Anda di halaman 1dari 14

. Bacalah BismilLah dulu dan selawat keatas nabi 3x.

Ada ahli agama kata setiap


pokok yang kita tanam dengan membaca selawat 3x akan ada sepohon pokok
tumbuh di akhirat nanti utk kita. Allahualam.

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan
angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara
1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada
peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan
terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur
lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah
rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh
dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem
tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan
1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai
adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha.

Cara penanaman

Penulis berlatarbelakangkan kawasan penanaman yang baru dibuka


Anak pokok boleh ditanam melalui polibeg atau anak pokok yang diambil dari indung
pisang tua. Proses pengurangan anak pisang dari indung boleh memberikan hasil
yang lebih baik pada setiap pokok.
       Gali lubang pada tanah dengan jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan
kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100
pokok sehektar. Saya tanam pada jarak 10 langkah setiap tanaman. agak longgar tp
mudah utk mengendalikan. hehe. Jangan ikut jarak yang sya buat. jarak ini sesuai
untuk penggambaran filem Pakistan. Masukkan anak pokok dengan tegak supaya
tidak mudah tumbang ketika berbuah nanti. Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60
cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki).  Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan
125 gm baja fostat.  Digalak menggunakan Baja Bio King bagi membiak mikrob
untuk menyuburkan tanah ketahap maksima. Jarak tanaman ideal ialah antara 3 m x
3 m hingga 3.6 m x 3.6 m. Bilangan pokok per ekar; 600 pokok.

Gemburkan, kemudian letakkan sedikit di dasar lubang bagi memastikan pengakaran


cepat berlaku, akan lebih baik hasilnya jika memasukkan 1 kg baja bio-organik dalam
lubang sebelum masukkan anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu diteliti pada
bahagian akar utk mempastikan tidak ada jangkitan serangga perosak yang
biasanya membuat sarang pada bahagian akar anak pokok.

Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm
bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.
Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal
penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu,
pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan
pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan
adalah perlu.

Pembajaan 
Seterusnya tunggu hingga pokok pisang berbuah. bukan tunggu dekat pokok.
Penjagaan pokok sangat penting untuk mempastikan hasil yang lumayan. Biasanya
pokok pisang boleh mengeluarkan hasil antara 10 hingga 12 bulan. Bergantung juga
kepada jenis pisang yang ditanam. Pokok pisang emas biasanya berbuah dalam
tempoh 8 bulan sementara pisang berangan mengambil masa yang lebih lama.
       Pembajaan sebaiknya dimulakan ketika anak pokok baru ditanam. Mula
menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah
umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15. Setelah berumur 6-7 bulan tabur baja buah
12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
       Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam
parit yang digali sedalam 5 cm.  Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa
digunakan.  Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan
semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
       Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam
dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem
ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah
khususnya untuk eksport.  Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk
dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja).  Anak-
anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas
menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan
musim menuai.  Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan
menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun
untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang.  Pemilihan pokok ratun ini
adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh
di umbisi utama.

       Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti
dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem
berbatang dua.  Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang
mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam
sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga
iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

Pengurusan Air
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari.  Biasanya pisang tidak
dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam
tanah atau dari air hujan.  Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang
melibatkan kos yang tinggi.  Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya
permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.

Pemangkasan Sulur
Pelepah pisang yang sudah kering perlu dibuang dari pokok untuk menjamin
pertumbuhan pokok pisang yang baik. Aktiviti membuang sulur yang tidak
dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun
serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam
permakanan.  Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan
membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan
bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan.  Seterusnya sulur-sulur lain
dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu
lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan.
Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong
sulur pada aras tanah.

Cantasan Pelepah
Daun pisang yang sudah tua perlu dibuang dari pokok. Biasanya proses
pembuangan pelepah pisang dibuat setiap dua minggu sekali. Pelepah tua dan
berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal
penanaman.  Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan
diantara barisan tanaman pisang.

Menyokong Pokok
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok
pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung
buah yang berat. Lazimnya berat setandan pokok pisang ialah 20kg/pokok. Terdapat
jenis pisang seperti Berangan/Pisang Sabah/ nipah boleh mencapai 40kg/pokok.
Pisang tanduk biasanya perlu disokong dengan kayu sekiranya berbuah lebih
daripada 15 biji kerana dibimbangi pokoknya akan rebah sebelum buahnya
mencapai tahap kematangan.

Pembungkusan Tandan Pisang


Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan
pisang.  Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran
dengan daun atau kayu penyokong.  Juga dapat mengelak buah dari calar atau
lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah
pembungkusan.

Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu.  Tandan buah


dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas.
Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir
pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian
dapat ditentukan semasa penebangan.

Kutipan Hasil
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam.  Pisang Mas
biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah
boleh dikutip lapan minggu kemudian.  Pisang Berangan pula berjantung anggaran
sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu
kemudian.  Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5
meter dari tandan buah.  Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan   lagi
memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Hasil per Ekar;
RM15,600. jika tanah seluas 5 ekar hasil yg bakal diperolehi ialah RM78,000/ 5 ekar
sahaja. Anggaran kasar sj. tp klu dpt rm10,000 sebulan pn syukur. Penjagaan dan
penanaman yang mudah.

Indeks Kutipan Buah Pisang


Kandungan / 100 gm yang
Kandungan Selepas Keluar Jantung
boleh dimakan
Tenaga 103 kcl Pisang
Air Tarikh Penuaian (minggu
Varieti 73.3 gm
Protin 1.3 gm selepas berjantung)
Lemak Cavendish 0.4 gm 20 - 23
Karbohidrat Mas 23.6 gm 7- 9
Serat Berangan 0.5 gm 11-14
Abu Embun 0.9 gm 12-15
Kalsium Rastali 11.0 mg 11-13
Posporus Nangka 17.0 mg 22
Besi Tanduk 0.6 mg 20
Sodium 29.0 mg Kandungan Zat Makanan
Potasium 241.0 mg
Kerotin 300 mg
Vit B1 0.07 mg
Vit B2 0.08 mg
Niasin 0.7 mg
Asid Askorbik 17.3 mg
Tips Penting Penjagaan Pisang
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya
dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan
berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis
kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup
rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja
untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi
mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.

Varieti Pisang
Pisang Berangan

Pisang Berangan
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 -20 kg. Berat buah
setandan bagi pokok yang subur boleh mencacah 35kg. Setiap sisir terdapat 12-20
jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 18 cm
dengan ketebalan 2.5-3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan
meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, berwarna kekuningan oren, wangi,
kering dan manis rasanya. Jenis pisang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran
antarabangsa. Memerlukan 12-14 bulan proses lengkap untuk mengeluarkan hasil.

Pisang Emas

Pisang Mas

Dikenali juga sebagai Lady Finger, pisang Gula, Sucrier, Niños, Bocadillos, Buahnya
bersaiz kecil, berkulit nipis, dengan buah berwarna kuning. Berat tandan sederhana
diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir. Jejari kecil diantara
8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Isi tegang, kuning keemasan, harum
kewangian dan sangat manis. Jenis pisang yang cepat mengeluarkan hasil. (5 - 6
bulan)

Pisang Cavendish/Montel

Cavendish/Montel

Pisang Cavendish dinamakan sempena William Cavendish, Duke of Devonshire.


Namun dikatakan bukanlah sebagai pisang pertama yang diketahui di Eropah. Pada
kira-kira tahun 1834, Cavendish telah menerima penghantaran pisang dari Mauritius
atas ihsan paderi Alton Towers. Pekebunnya, Sir Joseph Paxton telah membiakkan
pisang ini di rumah hijau Chatsworth House. Paxton kemudian menggelarkannya
sebagai Musa cavendishii, Antara jenama yang ditanam ialah Montel, Comel,Cabana
atau Sun King. Berat tandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara
15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal
dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sudah dibuat rawatan pemasakan
dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis
dan berbau wangi.

Pisang Rastali

Buah Pisang Rastali

Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir.
Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan
mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas
dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam
dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.

Pisang Tanduk

Pisang Tanduk
Dikenali juga sebagai Horn Plantain, Rhino Horn banana, African Rhino Horn, Pisang
Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya yang
sedemikian menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk.

Buah pisang yang boleh mencapai sehingga dua kaki panjang ini adalah antara
pisang yang paling panjang. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek sebagai
perniagaan komersial dan ia juga disenarai di dalam Ladang Kontrak oleh FAMA
sebagai komoditi. Pisang Tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Afrika
Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara persisiran
Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Sesuai untuk goreng. Berat
tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari
sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm
garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna
oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

Pisang Nipah

Pisang Nipah/Sabah

Dikenali juga sebagai Pisang Sabah. Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-
28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek
dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang
jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah
digoreng manis rasanya. Pokok pisang Nipah agak tinggi dan boleh mencacah
sehingga
Pisang Raja

Pisang Raja

Boleh dimakan segar atau digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat
pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.Berat
tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15
sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah
dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar. Nama botani pisang raja ialah
musa paradisiaca. 

Pisang Serendah

Pisang Serendah/Kapal/Meja

Dikenali juga sebagai Pisang Kapal, setengah tempat menamakannya sebagai


Pisang Meja. Biasa ditanam di sekitar halaman rumah kerana ketinggiannya yang
minima berbanding saiz pisang biasa bahkan ada juga tandan pisang jenis ini yang
mencacah tanah. Mungkin itulah juga sebabnya ia mendapat gelar pisang meja.
Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.
Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang
embun. Jelasnya pelbagai nama khusus untuk pisang ini berkait rapat dengan sifat
fizikalnya. Sebab itu tidak hairan juga bila kita mendengar pisang ini dinamakan
Pisang Hijau kerana warna kulitnya yang kekal hijau walaupun buahnya sudah
masak. Tetapi perlu diingat pula bahawa terdapat juga pokok pisang bersaiz rendah
yang buahnya berwarna kuning apabila masak. Buah pisang serendah agak kurang
manis dan lembik apabila masak. Kulit hijau buahnya akan mudah berubah kepada
coklet gelap dan tidak tahan lama disamping buahnya mudah gugur dari tandan.

Pisang Seribu

Pisang Seribu mendapat namanya hasil dari buahnya yang sangat banyak bahkan
dikatakan boleh mencacah sehngga seribu. Secara fizikal, bentuk pohon pisang ini
tak berbeza dengan pohon pisang biasa. Apa yang membezakan hanya jumlah
buahnya yang sangat banyak dalam satu tandan itu. Kerana banyaknya jumlah buah
pisang dalam satu tandan menyebabkan saiz buah pisang ini agak kecil sekitar
ukuran saiz ibu jari tangan manusia. Pisang jenis ini juga agak kurang ditanam
sebagai hasil perniagaan kerana permintaan yang kurang melainkan ditanam
sebagai hiasan dan untuk jualan anak pokok. Disebabkan buahnya yang banyak
menyukarkan buahnya masak serentak. Ketika bahagian atas sudah tua, maka
bagian bawahnya masih dalam proses perkembangan,
Pisang Nangka

Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam
sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan
bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar

Pisang Awak

'Pisang Awak' juga dikenali di Australia sebagai 'Ducasse' dan 'Kayinja' di Uganda. Di
Thailand, ia dikenali sebagai Kluai nam wa (Thai: กล้วย น้ำว้า, IPA: [kluːəj nam wa]).
Istilah nam wa sudah pindah ke dalam bahasa Khmer di mana pisang yang dikenali
di Kemboja chek nam va (Khmer: ចេកណាំវ៉ា ), tetapi dikenali di Khmer berbahasa wilayah
Thai Surin sebagai chek SA (Khmer: ចេក ស) atau pisang putih. Ini pelbagai pisang
mempunyai pelbagai romanizations termasuk 'Namwah Tall'. Dimakan segar atau
dimasak sebagai sajian. Terdapat juga aktiviti di Sabah yang menjadikan pisang
jenis ini sebagai bahan utama dalam menghasilkan tapai. Berat tandan ialah 18-22
kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan
3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit
Pisang Raja Udang

Sesuai dimakan segar. Kulit tebal setelah masak dan mudah dikupas. Isinya
berwarna krim. Pisang merah mampu membuatkan anda gembira. Ini kerana pisang
merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada
serotonin. Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood
seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Ada juga sebilangan individu yang tidak memakan buah ini atas sebab-sebab
tertentu. Antara sebabnya ialah kepercayaan lama berkaitan seorang putera raja.
Suatu ketika dulu di sebuah kerajaan sering berlaku peperangan untuk merebut
kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan
seorang putera raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada
musuhnya. Putera raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah
sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah putera raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila putera raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang
gadis. Putera raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja
udang itu. Bila putera raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan
pisang berwarna merah kesan daripada darahnya. Oleh kerana terhutang budi,
putera raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan
memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya.
Pokok ini dikenali juga sebagai pisang merah Musa acuminata AAA 'Red Dacca' atau
'gluay nak', gluay dhaeng atau 'gluay Krang' dalam bahasa Thai. Perkataan 'gluay'
bermaksud pisang.
Asal-usul 'Red Dacca', jika dikaji hasil catatan penulisan adalah kabur. Ada yang
mengatakan India, ada yang mengatakan Amerika Tengah (nama vernakular lain
adalah 'Cuban Red' dan 'Banana Roxa'). Kulit buah 'Red Dacca' boleh berubah
kepada warna hijau dan hilang keupayaan untuk membuat pigmen merah, dan
kultivar itu dipanggil 'Green Dacca. Semua spesies pisang liar berasal dari Asia timur
dan moyang liar 'Red Dacca', Musa acuminata (AA) berasal dari
Malaysia. https://dokmaidogma.wordpress.com/page/2/
Terdapat pelbagai nama bagi pisang jenis ini:

Anda mungkin juga menyukai