Anda di halaman 1dari 16

Panduan Beli Jual Sewa Akta & Cukai Pinjaman Rumah Inspirasi Rumah

Panduan Inspirasi Rumah 7 Herba Yang Boleh Anda T… Cari Panduan

7 Herba Yang Boleh


Anda Tanam Dengan
Mudah Dalam Rumah Di
Malaysia
oleh PropertyGuru Editorial Team
Dikemaskini pada 27 Nov 2020 • 9 minit membaca
Pemilik Rumah

Click here for English version.

Memiliki kebun dapur sendiri adalah satu pilihan popular di kalangan


mereka yang suka bercucuk tanam.

Ia bukan saja memberikan anda peluang untuk menikmati hasil segar


tangan sendiri, tapi dapat menanam pelbagai jenis herba dan rempah
yang menambahkan lagi rasa sedap masakan!

Berkebun secara sendiri atau DIY gardening di Malaysia bukan saja


untuk mereka yang tinggal di rumah atas tanah.
Kalau anda jenis penyabar dan ada ruang cukup, anda boleh menanam
apa saja tanaman herba seperti herba Cina, herba Melayu, dan lain-lain
yang anda inginkan.

Bila dah membesar dan berbuah semua tu, banyaklah pilihan anda
masa nak memasak di dapur. Tapi, janganlah rasa ‘kebun dapur’ tu
hanya sekadar deretan pasu pokok di tingkap dapur rumah saja!

Kebun dapur merangkumi mana-mana ruang (luar dan dalam) yang


boleh anda gunakan khususnya untuk tanaman menambah rasa dalam
makanan yang dimasak di dapur anda sendiri.

Ia adalah cara mudah untuk menikmati manfaat herba segar di rumah


sendiri. Maknanya, setiap tingkap atau ruang kosong yang ada di rumah
anda boleh digunakan untuk menghasilkan kebun herba tersendiri.

Herba Apa Yang Boleh Anda


Tanam, Dan Bagaimana Untuk
Menjaganya?
Di Malaysia, herba memainkan peranan penting dalam warisan
penyediaan makanan tradisi. Anda boleh gabungkan herba-herba
Melayu dengan rempah ratus India atau Cina untuk menyerlahkan lagi
warisan budaya kita dengan keenakan tersendiri.
Bayangkan setiap gabungan rasa yang ada dalam warisan kita!
Kesedapan masakan Nyonya dengan rasa unik yang datang dari
pelbagai budaya dan bangsa.

Campuran rempah-rempah pedas menyumbang kepada reputasi


makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Pengaruh rempah Eropah dan
India pula menonjolkan warisan perdagangan Melaka dalam masakan
modennya.

Terdapat pelbagai jenis herba yang boleh anda tanam di kebun dapur
seperti herba tradisional Malaysia sehinggalah pilihan popular masa
kini untuk hidangan kegemaran.

Di bawah kami sertakan beberapa pilihan herba yang sesuai ditanam di


persekitaran luar mahupun di dalam rumah anda:

1) Daun kari

Daun kari adalah asas untuk pelbagai hidangan yang menyelerakan, dan
mereka sangat mudah untuk tumbuh.
Anda boleh menanam pokok kari di taman anda, atau menyemainya
untuk penanaman dalam rumah, dan ia boleh ditanam dari keratan atau
biji benih.

Tips PropertyGuru
Keratan merujuk kepada bahagian pada tumbuhan, sama ada dari
bahagian akar atau batang, yang digunakan untuk menumbuhkan satu
tanaman baru. Jenis proses ini dikenali sebagai propagasi atau
‘striking’, di mana pemotongan batang akan menghasilkan akar baru,
dan pemotongan akar akan menghasilkan batang baru!

Berasal dari India, pokok kari tumbuh dengan lebih baik di persekitaran
yang hangat dan lembap, menjadikannya sangat sesuai untuk ditanam
di Malaysia.

Ukuran pokok kari ni boleh tahan juga bila tengah membesar. Ada
pokok boleh cecah sampai enam meter tinggi, dan jadi kurang sesuai
untuk ditanam dalam pasu tepi tingkap berbanding pasu berdiri di
dalam rumah (atau kawasan luar).

Berikut adalah tutorial yang boleh anda ikuti untuk menuai pokok kari
anda sendiri pada bila-bila masa saja!

CARA TANAM POKOK KARI GUNA BIJI BENIH & KER…


KER…

2) Rosemary
Herba ini berasal dari wilayah Mediterranean, dan banyak digunakan
dalam pelbagai hidangan moden. Ia sesuai digunakan untuk menu
berasaskan daging kambing, dan juga dalam resepi kentang yang enak.

Rosemary merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan mudah


tumbuh tak kira di dalam mahupun di luar rumah. Sebab tulah ia
menjadi tanaman pilihan ramai untuk ditanam di kawasan dapur
mahupun di tepi tingkap.

Namun, pastikan ia terdedah kepada sedikit cahaya matahari setiap


hari, sentiasa disiram, dan pastikan tanah dapat menyalirkan air yang
berlebihan.

Ingin cuba menanam sendiri pokok rosemary? Jom tengok video ini!

Cara Tanam Rosemary paling berhasil #kebunlokal

3) Serai
Rasa dari serai itu sendiri sudah lama menjadi perasa tambahan untuk
menambahkan keenakan dalam pelbagai masakan di Asia Tenggara,
dan ia adalah salah satu tumbuhan herba biasa digunakan di Malaysia.

Ia sebenarnya berasal dari kawasan India Selatan, tapi tumbuh dengan


baik di iklim yang hangat dan lembap di Malaysia.

Pastikan pokok serai anda terdedah kepada sinaran matahari yang


cukup, serta kawasan tanah yang dapat menyalirkan air yang
berlebihan bagi mengelakkan ia bertakung.

Ia adalah tanaman yang akan membesar dengan jayanya selepas


ditanam, jadi pastikan anda mempunyai saiz kawasan yang sesuai jika
ditanam di luar rumah. Pokok serai ni boleh meninggi sehingga sekitar
1.5 meter!

Beli –> tumbuh –> tanam pokok serai anda sendiri! Semudah 1-2-3!
Ya Allah senangnya tanam serai.. dalam pasu jer.. - L…
L…

4) Pudina

Kalau anda sedang mencari tanaman herba yang senang tumbuh,


pudina lah pilihan yang terbaik.
Tumbuhan kecil yang tahan lasak ini membesar dengan cepat, dan
kalau anda tak berhati-hati, habis merebak di kawasan yang ditanam tu
nanti.

Ianya juga bagus sebagai tanaman di dalam rumah, kerana


memerlukan hanya sedikit cahaya matahari dan siraman yang sekata
untuk melihatnya membesar.

Selain digunakan sebagai perasa tambahan untuk pelbagai hidangan,


pudina juga terkenal kerana baunya yang nyaman dan digunakan
sebagai teh ubat herba. Kalau disemai pada kawasan yang luas,
memang berlebih-lebih lah pudina untuk anda guna!

Anda boleh menanam herba berbau segar ini dengan mudah menerusi
tutorial di bawah ini!
Cara Semai Daun Pudina Dari Keratan Batang Pudina

5) Ketumbar

Senarai tanaman herba di Malaysia tak akan lengkap tanpa ketumbar.


Tahukah anda yang ketumbar dilaporkan antara tanaman herba tertua
digunakan dalam hidangan?

Ia dianggap sebagai tanaman asli dari Eropah hingga ke selatan Asia.


Anda pasti teruja mengetahui bahawa ketumbar adalah tanaman herba
yang sangat mudah untuk tumbuh di kebun dapur anda.

Anda hanya memerlukan sedikit keratan batang ketumbar dan


masukkan ia ke dalam balang kecil atau bekas air untuk tumbuh.

Pindahkan ke dalam pasu setelah ianya berakar. Anda kena selalu siram
asa dalam pertumbuhan anak benih, dan kurangkan kekerapan siraman
bila dah membesar jadi tumbuhan.

Biji ketumbar juga boleh digunakan untuk menambahkan rasa sedap


dalam hidangan. Anda hanya perlu kerat batangnya apabila benih
berubah dari warna hijau segar menjadi warna kelabu, dan keringkannya
untuk sementara waktu.

Di sini kami sertakan video untuk anda pelajari bagaimana untuk


menanam pokok ketumbar anda sendiri.

cara semai biji ketumbar dari dapur dengan rak telur

6) Selasih Thai

Selasih Thailand adalah herba wangi yang biasanya digunakan untuk


menambahkan kelazatan dalam hidangan di Malaysia. Walaupun sering
disebut sebagai selasih Thailand, ia sebenarnya berasal dari wilayah
Asia Tenggara.

Herba ini juga adalah pilihan terbaik sebagai tanaman luar atau di
dalam rumah. Penting untuk tumbuhan herba ini mendapat sinaran
matahari yang banyak, dan disiram dengan baik bagi melembapkan
tanah yang menyalirkan air berlebihan supaya tak bertakung.

Bagi yang menanam tumbuhan ini di dalam rumah, pastikan anda


menyiram pokok selasih Thai tu kalau tanahnya rasa kering bila
disentuh.
Video di bawah ni menunjukkan cara bagaimana untuk anda menyemai
pokok selasih Thai anda sendiri, dengan keratan batang yang boleh
dibeli di kedai!

CARA TANAM POKOK BASIL, KEMANGI, SELASIH G…


G…

7) Cili

Alang-alang dah menanam, bagi “kick” sikit kebun dapur anda dengan
cili! Buah-buahan dari tanaman enak ini tak perlu diperkenalkan lagi,
menambahkan rasa pedas yang enak dalam setiap hidangan anda!

Tanaman cili juga merupakan pilihan yang menarik, mudah tumbuh di


luar rumah, dan senang dijaga dan nampak estetik jika berada di dalam
rumah.

Siram hanya bila perlu, tapi tak mengapa kalau anda membiarkannya
sedikit kering sebelum disiram semula.

Pastikan anda menyiram dengan kerap masa musim nak tumbuh,


terutama sekali bila buah cili dah masak sepenuhnya.

Pokok cili boleh jadi milik anda pada bila-bila masa saja, seperti dalam
demonstrasi di bawah!
Kelebihan Kebun Dapur
Terdapat banyak manfaat bila memiliki kebun dapur anda sendiri. Ia
bukan saja menyediakan pelbagai ramuan dan rempah segar, namun
memberikan anda kepuasan dalam memenuhi keperluan dapur anda
sendiri.

Dan ini adalah antara beberapa kebaikan utama buat mereka yang
bercucuk tanam di rumah:

1) Perasa segar

Tak ada yang lebih segar dari herba yang ditanam dan dipetik sendiri!
Pasaraya mungkin tempat yang bagus untuk membeli pelbagai herba
segar dan kering. Itupun kalau mereka boleh upah seseorang untuk lari
dan petik herba tu sebelum anda mula memasak.

Ceritanya taklah kan! Memang tak mungkin anda akan boleh dapatkan
herba lebih segar daripada yang ada di kebun dapur anda sendiri.

2) Bekalan mudah

Pernah tak anda merancang untuk masak selepas pulang dari kerja, tapi
anda kekurangan satu-satunya bahan yang penting untuk
menyempurnakan hidangan. Boleh rosak mood tau!

Jadi, dengan adanya kebun dapur sendiri, anda dah tak perlu risau lagi
sebab kebun dapur yang lengkap akan dapat membekalkan pelbagai
herba untuk kegunaan anda.

3) Pilihan sihat

Dengan adanya kebun dapur anda sendiri, anda lah yang mengawal
setiap tanaman anda. Ini bermakna, anda lebih tahu jenis baja atau
proses yang terlibat dalam penanaman kebun anda.

4) Manfaat herba

Bukan sekadar menambah rasa dalam hidangan anda, tumbuhan herba


juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan buatan sendiri yang
ringkas lagi mudah.

Bancuh secawan teh pudina bagi melegakan sakit perut. Bakarkan


metabolisme anda dengan beberapa cili segar. Terokailah manfaat
tanaman herba dari kebun dapur anda sebaiknya.

5) Ganjaran untuk diri sendiri

Menjaga dan menyemai kebun herba anda sendiri memberikan


pengalaman yang berharga dan melegakan.

Seronok kan bila dapat tengok sesuatu yang ditanam sendiri tumbuh
dan membesar. Anda akan rasa lebih puas hati sebab masakan yang
dihidangkan menjadi sedap dengan menggunakan ramuan herba dari
kebun dapur yang anda usahakan. *Tepuk bahu sendiri*

6) Kehijauan nyata mempesonakan

Terakhir sekali, dengan adanya sedikit tumbuhan segar yang mekar


pasti akan membuatkan sesuatu sudut di dalam rumah lebih cantik dan
menawan.

Inilah cara yang paling mudah untuk membawa masuk alam semulajadi
ke dalam rumah, dan tahukah anda bahawa terdapat tanaman yang
mampu membersihkan udara untuk memberikan persekitaran yang
lebih sihat?
Ya, tumbuhan herba seperti cili mampu untuk menghidupkan suasana
di dalam apartmen. Mempunyai fungsi tersendiri, berperisa dan tampak
menarik untuk dilihat? Siapa yang tak suka benda cantik kan!

Tercari-cari idea untuk menambah baik kebun herba anda? Apa kata
anda terokai panduan hijau ini tentang tanaman yang mudah dan senang
ditanam dalam rumah.
Penafian: Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja.
PropertyGuru International (Malaysia) tidak mempunyai tanggungjawab
perwakilan atau penjaminan berkaitan maklumat diberikan, termasuk
tetapi tidak terhad kepada sebarang perwakilan atau penjaminan
berkaitan ketepatan bagi sebarang tujuan maklumat yang mana
dibenarkan undang-undang. Walaupun semua usaha telah diambil bagi
memastikan maklumat disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh
dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis, maklumat disediakan di dalam
artikel tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan
kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu,
maklumat tersebut tidak seharusnya menggantikan nasihat profesional
terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda,
dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan
maklumat tersebut bagi membuat keputusan.

KALKULATOR KEMAMPUAN

Anggar Kemampuan Anda Untuk


Rumah Baru

Kira Sekarang

Kongsi artikel ini

Bacaan Popular

1 LPPSA: Syarat Pembiayaan, Kelayakan dan Cara Mohon Terkini!

2 Proses Beli Rumah Subsale Di Malaysia: 10 Langkah Lengkap!

3 10 Projek Popular Rumah Teres 2 Tingkat Di Selangor

4 Bajet 2024: Penambahan Dana SJKP, Insentif Hartanah, Cukai


Perkhidmatan, Diskaun PTPTN & Bantuan Kewangan Dan Insentif Lain

5 Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) 2023


Pelbagai Pilihan Hartanah Untuk Anda

Untuk Dijual Untuk Disewa

RM 329,000 RM 427,869 RM 1,270,000 RM 442,798


5 5 4858 sqft 3 2 1178 sqft 5 6 3400 sqft 3 2 12
[MUST VIEW HARGA Ready Move In [Fully New Freehold 40x90 Semi- READY MOVE I
DURIAN] 2-Storey 50x85… Furnished] Only 420k !!… D 2-sty Down Payment
Subang Jaya, Selangor Cheras, Kuala Lumpur Bandar Sri Damansara, B… Dutamas, Mont
2-storey Terraced House Duplex Semi-Detached House Condominium

RM 329,000 RM 427,869 RM 1,270,000 RM 442,798


5 5 4858 sqft 3 2 1178 sqft 5 6 3400 sqft 3 2 1228 sqft
[MUST VIEW HARGA Ready Move In [Fully New Freehold 40x90 Semi- READY MOVE IN [ 0%
DURIAN] 2-Storey 50x85… Furnished] Only 420k !!… D 2-sty Down Payment ] Walking…
Subang Jaya, Selangor Cheras, Kuala Lumpur Bandar Sri Damansara, B… Dutamas, Mont Kiara, Ku…
2-storey Terraced House Duplex Semi-Detached House Condominium

RM 550,000 RM 750,000 RM 350,000 RM 466,789


3 2 1700 sqft 4 3 2010 sqft 3 2 1020 sqft 3 2 1236 sqft
Bukit Jalil & Sungai Besi 2-Sty 20x70 Freehold V Residence Suites @ READY TO MOVE IN [
Sky Bungalow @ Garden … 4Room 3Bath Sunway Velocity Below Market Price 30% …
Technology Park Malaysi… Bandar Sri Damansara, B… Jalan Cheras, Cheras, Ku… Bandar Sunway, Subang …
Duplex 2-storey Terraced House Apartment Condominium
RM 437,688 RM 467,880 RM 300,000 RM 300,000
4 4 2963 sqft 3 2 1250 sqft 4 4 2269 sqft 4 4 2600 sqft
BUKIT JALIL Corner Lot Newly Completed Condo RM300K Lelong Rumah RM300K LELONG PRICE
Urgent Sell LAST UNIT !!… 【Loan Rejected Last 7… 【
Teres Good Condition… 【24x80 Big Layout /…
Technology Park Malaysi… Solaris Dutamas, Mont Ki… Putrajaya, Selangor Kajang, Selangor
2-storey Terraced House Condominium 2-storey Terraced House 2-storey Terraced House

Cari Hartanah Lain

Artikel Lain

27 May 2023 • PropertyGuru Editorial Team


INSPIRASI RUMAH
Jubin Rumah: Jenis, Tips Pilih, Corak & Cara Kira
Harga Terkini!
Jubin rumah memang penting, bukan je untuk cantikkan ruang tapi
keselesaan anda. Di Malaysia, ada 5 jenis jubin anda boleh pilih, tengo
juga design pasang jubin anda boleh cuba!

Pemilik Rumah ubah suai

5 Apr 2023 • PropertyGuru Editorial Team


INSPIRASI RUMAH
20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan
Rumah Anda!
Warna cat rumah kena pandai pilih baru selesa! Di Malaysia ada
beberapa jenama terkenal seperti Jotun, Kansai Paint dan Nippon Pain
Kami senaraikan 20 warna cat terkini bilik tidur, ruang tamu, dapur, rua

Pemilik Rumah dekorasi

31 Mar 2023 • PropertyGuru Editorial Team


INSPIRASI RUMAH
19 Cara Hapuskan Kutu Yang Berkesan!
Masalah kutu ni memang serius, sampai merebak satu rumah atau
sekolah. Di Malaysia ni ada 5 jenis kutu tau. Tapi, ada cara nak
hapuskannya, kami bagi 19 cara!

Pemilik Rumah

Lebih Banyak

Ikut kami    
PropertyGuru Group

Tentang kita
Produk kami
Kerjaya
Hubungi Kami

Bilik Berita
Kongsi Maklum Balas
Tukar negara

Malaysia 

Carian PropertyGuru 

PropertyGuru.com.my adalah laman hartanah terkenal di Malaysia - tempat terbaik


untuk carian hartanah anda sama ada anda seorang pelabur, membeli untuk
kegunaan sendiri, atau mencari tempat untuk disewa. Di PropertyGuru.com.my,
anda dapat menemui ribuan hartanah untuk dijual dan disewa dengan maklumat
terperinci mengenai setiap hartanah, termasuk peta dan foto.

PropertyGuru Hartanah Dijual Hartanah Perumahan


Malaysia Kondo Dijual Disewa Baru Malaysia
AskGuru Pangsapuri Dijual Kondo Disewa Perumahan Baru
Berita Pasaran Pangsapuri di Johor
Rumah Teres
Hartanah Dijual Disewa Perumahan Baru
Sumber Hartanah Rumah Teres di Kuala Lumpur
View More
View More Disewa Perumahan Baru
View More di Penang
View More

Hartanah Hartanah Negeri Popular Alat


Popular Dijual Disewa Hartanah di Log Masuk Ejen
Hartanah Dijual Hartanah Disewa Kuala Lumpur Jual / Sewa
di Kuala Lumpur di Kuala Lumpur Hartanah di Hartanah
Hartanah Dijual Hartanah Disewa Selangor Suapan RSS
di Pulau Pinang di Penang Hartanah di View More
Hartanah Dijual Hartanah Disewa Penang
di Johor Baru di Johor Bahru View More
View More View More

Dasar Penggunaan Syarat Perkhidmatan Dasar Privasi Syarat Pembelian


© 2023 PropertyGuru International (Malaysia) Sdn. Bhd. All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai