Anda di halaman 1dari 3

5 (a) Huraikan faktor-faktor tercetusnya perang dunia kedua di Eropah.

F1 Kemunculan idea baru


 Penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal.
 Gerakan ini dipimpin oleh pemimpin nasionalis melampau.
 Gerakan Fasisme – di bawah pimpinan Benito Mussolini.
 Fasisme memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan
individu.
 Gerakan Nazisme – di bawah pimpinan Adolf Hitler.
 Nazisme mengagungkan bangsa Jerman.
F2 Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
 Jerman menganggap Perjanjian Versailess tidak adil.
 Jerman kehilangan tanah jajahan.
 Jerman dikehendaki membayar pampasan yang tinggi
 Akibatnya Jerman menghadapi kemelesetan ekonomi
F3 Kegagalan Liga Bangsa Bangsa
 Liga Bangsa Bangsa gagal meguatkuasakan perjanjian perlucutan senjata
 Liga Bangsa Bangsa gagal menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas
Perang Dunia Pertama
 Menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan
[ 6 markah]
(b) Ceritakan peristiwa perang dunia kedua di Eropah.
F1 Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
 Jerman berjaya menawan Poland, Denmark dan beberapa negara lain
 Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat.
F2 Pengeboman Britain
 Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain.
 Jerman memusnahkan pelabuhan dan pertahanan udara Britain.
F3 Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
 Itali mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis.
 Itali menyerang Perancis melalui arah selatan.
 Jerman menyerang Perancis dari arah utara
F4 Serangan Jerman ke atas Russia
 Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa
 Serangan besar-besaran untuk menawan Russia

(Fakta lengkap rujuk buku teks ms 60)


[6 markah]
(c) Pemimpin yang berwibawa mampu mengelakkan berlakunya peperangan. Jelaskan
pernyataan ini.
 Pemimpin menyelesaikan masalah antara negara melalui perundingan.
 Contohnya perebutan wilayah di Kepulauan Spratly di Laut Cina Selatan perlu di
selesaikan dengan baik.
 Menjalinkan dasar diplomatik dengan negara lain.
 Mengelakkan perlumbaan senjata
 Contoh nya senjata nuklear
 Tidak mencampuri urusan negara lain.
 Menghormati kedaulatan negara serantau
 Mematuhi sempadan antarabangsa
 Menghormati undang-undang dan peraturan negara lain
 Mematuhi perjanjian yang sebelum ini telah di persetujui
Mana-mana jawapan munasabah
[8 markah]

6. Persekutuan Tanah Melayu telah di bentuk pada 1948.


(a) Terangkan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan bagi mengantikan Malayan Union 1946.
 Pembentukan sebuah Jawatan kuasa Kerja.
 Tujuannya untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
 Terdapat juga golongan yang mencadangkan perlembagaan alternatif.
 Perlembagaan alternatif ini di kenali sebagai Perlembagaan Rakyat

[ 3 markah]
(b) Bagaimanakah British memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
 British menubuhkan Jawatan Kuasa Kerja
 Jawatankuasa kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
 Matlamatnya untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
 Jawatankuasa kerja terdiri wakil dari UMNO, Contoh wakil UMNO ialah Dato Onn
Jaafar.
 Seterusnya wakil kerajaan British ,Contoh wakil kerajaan British, ialah A.T
Newboult.
 Seterusnya wakil Raja-raja Melayu, contoh wakil raja-raja melayu ialah Raja
Kamarulzaman Raja Ngah Mansur.
 Terdapat juga pegawai Pemerhati dan Penasihat Undang-Undang dalam Jawatankuasa
kerja.
 Contohnya Theodore Adams yang merupakan Penasihat Raja-Raja Melayu
 Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga
pertengahan bulan November 1946.
 Cadangan-cadangan dari Jawatan kuasa kerja ialah untuk menyatukan semua negeri
Melayu dalam satu pentadbiran dan duah buah Negeri-Negeri Selat.
 Cadangan seterusnya memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
 Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.
 Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri.
 Akhirnya mengenakan syarat kewarganegaran yang ketat.
[ 9 markah]
(c) Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap sebagai asas kepada perpaduan
rakyat berbilang kaum di negara kita?
F-Penyatuan negeri-negeri Melayu adalah langkah ke arah perpaduan
H1-Pentadbiran negeri-negeri ini sebelumnya terpisah di bawah pentadbiran NNS, NNMB
dan NNMTB
H2-Penyatuan ini telah dapat memecahkan perasaan/sentimen kenegerian
Inferens-PTM 1948 telah menyatukan rakyat dari kalangan negeri-negeri Melayu yang mana
akhirnya membentuk masyarakat yang bersatu padu.

F-PTM 1948 juga mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum
lain.
H1-Ini membolehkan setiap kaum dapat hidup dengan damai dalam sebuah negara apabila
hak mereka sebagai penduduk dinyatakan dengan jelas dalam PTM 1948.
H2-Setiap kaum tidak disisihkan dan mempunyai hak sama rata untuk menikmati
kemakmuran negara.
Inferens-Natijahnya rakyat dapat hidup dengan harmoni dan perpaduan antara kaum dapat
diwujudkan.

Mana-mana jawapan munasabah

[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai