Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK IMBaKUP DALAM PENULISAN ISI KARANGAN:

Pembelajaran dalam talian seperti aplikasi Zoom, Google Meet, dan Youtube sudah mula
digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Huraikan manfaat-manfaat yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini.

1. Tema: Pembelajaran dalam talian


2. KS: manfaat-manfaat yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini
3. Format: tidak berformat: fakta

ISI 1:
I-Sebagai mukadimah dan pembuka bicara, lontaran idea perdana mengenai manfaat yang
diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini adalah mudah memperoleh maklumat.
M- Hal ini dikatakan demikian kerana pada era siber ini, semua maklumat hanya berada di
hujung jari.
Ba-Oleh hal yang demikian, para pelajar hanya perlu memiliki gajet dan rangkaian Internet
untuk mencari maklumat tambahan di alam siber.
K-Kesannya, melalui cara ini semua pelajar dapat mencari maklumat dengan mudah dan
dapat menyiapkan tugasan dengan cepat.
P- Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa salah satu manfaat yang diperoleh daripada
pembelajaran dalam talian ini adalah mudah memperoleh maklumat.
ISI 2:
I-Beralih ke jendela yang lain, salah satu manfaat yang diperoleh daripada pembelajaran
dalam talian ini adalah dapat menjimatkan kos.
M-Hal ini dikatakan begitu kerana semua bahan rujukan dan latihan boleh diperoleh atau
dikongsi melalui aplikasi dalam talian.
Ba- Oleh sebab itu, mereka hanya perlu mencari inisiatif untuk belajar.
K- Impaknya, para pelajar hanya perlu meluangkan masa mereka untuk belajar kerana
kemudahan kini berada di depan mata.
P-Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa salah satu manfaat
yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini adalah dapat menjimatkan kos.
ISI 3:
I-Umum mengetahui bahawa menawarkan masa dan tempat yang fleksibel juga merupakan
salah satu manfaat yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini.
M-Hal ini dikatakan demikian ekoran pada zaman sekarang ini, telefon pintar merupakan
salah satu barangan wajib yang akan dibawa ke mana-mana sahaja.
Ba- Sehubungan dengan itu, para pelajar boleh menggunakan kemudahan teknologi tersebut
secara fleksibel sama ada untuk menonton video berkaitan dengan pembelajaran atau
membaca.
K- Natijahnya, sesi pembelajaran dapat dijalankan seperti biasa tanpa mengira tempat dan
waktu di segenap buana.
P- Deduksinya, salah satu manfaat yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ini
adalah dengan menawarkan masa dan tempat yang fleksibel.

Anda mungkin juga menyukai