Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI GURU BILANGAN 2/2023

LAPORAN GURU PENOLONG KANAN PETANG


1.0 DISIPLIN MURID (hasil laporan guru bertugas mingguan
dan pemantauan pentadbir)
1.1 pergerakan murid di luar kelas tanpa pas keluar
1.2 terdapat segelintir murid keluar kelas dan bermain
bola di ruang depan Dewan Gemilang, Blok G
1.3 segelintir murid tidak memasukkan baju pj ke dalam
seluar pj
1.4 pergerakan murid masuk ke kelas selepas rehat agak
perlahan . Murid masih suka berlegar santai selepas
rehat.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Semua guru adalah guru disiplin. Semua guru perlu
kuatkan kuasakan peraturan disiplin yang digariskan
oleh pihak sekolah dari segi pemakaian pas keluar,
teguran murid yang baju pj tidak dimasukkan ke
dalam seluar dan sentiasa memantau pergerakan
murid dalam kelas.
2.0 Waktu Solat
2.1 Terdapat isu yang timbul iaitu:
2.1.1 Segelintir murid tidak endah pengawasan
guru praktikal sewaktu solat di surau baru
2.1.2 Terdapat beberapa orang murid lelaki solat
di belakang saf murid perempuan.
2.1.3 Murid perempuan solat di ruang saf murid
lelaki
2.1.4 terdapat dua kumpulan jemaah solat di
surau lama dengan dua imam.
2.1.5 murid tak dengar suara imam di surau lama
TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN:
- Guru tetap perlu ada ketika bertugas di surau , jika
mc, ajk relief perlu susun guru tetap yang tidak ada
kelas
- Menegur terus perbuatan murid yang salah laku.
- Set speaker dan mikrofon mudah alih akan dibeli
untuk kegunaan surau lama. Pastikan dijaga
dengan baik selepas guna. (Jika perlu disimpan di
bilik guru lelaki di blok D)
- Pengawas surau perlu diberi teguran dan
bimbingan untuk menjalankan tugas mengawas
waktu solat dari semasa ke semasa.
- Buku pengawasan guru bertugas di surau akan
diguna bagi semakan pengesahan bertugas setiap
hari. Buku pengawasan bertugas perlu diambil
oleh guru bertugas di pondok jaga setiap hari dan
memulangkan ke pondok jaga selepas selesai murid
solat dan ditandatangani.

3.0 Keberadaan Guru


3.1 Jika guru sakit atau keluar awal atau sampai
lewat, mohon guru ganti semula waktu yang
kurang agar rpt dapat diselesai mengikut
minggu persekolahan. (kelas google meet /
kelas tambahan)
3.2 Pemantauan 5 minit, masih terdapat segelintir
guru yang duduk ketika mengajar dan
memegang handphone
3.3 Penulisan objektif erph tidak boleh diukur.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

- Guru perlu mengisi slip pergerakan guru di pejabat


dan ditandatangani terlebih dahulu sehari sebelum
sebarang urusan kecuali sakit dan kecemasan. Slip
ditandatangani selepas bekerja semula
keesokannya. Slip pergerakan guru perlu diisi setiap
kali tiada di sekolah.
- Bimbingan dan pementoran cara penulisan objektif
akan dilaksanakan oleh pentadbir.
- Teguran terus kepada guru yang duduk mengajar
kecuali faktor kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai