Anda di halaman 1dari 4

PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

1) Apakah psikologi dan skopnya:


Salam sejahtera saya ucapkan kepada Miss Cheng Kong Chee dan rakan-rakan saya yang
dikasihi sekalian.

Saya amat bersetuju dengan perkongsian yang diberikan oleh Moria Yap Chia Chee
berkenaan dengan topik yang sedang dibincangkan. Oleh itu, izinkan saya untuk menambah
sedikit mengenai definisi psikologi dan skopnya.

Melalui pembacaan saya melalui laman sesawang, psikologi ialah kajian tentang tingkah laku
dan minda manusia. Matlamat psikologi adalah untuk memahami pemikiran, emosi, dan
tingkah laku manusia dan mempelajari psikologi adalah salah satu usaha untuk mengenal dan
memahami manusia secara lebih mendalam. Beberapa ahli-ahli psikologi, antaranya Clifford
T. Morgan, Sarlito W. Sarwono, Kartini Kartono dan Charles G. Morris dan Albert A. Maisto
telah mendefinisikan psikologi adalah sebuah ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah
laku dan daripada definisi tersebut terdapat 2 hal penting yang dapat disimpulkan, antaranya:

1. Psikologi merupakan ilmu pengetahuan


Psikologi adalah sains dan ia mesti mematuhi prinsip saintifik untuk mencari
penyelesaian kepada masalah. Psikologi bukan sahaja sains, tetapi juga sains gunaan.
Seni mengintegrasikan psikologi ke dalam kehidupan seharian memerlukan latihan
dan kepakaran. Sebagai contoh, memahami psikologi perkembangan mungkin
membantu orang ramai menangani isu berkaitan akil baligh dan memahami tahap
kecerdasan pelajar boleh membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah.

2. Psikologi Mempelajari Tingkah Laku


Psikologi bukan hanya mempelajari tingkah laku bermasalah ataupun yang tidak
normal, malah turut ditekankan kepada seluruh aspek tingkah laku manusia. Psikologi
mengkaji kedua-dua tingkah laku yang boleh diperhatikan secara langsung, seperti
makan, minum, ketawa dan berlari dan tingkah laku yang boleh diperhatikan secara
tidak langsung, seperti perasaan, sikap, pemikiran, dan proses mental yang lain.
Walau bagaimanapun, tingkah laku sedemikian masih boleh dinilai berdasarkan apa
yang orang katakan atau cara mereka bertindak balas terhadap cabaran.
Skop psikologi juga sangat meluas pada masa kini, antaranya adalah:
a) Psikologi Klinikal
b) Psikologi Kaunseling
c) Psikologi Perkembangan
d) Psikologi Pendidikan
e) Psikologi Eksperimen
f) Psikologi Forensik
g) Psikologi Kesihatan
h) Psikologi Faktor Manusia
i) Psikologi Organisasi
j) Psikologi Fisiologi
k) Psikologi Sekolah
l) Psikologi Sosial

Sekian, terima kasih.


Bidang psikologi juga amat penting pada masa kini kerana ia membantu pakar dalam
memahami tingkah laku seseorang dan memberikan jalan penyelesaian terbaik kepada
sesuatu masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, apabila jururawat mempunyai pengetahuan
psikologi yang baik dan menggunakan kemahiran yang sedia ada dapat membantu jururawat
dalam memahami keadaan pesakit dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, jururawat
boleh menjadi seorang pendengar yang baik dengar mendengar segala aduan dan keluhan
daripada pesakit yang ketika itu emosinya tidak stabil. Oleh itu, amat penting bagi jururawat
yang mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan dalam memberi nasihat dan
sokongan emosi dan mental kepada pesakit sepanjang proses rawatan yang dijalankan. Ini
bagi meningkatkan rasa percaya, keyakinan dan keselesaan pesakit terhadap rawatan yang
diberikan serta mempercepatkan proses penyembuhan bagi pesakit.

Psikologi juga menggunakan kaedah saintifik iaitu ia banyak bermain dengan teori. Misalnya,
apabila kami ingin mengaitkan sesuatu tingkah laku seseorang yang mempunyai masalah
dalam kehidupan, kami tidak boleh sewenang-wenangnya membuat rumusan yang pesakit
berkelakuan begini disebabkan oleh ini. Ia perlu dilakukan dengan beberapa kaedah yang
betul, misalnya kita boleh memerhatikan tingkah laku mereka sebagai salah satu cara untuk
kita belajar tentang keadaan psikologi seseorang.
2) Membincangkan kepentingan psikologi dalam kejururawatan

Psikologi adalah ilmu yang sangat penting untuk dipraktikkan oleh jururawat semasa
memberikan rawatan dan penjagaan kepada pesakit. Ini adalah penting kerana ianya sebagai
salah satu persediaan jururawat dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam melayani
pelbagai emosi dan kerenah pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Sebagai
jururawat, mereka kena sentiasa kuat dalam mendepani apa sahaja cabaran dan dugaan yang
dijangka dan tidak dijangka dan perlu bersiap sedia dalam menghadapi cabaran tersebut.

Apabila jururawat mempraktikkan ilmu psikologi ketika memberi rawatan kepada pesakit, ia
secara tidak langsung telah memenuhi keperluan psikologi pesakit. Ini kerana emosi pesakit
pada saat itu sangat bergantung dengan emosi jururawat. Sekiranya jururawat memberi
perhatian dan layanan yang baik kepada mereka, misalnya mendengar setiap aduan dan
keluhan daripada pesakit dengan penuh empati, memahami masalah pesakit dan memberikan
sokongan emosi dan rohani akan meningkatkan nilai kepercayaan, keselesaan dan keyakinan
dalam diri pesakit dalam mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Ya, saya mengamalkan amalan kejururawatan semasa saya bertugas di klinik kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai