Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani

Yang Berusaha
Hajah Atnawati Bt Abu Hanipah
Guru Besar SK Sungai Besi

Yang Dihormati
Dr.Alia Bt Dato Amir Hussin
YDP PIBG SK sungai Besi

Yg.Dihormati
En.Hafiszal Bin Ismail
Pegawai Perhubungan Sekolah
PPD Bangsar pudu

Yg.Dihormati
Barisan Guru -Guru Penolong kanan
Guru-Guru
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita semua dapat
berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Pada pagi ini kita akan teruskan permulaan sesi persekolahan
yang baru ini dengan pelancaran MENU RAHMAH DAN KEMPEN MINUM AIR KOSONG. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan selamat Kembali ke sekolah buat semua anak-anak murid setelah lebih kurang
sebulan bercuti. Semoga anak anak ceria dan bersemangat pada pagi ini.

Hadirin sekalian
Menu Rahmah adalah salah satu insiatif kerajaan dalam menangani masalah ekonomi semasa. Menu
Rahmah adalah satu hidangan seimbang yang mengikut pyramid makanan . Seterusnya kita digalakkan
untuk minum air kosong atau air suam sebanyak 6- 8 gelas sehari kerana ianya dapat menyeimbangkan
kandungan air dalam badan selain mempunyai kebaikan-kebaikan yang lain.

Tanpa melengahkan masa Majlis dengan ini ingin menjemput Yg,Berusaha Hajah Atnawati Bt Abu
Hanipah Guru Besar SK Sungai Besi untuk menyampaikan ucapan Aluan dan seterusnya merasmikan
pelancaran MENU RAHMAH DAN KEMPEN MINUM AIR KOSONG

Terima Kasih Puan GB atas ucapan dan pelancaran MENU RAHMAH DAN KEMPEN MINUM AIR KOSONG
itu tadi. Majlis juga ingin menjemput tetamu kehormat dan barisan guru penolong kanan untuk Bersama
sama naik ke pentas untuk a cara gimik pelancaran.
Dengan berakhirnya gimik pelancaran itu tadi maka berakhirlah perhimpunan pagi dan pelancaran
MENU RAHMAH DAN KEMPEN MINUM AIR KOSONG.

Anda mungkin juga menyukai