Anda di halaman 1dari 3

KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN NEGERI MELAKA BERHAD ATURAN SKIM PERLINDUNGAN KREDIT

A. TAJUK 1. Aturan ini dinamakan Skim Perlindungan Kredit Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad B. TAFSIRAN 2. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki erti yang laina) Kredit ertinya pinjaman yang diluluskan dan diberi kepada anggota yang layak. b) Skim Perlindungan Kredit ertinya tabungan yang dikumpul dari anggota yang membuat kredit untuk menjamin kreditnya kepada koperasi. c) Caj ertinya sejumlah bayaran yang dikenakan ke atas kredit yang diluluskan. C. TUJUAN 3. Tujuan Skim Perlindungan Kredit ini ialah untuk:a. Merancang, menjalankan dan mengawal segala aktiviti yang berkaitan dengan Skim Perlindungan Kredit. b. Mengumpul wang yang cukup bagi menjalankan Skim ini. c. Memudahkan anggota mendapatkan kemudahan kredit. D. SUMBER KEWANGAN 4. Sumber kewangan bagi melaksanakan Skim ini diperoleh daria. Caj yang dikenakan keatas kredit yang diluluskan. b. Peruntukan dari keuntungan koperasi ini yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan. c. Pulangan dari pelaburan wang Skim ini. E. PENTADBIRAN 5. Aktiviti ini ditadbir oleh Lembaga Koperasi.

F. KEPERLUAN SKIM PERLINDUNGAN KREDIT 6. Skim Perlindungan Kredit ini diwajibkan kepada anggota yang diluluskan kreditnya. G. JENIS PERLINDUNGAN 10. Perlindungan di bawah Skim ini hanya untuk keadaan berikut: a. Anggota meninggal dunia. b. Anggota ditamatkan perkhidmatan. c. Anggota menjadi bankrap. H. KADAR CAJ 11.Kadar caj yang dikenakan ialah 1% dari jumlah kredit. 12.Lembaga berkuasa membuat perubahan kadar caj dari masa ke semasa. I. BAYARAN DARI SKIM INI 13.Anggota yang diberikan kredit di bawah aturan G.10(a), Lembaga berkuasa menggunakan wang syer, yuran dan lain-lain hak kepentingan anggota itu di koperasi ini untuk menjelaskan baki kreditnya. Lembaga seterusnya boleh menggunakan wang dari Skim ini untuk menjelaskan baki kreditnya. 14. Anggota yang diberikan kredit di bawah aturan G.10(b) dan (c) dan setelah 3 bulan gagal membuat bayaran balik baki kredit, Lembaga berkuasa menggunakan wang modal syer, yuran dan lain-lain hak kepentingan anggota itu di koperasi ini untuk menjelaskan baki kredit. 15.Setelah mengambil tindakan perkara 14 Lembaga seterusnya boleh menggunakan wang dari Skim ini untuk menjelaskan baki kredit setelah semua cara termasuk tindakan undang-undang diambil untuk mendapatkan baki kredit tersebut. 16.Segala perbelanjaan yang berbangkit dalam usaha mendapatkan balik baki kredit dari peminjam hendaklah dibayar dari wang Skim ini. J. PELABURAN 17. Lembaga boleh menggunakan semua atau sebahagian daripada wang Skim ini untuk tujuan pelaburan. 18. Lembaga berkuasa memindah sebahagian atau semua wang Skim ini ke dalam akaun untung rugi koperasi ini.

K. TAHUN KEWANGAN 19. Tahun kewangan Skim ini adalah seperti tahun kewangan koperasi ini. L. AUDIT 20. Akaun Skim ini hendaklah diaudit bersekali dengan akaun-akuan koperasi ini setahun sekali. M. PENGGANTUNGAN / PEMBUBARAN SKIM INI 21. Jika keadaan atau kedudukan kewangan Skim ini tidak mengizinkan lagi operasinya diteruskan, Lembaga berkuasa menggantung perjalanan Skim ini sehingga keadaan atau kedudukan kewangannya pulih atau membubarkannya sama sekali. N. PERTIKAIAN 22. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham tentang tafsiran Aturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya mengikut undangundang kecil 81 Koperasi ini.

Diakui Aturan ini telah dibentang, dibincang dan diterima didalam mesyuarat agung perwakilan tahunan ke tujuh puluh tiga bertarikh dua puluh haribulan Jun tahun dua ribu sembilan.

.. (Pengerusi)

. (Setiausaha)

(Bendahari)

Anda mungkin juga menyukai