Anda di halaman 1dari 1

2 RACUN ORGANIK yang boleh terus guna untuk tanaman di rumah

Hari ini saya nak kongsikan 2 racun organik yang boleh terus kita guna untuk halang serangga perosak.
.
1. Cuka Kayu
2. Ekstrak minyak neem/pokok semambu
.
Racun organik ni boleh datang dalam bentuk ready to use. Maksudnya kita be.li, terus boleh pakai.
.
Ada juga yang datang sebagai pati. Maksudnya, kita kena bancuh dulu. Contoh, 10 ml pati dengan 1 liter air.
.
Kelebihan lain cuka kayu ada saya terang kat sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5419434791431552&id=100000952531124
.
Cuka kayu saya pernah pakai dan memang berkesan. Untuk minyak neem pun memang terbukti secara saintifik
berkesan sebagai racun serangga organik
.
Cuma nak pesan, kalau organik ni kita kena pakai secara berterusan. Mungkin spray setiap minggu atau dua
minggu sekali. Kalau baru guna sekali pastu claim tak berkesan. Hmmm
.

Resepi Racun organic

Bahan A
1 labu Bawang putih
6 biji cili padi
500 ml air (1 botol kecilair mineral)

Bahan B
½ sudu minyak masak
1 sudu the(sudu kecil) sabun pencuci cth Sunlight

Cara-cara
Kisar bahan A dan tapis
Ambil cecairnya sahaja dan simpan 12 jam atau 1 hari
Simpan lebihan di dalam peti sejuk. ( boleh bertahan selama 6 bulan)
Rosak jika ianya berbau masam dan berbuih.

Cara menggunakananya
100 ml pati dan bahan b dicampur dengan 1 L air kosong
Goncang sehingga semuanya sebati
Sembur sampai basah daun.
Sembur secara berkala seminggu sekali. Jika pokok bermasalah sembur 2 X seminggu sehingga serangan serangga
hilang atau berkurangan. Boleh juga ditambah kepekatannya. Contoh 200ml untu 1L air. Tengok kesesuaian.

Anda mungkin juga menyukai