Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA

SMK HAMID KHAN

Tajuk : Kepentingan pelajar Datang Ke Sekolah

Semua: Bising
Solo: Kring… kring…
Semua: Shhh ( kecuali cikgu )
Solo: Bangun ! Selamat pagi cikgu.
Semua : Selamat pagi cikgu.
Solo: Selamat pagi murid-murid, hari ini kita akan berbicara tentang kepentingan pelajar
datang ke sekolah
Semua: Sekolah!!!
Solo: Cikgu , saya hari-hari datang ke sekolah.
Semua: yeke,
Solo: kalau macam tu awak tahulah kepentingan datang ke sekolah
Solo: Tahu cikgu, saya dapat….emmmm… saya dapat..emmm.. saya dapat…
Semua: APA DIAA!!
Solo: Alamak terkejut saya, saya lupa pula
Semua: LUPA
Solo: bukan lupa tapi kamu tak tahu sebenarnya.
Semua: Oh, baiklah
Baris depan : S
Baris tengah: E
Baris belakang : K
Baris depan: O
Baris tengah : L
Baris belakang : A
Baris depan: H
Semua: Sekolah
Cikgu : Cikgu nak tanya soalan , mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari
berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah,
sebab mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa
bersama kawan-kawan?”
solo: saya ingin jawab cikgu, Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.”
(bangun)
Cikgu : Jadi “Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga 17 tahun. Itu semua
mengambil masa 12 tahun dari tadika hingga ke Tingkatan 5.”
Solo : “Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari
sebarang jenayah.”
Cikgu: Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak pula doktor?
Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?‟
Solo: Cikgu, ermmmm. Saya tak tahu cikgu
Semua: ahhhhh
Cikgu: “Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya
mencapai cita-cita awak semua tadi?”
Solo: “Cikgulah, siapa lagi?”
Cikgu “Yakah begitu?”
Semua: habis tu ?
Cikgu: kebanyakan masa hidup kita bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI kita
SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, kita terlebih dahulu wajib membantu
diri sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa.
Semua: Jadi, datang ke sekolah untuk apa?
Solo : Sekolah adalah tempat kita memperolehi ilmu pengetahuan
Semua : Kita belajar jadi orang yang berguna dan berpendidikan.
Kiri: sekolah juga permulaan untuk kita kerja Impian dan cita-cita
Semua: Kita yang digelar sebagai pelajar.
Solo: seharusnya berusaha bersungguh-sungguh ?
Semua: Kitalah permata negara.
Lagu: Kami para pelajar…
Berikrar dan berjanji…
Tingkat ilmu di dada…
Jadi orang yang berguna.
Solo: Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah remaja dalam kalangan pelajar
hari ini.
Semua: Murid-murid perlu berilmu.
Solo: Ilmu yang macam mana tu?
Kanan: Dari segi sains.
Kiri: Teknologi maklumat.
Semua : Dan keagamaan.
Semua: Ilmu sangat penting bagi seorang ingin berjaya.
Kanan: Tanpa ilmu gelaplah kehidupan.
Kiri: Tanpa ilmu malaplah kejayaan.
Semua: Datang sekolah menjadikan pelajar perlu proaktif.
Semua: Supaya kita tidak menjadi katak di bawah tempurung.
Solo: Kalau jadi katak…?
Semua: Ish ! Kalau jadi katak mundurlah negara tanpa kemajuan.
Solo: Kusangka menantu tepian titi,
Rupanya pendeta di petang redup,
Ilmu itu pelita hati,
Penyuluh jalan , panduan hidup.
Kanan: Ilmu ada di mana sahaja.
Kiri: Hanya yang bijak utamakan ilmu.
Solo: Zaman kini, ilmu ada di hujung jari.
Semua: Hah ??! di hujung jari?! Tak nampak pun?
Solo: Ish… di hujung jari maksudnya dalam talian internetlah.
Semua: Ops maaf kami ingatkan apa tadi.
Baris belakang: Banyak sumber ilmu yang boleh kita capai.
Barisan Tengah: Nak ilmu datanglah ke sekolah dahulu
Baris Depan: Tepuk dada tanyalah minda.
Baris Belakang: Orang berilmu dipandang tinggi.
Lagu: Pelajar oh pelajar
Hidup sekali jangan kau sia-sia
Hidup jangan terleka atau tergoda
Jadilah orang yang berguna
berguna, bergunaaa
Solo: Datang ke sekolah juga membolehkan pelajar memiliki kekuatan fizikal dan mental
yang hebat.
Solo: kita bermian sukan macam-macam, ada olahraga, lontar peluru, lompat jauh, banyak
lagiii lah untuk membentuk kekuatan fizikal
Semua: Ya, kekuatan fizikal penting bagi pelajar agar kesihatan terjamin.
Solo: Kekuatan fizikal seperti adiwira kah? Boboiboy, terbaik!
Solo: Amboi… dah habis berangan?
Solo: Habis tu bagaimana?
Semua: Menurut kamus dewan, kekuatan fizikal ialah tubuh badan yang cergas di samping
minda yang cerdas.
Semua: Cara yang paling mudah adalah bersenam dan bersukan seperti mana hari
kokurikulum, waktu Pendidikan Jasmani dan hari sukan
Lagu: Bunga anggerik dipetik adik,
sambil berpantun bermadah mesra,
pelajar terdidik, masyarakat cerdik,
pekerti santun hidup sejahtera,
Semua: Tuan, tuan dan puan , puan.
Semua: Sebagai pelajar perlu memiliki jati diri dan personaliti yang hebat.
Semua: memiliki prinsip hidup, cinta akan negara dan tidak mudah
Baris belakang: Sungguh memalukan ish, ish, ish budak remaja sekolah zaman sekarang.
Semua: pelajar perlu mempunyai benteng diri.
Solo: Perisai diri.
Solo: Imunisasi diri.
Solo: Apa tu? Saya tak fahamlah.
Semua: Pegangan agama dan moral yang jitu dalam diri.
Solo: Semua didikan ini boleh dapat di sekolah
Baris depan: Agama sebagai petunjuk.
Baris tengah: Agama sebagai panduan.
Baris belakang: Agama sebagai pelindung.
Semua: Apabila ajaran agama dan moral diamalkan , hidup akan lebih sempurna.
Baris belakang: Perkara negatif tidak lagi berlaku.
Baris Tengah: Rakan sebaya tak bermoral dapat dihindari.
Lelaki: Masalah yang datang dapat diatasi.
Solo: Dengan agama dan didikan moral personaliti juga berubah , erghh !!!
Lelaki: Menjadi lebih tampan dan tampan.
Perempuan: Ehem,ehem. Oh abang yang tampan itu..
Adik mahu lihat abang maju...
Dapat bina masa depan baru...
Cukup je bulan saya jadi menantu.
Lelaki: Eh, perasan je lebih, menyampah. Yang perempuan pula haruslah
lebih.
Perempuan: Manis dan sopan.
Semua: Yang penting disayangi Tuhan.
Solo: Sudah! Sudah! Nampaknya anak-anak pelajar semua sudah faham
apa itu erti pelajar berkualiti yang datang ke sekolah. Cikgu mahu kamu semua terapkan
dalam diri.
Semua: Baiklah cikgu !
Solo: Kring… kring…
Solo: Cikgu, loceng dah berbunyi jom kita pulang.
Semua: Yeayy!! Pulang.
Solo: Terima kasih cikgu!
Semua: Terima kasih cikgu!
Solo: Berdasarkan apa yang dipelajari tadi, akan adakah pelajar sekolah tidak
berkualiti sekiranya semua kriteria ini cukup dalam diri mereka?
Semua: Semestinya tidak, tidak , tidak.
Semua: Negara berkembang maju pada masa akan datang sekiranya
Remaja dalam kalangan pelajar memainkan peranan.
Lelaki: Pemuda harapan bangsa.
Perempuan: Pemudi tiang negara.
Solo: Mencari timba si anak dara,
turun jelajah serata negeri,
kami mengundur tutup bicara,
terima kasih dan jumpa lagi.
Solo: Jadi, apa lagi murid-murid?
Semua: Ayuh !
Solo: Ayuh? Untuk apa??
Semua: untuk berjaya sama-sama datang ke sekolah!
Sajak: Sekolahku

Sekolahku,
Indah sungguh sekolahku,
Dengan padang yang menghijau,
Bangunan yang tersergam indah,
Guru yang berdedikasi dan murid yang berdisiplin,

Sekolahku,
Tempat menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar ap aitu kehidupan,
Dan tempatku mendisiplinkan diri

Terima kasih sekolahku,


Kebanggaanku,
Kini jasamu, terukir indah dihatiku.

Semua: Sekiaann terima kasiihh!

Anda mungkin juga menyukai