Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN

BENGKEL ATAU RETREAT MENGGUNAKAN PERUNTUKAN


PROJEK PENYELIDIKAN

1. Penyelidik perlu memastikan peruntukan bagi mengadakan bengkel atau retreat


terdapat dalam bajet penyelidikan.

2. Permohonan perlulah mengikut kadar kelayakan yang telah ditetapkan


kos penginapan – Pekeliling Bendahari Bil. 11/2014 dan makan/minum peserta –
Panduan Tuntutan Perjalanan 2012.

3. Penyelidik hendaklah mengemukakan borang permohonan yang lengkap


selewat-lewatnya 14 hari bekerja untuk kelulusan Pengarah RIMC dengan
mengisi borang yang telah disediakan.

4. Setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah RIMC, pohon untuk mengambil


tindakan berikut :

i) Perolehan melebihi RM2,500 - Pesanan Tempatan (LPO) Perlu


Disediakan

 Mengisi Borang Permohonan Pembelian Peralatan dengan lengkap


 Menyertakan borang permohonan yang telah diluluskan oleh
Pengarah RIMC
 Menyertakan sebut harga
 Pembekal perlu berdaftar dengan UUM. Sekiranya tidak berdaftar, pohon
memaklumkan kepada pembekal untuk menghubungi pihak Jabatan
Bendahari di talian 04-928 3265/3266 untuk urusan pendaftaran syarikat

ii) Perolehan kurang dari RM2,500 - Pesanan Tempatan (LPO) Tidak Perlu
Disediakan

a) Pembayaran Belum Dilakukan Kepada Pembekal

 Mengisi Borang Permohonan Pembelian Tanpa LPO dan dilampirkan


berserta invois setelah bengkel atau retreat tamat sekiranya
pembayaran belum dilakukan kepada pembekal untuk diurus
bayaran oleh pihak RIMC
 Menyertakan borang permohonan yang telah diluluskan oleh
Pengarah RIMC
1
 Pembekal perlu berdaftar dengan UUM. Sekiranya tidak berdaftar,
pohon memaklumkan kepada pembekal untuk menghubungi pihak
Jabatan Bendahari di talian 04-928 3265/3266 untuk urusan
pendaftaran syarikat.

b) Pembayaran Telah Dilakukan Kepada Pembekal

 Sekiranya pembayaran telah dibuat kepada pembekal, tuntutan boleh


dibuat melalui Borang Tuntutan Perjalanan, Kursus dan Perpindahan
pada bulan semasa bersama dokumen asal sebagai bukti bayaran
 Menyertakan borang permohonan yang telah diluluskan oleh
Pengarah RIMC
ATAU
 Sekiranya bayaran balik tidak melibatkan tuntutan perjalanan,
penyelidik boleh membuat tuntutan dengan mengemukakan Penyata
Perbelanjaan Penyelidikan dan dilampirkan bersama dokumen asal
sebagai bukti bayaran
 Menyertakan borang permohonan yang telah diluluskan oleh
Pengarah RIMC

5. Proses pengeluaran LPO akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
selepas pihak RIMC menerima permohonan lengkap (Perkara i).

6. Penyelidik perlu merancang aktiviti berkaitan projek penyelidikan yang


melibatkan proses pengeluaran LPO bagi mematuhi Pekeliling Bendahari
Berkaitan Urusan Kewangan Akhir Tahun.

7. Semua urusan perlulah mematuhi peraturan Kewangan dan Perakaunan UUM.


Panduan Permohonan Untuk Mengadakan Bengkel atau Retreat (18.5.2016)

Anda mungkin juga menyukai