Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG

JAWA SEGAMAT,JOHOR

KERTAS KERJA

LATIHAN PUSAT PASUKAN BOLA TAMPAR


2023

PEREMPUAN BAWAH 12

TARIKH
23 JUN 2023
HINGGA
9 JULAI 2023

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT


PASUKAN BOLA TAMPAR 2023 SK KAMPONG JAWA,
SEGAMAT
PENDAHULUAN
Permainan Bola Tampar merupakan permainan yang semakin diiktiraf di dalam dunia
sukan. Sukan, memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
permainan bola tampar, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai
kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial,
kepimpinan serta disiplin diri. Ia juga dapat mendapat mendidik dan melatih individu
untuk lebih bertanggungjawab, berfikir secara matang dan pantas dalam membuat
keputusan. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang
menyeluruh di masa akan datang. Program ini juga diharapkan agar dapat melahirkan
atlit bola tampar yang berkemahiran tinggi dan berpotensi sebagai bintang sukan yang
berprestij.

MATLAMAT
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam permainan bola
tampar.
ii) Dapat memilih atlit-atlit yang berbakat dan berpotensi untuk diketengahan dalam
Kejohanan Bola tampar MSSD Segamat dan MSS Johor.
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF
i) Medan bagi memilih peserta yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili sekolah ke
Kejohanan Balapan dan Padang MSSK / DKBB.
ii) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.
iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

ANJURAN
Unit Sukan dan Kelab Bola Tampar, SK Kampong Jawa
MASA
Jun hingga Julai 2023 

TEMPAT
Gelanggang Bola Tampar, SK Kampong Jawa

PESERTA DAN SASARAN: 

Terbuka kepada murid-murid SK Kampong Jawa (Tahun 4-6) 


Ahli-ahli Kelab Bola Tampar 

JURULATIH: 

Cg Nur Aqlili Riana Binti Zainuzzaman ( Jurulatih ) 


Cg Norhazila Binti Asri ( Pembantu Jurulatih ) 
Cg Salbiah Binti Ontong ( Pembantu Jurulatih ) 
Cg Faizah Binti Ahmad Raduan ( Pengurus )
Cg Siti Zaleha Binti Shamsudin ( Pembantu Pengurus )

Juru-jurulatih akan melatih, membimbing dan menyediakan pada para atlit yang terpilih
untuk membentuk kontinjen sekolah yang mantap ke Kejohanan MSSD Bola Tampar
daerah Segamat.
JADUAL LATIHAN

TARIKH MASA TENTATIF LATIHAN


MINGGU 1 7.30 - 8.30 Pagi Fitness ( 15 minit )
18 - 22 JUN 2023 Teknik Servis ( 15 minit )
AHAD - KHAMIS Menyangga ( 15 minit )
Permainan ( 15 minit )
MINGGU 1 8.00 - 10.00 Pagi Fitness ( 15 minit )
23 & 24 JUN 2023 Teknik Servis ( 30 minit )
JUMAAT - SABTU Menyangga ( 30 minit )
Taktikal Permainan ( 15 minit)
Permainan ( 30 minit )
MINGGU 2 7.30 -8.30 Pagi Fitness ( 15 minit )
25 - 29 JUN 2023 Teknik Servis ( 10 minit )
AHAD - KHAMIS Menyangga ( 10 minit )
Permainan ( 15 minit )
Rumusan Permainan ( 10 minit )
MINGGU 3 7.30 - 10.00 Pagi Fitness ( 15 minit )
3 - 9 JULAI 2023 Teknik Servis ( 30 minit )
ISNIN - AHAD Menyangga ( 30 minit )
Taktikal Permainan ( 15 minit)
Permainan ( 30 minit )
MINGGU 3 8.00 - 10.00 Pagi Fitness ( 15 minit )
7 & 8 JULAI 2023 Teknik Servis ( 30 minit )
JUMAAT - SABTU Menyangga ( 30 minit )
Taktikal Permainan ( 15 minit)
Permainan ( 20 minit)
Rumusan Permainan ( 10 minit )

10 - 12 JULAI 2023 PERTANDINGAN SMK PEMANIS SEGAMAT


BOLA TAMPAR
BAWAH 12

PENUTUP
Program ini diharap dapat mewujudkan pasukan bola tamparsekolah yang terdiri
daripada atlit-atlit yang berjiwa kental,berkemahiran tinggi dan berketrampilan dalam
mencapai sasaran pasukan untuk sekurang-kurangnya berada di peringkat suku akhir
dalam Kejohanan Bola Tampar ,MSSD Segamat yang akan berlansung tidak lama lagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


_______________________ ___________________________
(NORHAZILA BT ASR I) (ZAINUAN BIN ISMAIL)
Pengurus Pasukan Bola Tampar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Kampong Jawa SK Kampong Jawa, Segamat

Disahkan oleh,
_________________________
(NOHRIZAN BT JANTAN)
Guru Besar, SK Kampong Jawa, Segamat

Anda mungkin juga menyukai