Anda di halaman 1dari 6

1.

Penagih dadah tidak boleh memandu


penagih dilarang memandu lesen gantung

Kita biasa dengar tentang peraturan orang yang khayal dengan dadah tidak boleh dibenarkan
memandu. Tahukah anda sekiranya seseorang itu disyaki ada masalah ketagihan dadah - lesennya
boleh digantung, walaupun perkara itu belum dibuktikan?

Tempoh penggantungan itu pula boleh berlangsung sehinggalah orang itu dibebaskan atau
dibuktikan statusnya. Jika disabitkan status atas sebab tangkapan atau serah diri sukarela, lesen
yang ada pula akan digantung minima selama 2 tahun atau selama mana individu itu masih
dipercayai seorang yang berdepan ketagihan.

2. Orang yang sakit dan hilang upaya tidak boleh memandu


sakit ketika memandu

Kadang-kadang, ada sesetengah di antara kita mempunyai sikap keras kepala masih mahu
memandu walaupun keadaan badan agak tidak mengizinkan, mungkin akibat penyakit ataupun
sistem deria seperti mata yang semakin sukar melihat.

Mana-mana individu yang menghidap penyakit atau mengalami ketidakupayaan bersifat sementara
atau kekal, tetapi masih gigih nak memandu dikhuatiri boleh mengakibatkan bahaya kepada orang
lain.

Sekiranya anda berada dalam situasi ini, bersabarlah dan minta orang lain memandu bagi pihak
anda. Sekiranya dilanggar dan ditangkap, anda boleh dikenakan saman RM1,000, penjara tiga bulan
atau kedua-duanya sekali.

3. Wajib berhenti sekiranya terlibat kemalangan


langgar lari satu kesalahan

Sudah banyak kali insiden langgar lari berlaku kan? Dalam situasi lain, ada juga individu yang
dilanggar tetapi melarikan diri kerana bermacam faktor.

Menurut undang-undang negara kita, dalam semua insiden kemalangan yang berlaku adalah
menjadi satu kewajipan untuk semua pihak terlibat - baik yang terlanggar atau dilanggar berhenti.

Tujuan berhenti itu pula adalah untuk membolehkan pihak-pihak yang terlibat dapat bertukar
maklumat dan informasi, seperti nama, alamat, nombor pendaftaran kenderaan dan juga nombor
untuk dihubungi.

Beringatlah. Sekiranya anda terlanggar pihak lain, berhenti. Jika orang lain terlanggar anda dan
anda tidak ada lesen, berhentilah juga.

4. Orang muda berusia bawah 21 tahun tidak boleh memandu jentera berat
anak muda lesen jentera berat

Semua orang tahu had umur minima yang perlu dicapai bagi memandu motorsikal adalah 16 tahun
dan 18 tahun bagi kereta.

Ramai pasti tak tahu untuk seseorang dibenar mengendalikan kenderaan jentera berat seperti
traktor, jentolak atau kenderaan perkhdimatan berat seperti bas dan lori - seseorang itu perlu
mencapai usia 21 tahun.

Individu 18 tahun yang dilesenkan untuk memandu kereta, dibenarkan memandu jentera berat
bagi tujuan pengalihan dalam kawasan tanaman sahaja.

5. Kita sepatutnya ada salinan cover letter dalam kereta


roadblock polis

Dalam filem khususnya filem Hollywood, adegan yang memaparkan situasi polis menahan
kenderaan lain biasanya memerlukan pemandu itu menyediakan dua dokumen: lesen dan
pendaftaran kenderaan.

Kita di Malaysia pun biasanya dua dokumen itu juga yang disemak, namun ada dokumen ketiga
yang seeloknya perlu kita simpan juga dalam kenderaan kita iaitu salinan nota perlindungan
insurans/takaful atau lebih popular digelarkan 'cover note.'

Ini kerana menurut Akta 333 Seksyen 58(1), pihak berkuasa baik polis atau pegawai JPJ sebenarnya
turut mempunyai kuasa untuk meminta dokumen tersebut bagi tujuan pengesahan.
Bagaimanapun, perbuatan ini jarang dipraktikkan di negara kita walaupun undang-undang
membenarkannya.

Sekiranya seseorang pemandu gagal mengemukakan salinan seperti yang dikehendaki, dia akan
diberikan 5 hari untuk menyerahkan cover note seperti yang diminta di balai polis terdekat.

6. Kereta anda boleh dilelong jika dibiarkan tersadai


kereta tersadai jadi masalah penduduk setempat

Di sesetengah kawasan tertentu, masalah kenderaan yang tersadai seolah sengaja dibuang menjadi
isu yang besar. Kita semua tahu pihak majlis perbandaran atau dewan bandaraya mempunyai kuasa
untuk menyita dan mengalihkan kenderaan yang ditinggalkan.

Tetapi tahu tak, sekiranya kenderaan yang telah disita itu gagal ditemui tuan punyanya selepas satu
bulan notis dikeluarkan - akan dilelong secara lelongan awam. Dana hasil lelongan kenderaan itu
pula pertama sekali akan diguna bagi menampung kos penyitaan dan apa saja fi atau denda yang
telah dikenakan.

Sekiranya ada lebihan daripada dana tadi, dana itu akan dipulangkan kepada tuan punyanya
sekiranya dapat ditemui.

Jika dana itu tidak dituntut dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh lelongan atau pelupusan itu
selesai, dana itu akan menjadi milik kerajaan, baik kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau
ketua pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, kalau kereta itu ditinggalkan di sepanjang laluan
lebuhraya.
SUKAN DI MALAYSIA CERMINAN KARAMAH INSANIAH

 Konsep Karamah Insaniah ialah konsep yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan
integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif.

 Konsep ini bukan sahaja diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah
malah turut diterapkan dalam pembelajaran di luar bilik darjah.

 Terlalu biasa kita mendengar mengenai sambutan dingin ibu bapa terhadap kegiatan
kokurikulum di sekolah. Ada segelintir yang tidak menggalakkan anak mereka turut serta dengan
pelbagai alasan.Antaranya faktor jadual akademik yang padat misalnya antara pembelajaran di
sekolah dan kelas tambahan antara yang dikenal pasti. Tidak kurang yang melihatnya sebagai
membuang masa kerana murid perlu fokus terhadap pembelajaran terlebih dahulu sebelum
aktiviti senggang.Namun satu hal yang mungkin kurang disedari, kejayaan seseorang murid itu
tidak hanya diukur pada berapa jumlah deretanAyang diperoleh. Sebaliknya, kejayaan individu
juga dilihat daripada sikap dan pemikiran juga hati budi serta nilai insaniah dimilikinya.Malah,
ramai di luar sana yang mampu meraih markah penuh setiap kali peperiksaan tetapi gagal
berkomunikasi dengan baik atau membentuk kerjasama kumpulan.

INDUSTRI HIBURAN KITA MAMPU MENJULANG BUDAYA BANGSA

 Menyentuh perkara ini, penggiat kita juga tidak kekurangan dari aspek bakat dan kreativiti, cuma
platform ke arah itu perlu diperkemaskan dengan bantuan semua pihak.Dalam hal ini,
masyarakat juga perlu bersikap lebih terbuka dan tidak lagi melihat hiburan dari sudut negatif
serta melalaikan.Untuk melakukan perubahan atau anjakan, semua pihak perlu memainkan
peranan, termasuk audiens. Perkara pertama perlu dilakukan adalah berbangga dengan naskhah
yang dihasilkan.Bagaikan sudah terpasak di minda persepsi stereotaip audiens, sedangkan
realitinya naskhah kita juga semakin berkualiti dan setanding produksi luar.Semangat
nasionaloisme, bangga dengan budaya dan bangsa sendiri perlu ditanam kukuh dalam diri
masyarakat kerana kita juga berpotensi menerjahpasaran luar.Sepanjang 2022, kita mampu
berbangga dengan pencapaian cemerlang filem arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan
Pahlawan yang melakar sejarah baharu dalam industri perfileman tempatan.Pencapaian itu
membuka ruang untuk pengkarya mencabar diri dengan menghasilkan lebih banyak karya yang
memberikan impak.

KESELAMATAN JALAN RAYA UNDANG-UNDANG KITA BERJAYA

 Peraturan keselamatan jalan raya di Malaysia adalah termasuk had laju, pemakaian tali pinggang
keledar, pemakaian topi keledar dan kadar maksima alkohol dalam badan. Sebagai contoh, had
laju di kawasan bandar adalah dari 50km/j hingga 80km/j manakala bagi kawasan pedalaman
pula adalah di antara 70km/j dan 110km/j. Pemakaian tali pinggang keledar adalah diwajibkan
bagi semua pemandu dan penumpang kenderaan peribadi. Pada masa yang sama, pemakaian
topi keledar di kalangan penunggang motosikal adalah wajib semenjak tahun 1973. Kerajaan
Malaysia kini sedang dalam usaha untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi
menetapkan kadar kandungan alkohol dalam darah kepada 0.05g.dl seperti yang disarankan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia
telah dilaksanakan pada Januari 2020 dan perlu mematuhi standard United Nation Regulation
(UNR), iaitu R44 atau R129.

1. Penagih dadah tidak boleh memandu penagih dilarang memandu lesen gantung

Kita biasa dengar tentang peraturan orang yang khayal dengan dadah tidak boleh dibenarkan
memandu. Tahukah anda sekiranya seseorang itu disyaki ada masalah ketagihan dadah - lesennya
boleh digantung, walaupun perkara itu belum dibuktikan?
Tempoh penggantungan itu pula boleh berlangsung sehinggalah orang itu dibebaskan atau dibuktikan
statusnya. Jika disabitkan status atas sebab tangkapan atau serah diri sukarela, lesen yang ada pula
akan digantung minima selama 2 tahun atau selama mana individu itu masih dipercayai seorang yang
berdepan ketagihan.

2. Orang yang sakit dan hilang upaya tidak boleh memandu sakit ketika memandu

Kadang-kadang, ada sesetengah di antara kita mempunyai sikap keras kepala masih mahu memandu
walaupun keadaan badan agak tidak mengizinkan, mungkin akibat penyakit ataupun sistem deria
seperti mata yang semakin sukar melihat.

Mana-mana individu yang menghidap penyakit atau mengalami ketidakupayaan bersifat sementara
atau kekal, tetapi masih gigih nak memandu dikhuatiri boleh mengakibatkan bahaya kepada orang
lain.

Sekiranya anda berada dalam situasi ini, bersabarlah dan minta orang lain memandu bagi pihak anda.
Sekiranya dilanggar dan ditangkap, anda boleh dikenakan saman RM1,000, penjara tiga bulan atau
kedua-duanya sekali.

3. Wajib berhenti sekiranya terlibat kemalangan langgar lari satu kesalahan

Sudah banyak kali insiden langgar lari berlaku kan? Dalam situasi lain, ada juga individu yang dilanggar
tetapi melarikan diri kerana bermacam faktor.

Menurut undang-undang negara kita, dalam semua insiden kemalangan yang berlaku adalah menjadi
satu kewajipan untuk semua pihak terlibat - baik yang terlanggar atau dilanggar berhenti.

Tujuan berhenti itu pula adalah untuk membolehkan pihak-pihak yang terlibat dapat bertukar
maklumat dan informasi, seperti nama, alamat, nombor pendaftaran kenderaan dan juga nombor
untuk dihubungi.

Beringatlah. Sekiranya anda terlanggar pihak lain, berhenti. Jika orang lain terlanggar anda dan anda
tidak ada lesen, berhentilah juga.

4. Orang muda berusia bawah 21 tahun tidak boleh memandu jentera berat anak muda lesen jentera
berat

Semua orang tahu had umur minima yang perlu dicapai bagi memandu motorsikal adalah 16 tahun
dan 18 tahun bagi kereta.

Ramai pasti tak tahu untuk seseorang dibenar mengendalikan kenderaan jentera berat seperti traktor,
jentolak atau kenderaan perkhdimatan berat seperti bas dan lori - seseorang itu perlu mencapai usia
21 tahun.

Individu 18 tahun yang dilesenkan untuk memandu kereta, dibenarkan memandu jentera berat bagi
tujuan pengalihan dalam kawasan tanaman sahaja.

5. Kita sepatutnya ada salinan cover letter dalam kereta roadblock polis

Dalam filem khususnya filem Hollywood, adegan yang memaparkan situasi polis menahan kenderaan
lain biasanya memerlukan pemandu itu menyediakan dua dokumen: lesen dan pendaftaran
kenderaan.

Kita di Malaysia pun biasanya dua dokumen itu juga yang disemak, namun ada dokumen ketiga yang
seeloknya perlu kita simpan juga dalam kenderaan kita iaitu salinan nota perlindungan
insurans/takaful atau lebih popular digelarkan 'cover note.'
Ini kerana menurut Akta 333 Seksyen 58(1), pihak berkuasa baik polis atau pegawai JPJ sebenarnya
turut mempunyai kuasa untuk meminta dokumen tersebut bagi tujuan pengesahan. Bagaimanapun,
perbuatan ini jarang dipraktikkan di negara kita walaupun undang-undang membenarkannya.

Sekiranya seseorang pemandu gagal mengemukakan salinan seperti yang dikehendaki, dia akan
diberikan 5 hari untuk menyerahkan cover note seperti yang diminta di balai polis terdekat.

6. Kereta anda boleh dilelong jika dibiarkan tersadai kereta tersadai jadi masalah penduduk setempat

Di sesetengah kawasan tertentu, masalah kenderaan yang tersadai seolah sengaja dibuang menjadi
isu yang besar. Kita semua tahu pihak majlis perbandaran atau dewan bandaraya mempunyai kuasa
untuk menyita dan mengalihkan kenderaan yang ditinggalkan.

Tetapi tahu tak, sekiranya kenderaan yang telah disita itu gagal ditemui tuan punyanya selepas satu
bulan notis dikeluarkan - akan dilelong secara lelongan awam. Dana hasil lelongan kenderaan itu pula
pertama sekali akan diguna bagi menampung kos penyitaan dan apa saja fi atau denda yang telah
dikenakan.

Sekiranya ada lebihan daripada dana tadi, dana itu akan dipulangkan kepada tuan punyanya sekiranya
dapat ditemui.

Jika dana itu tidak dituntut dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh lelongan atau pelupusan itu selesai,
dana itu akan menjadi milik kerajaan, baik kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau ketua
pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, kalau kereta itu ditinggalkan di sepanjang laluan lebuhraya.

Anda mungkin juga menyukai