Anda di halaman 1dari 2

KUALA LUMPUR: Empat anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) Kuala Lumpur, semalam, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000.

Ia sebagai balasan untuk melepaskan seorang tahanan wanita warga Bangladesh yang dipercayai
terbabit dengan sindiket pasport palsu.

Perintah reman terhadap empat suspek berkenaan selama enam hari bermula hari ini hingga 28
Ogos dikeluarkan oleh Majistret Aina Azahra Tun Arifin selepas SPRM membuat permohonan di
Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Menurut sumber, SPRM menahan suspek pertama iaitu seorang lelaki berusia 40-an jam 5 petang,
semalam.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Tiga polis direman disyaki terima rasuah RM3,000

Rasuah kelulusan lesen kapal, 3 penjawat awam ditahan SPRM

Imigresen tahan 65 PATI guna PLKS palsu

3 warga Bangladesh keluarkan permit kerja palsu ditahan

Warga Bangladesh didakwa rasuah RM195 anggota polis peronda KLIA

SPRM buka siasatan dakwaan rasuah di KLIA

Pesara antara dua ditahan terima rasuah lindungi kegiatan curi balak

Skandal Jana Wibawa: Bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah pula ditahan

"Suspek dipercayai menahan seorang lelaki warga Bangladesh atas kesalahan permit kerja tamat
tempoh pada Jun lalu di sekitar ibu kota ini dan meminta rasuah sebanyak RM3,000 sebagai balasan
untuk melepaskannya.

"Hasil siasatan dilakukan terhadap suspek pertama, SPRM berjaya menahan tiga lagi rakan suspek
antara jam 9 hingga 10 malam tadi yang dipercayai bersubahat dengan suspek dan bertugas di
pejabat sama.

"Ketiga-tiga rakan suspek berusia antara 20-an hingga 30-an mendakwa suspek pertama bertindak
melakukan perbuatan itu secara bersendirian meminta wang berjumlah RM3,000 kepada lelaki
warga Bangladesh itu tanpa pengetahuan mereka," katanya.
Bagaimanapun katanya, perbuatan empat suspek itu terbongkar apabila pengadu yang juga warga
Bangladesh yang menyerahkan wang kira-kira RM3,000 membuat aduan di SPRM mendakwa
mereka meminta wang berjumlah RM12,000 pada Isnin lalu.

"Wang berkenaan sebagai balasan untuk melepaskan rakan pengadu yang ditahan kerana terbabit
dalam sindiket pasport palsu.

"Siasatan lanjut dilakukan menemui wang tunai kira-kira RM10,000 yang diagihkan dalam kalangan
suspek, manakala sejumlah pasport palsu yang dirampas turut ditemui di salah satu bilik pejabat
suspek," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan
tangkapan terbabit dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM
2009.

VIDEO BERKAITAN

Anda mungkin juga menyukai