Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN JAWAPAN BM TINGKATAN 1 KERTAS 2

BAHAGIAN A

Pendahuluan:
Masa lapang bukan bermakna kita boleh bersuka ria dengan aktiviti yang merugikan. Sebaliknya,
masa lapang perlu diisi dengan aktiviti yang menarik agar memberikan manfaat.

Isi-isi penting:

1. Kita boleh mengisi masa senggang dengan membaca. Apabila kita membaca, ilmu pengetahuan
akan bertambah.

2. Bersukan dan beriadah juga aktiviti yang baik. Kita dapat menghilangkan stres dan menyihatkan
tubuh badan.

3. Berkelah atau meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga merupakan waktu yang sangat
bernilai. Pada masa tersebut, kita akan bertukar-tukar cerita sambil melakukan aktiviti yang
boleh mengeratkan hubungan.

Penutup:
Janganlah kita membazir masa kerana masa lebih berharga daripada emas.

BAHAGIAN B

Soalan 1: Syarahan ibu bapa cemerlang, keluarga bahagia.

Isi-isi penting:
I. Ibu bapa mencorakkan masa depan anak-anak bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

II. bapa berperanan sebagai ketua keluarga - ibu bapa saling membantu dalam mendapatkan yang
terbaik untuk anak-anak

III. Ibu bapa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan asas keluarga seperti tempat tinggal
yang selesa, makanan yang mencukupi, pendidikan dan perubatan yang sempurna - hidup
keluarga sejahtera

IV. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang kepada anak-anak.


Anak-anak yang ketandusan kasih sayang mudah terjebak dalam gejala sosial rempit, buli,
vandalisme memusnahkan masa depan anak-anak

Soalan 2: Faktor-faktor keruntuhan akhlak


Isi-isi penting:
I. Ibu bapa terlalu percaya kepada anak-anak - memberikan kebebasan sepenuhnya tanpa
mengambil kira kesalahan yang dilakukan oleh mereka

II. Ibu bapa mengutamakan kerjaya masing-masing dan hal anak- anak bukan lagi keutamaan - hal
ini menyebabkan anak-anak mencari jalan lain untuk mengisi masa senggang banyak
menghabiskan masa dengan rakan-rakan - jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita
akan berbau wangi. Jika kita berkawan dengan tukang besi, kita akan terasa bahangnya

III. Ibu bapa tidak memberikan didikan agama terhadap anak-anak bahkan gagal menjadi suri
teladan yang baik .

IV. Ibu bapa kurang ilmu keibubapaan, iaitu tidak mahir mengurus atau menangani masalah
keluarga
Soalan 3: Kesan-kesan pengabaian tanggungjawap ibubapa terhadap anak-anak
Isi-isi penting:

I. Ibu bapa sibuk mengumpul harta menyebabkan mereka tiada masa dengan anak-anak - situasi
ini menyebabkan anak-anak berasa diri tidak diperlukan - tidak penting dan tidak disayangi

II. Hubungan sesama ahli keluarga menjadi renggang kerana jarang berkomunikasi - lebih
menyedihkan lagi apabila hilang rasa hormat - menghormati - ketiadaan nilai ini menyebabkan
pertelingkahan sering berlaku.

III. Prestasi pelajaran anak-anak terjejas - ibu bapa tidak menitikberatkan hal pembelajaran anak-
anak

IV. Tahap kesihatan anak-anak merosot - ibu bapa tidak ambil peduli - anak-anak terbiar tanpa
rawatan

Anda mungkin juga menyukai