Anda di halaman 1dari 2

QASIDAH KEHIDUPAN

Untuk Ishtar

Jalani kehidupan dengan tenang ditengah keluh kesah dan resah disekeliling kamu, dan
ingatlah bahawa kesunyian membawa kepada ketenangan. Sejauh mungkin, berbaik baiklah
dengan dan kepada seluruh manusia.

Berbicaralah dalam benar dengan nada yang jelas dan rendah; sentiasa mendengar dengan
penuh perhatian kepada sesiapa pun; walau pun mereka boleh membosankan dan membazir
waktu kamu; kerana mereka juga ingin bercerita.

Elakkan bergaul dengan orang yang berakhlak lantang dan kasar; kerana mereka bakal
mengganggu ketenangan yang telah kau usahakan dan mereka akan hanya membawa
keresahan kepada kehidupan kamu.

Janganlah sekali kali membuat perbandingan antara orang lain dengan diri kamu; ia akan
menjadikan kamu sombong atau iri hati, kerana kita sentiasa akan hidup di kalangan orang
yang lebih dan kurang dari diri kita. Ukurlah baju pada badan kamu sendiri. Bersyukur lah
dengan apa jua kecapaian dan rencana yang telah disediakan oleh Tuhanmu untuk sekian
hayat kamu. Sentiasa lah menaruh minat dan harap yang penuh kepada usaha kamu walau
rendah mana pun sangkaan kamu itu; kerana di situlah terkandung anugerah Tuhan kamu
untukmu. Bukankah itu lebih lumayan malah lebih kekal?

Sangat lah kamu berhati hati kepada usaha dan perniagaan kamu, kerana tipu daya dan
muslihat sentiasa akan mengancam kamu. Namun jangan pula kamu terlepas pandang dengan
adanya kemuliaan; ramai yang bermaksud dan mengikhtiarkan kebaikan di mana mana pun.
Yang penting, janganlah berpura pura didalam soal kebenaran, atau kasih sayang dan soal
kehidupan. Janganlah kamu tayang suka dan duka kamu kepada orang lain kerana umpama
rumput yang ditebas lain hari pasti ia tumbuh kembali.

Tempuh lah hayat dewasa kamu dengan bersyukur dan berbahagia dengan berserah
sepenuhnya pada rahmat dan syafaat Tuhan di sebalik itu.

Tanamkan kekuatan dan keteguhan rohani sebagai perisai kebal kamu bila diuji oleh
kesusahan dan musibah. Dan janganlah kamu sibuk dengan perkara remeh temeh. Kerana
ianya boleh membuat kamu kalut dan keliru semata mata.

Dan walau pun kamu sedang giat berusaha didalam bidangmu; janganlah kau lupa untuk
berlaku kasih dan adil kepada diri kamu. Kau juga manusia dan hamba. Hak kamu tetap ada
dan tersedia dibumi oleh Tuhanmu. Dan sama ada kamu faham atau tidak, semua ini tetap
menjadi hak kamu. Maka janganlah kamu ragu ragu dan bersangka sangka pada rencana
Tuhanmu.
Dan apa pun kerjaya dan cita cita kamu, dalam haba hidup yang penuh ancaman dan cabaran,
bersabarlah; dan bersyukurlah. Kerana dalam semak samun, huru hara itu, kehidupan kamu
masih indah dan bermakna. Berbahagialah anak ku.

Abd Razak Ahmad


Isnin, 24 Ogos 2020

Anda mungkin juga menyukai