Anda di halaman 1dari 1

1) Permainan Kognitif

 Definisi : Kanak-kanak bermain menggunakan pemikiran untuk melakukan aktiviti berulang,


mencipta, berinovasi dan mematuhi peraturan. Permainan ini meransang tahap pemikiran
kanak-kanak kerana aktiviti permainan ini melibatkan kanak-kanak meneroka sesuatu yang baru
untuk membina satu konsep berdasarkan pemahaman dan pemerhatian yang mereka lalui
sepanjang bermain.
 Contoh : puzzle, bongkah kayu
 Menurut Piaget (1962), permainan kognitif terbahagi kepada 4 peringkat :-
i) Main Latihan / Main Fungsional
ii) Main Simbolik
iii) Main Konstruktif
iv) Main Berperaturan

Kepentingan permainan kognitif

. 3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa

Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal pasti,
mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat rumusan, dan membuat
perbandingan.

Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian dan
congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta berfikir secara logik
dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran
yang relaks, semulajadi dan seronok.

Anda mungkin juga menyukai