Anda di halaman 1dari 3

TEKNOLOGI DAN INOVASI – Ts. Dr.

Faridah Hanim binti Yahya


Nama: Suhaila binti Jamaluddin
No. Matriks: L20222013599
KUMPULAN: E
NAMA PENSYARAH: Ts. Dr. Faridah Hanim binti Yahya

FORUM 2
Teknologi yang digunakan oleh guru boleh diklasifikasi kepada teknologi umum (standard technology)
dan teknologi digital (Mishra & Koehler, 2006). Menurut Mishra dan Koehler (2006), teknologi umum
ialah sebarang bentuk teknologi bukan digital yang digunakan oleh guru untuk pengajarannya seperti
papan putih, pen marker dan buku. Manakala, teknologi digital ialah sebarang bentuk teknologi yang
digunakan secara digital seperti komputer, smart boards dan internet.

Beri pendapat anda tentang peranan teknologi berpotensi untuk membantu golongan OKU.

SELAMAT MENJAWAB!

Ts. Dr. Faridah Hanim Yahya

JAWAPAN:

KUMPULAN: E
PENSYARAH: Ts. Dr. Faridah Hanim binti Yahya
SUHAILA BINTI JAMALUDDIN
L20222013599

Bagi pendapat saya, teknologi memberi peranan besar lebih-lebih lagi khas untuk golongan
OKU. Dengan teknologi yang semakin canggih, ia sepatutnya mampu membantu golongan OKU untuk
memudahkan mereka untuk berkerja, belajar dan juga hindari mereka daripada terpinggir. Peralatan dan
gadjet-gadjet seperti tab, internet dan telefon pintar secara langsung dapat membuka peluang meluas
kepada mereka untuk mencuba pelbagai bidang pekerjaan, memudahkan urusan pembelajaran dan juga
kehidupan seharian mereka.

Dari segi bidang pendidikan, antara teknologi yang boleh digunakan oleh golongan OKU ini
ialah teknologi Artifical Intelligence yang dinamakan Ace ASL. Teknologi ini dikatakan membantu
golongan OKU dengan cara pengecaman bahasa isyarat, terjemahan dan pendidikan. Ace ASL
dikatakan membantu golongan ini untuk menterjemah bahasa isyarat ke dalam bahasa pertuturan.

Seterusnya, penggunaan e-learning semasa pembelajaran semakin pesat dan ini secara tidak
langsung membantu golongan OKU ini untuk melakukan latihan di rumah tanpa perlu hadir di dalam
bilik kuliah. Video rakaman kelas boleh di rekod dan di simpan dalam data e learning maka ia
memudahkan golongan ini untuk menonton dan belajar walaupun di rumah sahaja.

Selain itu, sekiranya golongan OKU ingin menguasai kebolehan membaca kitab suci Al-Quran,
teknologi seperti aplikasi Quran Isyarat mampu membantu mereka. Aplikasi ini direka khas untuk
komuniti OKU pendengaran. Golongan OKU yang kurang upaya pendengaran boleh belajar mengenal,
menghafaz, membaca dan menjelaskan isi kandungan ayat Al-Quran dengan penggunaan aplikasi ini.

Selanjutnya, teknologi seperti Screen Reader membantu golongan OKU yang buta atau cacat
penglihatan. Ia merupakan teknologi yang paling banyak digunapakai oleh golongan OKU kerana ia
membantu golongan ini membaca teks yang dipaparkan pada skrin computer dengan pensintesis
pertuturan atau melalui paparan braille. Terdapat juga teknologi E-braille di mana membantu pengguna
buta atau cacat penglihatan untuk belajar dan membaca melalui penggunaan deria sentuhan mereka.

Dari segi kecemasan, terdapat beberapa aplikasi yang di cipta kerjasama antara kerajaan dan
Telekom Malaysia Berhad (TMB) antaranya ialah SaveMe 999 DEAF dan SaveMe 999 BLIND.
SaveMe 999 DEAF membantu golongan OKU masalah pendengaran untuk menghubungi 999 jika
berlaku kecemasan. Alat ini membantu mereka menghantar permohonan bantuan kecemasan melalui
saluran tanpa suara. SaveMe 999 BLIND membantu golongan OKU masalah penglihatan untuk
menghubungi 999 jika berlaku kecemasan.

Komen yang di beri kepada forum pelajar yang lain:

1) Nama pelajar: MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDULL SATAR (L20222013658)


Nama Pensyarah: Ts. Dr. Faridah Hanim Binti Yahya
Kumpulan: E

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara mengatakan bahawa pelbagai aplikasi dan teknologi
telah dicipta bertujuan untuk membantu golongan OKU ini. Salah satu contohnya ialah pengenalan
terhadap Braille E-Book. Percetakan braille memang tidak dinafikan ianya mahal dan penggunaan teks
yang panjang mungkin akan memberi kesukaran kepada golongan untuk dijadikan bahan rujukan dan
juga ia kurang praktikal pada masa kini. Teknologi yang ada kini sememangnya membantu mereka
supaya mereka tidak keciciran dan mereka juga boleh berjaya seperti golongan yang normal.
2) Nama pelajar: Muhammad Zuhair bin Azman
Kumpulan: E

Saya bersetuju dengan pendapat saudara menyatakan bahawa golongan OKU perlu diberikan
pendedahan merasai dan mendalami penggunaan teknologi tanpa mengambil kira aspek perbezaan. Di
tambah pula dengan teknologi dan aplikasi yang canggih yang telah dinyatakan oleh saudara sangat
membantu golongan OKU untuk menjalani kehidupan yang lebih bagus. Kisah keciciran golongan
OKU dari segi sosial dan juga bidang pendidikan sudah tidak jadi relevan dengan pendedahan teknologi
yang ada masa kini. Diharap tiada lagi jurang di antara golongan OKU dengan golongan normal dari
segi pendidikan, pergaulan dan pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai