dari Bintang Ke
Bintang ini. Sebagai contoh yang penulis peroleh dari laman sesawang Malaysia
Kini dalam kolum seni dimana mereka memperkatakan serta mempersoalkan
mengenai bagaimana puisi dan sajak hasil karya sasterawan Negara SN Usman
Awang sepatutnya mempunyai sesuatu yang ditafisrkan sebagai kelembutan di dalam
semangat melawan serta peribadinya ada sisi kemanusiaan yang kuat. Menurut
Malaysia Kini lagi, melalui pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang ini semacam
gagal dalam menterjemahkan ciri dan sifat-sifat teresebut. Selain itu, kritikan berkait
kekurangan aura daripada pementasan teater itu sendiri di dalam menyampaikan
mesej tersurat lagi tersirat karya SN Usman Awang melalui puisinya. Tambahnya lagi,
bagi mereka sebuah teater yang baik biasanya akan membuatkan para penonton yang
memahami meletakkan harapan yang tinggi sebelum sesebuah pementasan itu
bermula lagi. Justeru, para penonton akan merasakan atau mengangkat sesebuah

pementasan itu berdasarakan keunikannya yang tersendiri. Kritikan lain juga


menyentuh bagaimana sutradara mengapalikasikan cara penyampaian itu sendiri.
Perkara ini kerana menurut laman sesawang Malaysia Kini teater yang baik adalah
keserasian antara naskah padu dan garapan lakonan mantap. Sehubungan itu, maka
terhasil lah emosi untuk diserap oleh setiap deria para penonton yang menyaksikan
sesebuah pementasan itu. Menurut mereka, malangnya aspek berikut hanya berada
pada limgkungan atau ruang yang amat kecil sehingga mengakibatkan pementasan
teater tersebut sukar untuk dihadam. Menurut mereka lagi, semakin jelas apabila
seseorang penonton itu seakan asing dengan hasil-hasil karya agung Sasterawan
Negara Usman Awang.

Kesimpulan
Keismpulannya, pementasan teater Dari Bintang Ke Bintang arahan bersama
Fauziah Nawi dan Iryanda Mulia ini telah mengangkat himpunan puisi Sasterawan
Negara Usman Awang ke pentas visual dengan unik sekali dan disebalik segala
pandangan dan pendapat adalah bertujuan mengangkat persembahan atau pementasan
seni ke aras satu tahap yang lebih tinggi pada masa yang mendatang. Walaupun
terdapat perbezaan pendapat dan juga persepsi dari dalam bentuk sebuah kritikan,
namun ianya datang daripada kritikan jujur ikhlas yang membina. Sebagai seorang
pelajar, seperti yang penulis katakan di awal kritikal esei ini, penulis memperoleh
jutaan ilmu berguna daripada pementasan teater ini dan karya ini adalah karya yang
spektakular. Negara yang berjiwa seni adalah datang daripada setiap rakyatnya yang
mencintai nilai seni serta bersama mengaplikasikan unsur keindahan seni di dalam
kehidupan seharian di dalam konteks memperkasakan kelembutan budaya masyarakat
kita yang perlu di wariskan kelak untuk gnerasi akan datang.

RUJUKAN
http://www.malaysiakini.com/hiburan/314210
http://kakiseni.com/events/teater-dari-bintang-ke-bintang/
http://irul-arief.mywapblog.com/arti-warna-hitam-putih-merah-kuning-dan.xhtml
http://mimbarkata.blogspot.my/2015/10/dari-bintang-ke-bintang.html

Anda mungkin juga menyukai