Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum warahmatullahibawarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia


Madani
Yang dihormati panel hakim dan hadirin sekalian
Saya, Puteri Nur Aina Hasanah Binti Megat Zamri,
ingin menyampaikan sebuah pengucapan awam bertemakan
Inovasi Pendidikan Kerjaya Atau Lebih Dikenali Sebagai Stem Sebagai Pemangkin
Generasi Madani
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pada hari ini, saya ingin berkongsi idea dan pandangan tentang kerjaya pilihan remaja
masa kini.
Saudara, tepuk dada tanya selera,
 Mengapa pilihan kerjaya di dalam bidang stem dipandang enteng oleh remaja
masa ini?

Hadirin sedia maklum, dunia kita telah dilanda wabak covid-19 yang telah
megubah corak dan rentang kehidupan penduduk dunia
malah, telah mengubah landskap kerjaya manusia secara keseluruhan.
berdasarkan berita pada 23 mei 2021 astro awani,
mengatakan bahawa bidang kerjaya yang menjadi
pilihan ramai setelah fasa pasca covid -19
antaranya ialah perunding kecergasan, kaunselor,pereka hiasan dalaman yang
mana tidak ada sebarang unsur stem di dalamnya.

Jelaslah, hal ini akan menjadi fokus utama untuk kita renungkan.
Hadirin sekalian, Inovasi Pendidikan Kerjaya Stem Pemangkin Generasi Madani.
Detik ini, dunia wawasan 2030 memperlihatkan kemajuan peralatan teknologi yang
canggih bagi menyampaikan maklumat pendidikan seiring untuk membina pelapis
pelapis yang lebih berdaya saing.
Oleh yang demikian, penumpuan dunia kepada bidang sains, teknologi, kejuteraan dan
matematik iaitu STEM perlu diberi lebih perhatian, oleh itu, mentransformasikan
kurikulum pendidikan untuk melahirkan pelajar berdaya cipta menjadi tumpuan utama
kita pada hari ini.
Menariknya, gagasan malaysia madani yang diperkenalkan oleh perdana menteri ke-10
datuk sri anwar ibrahim turut menjadi daya cipta sebagai salah satu daripada enam
teras malaysia madani.

Malaysia masih ketinggalan sebangai negara pengguna berbanding pencipta, khasnya


ciptaan berteknologi yang sering kali tergambar citranya di negara barat atau asia timur
seperti jepun dan korea selatan.

Oleh itu negara memerlukan lebih generasi muda dalam bidang STEM agar kita dapat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara membangun yang lain.

Lantas itu, mari kita meninjau bidang sains yang memainkan peranan kritikal dalam
perubatan dan kesihatan.
Hadirin dan hadirat,
Biologi, Anatomi, Mikrobiologi, Biokimia dan Genetik merupakan antara subjek teras
perubatan.
Kebanyakan pelajar sains lebih gemar memilih untuk mejadi doktor, tetapi tahukah
hadirin bahawa bidang perubatan juga mempunyai bidang kerjaya seperti jurutera,ahli
kimia,ahli biologi,pakar matematik dan statistik, dan jurutera perisian? Dengan segala
bidang yang telah saya perkatakan sebentar tadi, maka jelaslah bahawa bidang sains
dapat memberi pelbagai bidang kerjaya yang lebih luas.

Sekarang, mari kita melihat peranan bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Hadirin sekalian,

Penggunaan robot dalam pembedahan merupakan satu revolusi. teknologi yang


canggih seperti alat bantuan pembedahan bukan sahaja mengurangkan kesilapan
malah dapat memberi manfaat kepada pesakit pembedahan besar dengan
mengurangkan masa untuk sembuh dan juga meninggalkan parut yang cepat sembuh.

Peranan jurutera perisian dan revolusi teknologi maklumat pula memang tidak dapat
disangkal lagi dalam bidang perubatan. hal ini kerana teknologi maklumat
membolehkan penghasilan vaksin covid-19 dalam masa yang singkat yang mana
penjujukan genetik virus covid-19 dan pengenalpastian gen yang sesuai untuk vaksin
melibatkan sistem perisian yang canggih dapat dihasilkan dengan pantas dengan
adanya anggota yang mahir dalam bidang ini.

Bagai mana pula denga bidang matematik? hadirin, disini saya ingin berkongsi satu
bidang yang sama penting di dalam perubatan. sebelum itu, saya ingin mengemukakan
satu soalan, pernahkah anda mendengar perkataan epidemiologi?

Perkataan ini sangat popular ketika pandemik. bidang epidemiologi ialah satu jabatan
kajian yang berkait rapat dengan pola penyakit, seperti bagaimana penyakit merebak,
faktor-faktor dan risiko dalam populasi. kesemuanya melibatkan matematik.
penggunaan statistik sangat penting dalam pembangunan vaksin dan perubatan. maka
disini, jelaslah bahawa bidang matematik bergitu penting dalam bidang perubatan.

Amat penting untuk kita sedar bahawa masyarakat yang makmur dan sihat
berngantung kepada kemajuan sains dan bakat STEM. masyarakat yang sihat
meningkatkan produktiviti sesebuah negara. pengetahuan sains menjadi peneraju
kepada pencegahan pelbagai penyakit.

Para hadirin yang dihormati

Kita memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang STEM agar dapat menyumbang
kepada kemajuan sektor kesihatan dan kemandirian spesies. senarainya mungkin
panjang tetapi di antara pakar yang diperlukan bukan sahaja doktor dan jururawat,
kerana negara juga sangat mengalu-alukan kehadiran pakar seperti ahli
molekul,sainstis data, pakar statistik dan sebagainya.

Akhir kata
Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut bercakap
Ada akal fikir fikirkanlah
Sekian sahaja dari saya, wabilahitaufik wahidayah, wassalamualaikum
warahmatullahibawarakatuh

Anda mungkin juga menyukai