Anda di halaman 1dari 3

BIDANG : ADAB

TEMA : SIFAT-SIFAT MAHMUDAH

TAJUK : HORMATI IBU BAPA

Ayah dan Ibu, Kemahiran


Menyanyi
Ayah dan Ibu,
Itulah permulaan kami….

Bismillahirahmanirahim….. Assalamualaikum w.b.t.. Salam

Terima kasih peneraju acara, saf panel kehakiman yang arif lagi bijaksana, Salutasi
guru-guru serta rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian.

Ya hadirin,

Isi utama
Sambutan Hari Ibu dan Bapa sedunia setiap tahun diraikan oleh kita yang
bergelar anak. Pelbagai cara kita meraikan mereka seolah-olah itulah hari
yang paling bermakna dalam hidup mereka

Apa pun panggilan kita untuk ayah dan


ibu….Amma..Appa..Daddy..Mommy..Papa..Mama..Ummi..Abah..
Dari merekalah kita dilahirkan..

Ya Kawan-kawan.. Huraian

Tapi hakikatnya dunia hari ini menjadi saksi seribu satu kisah antara
anak-anak dan ibu bapa.. Ada yang gembira dan bahagia..Alhamdulillah..
Namun ada juga yang sayu, pilu , sedih…

Senario kini telah berubah, ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 Huraian
bulan 10 hari, menyusukan, menjaga sehingga kita dewasa. Si ayah yang
berhempas pulas mengerah tenaga demi membesesarkan kita mencari
sekelumit rezeki demi memastikan anaknya dapat hidup sehingga kehari
ini.
Adakah kamu lupa wahai anak- anak. Tepuk dada tanyalah minda. Kemahiran
berpidato
Linangan air mata para ibu bapa yang ditinggalkan kesepian… Dibiarkan
dirumah-rumah kebajikan.. Dibuang menjadi gelandangan merempat…
Sehingga ada yang menghembuskan nafas terakhir tanpa anak disisi..
Adakah ini balasan seorang anak kepada orang tuanya ?

Ingin saya ajak hadirin sekalian menyelami situasi sebenar yang kerap Contoh
berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang anak.

Acap kali ibu atau ayah kita pasti akan meminta kita untuk menolongnya
dalam pelbagai situasi… Acap kali juga kita mengatakan kepada mereka “
Malas lah ibu, Tunggu sekejap ayah “. Malah ada yang lebih kasar
daripada itu sehingga menguris hati dan perasaan ibu dan ayah.

Tidakah kita sedar akan firman Allah Dalil

“.……Maka sekali -kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya


(ibu bapa) perkataan “ah” dan janganlah kamu memarahi mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Wahai hadirin, Pengajaran

Ayuhlah kita sama - sama menjadi anak yang taat dah patuh akan setiap
arahan dan suruhan selagimana ianya tidak melanggar suruhan Allah
SWT. Marilah kita semai sifat mahmudah ini agar hidup kita diberkati
Allah didunia lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.

Saya teringat akan pepatah arab yang berbunyi : “ Redha Allah terletak Kemahiran Bedoa
pada redha kedua ibu bapa “.

Jangan lupa..kita doakan selalu ibu bapa yang telah membesarkan kita …
Maksudnya : Ya Allah, Ampunilah segala dosaku dan juga dosa
kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka
memelihara dan mendidiku semasa kecil.

Pasang bubu tepian pegaga, Pantun


Pemuda Gagah makan markisa,
Kasih ibu membawa kesyurga
Kasih ayah sepanjang masa

Anda mungkin juga menyukai