Anda di halaman 1dari 3

Kemunduran Mu’tazilah dalam dunia islam

Mu’tazilah merupakan suatu pemikiran yang terpengaruh dengan tradisi luar daripada Islam.
Golongan ini jelas mendewakan akal dan mengutamakannya berbanding nas-nas al-Qur’an
dan al-Sunnah. Pemikiran sebegini secara langsung dan tidak langsung bersesuaian dengan
seruan sesetengah kelompok Islam modernis-progresif masa kini yang kononnya mahu
mereformasikan ajaran Islam yang didakwa jumud. Golongan ini berusaha sehabis mungkin
menceduk dan menggali metodologi puak Mu’tazilah untuk diaplikasikan dalam masyarakat
Islam pada hari ini. Mereka cuba melakukan modernisasi terhadap syariat Islam sesuai
dengan metodologi golongan modernis Barat. Dengan kata lain, modernisme dalam agama
adalah suatu bentuk pemikiran yang ditegakkan bersandarkan keyakinan bahawa kemajuan
akademik dan wawasan moden mengharuskan reinterpretasi terhadap pelbagai doktrin agama
tradisional berasaskan sistematika ajaran falsafah Barat yang diagung-agungkan. 1

Mu’tazilah adalah golongan yang terperangkap dengan pemikiran logik dan falsafah Yunani,
falsafah India dan falsafah Parsi. Majoriti mereka memiliki dasar pemikiran keparsian.
Kesudahannya, mereka cuba mengadaptasikan al-Quran dengan ajaran-ajaran falsafah
tersebut. Di samping mereka juga tidak mempercayai hadis-hadis yang didakwa bertentangan
dengan logik Paganisme Yunani.2 Menurut Syeikh Muhammad Abu Zahrah, pelbagai faktor
yang menyebabkan golongan Mu’tazilah terjerumus ke dalam pengaruh falsafah ini adalah
menerusi ilmu falsafah, mereka menemui keanjalan dalam penggunaan akal sehingga mampu
untuk memperkukuhkan hujah-hujah mereka. Apabila golongan falsafah menggempur
prinsip-prinsip pemikiran Islam, golongan Mu’tazilah menawarkan kepada mereka
perdebatan. Akibatnya, golongan Mu’tazilah terpaksa menggunakan sebahagian metadologi
golongan falsafah dalam berdebat dan menyampaikan argumentasi.3

.Mu’tazilah banyak berjasa dalam menggabungkan falsafah Yunani dengan ajaran


Islam,bahkan memanfaatkannya untuk membela teori-teori mereka. Mereka telah
menciptakan Ilmu Kalam sebagai supaya membela ajaran Islam. Ahmad Amin memandang
bahawa Mu’tazilah merupakan golongan Islam pertama yang membela Islam dengan
menggunakan senjata lawan dari serangan pihak luar seperti Yahudi, Nasrani dan Majusi dan
Materislistis.

1
Mafhum Tajdid al-Din, 96-97)
2
Syeikh Muhammad Abu Zahrah al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri’ al-Islami,h 7
3
Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah , juz 1 h 145
Aliran ini kemudian mengalami kemunduran dan akhirnya lenyap,disebabkan oleh antara
lain :

 Kerana mereka terlalu mengagungkan akal, berpikir rasional dan liberal, sehingga
terkesan mengabaikan wahyu dan sunnah sebagai sumber utama akidah/teologi. Hal
ini akhirnya menimbulkan ketidak senangan kaum muslimin..
 Terjadinya tindakan kekerasan bahkan pemenjaraan terhadap sejumlah ulama yang
menambahkan kebencian masyarakat terhadap aliran ini, sehingga mereka pun
meninggalkannya.
 Kritikan dari ulama Sunni: Mazhab Mu’tazilah sering kali menjadi sasaran kritik dan
kontroversi dari ulama-ulama Sunni yang lebih tradisional. Hal ini memicu polemik
dan debat yang dapat merosakkan reputasi Mu’tazilah.
 Perpecahan dalaman : Mu’tazilah sendiri mengalami perpecahan dan perbezaan
pendapat dalam beberapa masalah pandangan. Ini melemahkan kesatuan dan daya
tarikan mazhab ini
 Mulai berkembangnya aliran yang dipelopori Imam al-Asy’ari dan Al Maturidi yang
muncul dengan mazhab yang lebih bercorak tradisional dan moderat serta lebih
sesuai untuk diamalkan oleh kaum muslimin.
 Campur Akademik dan Falsafah: Kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan pemikiran
ahli falsafah dalam dunia Islam mengarah pada perubahan minat intelektual, dan
beberapa ulama dan pemikir Islam lebih suka mengejar pemahaman yang lebih
mendalam dan lengkap daripada aspek teologis yang ditekankan oleh Muktazilah.
 Campur tangan penguasa dalam bentuk pencabutan aliran rasmi Negara, sekaligus
larangan menganut aliran Mu’tazilah, hal ini melemahkan posisi aliran ini, sehingga
akhirnya lenyap dari dunia Islam

Oleh kerana itu menurut Ahmad Amin adalah suatu malapetaka besar apabila golongan
Mu’tazilah hilang dari dunia Islam. 4 Walaupun Mu’tazilah dalam kewujudannya sebagai
sebuah aliran sudah tidak berkembang lagi, namun ada fenomena atau indikasi bahawa pada
abad ini pemikiran atau faham-fahamnya mulai muncul kembali. Ajaran-ajaran Mu’tazilah
sebahagiannya masih hidup sampai sekarang terutama di kalangan Syi’ah Zaidiyah.

4
Ahmad Amin, Fajr al-Islam, h. 289-290
Seorang pengarang buku akidah islam yang bernama Harun Nasution melihat bahawa pada
zaman modern sekarang ini, pemikiran atau fahaman-fahaman Mu’tazilah yang bercorak
rasional itu telah mulai timbul kembali di kalangan umat Islam, terutama kaum intelektual.
Secara tidak disedari mereka telah menganut faham-fahaman yang sama atau lebih kurang
dengan fahaman Mu’tazilah. Dengan masuknya kembali rasionalisme ke dunia Islam melalui
kebudayaan barat modern, maka faham-faham Mu’tazilah mulai timbul kembali, terutama di
kalangan kaum intelektual muslim yang berpendidikan barat. Istilah “neo Mu’tazilah” mulai
timbul dalam tulisan-tulisan mengenai Islam. Bahkan Harun Nasution mengatakan bahawa
semua aliran akidah tidaklah keluar dari Islam, mereka tetap berada dalam Islam. 5

Menurutnya juga , Kehadiran aliran Mu’tazilah merupakan salah satu wujud kebebasan
berpikir dan berpendapat di dunia Islam masa klasik. Sekaligus menjadi salah satu khazanah
intelektual Islam yang perlu dipelajari dan dikaji untuk menambah dan memperkaya
wawasan keilmuan kita semua. Namun begitu dakwaan bahawa umat Islam perlu kembali
mengamalkan fahaman Mu’tazilah demi mengangkat agama ini daripada kejumudan dan
kemunduran adalah tertolak sama sekali. Sejarah Islam telah membuktikan, tanpa berpegang
dengan fahaman Mu’tazilah, umat Islam telah berjaya berada di kemuncak ketamadunan
seperti yang ditunjukkan pada era tamadun islam di Andalusia, Sepanyol.

5
Harun Nasution, Teologi Islam, h.10.

Anda mungkin juga menyukai