Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN MATEMATIK PENGKOMPUTERAN (COMMATH)

UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS KUALA


TERENGGANU

CERAMAH: KERJAYA ATAU SAMBUNG BELAJAR PASCA COVID-19


KELAB COMMATH
MUHAMMAD ADHAM BIN MOHD JALLANI
1 JUN 2021

Persatuan Matematik Pengkomputeran(COMMATH) adalah kelab fakulti bagi kos program


CS247 iaitu jurusan Matematik Pengkomputeran dan CS267 iaitu jurusan Matematik
Pemodelan dan Analitik. Kebiasaan ceramah kerjaya ini akan di jalankan pada setiap
semester.Program akademik ini salah satu cara persatuan ini untuk memberi pendedehan
akademik kepada ahli-ahli. Tumpuan kali ini adalah kepada pelajar tahun akhir iaitu semester
5 dan 6 yang tidak lama lagi akan menghabiskan pelajaran.
Pada 27 Mei 2021, Persatuan COMMATH telah menganjurkan satu ceramah kerjaya yang
bertajuk “Kerjaya atau Sambung Belajar pasca COVID-19” di platform Microsoft Team.
Penceramah jemputan pada program ini adalah Encik Khairuddin bin Thani. Program ini
adalah bertujuan memberi pengenalan kepada pelajar apa langkah-langkah yang perlu di
ambil selepas tamat pengajian. Pada kali ini, satu dunia di uji dengan pandemik COVID-19.
Tahap pengangguran telah di Malaysia sudah meningkat, jadi ini menyebabkan kebanyakkan
pelajar “fresh graduate” tidak tahu sama ada untuk memilih kerja ataupun menyambung
pelajaran ke arah bidang Ijazah Sarjana(Master) sehingga lah ke PHD.
Dalam ceramah ini, penceramah telah menerangkan sedikit sebanyak kepada pelajar supaya
memilih masa hadapan dengan berhemah, bukannya dalam keadaan emosi. Penceramah juga
menerangkan tentang wajar kita sebagai seorang pelajar adalah untuk mentutut ilmu bukanya
untuk mendapat pekerjaan yang baik ataupun gaji yang besar.
Pada masa yang sama, penceramah juga telah menerangkan kepada yang ingin memilih
kerjaya selepas tamat pengajian. Penceramah mengharapkan para pelajar mengasah soft-skills
walaupun tidak berada di kampus yang membolehkan pelajar-pelajar menyertai aktiviti yang
di jalankan di kampus. Kemahiran ini sangat penting pada masa kini, kerana terlalu banyak
cabaran antaranya saingan antara pelajar “fresh graduate” dengan orang yang sudah
mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang pekerjaan.
Akhir sekali, semoga pelajar-pelajar terutama nya pada masa sekarang iaitu pasca COVID-
19, terus membuka minda terhadap peluang yang terhidang di hadapan. Persatuan
COMMATH mengharapkan ahli-ahli nya mendapatkan manfaat sedikit sebanyak semasa
cermah itu di jalankkan.

Anda mungkin juga menyukai