Anda di halaman 1dari 24

MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAMADUN
MELAYU
MUHAMMAD RAHIMI HASAN
B. Soc. Sc., M. Soc. Sc., & PhD (UKM)
KANDUNGAN
 Konsep Melayu
 Kerajaan-kerajaan Awal
 Kerajaan-kerajaan Melayu-Islam
 Pandangan Semesta Tamadun Melayu
 Teori Kedatangan Islam di Alam Melayu
KONSEP MELAYU
 Tamadun Melayu merujuk
kepada tamadun yang
merangkumi kawasan yang
dikenali sebagai Alam Melayu,
Nusantara, Kepulauan Asia
Tenggara, atau gugusan
kepulauan Malaysia-Indonesia.

 Definisi Melayu boleh dikenal


pasti melalui beberapa
kategori:
 Ras
 Budaya
 Bahasa
 Geografi
 Perlembagaan / Perundangan
Ras Melayu
 Sekumpulan manusia yang berasal
dari Alam Melayu, dan mempunyai
ciri genetik yang serupa.
 Definisi yang luas, merangkumi
penduduk yang tinggal di Alam
Melayu, termasuk Melayu, Orang
Asli, orang Dayak dan Bumiputera
Sarawak dan Sabah, Batak, Jawa,
Minang, Bugis, Bali, dan Filipina.
 Pelbagai agama dan kepercayaan
seperti animisme, Hindu, Buddha,
Islam dan Kristian.
Budaya Melayu
 Lebih khusus berbanding ras.
 Pegangan dan amalan yang
berteraskan agama Islam dan
adat resam yang dikenal pasti
sebagai budaya Melayu.
Bahasa Melayu
 Bahasa yang dituturkan di
seluruh kepulauan Melayu.

 Bahasa Melayu sebagai


lingua franca, digunakan
sebagai bahasa bersama
oleh masyarakat yang
pelbagai dialek di kawasan
Kepulauan Melayu.
Geografi Tamadun Melayu
 Merangkumi kawasan Kepulauan
Melayu (Malaysia, Indonesia, Filipina,
Brunei, selatan Thailand, Singapura).

 Juga merangkumi masyarakat Melayu


yang berhijrah ke luar lingkungan
Kepulauan Melayu, seperti orang
Malagasy di Madagascar.

 Dan juga orang Melayu diaspora


seperti di:
 Sri Lanka
 Afrika Selatan
 Suriname
Melayu dalam Perlembagaan
 Kedua-dua perlembagaan
Malaysia dan Singapura
mempunyai definisi Melayu.

 Di Malaysia, definisi Melayu


dalam Artikel 160: lazim
berbahasa Melayu,
mengamalkan adat istiadat
Melayu, beragama Islam.

 Di Singapura, Melayu diakui


sebagai ‘indigenous people of
Singapore’ dalam Artikel 152.
SEJARAH AWAL
 Gua Niah di Sarawak didiami oleh
manusia awal pada zaman Paleolitik
45,000 tahun yang lepas.
 Homo floresiensis, spesis manusia
kerdil telah mendiami pulau Flores
dan pupus sebelum 50,000 tahun
lepas.
 Java Man – usia antara 700,000 –
1,000,000 tahun lepas.
 Perak Man – ditemui pada 1991,
berusia antara 10,000 - 11,000 tahun.
 Kedudukan kepulauan Melayu yang
terletak antara Timur dan Barat
menjadikan Kawasan ini strategik
sebagai Kawasan perdagangan.
Java Man

Perak Man
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DALAM
TAMADUN MELAYU
 Kerajaan Maritim
 Kedah Tua
 Majapahit
 Srivijaya
 Chih Tu
 Champa

 Kerajaan Agraria
 Funan
 Angkor
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DALAM
TAMADUN MELAYU
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DALAM
TAMADUN MELAYU
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DALAM
TAMADUN MELAYU
KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DALAM
TAMADUN MELAYU
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
MELAYU
 Animisme dan Dinamisme
 Hindu-Buddha
 Islam
Animisme dan Dinamisme
 Masyarakat Melayu secara umum berpegang
kepada kepercayaan primitif seperti animisme
(kepercayaan kepada semangat) dan
dinamisme (kepercayaan bahawa semangat
ini boleh membawa baik dan buruk).
 Amalan seperti puja pantai, semah padi,
memuja pokok dan batu.
 Juga termasuk kepercayaan dan pantang-
larang. Contohnya, tunjuk hormat Ketika
masuk hutan.
 Kepercayaan kepada makhluk halus. Seperti
Hantu, Pontianak, toyol, penanggal (Malaysia
dan Indonesia), atau aswang, manananggal
(Filipina).
 Kepercayaan yang masih berterusan
walaupun selepas masyarakat menerima
agama dunia (Islam di Malaysia dan
Indonesia, Kristian di Filipina).
Hindu-Buddha
 Tertumpu di kalangan golongan elit
 Namun juga mempengaruhi
golongan bawahan secara tidak
langsung
 Ramayana dan Mahabharata
mempengaruhi, namun
disesuaikan dengan pemikiran
orang tempatan
 Contohnya, Laksamana lebih
penting berbanding Rama dalam
tamadun Melayu.
 Perkataan Sanskrit yang
dikekalkan selepas Islam: syurga,
neraka, dosa, pahala
Islam
 Komprehensif dalam pengaruhnya kepada
kehidupan orang Melayu.
 Bahasa, sastera, seni, ritual dan kehidupan
orang Melayu dipengaruhi oleh Islam:

 Ayah membisikkan azan atau iqamat di telinga


bayi selepas lahir.
 Kanak-kanak lelaki melalui upacara khatan atau
sunat apabila sudah baligh.
 Kanak-kanak lelaki dan perempuan dihantar ke
kelas mengaji.
 Majlis nikah dan kahwin mengikut amalan
Islam.
 Individu yang meninggal dunia akan diuruskan
mengikut cara Islam – selepas itu amalan tahlil
arwah.
 Amalan membaca Yasin pada malam Jumaat –
diamalkan oleh orang Islam di Malaysia, Patani
(selatan Thailand), Brunei, selatan Filipina, dan
Indonesia.
TEORI KEDATANGAN ISLAM
 Dari China.
 Dari India.
 Dari Arab-Parsi.
Islam dari China
 Penyebaran Islam di kepulauan
Indonesia disebabkan oleh komuniti
Cina-Muslim.
 Bermula dengan armada Laksamana
Cheng Ho pada awal abad ke-15.
 Lawatan Ma Huan ke Jawa pada
1416.
 Antara Wali Songo yang
bertanggungjawab dalam penyebaran
Islam di Jawa, ada yang berketurunan
Cina, seperti Sunan Ampel.
 Disokong oleh tokoh seperti Prof
Slametmuljana.
Islam dari India
 Berdasarkan hubungan sedia ada
dunia Melayu dengan India sejak
zaman Hindu-Buddha ke zaman
Islam.
 Dibawa oleh pedagang India.
 Hujah:
 Van Ronkel dan JP Moquette – Islam
dibawa masuk dari Gujarat berdasarkan
gaya batu nisan Pasai yang serupa
dengan batu nisan dari Gujarat.
 Disokong oleh tokoh lain, seperti
Hugronje dan Thomas Arnold.
 SQ Fatimi menyatakan Islam tiba
daripada Bengal.
 Marrison – Islam tiba dari India Selatan.
Islam dari Tanah Arab-Parsi
 Bukti pertapakan sejak sebelum
883M.
 Disokong oleh tokoh seperti
Hamka dan Syed Naquib al-Attas.
 Hujah:
 Tulisan jawi.
 Cara bacaan al-Quran orang Melayu
sama dengan bacaan di Timur
Tengah.
 Hikayat-hikayat Melayu yang
menggambarkan pengIslaman raja-
raja Melayu oleh ulama’ Arab.
 Orang Melayu menggunakan nama
bin dan binti.
 Pengaruh kosa-kata (vocabulary)
Arab dalam Bahasa Melayu.
TERIMA KASIH
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Anda mungkin juga menyukai