Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Tingkah laku merujuk kepada tindakan atau tindak balas terhadap sesuatu objek atau
organisma. Ia juga kebiasaanya berhubung kait dengan situasi dipersekitarannya yang bersifat
sedar atau separah sedar, nyata atau tersembunyi, dan rela atau tidak. Manakala, dalam Dewan
Kamus Dan Pustaka mentakrifkan tingkah laku sebagai kelakuan atau gerak-geri (Kamus
Pelajar Edisi Kedua). Tingkah laku juga ditakrifkan sebagai segala tindakan atau perlakuan
seseorang individu yang dapat diperhatikan, diukur dan dinilai secara langsung atau tidak
langsung. Justeru itu, tingkah laku juga merupakan manifestasi fizikal dan sikap yang
berasaskan nilai-nilai tertentu.

Tingkah laku juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu, Tingkah Laku Positif dan
Tingkah Laku Negatif. Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku positif? Tingkah laku
ini adalah suatu proses untuk perkembangan kanak-kanak berkembang secara seimbang.
Selain itu, tingkah laku positif juga merupakan sikap ingin tahu yang tinggi yang mana boleh
menyebabkan kreativiti kanak-kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan
bersama guru. Antara contoh tingkah laku positif adalah, kanak-kanak sentiasa menunjukkan
kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kanak-kanak yang lain. Seterusnya, antara
faktor tingkah laku positif adalah, baka, pengaruh guru, rakan sebaya, keluarga dan keadaan
fizikal bilik darjah.

Manakala, tingkah laku negatif pula merupakan satu keadaan yang dapat menyumbangkan
sebarang masalah serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik
darjah. Tingkah laku negatif terbahagi kepada 2 jenis iaitu, pertama tingkah laku merosakkan
(Destruktif) yang mana ia merupakan satu tingkah laku yang agresif dalam melihat orang lain
mengalami kesusahan atau menderita dan merasa seronok apabila orang lain mendapat
malang seperti merosakkan sesuatu alatan atau benda, menconteng dan sebagainya.
2.0 LATAR BELAKANG ISU YANG DIPILIH

Pada era globalisasi ini, isu ketagihan gadjet dalam kalangan kanak-kanak semakin
meningkat dan sudah menjadi Alah biasa, tegal biasa dalam negara kita sendiri mahupun
negara luar. Hal ini berlaku disebabkan oleh pada zaman sekarang internet dan gadjet adalah
salah satu perkara terpenting dalam kehidupan seharian bagi sebilangan masyarakat. Kerana,
gajet merupakan salah satu item yang dapat membantu memudahkan kerja individu dalam
seharian seperti menjadi penghubung komunikasi, medium untuk mencari dan menyampaikan
maklumat, menyiapkan tugasan, alat pembelajaran dan sebagainya.

Penggunaan gadjet dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat apabila pengajaran


dan pembelajaran dilakukan secara atas talian. Seperti yang telah kita ketahui, pada zaman
penularan wabak pandemik Covid 19 Semua orang mempunyai kekangan masing-masing
dalam menghadapi pandemik ini. Terdapat sesetengah masyarakat yang kehilangan kerja,
pelajar tidak dapat hadir ke sekolah malahan taska dan tadika terpaksa ditutup untuk
menghentikan penularan wabak tersebut. Kanak-kanak tadika terutamanya perlu belajar
sesuatu yang baru kerana pada peringkat tadika, mereka akan diperkenalkan dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara beramai-ramai dan berkumpulan di sekolah. Guru perlu
menggunakan platform pembelajaran secara atas talian untuk pengajaran, berinteraksi dengan
pelajar dan memberi latihan secara maya. Oleh itu, pendidik menggunakan platform
pembelajaran secara maya sebagai satu sesi pengajaran kepada kanak-kanak tadika.
Pembelajaran secara maya memerlukan bimbingan dan pantauan daripada ibu bapa semasa
kanak-kanak menggunakan gajet untuk menghadiri kelas yang dijadualkan oleh pendidik.

Menurut Azizah Zain (2020), ibu bapa atau penjaga perlu mendidik dan mengajar anak-
anak tentang tanggungjawab mereka dalam menggunakan gajet. Oleh itu, penetapan peraturan
dan pemantauan daripada ibu bapa atau penjaga amat penting bagi memastikan kanak-kanak
menggunakan gajet ketika diperlukan sahaja. Hal ini demikian untuk mengelakkan kanak-
kanak daripada tersilap menggunakan gajet secara bebas dan menggunakan untuk perkara
lain. Perubahan yang baru ini merupakan norma baru yang terpaksa dihadapi oleh setiap
masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Menurut Norzamira (2021),
Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
Oleh itu, perubahan yang berlaku perlu diambil perhatian sebagai salah satu langkah kerajaan
untuk mengurangkan dan menghentikan penularan Covid-19. Oleh itu, kanak-kanak juga
perlu diberikan pendedahan awal terhadap penggunaan gadjet untuk memastikan mereka
dapat meneruskan pembelajaran walaupun berada di rumah.

Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa memerhati dan membimbing kanak-kanak dalam aktiviti dan
tugasan yang diberikan oleh guru bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
3.0 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ISU

3.1 KELEBIHAN

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan dan pendedahan gadjet terhadap


perkembangan kanak-kanak adalah, dapat menjadikan komunikasi jarak jauh satu kenyataan
dimana kanak-kanak dapat berkomunikasi atau bercakap dengan rakannya atau saudara mara
yang tinggal jauh secara atas talian seperti panggilan video. Ini sekaligus dapat mengeratkan
lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara satu sama lain. Seterusnya, mengajar
sebab dan akibat iaitu menarik rasa ingin tahu anak dan dapat menggalakkannya untuk
meneroka walaupun dari rumah. Seperti yang kita sedia maklum, kemudahan peranti digital
atau lebih biasa disebut sebagai gadjet dapat memudahkan kita dalam mencari sesuatu
maklumat dan menyampaikannya. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak dapat
melihat atau mengetahui sesuatu perkara yang baru seperti dapat melihat tayangan video
tentang haiwan dalam laman youtube.

Seterusnya, menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki


kemahiran motor anak anda dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai