Anda di halaman 1dari 7

SENARAI KANDUNGAN

TUGASAN MUKA SURAT


PENGHARGAAN 1

TAJUK LAPORAN 2

OBJEKTIF KAJIAN 3

KAEDAH KAJIAN 4

DAPATAN KAJIAN 5

KESIMPULAN DAN 6
CADANGAN

LAMPIRAN 7

RUJUKAN 8
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
            
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada kami dapat juga kami berempat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya,
Uztaz Mohammad Izat Bin Japar kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang
untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Ahli kumpulan kami iaitu Muhamad Harits Fikri Bin Hassan (Ketua Kumpulan), Muhammad Zariff
Najmi Bin Abdullah,Muhammad Azim Bin Amaran dan Mohamad Sharfik Bin Hamid telah bertungkus lumus
menyiapkan kajian kes ini dengan mengikut skop tugas yang diminta.

            Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi
kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan
dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan kami yang lain yang telah banyak
memberi peringatan,nasihat dan ilmu terhadap setiap apa yang kami telah lakukan.Tanpa mereka pasti kami
tidak dapat menyiapkan kajian kes ini mengikut Tarikh yang ditetapkan.

            Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam penghasilan kerja kursus ini.

TERIMA KASIH
TAJUK LAPORAN

Setelah menyelidik secara mendalam kami berempat telah memutuskan untuk mengambil tajuk “Sejauh
manakah kefahaman ada mengenai konsep iddah dalam islam”.Tujuan kami sekumpulan mengambil tajuk ini
kerana ia merupakan pemahaman yang sangat penting bagi masyarakat Muslim dalam konteks perkahwinan,
perceraian, atau kematian, dan dapat mempengaruhi kehidupan seharian serta keputusan yang diambil oleh
individu.
Dengan ini, individu yang membaca kajian kes kami ini dapat mengenali serta memahami isi kandungan yang
kami akan huraikan di dalam kajian kes ini.Bercakap tentang perkahwinan,penceraian dan kematian,itu
merupakan takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Penyelidikan atau kajian akademik boleh
mempunyai tujuan untuk menganalisis kefahaman sedia ada tentang konsep iddah dalam Islam, sama ada
dari sudut hukum agama, kajian gender, sosiologi, atau aspek lain. Dengan menerokai sejauh mana
kefahaman sedia ada, penyelidikan ini dapat memberi pandangan baharu atau pun merumuskan cadangan
yang boleh memperkayakan pemahaman dan amalan dalam masyarakat.

Bukan itu sahaja malah, Penyelidikan ini mungkin dilakukan untuk meningkatkan kesedaran beragama dalam
masyarakat, memandangkan konsep iddah berkait rapat dengan aspek keagamaan dalam Islam. Dengan
meningkatkan kefahaman tentang iddah, manusia boleh lebih mendalami amalan agama mereka.

Akhir kata,Kami berharap agar para pembaca dapat memahami isi-isi yang tercetak yang telah kami lakukan
dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian kami adalah bertujuan untuk meneroka persepsi dan amalan masyarakat mengenai konsep
iddah dalam Islam. Penyelidikan akan melibatkan kajian lapangan, tinjauan dan sebagainya daripada
pelbagai latar belakang. Fokusnya adalah untuk memahami sejauh mana kefahaman manusia terhadap
konsep iddah, bagaimana mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian, dan sama ada terdapat
perbezaan tafsiran dan amalan dalam pelbagai masyarakat.

Selain itu, Objektif seterusnya akan memberi tumpuan kepada pemahaman yang mendalam tentang aspek
perundangan dan falsafah di sebalik konsep iddah dalam Islam. Penyelidikan akan mengkaji sumber-sumber
hukum Islam yang memperincikan peruntukan iddah, termasuk al-Quran dan Hadis, serta pendekatan ulama
terkemuka terhadap konsep ini. Matlamat utamanya adalah untuk merungkai asas perundangan dan
pemikiran teologi yang membentuk konsep iddah, dan untuk memahami implikasinya terhadap individu dan
masyarakat.

Akhir Sekali, objektif ini akan membawa kepada analisis yang mendalam tentang implikasi sosial dan jantina
konsep iddah dalam masyarakat Islam. Penyelidikan ini akan mengkaji bagaimana penerapan konsep iddah
mempengaruhi peranan dan status wanita dalam konteks perkahwinan, perceraian, dan kematian suami.
Objektif utama adalah untuk mengenal pasti kesan positif dan negatif konsep iddah terhadap pemerkasaan
wanita, kesaksamaan gender, dan dinamik keluarga dan masyarakat.
KAEDAH KAJIAN

Setelah beberapa minggu melakukan kajian tentang tajuk ini iaitu “Sejauh Manakah Kefahaman Kita
Mengenai Konsep Iddah Dalam Islam.Kami telah melakukan kajian menggunakan pelbagai cara antaranya
seperti menggunakan bahan rujukan di dalam perpustakaan di Perpustakaan Zaba dan melayari laman web
tertentu dalam mencari bahan rujukaan yang sahih.

Alhamdulillah kajian mengenai konsep iddah ialah menjadi tumpuan penting dalam kalangan sarjana dan
masyarakat umum.Bagaimanapun,dalam perkembangannya terdapat keperluan untuk menyelidik sejauh
mana pemahamankita mengenai konsep ini dari perspektif teologi dan hukum Islam.Kajian-kajian terkini dapat
membantu mengklarifikasi hukum-hukum yang berkaitan dengan iddah,seperti tempoh iddah bagi wanita
yang telah bercerai atau menjadi janda,serta bagaiamana perkembangan sosial dan budaya mempengaruhi
pelaksanaan konsep ini dalam masyarakat kontemporari.Dengan mendalaminya kita dapat mengukuhkan
pemahaman kita tentang peranan iddah dalam menjamin hak-hak wanita dan keselamatan sosial.

Akhir sekali,penyelidiakn mengenai kefahaman kita terhadap konsep iddaH juga harus menelusuri
perbandingan dengan interpretasi dalam mazhab-mazhab hukum Islam yang berbeza.Ini adalah penting
untuk merungkai perbezaan pendekatan dalam melaksanakan iddah, sama ada dari segi
tempoh,tanggungjawab,atau pengecuaian tertentu yang mungkin berlaku.Kajian perbandinagn ini dapat
membantu memperluas perspektif kita dan menghasilkan pandangan yang lebih komprehensif tentang
bagaimana iddah dihayati dan diterapkan dalam pelbagai konteks masyarakat.Dengan demikian,kajian ini
akan memberi sumbangan kepada perkembangan hukum Islam yang relevan dengan zaman dan
mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan.
DAPATAN KAJIAN

PENGERTIAN IDDAH

BAHASA: tempoh pengiraan .


ISTILAH: tempoh masa larangan berkahwinyang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

SEBAB IDDAH

Talak,kematian suami,fasakh,khuluk,dan persetubuhan syubhah

JENIS DAN TEMPOH IDDAH

IDDAH PENCERAIAN HIDUP IDDAH KEMATIAN SUAMI


STATUS ISTERI TEMPOH IDDAH STATUS ISTERI TEMPOH IDDAH
1.Hamil Hingga melahirkan anak 1.Hamil Hingga melahirkan anak

2.Tdak hamil 3 kali suci 2.Tidak hamil 4 bulan 10 hari


3.Putus haid 3 bulan 3.Putus haid 4 bulan 10 hari
4.Belum disetubuh Tiada iddah 4.Belum disetubuh 4 bulan 10 hari

PERKARA YANG SEMASA TEMPOH IDDAH SEMASA TEMPOH IDDAH KEMATIAN


DILARANG TALAK SUAMI
PEMINANGAN Haram dipinang sama ada secara terang Haram dipinang secara terang,diharuskan
atau sendirian secara sendirian

KELUAR DARI Tidak dibenarkan keluar rumah tanpa Tidak dibenarkan keluar rumah tanpa keizinan
RUMAH YANG keizinan suami kecuali yang dibenarkan suami kecuali yang dibenarkan syarak
DISEDIAKAN syarak
MENGHIAS DIRI i.Iddah talak raj’ie-diharuskan berhias Diharamkan berhias

ii.Iddah talak ba’in-tidak disunatkan


berhias
BERKAHWIN Diharamkan berkahwin dengan lelaki Haram berkahwin
selain suaminya

.
RUJUKAN

Bahan rujukan: X-PRESS BESTARI PENDIDIKAN ISLAM,


PENULIS :KHAIRUNNISA ‘YUSOF NADHRAH FAQIHAH

Anda mungkin juga menyukai