Anda di halaman 1dari 5

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD

D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA,


103, JALAN TEMPLER,
46700 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

ATURAN AL-QARDHUL HASSAN KECEMASAN

TAJUK

1. Aturan ini hendaklah dinamakan ATURAN SKIM PINJAMAN AL_QARDHUL


HASSAN KECEMASAN Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia
Berhad”

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan mesyuarat agung Koperasi ini
pada………. dan dikemukakan kepada Suruhanjaya

TAFSIRAN

3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

(a) ‘Al Qardhul Hassan Kecemasan’ ertinya memberikan pinjaman wang


kepada seseorang anggota dengan perjanjian yang ia akan membayar
balik dengan nilai yang sama. “Al-Qardhul Hassan ertinya hutang tanpa
faedah atau tiada bayaran lebih atau manfaat material semasa ‘aqad’
akan tetapi semasa menjelaskan hutang, penghutang amat digalakkan
memberi saguhati/hadiah kepada koperasi sebagai tanda terima kasih.

TUJUAN

4. Skim ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-


anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti
berikut :

(a) kematian - ibu, bapa, isteri/suami, mertua, anak dan adik beradik kepada
anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah;

(b) sakit - anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak termasuk anak angkat
yang mempunyai surat akuan yang sah;

(c) bersalin - anggota atau isterinya; dan

(d) bencana alam - kebakaran, banjir, ribut taufan atau sebab-sebab lain yang
dianggap kecemasan oleh Lembaga

(e) Mereka yang berada dalam kesusahan mengikut budi bicara Lembaga

1
KELAYAKAN

5. Pinjaman ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi ini


dengansegera(kecemasan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

(a) telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada 6 bulan
berterusan;

(b) telah mencarum dalam Modal Yuran di Koperasi ini sekurang- kurangnya 6
bulan mengikut Aturan Modal Yuran;

(c) pinjaman yang dibenarkan tidak melebihi RM 500.00; dan

(d) d) berkemampuan membayar pinjaman iaitu bayaran ansuran bulanan


bagi pinjaman ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bersih
bulanan.

TEMPOH BAYARAN BALIK

6. Tempoh bayaran balik pinjaman ini tidak melebihi 10 bulan dan ansuran
mestilah bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan diluluskan/cek
dikeluarkan.

PERMOHONAN

7. (1) Semua permohonan kepada Skim AQH Kecemasan hendaklah dibuat di


atas borang rasmi Koperasi ini.

(2) Permohonan untuk Skim AQH Kecemasan hendaklah disampaikan ke


pejabat Koperasi ini dengan segera untuk dipertimbangkan dan diluluskan
oleh Jawatankuasa Pinjaman ini tidak memerlukan jaminan.

(3) Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa


borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sokongan diisi
dengan sempurna dan ditandatangani. Kecuaian di segi ini akan
menyebabkan permohonan itu ditolak dan anggota yang berkenaan akan
diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa.

(4) Penerimaan atas permohonan pinjaman tersebut hendaklah didaftarkan di


dalam Daftar Permohonan Pinjaman dan diberi angka pendaftaran dan
kemudian diserahkan kepada jawatankuasa.

MEMPROSES BORANG PERMOHONAN

8. (1) Semua borang permohonan untuk Skim AQH Kecemasan akan diproses
oleh Jawatankuasa

(2) Di dalam menjalankan tugas memproses untuk meluluskan permohonan


pinjaman, Jawatankuasa ini hendaklah menentukan:

2
(a) kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani bersekali
dengan dokumen sampingan dan kenyataan yang menyokong
permohonan;

(b) kelayakan pemohon;

(c) kesanggupan pemohon untuk memberi kuasa kepada majikan supaya


memotong gajinya untuk membuat bayaran pinjaman dan lain-lain
caruman kepada koperasi ini;

(d) pengesahan dokumen bagi tujuan permohonan;

(e) kedudukan baki pinjaman yang sedia ada dan tertunggak; dan

(f) berkemampuan membayar pinjaman iaitu bayaran ansuran bulanan bagi


pinjaman ini tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji bersih
bulanan.

(3) Permohonan yang terpaksa ditolak disebabkan permohonan yang melebihi


had kelayakan meminjam atau yang tidak disertakan dengan kenyataan
yang mencukupi bagi menyokong permohonan atau borang-borang tidak
diisi dengan sempurna, hendaklah dimaklumkan kepada pemohon dengan
segera agar pembetulan dapat dibuat dan permohonan itu dapat
dipertimbangkan oleh jawatankuasa.

(4) Selesai kerja memproses permohonan pinjaman ini, makluman


permohonan yang telah diluluskan hendaklah dibentangkan di dalam
Mesyuarat Lembaga untuk makluman.

MENIMBANGKAN PERMOHONAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA

9. (1) Mesyuarat jawatankuasa hendaklah menimbangkan untuk meluluskan


permohonan mengikut giliran pendaftaran yang dicatatkan pada borang
permohonan.

(2) Di dalam mengambil keputusan untuk meluluskan sesuatu permohonan


pinjaman jawatankuasa hendaklah berpegang kepada prinsip “Yang
mustahak dan yang kecil didahulukan”.

(3) Jawatankuasa bolehlah menimbangkan cadangan tempoh dan kaedah


bayaran balik pinjaman atau mengenakan syarat-syarat tertentu bagi
pembiayaan itu.

(4) Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan hendaklah di cadang dan


disokong oleh semua anggota jawatankuasa. Kelulusan atau penolakan
itu hendak catatkan dalam Daftar Pinjaman.

(5) Adalah menjadi kuasa muktamad jawatankuasa untuk menolak sesuatu


permohonan dan menghadkan jumlah pembiayaan yang dipohon terhadap
Skim AQH Kecemasan itu.

3
KAEDAH PEMBAYARAN WANG KEPADA PEMOHON

10. (1) Kecuali dalam keadaan yang luar biasa yang dibenarkan oleh Lembaga,
semua pembayaran wang untuk Skim AQH Kecemasan hendaklah
dilakukan dengan segera selepas mesyuarat jawatankuasa
meluluskannya.

(2) Sebelum bayaran-bayaran dibuat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari


Koperasi ini hendaklah mempastikan bahawa :

(a) borang permohonan dan dokumen berkaitan telah disempurnakan dan


ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan;

(b) baucer pembayaran telah siap untuk ditandatangani;

(c) jumlah pinjaman yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Pinjaman;


dan

(d) pembayaran wang bagi urusniaga di bawah Skim ini hendaklah dibuat
terus kepada pemohon.

PENANGGUHAN PEMBAYARAN BALIK

11. Di dalam keadaan-keadaan tertentu Lembaga boleh meluluskan


penangguhan atau pengurangan sebarang ansuran pembayaran Tidak ada
penangguhan ke atas sebarang ansuran pinjaman boleh diberikan atas sebab
sebarang perayaan. Di dalam sebarang tempoh di mana satu penangguhan
ansuran pembiayaan diberikan, anggota hendaklah mengekalkan caruman
bulanan modal yuran yang sama seperti terdahulu.

MENDAPATKAN BALIK HUTANG ATAU PINJAMAN DENGAN SEGERA

12. Keseluruhan jumlah pinjaman atau baki pinjaman hendaklah dibayarbalik


kepada koperasi tanpa bertangguh dan tanpa sebarang alasan jika
peminjam / penghutang didapati:

(a) berhenti atau diberhentikan daripada menjadi anggota;

(b) pinjaman digunakan bagi sebarang tujuan selain daripada tujuan yang
dinyatakan dalam borang permohonan;

(c) kedudukan penghutang difikirkan meragukan.

4
AKIBAT KEGAGALAN MEMBAYAR BALIK

13. Dalam keadaan di mana seseorang anggota itu didapati gagal untuk
membayar balik pinjaman nya,Lembaga Koperasi ini berhak memutuskan
dalam satu mesyuaratnya supaya jumlah wang yang masih belum dibayar itu
ditolak daripada wang anggota berkaitan yang ada dalam Simpanan Khas,
Modal Yuran, atau Modal Syer kecuali syer minima saperti yang ditentukan
dalam undang-undang kecil 55(1) Koperasi ini.

PERTIKAIAN

14. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran Aturan ini atau timbul
apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk
kepada Suruhanjaya mengikut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentangkan dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan
koperasi pada

.................................... ....................................
( ) ( )
Pengerusi Setiausaha

Anda mungkin juga menyukai